Punya daya tarikan yang tersendiri, Nadia Annuar punya pakej lengkap yang diidamkan oleh setiap wanita. Memiliki kulit putih bersih, tinggi lampai dan bertubuh langsing meskipun sudah punya anak dua menjadikan wanita ini cukup sempurna.

Dikenali sebagai seorang pengacara yang petah berbicara, Nadia yang juga merupakan anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton ini rupa-rupanya sangat aktif dengan aktiviti kecergasan. Kesempurnaan yang ada pada dirinya tidak datang bergolek sebaliknya dengan daya usaha yang tinggi.

Biarpun sibuk menguruskan keluarga, tetapi dia tetap komited menjalankan perniagaan berasasaskan kecantikan kerana minat mendalam ke arah itu. Sungguh pun sibuk dengan tugasan harian namun Nadia Annuar tidak pernah menjadikannya alasan untuk tidak melakukan aktiviti kecergasan. Malah Nadia juga masih mempunyai masa untuk melakukan senaman kerana menurutnya amalam aktiviti itu akan membuat otak kita jadi lebih cergas, badan yang cantik serta sihat.

Perhatikan sahaja foto yang sering dimuat naik serta kebanyakan Insta Story menunjukkan Nadia kerap kali bersenam. Memang Nadia seorang yang cukup aktif melakukan aktiviti kecergasan. Malah tidak keterlaluan dikatakan bahawa aktiviti kecergasan itu umpama ‘candu’ buat dirinya. Tidak lengkap kehidupan Nadia jika dalam sehari dia tidak bersenam.

MINUM KOPI KOSONG

Mengamalkan gaya hidup sihat, Nadia amat menitikberatkan pemakanan diet yang sihat. Akui Nadia, dia sudah mula ‘melupakan’ gula dalam diet hariannya sejak enam tahun yang lalu. Seperti yang kita ketahui bahawa pengambilan gula yang berlebihan akan mendatangkan banyak penyakit.

“Saya memang tidak minum minuman manis. Tidak dapat dinafikan sebelum ini saya sudah terbiasa mengambil makanan dan minuman yang manis memandangkan keluarga saya berasalkan dari Kelantan. Namun lama kelamaan saya sedar tabiat ini harus diubah.

“Apa yang saya lakukan untuk menghentikan pengambilan gula dalam deit harian saya ialah dengan cara minum kopi kosong. Saya jadikan kebiasaan minum kopi tanpa gula. Secara tidak langsung amalan ini membantu untuk ‘mencuci’ lidah. Percayalah apabila kita sudah terbiasa minum kopi kosong, kita tiada keinginan lagi untuk minum minuman yang manis,” ujar Nadia membuka butir bicara.

EKSTRIM DALAM SOAL PENJAGAAN KESIHATAN

Menjalani rutin kehidupan yang sentiasa diburu dengan kesibukan tentunya memerlukan daya stamina yang tinggi. Bagi wanita berusia 36 tahun ini, dia sangat ekstrim dalam soal penjagaan kesihatan dan juga stamina tubuh.

“Paling penting untuk mendapatkan stamina yang tinggi, bukan hanya perlu bersenam dan melakukan aktiviti kecergasan tetapi dalam masa yang sama kita juga perlu pola pemakanan. Pastikan kita makan makanan yang sihat.

IKLAN

“Ramai orang salah sangka, apabila berbicara tentang bersenam. Apabila sebut bersenam, mesti akan ingat perlu pergi bersenam di gimnasium sedangkan hakikatnya bersenam tidak semestinya perlu pergi ke gimnasium. Sebenarnya aktiviti senaman boleh dilakukan di rumah sahaja.

“Untuk mengekalkan stamina tubuh, kita perlu konsisten bersenam. Cara saya mengekalkan stamina tubuh ialah dengan cara bersenam dan melakukan aktiviti senaman secara berkala. Bila kita sudah biasa bersenam, kita akan dapat rasa yang tubuh kita sentiasa cergas.

“Seelok-eloknya amalkan bersenam pada waktu pagi. Alhamdulilah sejak saya aktif dan konsisten bersenam dan melakukan aktiviti kecergasan, saya tidak lagi ‘nap’ berbanding sebelum saya aktif bersenam. Malah saya rasa tubuh saya lebih cergas dan bertenaga,” ujar Nadia.

PERNAH ALAMI MASALAH ‘EATING DISORDER’

Kongsi Nadia lagi, kira-kira 10 tahun yang lalu iaitu ketika usianya 26 tahun, dia pernah mengalami masalah ‘eating disorder’ atau masalah gangguan pemakanan. Jelas Nadia, masalah kecelaruan pemakanan yang dialaminya sudah sampai ke tahap tidak mahu makan.

“Ketika sakit, saya cuba cari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini. Alhamdulillah senaman dan aktiviti kecergasan adalah terapi terbaik buat diri saya. Sejak itu, saya mula bersenam setiap hari secara konsisten.

IKLAN

“Dalam seminggu, saya akan memperuntukkan empat hingga lima hari untuk bersenam. Tubuh juga perlu perlukan masa untuk berehat jadi tidak perlulah kita bersenam berlebihan sehingga boleh membahayakan tubuh. Selalunya dalam setiap sesi senaman, saya akan memperuntukkan masa selama lebih kurang satu jam setengah. Paling lama pun sekitar dua jam untuk satu sesi senaman,” jelas Nadia.

Cerita Nadia lagi, untuk permulaan cubalah berlari di taman. Jangan mulakan sesuatu yang melibatkan komitmen seperti mendaftar keahlian di gimnasium misalnya. Tidak perlulah memaksa diri untuk memulakans senaman sehingga membebankan diri sendiri.

“Paling penting jika kita ingin berhajat untuk melakukan aktiviti kecergasan, kita jangan tunggu orang lain. Biar semangat itu datang daripada kemahuan diri kita sendiri, bukan sebab orang lain. Boleh juga berdamping dengan rakan-rakan yang sudah sedia aktif dengan aktiviti kecergasan jadi secara tidak langsung ia menjadi pendorong untuk kita kekal aktif bersenam.

OGO 17 2020 HIJABISTA NORHASLIZA POINT FOCUS NADIA ANNUAR

“Komitmen ‘level’ saya memang lain sebab saya memang mahu konsisten untuk bersenam. Pulang sahaja dari kerja, saya akan terus pergi ke gimnasium untuk bersenam. Tidak dapat dinafikan mula-mula memang susah tapi percayalah, selepas dua bulan kita konsisten dan disiplin dengan jadual senaman yang kita buat maka ia akan jadi lebih mudah,” tutur Nadia.

SUDAH CUBA SEMUA JENIS WORKOUT

Menurut Nadia setakat ini dia sudah mencuba semua jenis senaman workout. Ia umpama satu kepuasan buat diri Nadia apabila dapat mencuba pelbagai jenis senaman workout. Hanya mereka yang aktif dalam aktiviti kecergasan sahaja dapat memahami ‘kenikmatan’ yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

“Ia umpama satu ketagihan buat diri saya apabila dapat bersenam. Kalau tidak bersenam terasa seperti tidak lengkap hari-hari yang saya lalui. Walau bagaimanapun perlu ada ‘off day’ agar tubuh kita dapat berehat daripada melakukan sebarang senaman dan aktiviti kecergasan.

IKLAN

“Setakat ini saya sudah mencuba pelbagai jenis workout antaranya powerplate, boxing, spinning dan hit classes. Buat masa sekarang aktiviti senaman yang paling saya suka ialah indoor spinning. Saya akan mengikuti kelas ini tiga hingga empat kali dalam seminggu. Sejak kebelakangan ini juga saya turut menggabungkan aktiviti indoor spinning ini dengan boxing,” ungkap Nadia.

Nadia kini tampil dengan produk baru, P.GO berkolaborasi bersama ibu serta adik lelakinya, Harris Annuar. Selain itu, produk White Pearl adalah kolaborasi Nadia bersama ibunya, Sebelum ini Nadia tampil dengan produk Nadia’s Secret dan juga produk suplemen, Be The Glamorous Drink.

“Jadual harian saya memang padat namun itu bukanlah alasan untuk tidak melakukan aktiviti kecergasan. Saya bersyukur kerana punya pembantu rumah yang dapat memudahkan urusan saya di rumah. Dengan cara itu saya ada masa untuk bersenam.

“Sebenarnya bagi saya tiada alasan untuk kita tidak bersenam. Paling penting kita perlu bijak membahagikan masa. Pendek kata ia bergantung pada diri kita sendiri. Terpulang pada diri kita sama ada untuk memilih gaya hidup yang sihat atau pun sebaliknya. Kalau kita sudah sakit, no tunning back,” kata Nadia.

OBSES DENGAN PAKAIAN SUKAN

Melihat gaya Nadia dalam pelbagai persalinan sukan menggambarkan Nadia seorang yang gemar melaram meskipun ketika melakukan aktiviti kecergasan. Akui Nadia dia tidakm kisah berbelanja besar untuk membeli pakaian sukan berjenama kerana katanya ia bukan sahaja selesa dipakai tetapi tahan lama.

“Walaupun pakaian sukan berjenama ini agak mahal namun saya suka sebab, ia boleh dipakai dalam tempoh yang lama. Selalunya warna pakaian sukan yang menjadi pilihan saya ialah warna hitam. Selain warna hitam, saya juga suka dengan warna-warna terang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadia Annuar (@nadiaannuar)

“Sebenarnya pakaian sukan yang selesa memainkan peranan penting kerana akan membuatkan tubuh kita nampak ‘kemas.’Saya memang memperuntukkan jumlah bajet yang agak tinggi untuk membeli pakaian sukan yang saya suka. Bagi saya, pakaian sukan yang selesa dan cantik dengan warna dan corak yang ceria merupakan satu motivasi untuk saya terus bersenam,” tutur Nadia menutup perbualan.

Sumber kredit: Instagram Nadia Annuar

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI