
Sedang sarat hamil anak keempat, jurusolek yang juga pempengaruh media sosial terkenal, Nabilah Zulyadaini atau lebih mesra disapa Mua Bellaz berkongsi alahan yang dialaminya untuk kandungan kali ini.
Ujar Bella, alahan itu datang di saat dia sudah sarat hamil dan dekat dengan waktu bersalin.
“Alahan anak kali ni dekat-dekat nak bersalin dia bagi. Kaki tangan hampa toksah cerita laaa. Habis muka ni tahan ja tak mau garu.. Tapi dia naik miang tu Allah aiii..
“Nak makeup gena.. Satgi dia akan naik timbul macam sopak garam tu adeh miang aii.. Anak bertuah sungguh hat ni lahai,” luah Bella.
Di ruangan komen, ramai yang turut berkongsi pengalaman yang sama waktu kehamilan serta berkongsi tip dan mendoakan agar Bella kembali sembuh.
Get well soon Bella! Anak amik seri mama dia ni!
Hijabista mendoakan agar Bella cepat sembuh dan dipermudahkan urusan bersalin anak keempat nanti. InsyaAllah, amin!
Dosa Dihalalkan Atas Nama Gurauan, Ustazah Asma’ Harun Tegur Grup ‘Riak Apa Hari Ini’

Baru-baru ini telah tular mengenai sebuah kumpulan di Facebook yang dinamakan ‘Riak Apa Hari Ini’ dimana ahli-ahlinya boleh bergurau dengan membuat hantaran lucu di kumpulan tersebut mengenai keriakan masing-masing.
Jika dilihat, ramai yang terhibur dengan hantaran di group berkenaan namun kadang-kala ada yang melampaui batas hingga membuka aib sendiri.
Oleh itu, pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun telah tampil bagi menegur perkara tersebut yang sememangnya tidak boleh diambil ringan.
Di ruangan komen Facebook, ramai yang bersetuju dengan kata-kata daripada Ustazah Asma’ dan berharap beliau sentiasa diberi kekuatan oleh Allah bagi mencegah kemungkaran.
Buat semua, ambillah pengajaran daripada nasihat Ustazah Asma’ ini dan sentiasa berpada-padalah dalam setiap tindakan yang dilakukan walaupun berniat hanya sekadar gurauan.
15 PETUA Alami Atasi Masalah SENGGUGUT Kaum Wanita, No 14 Macam PELIK Je

Setiap kali kaum wanita datang bulan pasti tidak terlepas daripada menghadapi masalah senggugut. Jika kena pada waktu sedang bekerja, sedikit sebanyak akan mengganggu tugasan harian.
Kalau boleh sewaktu diserang senggugut ini, kita mahu berehat dan tidur sahaja daripada menempuh kesakitan yang sukar diluahkan dengan kata-kata.
Masa ini janganlah tegur atau mendekati mereka yang mengalami senggugut. Sudah pasti tidak akan dilayan dan mungkin akan dimarahi empunya diri.
Selain mengambil pil yang boleh hilangkan senggugut, masalah ini juga boleh diatasi dengan cuba mengamalkan petua alami.
Admin nak kongsi 15 petua yang boleh hilangkan masalah yang memang membelenggu kaum wanita setiap bulan. Semoga ia berkesan dalam menghilangkan kesakitannya.
1. Pinang Tua
Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.
2. Bawang Merah
Ambil bawang merah dan hancurkan. Kemudian sapu dan urut-urut pada bahagian perut atau ari-ari yang sakit. Tidak lama selepas itu anda akan merasa lega sendiri.
3. Halia
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air dan didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.
4. Rumput Cengkih
Minum rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
5. Lada Hitam
Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid.
6. Rebusan Teh
Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.
7. Sirih
Ambil beberapa helai daun sirih dan beberapa batang serai wangi. Rebuskan dan minum airnya ketika air suam-suam kuku.
8. Bawang Putih
Ambil 3 ulas bawang putih sebesar ibu kaki dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil 5 biji lada hitam ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tersebut dan gaulkan dengan air panas. Kemudian, minum setiap hari (waktu malam).Senggugut akan hilang.
9. Petola
Buah petola boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Anda perlu memakan sebarang masakan dari petola selama seminggu sebelum kedatangan haid.
10. Amalkan memakan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.
11. Daun Betik
Ambil segenggam daun betik dan tumbuk. Airnya diminum pada setiap pagi selama 3 hari pada setiap bulan.
Artikel Lain: Senaman Untuk Hilangkan Dagu Berlapis & Leher Jinjang
12. Gambir
Ambil sepotong gambir (10-15 gram), kunyit hidup 2 ulas dan 5 lembar daun sirih. Semua bahan itu dijadikan satu dan tumbuk halus. Selepas itu tambahkan dengan secawan air masak dan kacau rata. Kemudian dengan menggunakan kain yang bersih, tapis dan perah ramuan tersebut. Minum sekali dalam sebulan iaitu 2 atau 3 hari sebelum kedatangan haid. Minum ramuan tersebut pada waktu malam sebelum tidur.
13. Daun Cili Padi
Tumbuk secekak daun cili padi, dan 7 biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan 2 sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya 3 kali sehari selama 4 hari.
14. Nasi
Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam kasar atau garam biasa sehingga sekata. Gentel sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama 4 malam.
15. Air Kelapa
Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum 2 kali sehari dalam masa 4 hari.