Meskipun masalah bau kaki tidak dapat dilihat, tetapi ia boleh menjejaskan seluruh penampilan anda! Jadi, usah ambil ringan mengenai masalah kaki berbau ini. Jika tidak dirawat dengan cepat, kebarangkalian untuk masalah ini menjadi lebih teruk amat tinggi.

Pelbagai produk dijual di pasaran untuk merawat masalah ini. Meskipun banyak farmasi yang menjual rangkaian produk untuk merawat masalah kaki berbau ini, tetapi tidak semuanya berhasil. Malah ia hanya membazir duit dan membuang masa sahaja. Apa kata kali ini anda cuba merawatnya dengan bahan semula jadi yang sememangnya murah, bersifat natural, mudah didapati dan pastinya selamat untuk digunakan!

1. Air garam

Sumber gambar: Motadpolvo

Cara merendamkan kaki ke dalam air garam dapat membantu untuk menghilangkan bau busuk pada kaki. Garam yang sememangnya terkenal dengan pelbagai kebaikan pada kesihatan juga kecantikan, ia selamat digunakan dan pastinya efektif. Garam berfungsi untuk mengurangkan kelembapan pada kaki. Ini secara tak langsung dapat mengurangkan bakteria pada lapisan kulit.

Caranya, isikan satu baldi besar dengan air suam masukkan antara ½ hingga satu cawan garam. Rendam kaki selama 20 minit. Lakukan setiap hari selama dua minggu.

IKLAN

2. Cuka

Sumber gambar: stylishprofessionalmom

Kandungan asid yang tinggi dalam cuka berupaya untuk melenyapkan bau busuk pada kaki anda. Air rendaman cuka ini boleh mengeringkan kaki anda untuk memastikan bakteria sukar untuk hidup. Tetapi harus diingat, jika ada mengalami sebarang luka ataupun keradangan kulit, pastikan anda tidak menggunakan cara ini kerana ia memedihkan. 

Caranya, campurkan satu bahagian cuka bersama dua bahagian air dalam bekas. Rendam kaki selama 30 minit sekali sehari dalam jangka masa seminggu.

3. Air rebusan teh

IKLAN
Sumber gambar: Anna Pou

Bukan hanya dilabel sebagai ejen ati-penuaian serta bahan terbaik untuk mengurangkan masalah jerawat, malah air rebusan teh dapat memebri kesegaran pada kulit kaki serta dapat membantu untuk mengawal kelembapan yang terhasil di tapak kaki. Asid yang ada dalam teh mampu untuk mengecilkan liang roma dan seterusnya mengurangkan peluh. Turut dikenali sebagai antibiotik yang dapat membunuh bakteria, ucang teh juga mampu untuk menyerap bauan yang busuk jika diletakakn di dalam kasut. Pastikan uncang yang kering ya! Bukan yang basah. 

4. Pemilihan stokin

Sumber gambar: rizkysabriansyah_

Khas untuk anda yang mengalami masalah peluh berlebihan di kawasan kaki (hiperhidrosis), anda disarankan untuk memakai stokin yang diperbuat daripada nilon dan kapas. Stokin nilon dapat memerangkap perpeluhan di kaki manakala stokin kapas pula memberi ruang bernafas. Selain itu juga, anda digalakkan untuk membawa ‘extra’ stokin dalam beg. Mudah untuk anda menukar stokin apabila berpeluh dengan banyak.

5. Gunakan bahan penyembur

IKLAN
Sumber gambar: Michelangelo Buonarroti

Sembur bahagian dalam kasut dengan semburan disinfectant yang khusus untuk kasut. Biasanya jenama kasut terkenal seperti atau sesetengah farmasi ada menjual semburan seperti ini. Ia mengandungi ethanol yang mampu membunuh bakteria.

Lakukan yang sama pada stokin bersih kemudian letak dalam kasut semalaman agar semburan itu dapat meresap pada kasut. Jika anda tidak mempunyai semburan disinfectant, anda boleh menggantikannya dengan taburan tepung jagung. Ia akan meresap semua kelembapan dalam kasut.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI