Ramai yang tertunggu-tunggu resepi berbeza sepanjang Ramadan tahun ini oleh Khairul Aming. Seperti tahun sebelumnya, Khairul Aming mencipta video 30 Hari 30 Resepi.
Menu kongsi yang Khairul Aming cipta bukan sahaja sedap ia juga mudah dibuat. Langkah demi langkah cara membuat setiap menu senang diikuti.
Seperti perkongsian videonya semalam, Khairul Aming berkongsi beberapa resepi air yang memukau netizen dan mudah diikuti. Menu perkongsian Khairul Aming sering mendapat sambutan kerana ianya mudah dibuat. Anda boleh memilih daripada empat menu berbeza, sama ada Teh Bunga Longan, Orange Juice Soda, Bandung Laici & Coconut Shake Gula Melaka.
Nadia Brian, seorang pelakon, juga terjebak dengan mencuba sendiri resepi menu Khairul Aming itu. Dia berkongsi videonya di TikTok dan mendapat perhatian netizen.
Ruangan komen perkongsian menu berbuka itu dibanjiri komen mengucapkan “Terima kasih Khairul Aming kerana menjadi peneman setia sepanjang Ramadan, terus hasilkan konten berkualiti,” komen netizen.
Ads
Bukan setakat minuman yang sedap mata memandang, malah penampilan Nadia Brian turut menjadi perhatian netizan. Bukan setakat memuji tapi diiringi doa. Hijabista percaya masanya akan tiba dan hidayah itu hadir bagi hambaNya yang disayangi.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kita sering lupa tentang kebersihan kasut dan selalu sahaja buat tidak endah tentang bertapa kotornya kasut kita. Hal itu boleh membuatkan kaki berbau dan kesihatan kaki juga terganggu.
Kaki kita sering terdedah kepada iritasi dan tekanan dari memakai kasut dalam tempoh masa yang sangat lama. Jadi kebersihan kasut sangat perlu di jaga demi kesihatan kaki yang baik.
Bagi anda yang terasa ingin membersihkan kasut dan tidak ingin kesihatan kaki terganggu, kami ketahui beberapa tip yang boleh di cuba. Anda perlu tahu bahawa tip yang berikan ini mungkin juga boleh membantu dari segi penjagaan kaki yang sempurna tanpa kerisauan.
Kita sering lihat ramai orang yang menggunakan serbuk penaik ataupun dikenali sebagai ‘Baking Soda‘ ini boleh menyingkirkan bau dari kasut. Hal ini kerana serbuk penaik mempunyai kandungan istimewa yang sangat efektif yang boleh menyingkirkan apa-apa bau busuk dari objek dan perkakas di rumah.
Cara untuk gunakan serbuk penaik sebagai bahan menyingkirkan bau busuk adalah dengan meletakkan sedikit serbuk penaik (dalam sukatan satu sudu) dalam kasut anda. Biarkan serbuk itu semalaman untuk proses menyingkirkan bau busuk dari kasut.
Cuka juga sangat membantu dalam menyingkirkan bau busuk. Kadar asid dalam cuka dapat membantu dalam menyingkirkan bau busuk dari kasut kerana kebanyakan bau adalah alkali, jadi ia biasanya mempunyai nilai pH melebihi 7.
Jadi untuk buang bau yang busuk dari kasut, anda boleh rendamkan kasut semalaman dalam air rendaman cuka. Campur dua cawan cuka ke dalam dua gelen air.
Apa bekukan kasut? Ya, betul, bekukan kasut kerana bakteria membiak dalam keadaan yang suam dan gelap, jadi dengan meletakkan kasut di tempat beku ia boleh mengacau pembiakan bakteria dengan perubahan keadaan yang mengejut. Justeru itu, keadaan cuaca yang agak panas di Malaysia juga membolehkan anda menggunakan cara ini dengan selamat.
Pasir kucing mempunyai sifat yang boleh meneutralkan bau. Oleh kerana bakteria gemar membiak di kawasan yang gelap, lembab dan suam, pasir kucing juga boleh menyerap kelembapan yang ada dalam kasut. Cara ini agak pelik tetapi ia boleh mengurangkan bau yang tidak anda ingini dalam kasut anda.
Kasut yang terperap di satu kawasan atau sudut membuatkan ia menjadi semakin lembab dan bakteria akan mula membiak. Tambahan pula, bau akan mula muncul apabila kita kian membiarkannya di kawasan yang mennyumbangkan faktor pembiakan bakteria. Jadi kami sarankan anda untuk meletakkan kasut di kawasan yang ada pengudaraan yang bagus supaya kasut anda boleh kering dan cahaya UV dari matahari juga boleh membunuh bakteria yang sedia ada.
Walaupun dah lakukan pelbagai cara diet dan senaman, tetapi berat badan masih naik mendadak! Kenapa ya? Ha! Ini adalah perkara yang anda harus ambil tahu iaitu tentang masalah usus kotor.
Ramai diantara kita yang kurang peka tentang kebersihan usus. Ingat ya! Untuk memiliki tubuh badan yang sihat dan kulit yang menawan, bukan sahaja memfokuskan kepada produk yang dipakai malah sistem dalaman juga harus dijaga!
Kali ini, team Hijabista akan kongsikan kepada ada simptom-simptom usus yang kotor! Jika anda mengalami salah satunya, cepat-cepat cari langkah terbaik untuk merawatnya!
Salah satu tanda yang jelas apabila usus anda kotor adalah apabila anda sukar untuk membuang air besar! Ia terjadi kerana usus dipenuhi dengan sisa-sisa makanan yang tersimpan lama dan tidak mempunyai lendir yang mencukupi untuk memudahkan anda membuang air besar.
Masalah ini juga turut dikenali sebagai masalah sembit ataupun buasir yang semestinya membuatkan anda berasa tidak selesa dan sakit di bahagian ‘tertentu’!
2. Mudah Berasa Lelah Dan Penat
Bukan itu sahaja, malah anda juga akan berasa mudah lesu dan cepat penat walaupun aktiviti harian anda tidaklah seaktif mana! Nak tahu kenapa? Ini terjadi kerana bahan kotoran yang terkumpul di dalam usus bertukar menjadi toksin yang boleh memasuki ke dalam darah melalui saluran limfa dan akhirnya mengakibatkan sistem ketahanan badan atau imunisasi badan lumpuh dan tidak kuat.
Malah, badan anda juga mudah untuk mendapat penyakit lain tau!
3. Sering Berasa Lapar!
Dah makan banyak kali tapi masih terasa lapar! Ha! Jangan ambil mudah ya. Ini adalah tanda usus anda kotor dan harus dibaiki! Bakteria dari sisa-sisa makanan akan membuat hormon di dalam tubuh menjadi tidak seimbang.
Oleh demikian, ia mewujudkan rasa lapar yang berpanjangan dan menyebabkan anda makan tanpa henti dan tidak terkawal! Hati-hati ya! jika tidak merawatnya dengan tempoh yang segera, anda mungkin akan mengalami masalah obesiti kelak!
4. Bau Mulut
Pernahkah anda mengalami situasi dimana anda sudah menggosok gigi tapi nafas masih berbau? Itu adalah tanda usus anda kotor!
Saluran pencernaan yang kotor menyebabkan gas dari dalam perut naik ke rongga mulut dan dikeluarkan saat kamu berbicara. Gas ini memiliki bau yang busuk kerana ia berpunca dari sisa-sisa makanan yang tersimpan lama di dalam usus yang kotor.
5. Jerawat Naik & Parut Jerawat Sukar Hilang!
Dah beli macam-macam produk pun, jerawat masih ada! Dah guna pelbagai gel dan krim untuk hilangkan bekas jerawat pun, masih ada pada wajah! Pelik kan? Ha! Jangan pelik tau sebab sebenarnya ia berpunca dari usus yang kotor! Tanda-tanda usus kotor menjadikan kulit tidak sihat, kusam, berjerawat, dan bekas jerawat itu susah untuk dihilangkan.
Hal ini disebabkan oleh ketidakstabilan hormon, yang melambatkan melambatnya proses pembaharuan sel kulit yang baru. Jadi, untuk memiliki kulit wajah yang sihat tidak hanya menggunakan produk wajah yang tepat, malah anda juga harus menjaga kebersihan usus agar kulitmu senantiasa sihat!
6. Mudah Masuk Angin
Gas yang terkumpul lama dalam usus bukan sahaja menyebabkan bau mulut busuk, namun ia juga membuatkan anda mudah masuk angin! Macam orang berusia pulak ya? Bagi orang yang memiliki tanda-tanda usus kotor, masalah seperti perut kembung, rasa mual, dan sendawa akan sentiasa dialami oleh anda. Jadi, ambilah langkah terbaik untuk membersihkan usus anda!
7. Berat Badan Berlebihan
Berat badan yang berlebihan akan membuatkan seseorang itu menghidapi masalah obesiti. Oleh kerana sukar untuk membuanga ir besar, ia juga menyebabkan peningkatan berat badan!
Ini adalah kerana sisa-sisa makanan yang terkumpul di dalam usus akhirnya bertukar menjadi lemak. Takutnya! Ia juga akan menyebabkan perut akan berubah menjadi buncit dan terasa keras.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Biarpun arwah suaminya sudah 5 hari meninggalkannya, tetapi sang isteri tetap setia menulis coretan menyatakan kerinduan yang tak berbelah bagi pada suaminya.
Tidak dapat admin bayangkan tika menulis coretan di laman sosial, pasti air mata bergenang meneruskan catatannya. Apa lagi yang membacanya.
Suami yang sudah hampir dua tahun berkongsi hidup bersama meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Sang isteri cukup bahagia pabila mencium baungan wangi di pusara dan tempat kejadian. Catatannya, ‘dekat tempat awak jatuh tu pon dah memang wangi sayang.. malaikat jemput awak dengan wangian syurga.. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.. ‘
Diakhir catatan isteri berpesan dengan gurauan nakal ‘Damailah & berbahagialah sayang disana, tempat terbaik yang kekal abadi.. Saya disini akan sentiasa merinduimu kekasihku.. Jangan jatuh cinta dengan bidadari ok?’
Admin doakan Nurulain Baharuddin tabah menghadapi dugaan yang telah Tuhan aturkan padanya dan kuat menjalani kehidupan seterusnya. Insya-Allah.
Jom baca coretan kedua khas buat suaminya, Mohd Muhaimin Radzuan.
Subuh hari ni, genap 5 hari awak pergi.. Setiap subuh mesti saya nangis, masih tak sangka awak betol2 dah pergi tinggalkan saya.. Hari ni kuat siket insyaAllah, nak keluar settlekan dengan JPN.. Awak tahu tak isnin lepas siapa datang? kawan baik awk, pengapit awak masa wedding kita, Zul Ahmad Zulfadly datang all the way from abu dhabi.. 16/4 flight dia ke KL, 17/4 ziarah awak di pusara dan melawat saya di rumah mak, semalam 18/4 balik abu dhabi semula.. He came all the way for you sayang.. sayangnye dia pada awak.. terharu tak? dia kate, terlalu banyak kenangan manis dan kate2 nasihat dari awk, setakat nak balik dari jauh ni takde masalah lansung demi orang yang dia sayang.. selain zul, terlalu ramai kawan2 awak lain yg datang ziarah, message saya, bagi kata2 semangat pada saya.. cikgu awak, kawan sekolah rendah, smks18, mrsm jasin, uitm, komander, miat, geng photographer, Airasia, Jamco Singapore, Property, BMW F800, geng kedai makan, customer Utami Village, parents kawan2 awak dan ramai lagi lah.. tak tersebut.. semua pon dah jadi kawan2 saya jugak..
Hari Ahad lepas, abang hafizd bawak saya pegi tempat kejadian sebab saya nak tengok.. berape jauh sebenarnye tempat awak jatuh tu dari tol Ayer Keroh.. dekat sangat sayang.. betol-betol dekat.. Regret? taklah.. saya tak regret pon, awak jangan risau ok.. kan dah sampai masa awak kan, saya saje je nak tengok.. kami berhenti dekat KM 198.5 tu sayang.. ingat nak tengok je, tapi banyak pulak serpihan motor dan helmet awak masih ade dekat situ.. saya kutip setiap satu.. speedometer awak pon ade and it stop at 80km/h sayang.. Allah saje je kot nak tunjuk dekat saya awak bawak tak laju pon, dah cukop berhati2 dah.. duduk lane kiri pulak lagi.. tapi dah sampai masa awak kan..
Pergi Tempat Kejadian
Bukan saya tak boleh move on, tapi tak sampai hati barang2 awak terbiar je dekat situ.. helmet awak yg full face tu bole pecah into small pieces tau sayang.. tapi insyaAllah awak tak sakit pon kan? Entah2, awak memang dah takde pon dari atas motor lagi.. Malaikat dah jemput awak siap2.. hati umi Raden Mass, mak awak sendiri kuat cakap macam tu.. sebab awak dah la bawak slow, lane kiri, baru keluar RNR pulak tu.. fresh tak mengantuk.. ape2 pon sayang, kami redha.. dari keadaan motor awak, polis kate awak memang jatuh sendiri sebab bahagian depan yg teruk.. walaupon besar kemungkinan lepas awak jatuh, ade kereta langgar tapi dia tak salah, saya takkan salahkan dia.. umi suruh saya maafkan orang tu.. asalkan umi awak sendiri yang penat mengandungkan awak lahirkan awak, besarkan awak boleh maafkan, siapa la saya nak over2 kan sayang.. area tu memang gelap betol, orang memang takkan nampak awak..
Semalam saksi yang jumpa awak di tempat kejadian inbox saya.. dia bagitahu saya, dia on the way from KL to JB.. berhenti dekat RNR ayer keroh kejap berehat sebab mengantuk.. tapi terjumpe awak, terus awak ajak borak.. terus dia tak jadi tido tau.. hehe.. muhaimin, as always la kan.. selagi mata tak pejam memang takkan berhenti bercakap.. ? Then dalam pukul 4 lebih awak gerak balik dulu, baru die menyusul lebih kurang pukol 5.. dan die la yang jumpa awak dah terbaring kaku sebelom tol tu.. RNR dari tempat awak tu, kurang dari 10km je sayang..
dia bagitahu saya, dia dah try cari henfon awak nak call waris tapi tak jumpa.. sebab masa tu memang gelap sangat dan berkabus.. dia ingat henfon tu dah jauh terpelanting, sebab tu dia terus call plus.. yela, henfon awak kan dalam jacket awak.. elok dan tak rosak lansung henfon awak sebenarnye.. bagus jugak dia tak call saya, kalau saya tengok awak terbaring atas jalan tu, macam mane sebak tak tahu la.. asalkan tengok awak kene tarik dari laci unit forensik tu pon dah buat hati saya hancur..
Lepas dia call plus, dia terus ke JB sebab rushing ade hal.. mase ni dia kate, dia still tak cam awak ni abang yg dia borak sakan dekat RNR tadi sebab motor awak agak teruk, lagi pon gelap time tu.. dia suluh2 je dengan henfon.. dia kate masa dekat RNR awak sembang pasal motor dengan die.. awak siap cakap dekat dia, ‘pinjaman je semua ni..’ Lepas dah sembang, dia salam awak.. dia tanya, ‘kenape sejuk sangat tangan abang ni?’ awak jawab, ‘nak jalan jauh sejuk la..’ hmm.. ‘jalan jauh’ ke mane sayang? [su_pullquote]? saya tahu awak memang dah tahu kan sebenarnye? even dalam beg awak pon, saya tak jumpe kunci rumah kita.. awak memang tahu awak takkan balikkan?[/su_pullquote]
Malaikat Jemput Dengan Wangian Syurga
Yang paling buat hati saya gembira sejak semalam, bila dia bagitahu saya ‘kak, tempat kejadian tu harum kak’.. Subhanallah sayang.. bukan saya je la terbau masa dekat pusara awak hari tu ye? rupenye, dekat tempat awak jatuh tu pon dah memang wangi sayang.. malaikat jemput awak dengan wangian syurga.. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.. Lepas dia check dekat fb group, baru die perasan awak rupenye yang dia jumpe tadi.. die bagitahu saya, dia betol2 tak sangka awak abang yang peramah tu.. menangis dia sayang.. dia kate, nanti nak ziarah awak di pusara.. orang yg baru beberape minit jumpe awak pon terkesan dengan awak, istimewa betol awak ni sayang.. cemburu betol saya.. dari cerita ni, berselera saya makan.. Untuk saksi, terima kasih cari dan contact saya k.. saya hargai sangat2 bila dapat tahu sendiri gambaran yang betol.. takde la nak tertanye2 lagi..
Sayang,
Semalam saya cuci baju yang awak pakai.. baju dan seluar akhir awak, saya yang bagi.. jacket motor awak, abang hafizd yang bagi.. sedeh betol dia sayang tengok awak suke betol pakai jacket tu.. awak bagitahu saya, awak suke jacket tu sebab awak sayang dia kan? jacket yang awak beli sendiri, ade je tergantung dekat rumah kita.. lagi 1 yang saya pelik, t-shirt yg awak pakai cantik je tak koyak.. dah la fit je dengan body, tapi elok pulak tak kene koyak lansung.. memang lembut je badan awak walaupon dah beberape jam, senang je pihak hospital bukak semua pakaian awak… selalu kalau tengok csi tu, diorang gunting je kan.. huhu..
Abang hafizd & kak mimi pegi Utami Village semalam.. diorang kate, ape2 kerosakan dekat kedai tu, malam hari khamis tu sebelom balik ade lagi.. tapi tadi datang kedai, semua awak dah settlekan.. kunci yg penting2 dah siap tersangkut.. memang awak dah siapkan everything untuk memudahkan semua orang sebelom awak pergi.. ? Aduhai sayang… sedeh betol kami semua.. Awak macam dah tahu je.. Utami Village kepunyaan kita ber-4.. walaupon semua masih lemah, tapi dengan semangat awak walaupon dah ber-3, kitorng akan bangkit semula ye sayang.. no worries ok? start semalam UV dah bukak balik.. tapi tutup awal pukol 5 ptg.. sabtu dan ahad tutup.. tulang belakang kami dah tiada.. selama ni awak yang full time sebab saya & abg hafizd kerja.. kali ni kak Utami Adiputeri sendiri, kakak ipar saya akan usahakan k sayang.. demi awak.. selame ni awak cakap tak perlu turun padang sangat sebab kak mimi ada anak2 nak jaga.. Patutla minggu lepas awak ajar saya macam2 kan.. semua awak suruh saya try buat sendiri..
Ramai Sayang Awak
Sayang,
Satu persatu petunjuk yang baik2 datang bagi khabar gembira dekat saya.. makin senang hati saya bila tahu awak di tempat yang lebih baik.. perginye awak di bulan baik, di hari jumaat yang penuh barakah.. urusan semua sangat mudah.. kalau terlibat forensik selalunye urusan lambat selesai tapi awak, sebelom asar dah siap sampai masjid dah pon.. sempat semua orang tengok awak.. semua yang mandikan awak cakap mudah, tiada sedikit najis mahupon air kuning yang keluar, padahal awak ni kuat makan orangnye.. [su_pullquote]? yang datang solat pon ramai.. urusan pengkembumian tak perlu cakap la, punye la laju.. nasib baik sy sempat.. walaupon kereta sy follow van jenazah, tapi bila sampai je dekat kubur, awak dah dekat dalam dah pon.. sempat la sy tengok wajah awak buat kali terakhir..[/su_pullquote] awan mendung mengiringi awak.. selesai kebumi, semua macam taknak balik, taknak lepas kan awak.. 2 biji khemah tahlil 3 hari dekat rumah ni pon orang taknak amek duit.. van jenazah pon ade orang sponsor.. tahlil di senawang dan shah alam pon ramai orang datang.. dekat madinah pon ade kenalan kita yg tahlilkan awak.. khamis ni pon kawan2 baik awak nak buat kenduri untuk awak dekat setia alam.. pesaing kedai kita pon dah offer, kalau nak buat kenduri, dia nak sponsor bagitahu je berapa.. bos saya pon masukkan nama awak dalam tahlil ofis saya.. Subhanallah.. sebagai isteri awak, saya tersangat kagum sayang.. saya doa, Allah jemput saya dengan cara yang macam ni jugak nanti.. memudahkan & menggembirakan semua orang..
Semua keluarga, kenalan lama mahupon sekejap, customer utami village, semuanye menangisi pemergian awak.. penah awak nampak papa saya menangis? tak penah kan? tapi sebab awak, papa nangis.. umi & papa awak, adik awak, abang2 saya, kakak2 saya, cousin2 saya, suami cousin semua pon menangis.. mak sampai hari ni bengkak mata.. satu keadaan yang saya memang tak pernah nampak seumur hidup saya sayang.. terkesan betol semua orang.. pemergian awak betol2 menghidupkan!! yang tak kenal awak pon boleh menangis tau.. diorang tanye saya, ape rahsia awak ni sebenarnye? awak memang nampak biasa2 je.. solat cukop, puasa cukop, yg wajib2 semua cukop macam orang lain.. yang lebihnye dekat awak ni, budi pekerti awak memang di tahap yg tertinggi.. cakap lembut, penceria suasana, marah memang tak pernah, hormat orang tua, merendah diri, ego jauh sekali, sayang budak2, tak pernah marah lansung budak2, dengan ibu bapa, isteri memang baik sungguh layanan awak.. tu mmg ajaran sunnah Rasulullah kan, untuk berakhlak baik dengan orang tua, kanak2 dan sesame manusia.. anak2 buah saya sayang awak lebih dari saya.. nampak saya je, ‘abg min mane acu?’ si donut yang selalu call awak tu pon membebel dekat saya, ‘kenape acu ni call taknak angkat? abang min boleh je angkat kalau donut call!’ hehe.. tak pasal kene marah dgn budak 3 tahun..
sebenarnye, banyak hikmah kehadiran awak dalam keluarga saya yang ade 13 anak buah lelaki ni sayang.. semua pon nak mencontohi awak, nak jadi baik macam abg min.. sayang ibu bapa, hormat orang, penyayang, merendah diri, suke senyum, ceria, mendahulukan kebahagiaan orang lebih dari diri sendiri, dan banyak lagi.. bayangkan la bila 13 orang budak lelaki berkumpul.. macam mana bising dan buasnye masing2..? memang hilang sabar semua orang.. tapi awak? awak suruh orang lain sabar, awak pegi jaga diorng, awak main sekali.. awak selalu cakap dekat saya, awak dulu lagi hyper.. umi lagi penat nak jaga.. setakat anak2 buah saya ni, awak boleh adapt.. biasa je awak kata.. banyak pengajaran dari awak ni tau.. tak perlu kaya harta, kaya akhlak tu yang paling penting untuk bekalan ke alam sana..
Damailah & Tenang Di sana
[su_pullquote]keluarga saya akan selalu melawat keluarga awak k sayang.. awak jangan risau, hubungan tu takkan putus.. saya akan sayang orang2 yang awak sayang..[/su_pullquote] awak ni penyedih dan sangat menghargai orang.. dulu adik awak amirul nak balik johor lepas singgah rumah kita pon awak nangis.. teringat kat adik awak nana pon awak nangis.. teringat umi & papa takyah cakap la kan.. lagi la berjujuran air mata.. dulu masa keje singapore, 2 hari keje 2 hari cuti.. setiap kali nak balik singapore balik, mesti awak nangis.. never failed.. awak tak peduli walaupon nangis depan orang.. hati awak sungguh ikhlas sayangkan orang sekeliling awak.. puas saya nak tenangkan awak.. sebab tu kita decide keje dekat siketkan.. at least kurang siket seriau saya memikirkan awak bawak motor setiap 2 hari tu ulang alik johor ke melaka.. dah bekerja dekat shah alam ni pulak, hikmah terbesar dia awak puas la sbb dekat dgn umi & papa awakkan..
Hati lembut dan mudah tersentuh, itu lah suami saya.. Nampak je brutal, bawak motor besar.. ? yang brutal sebenarnye saya.. siapa buat pasal dengan awak, saya yang nak pegi sound dulu tapi awak selalu suruh saya sabar.. Allahuakbar..
Allahuakbar.. setakat ni dulu ok.. terlalu banyak kebaikan awak sayang sampai tak boleh nak ingat setiap satu.. saya ingat lagi, saya tulis.. saya tulis sebab takut terlupa.. saya ni kan pelupa.. sebab tu awak pilih tarikh kawen 8/8 supaya saya senang ingatkan..
Thank you zul share video ni dengan ain, terubat rindu tengok video dia menyakat orang.. ? mohd muhaimin as always..
Damailah & berbahagialah sayang disana, tempat terbaik yang kekal abadi.. Saya disini akan sentiasa merinduimu kekasihku.. Jangan jatuh cinta dengan bidadari ok? ?
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.