Siapa tak kenal dengan penyanyi Nabila Razali yang kini tengah meletup-letup dengan lagu terbaru Vroom Vroom. Melihat dia yang kelihatan semakin jelita, lebih matang dan berpenampilan menarik tertanya-tanya apakah rahsia kecantikan dirinya.
Ketika bertemu di satu majlis, penyanyi dan pelakon ini memberitahu rahsia kulitnya nampak ‘glowing’ dan anjal serta awet muda adalah dengan menggunakan petua tradisional.
Menurut Nabila, dia rajin mengamalkan pemakaian putih telur sebagai masker. Petua ini yang telah lama diamalkan dan dipercayai dari perkongsian orang lama.
Masker dari putih telur baik untuk jadikan kulit lebih anjal dan berseri.
Pengambilan putih telur yang diambil untuk dijadikan masker pada kulit dan kemudian dibiarkan selama 5 minit sebelum dibasuh bersih.
Ads
Setelah dicuci, akan terlihat hasilnya kulit menjadi lebih anjal, awet muda dan lebih berseri. Tambah Nabila lagi, biasanya dia akan amalkan masker putih telur ini tiga kali seminggu.
Selain itu bagi memastikan dirinya kekal sihat dan bertenaga, Nabila juga akan memastikan dirinya minum air masak secukupnya, sekurang-kurang 8 gelas sehari.
Sebuah jenama lokal CalaQisya, rangkaian busana santun pilihan telah berkolaborasi dengan Kumpulan Walt Disney menerusi pelancaran rangkaian fesyen berlatar belakangkan filem terbaru, Raya And The Last Dragon. Filem Disney yang memaparkan kembara seorang puteri Asia bernama Raya mula dipertontonkan di layar perak pada Mac 2021.
Calaqisya yang ditubuhkan oleh tiga beradik; Yana Khairuddin, Farah Khairuddin, Azrina Khairuddin bermula di sebuah bilik kecil di UTM Johor. Yana menulis blog sebagai hobi sampingan sambil mengambil Ijazah Sarjana dalam bidang Industri Kimia. Walaupun dilabel sebagai ulat buku, Yana juga terkenal dengan gaya fesyennya yang merupakan inspirasi baginya untuk menulis di halaman blog.
Meraih peluang bekerjasama dengan jenama antarabangsa seperti Disney pastinya sesuatu yang amat diidamkan ramai jenama lokal dan apabila CalaQisya berjaya melakukannya, ia adalah pencapaian yang cukup membanggakan.
Yana Khairudin, Ketua Pegawai Eksekutif CalaQisya berkata, Disney sudah menjadi sebahagian daripada zaman kanak-kanak CalaQisya. “Walaupun sudah meningkat dewasa, kami masih menonton filem Disney untuk menggembirakan hati terutama selepas menempuhi hari yang panjang.
Tidak keterlaluan jika kami katakan, kerjasama dengan Disney ini adalah piala kemenangan terunggul dalam sejarah CalaQisya yang akan sentiasa kami julang sepanjang hayat,” katanya.
Untuk kolaborasi CalaQisya x Raya and The Last Dragon ini, koleksi kaftan hadir dalam 5 cetakan warna yang berlatar belakangkan pemandangan yang dipaparkan dalam filem berkenaan. Selain itu, 4 warna selendang bercetak juga getah rambut (scrunchies) turut ditawarkan malah dimuatkan dalam bungkusan eksklusif CalaQisya x Disney.
Koleksi mempunyai pelbagai peringkat hijabi suai pakai contoh kaftan yang mesra ibu menyusu dan dilengkapi dengan lining bukan shaja hijabi yang sudah berkahwin malah boleh di pakai oleh si gadis. Menarik bukan?
Manakala selendang edisi terhad dengan corak yang berlatar belakang sama seperti anda menonton filem The Last Dragon. Hijabi bakal diselimuti dengan perincian halus yang cukup akrab dengan kehidupan di Asia Tenggara.
“Akhirnya, kita ada seorang puteri Disney yang mewakili ‘orang kita’, itu saja sudah memadai untuk mengeluarkan koleksi yang bertemakan Raya and The Last Dragon. Dan, bila kami tahu yang penulis skrip adalah orang Malaysia, memang tiada alasan untuk tidak meneruskan impian kolaborasi ini”, tambah Yana.
Bayangkan, seorang puteri yang mewakili 680 juta populasi di Asia Tenggara. Raya and The Last Dragon adalah filem Disney yang amat dinantikan CalaQisya.
“Kami tahu ia akan dekat dengan hati bila Disney mahu memperkenalkan seorang puteri Asia Tenggara dalam francais Disney Princess. Sudah tentu kami mahu menjadikannya francais pertama kami bersama Disney,” kata Yana.
Filem ini berkisar kembara seorang pahlawanita yang merentasi lokasi mistikal Kumandra untuk mencari naga bongsu dunia. Ia mengetengahkan nilai kepercayaan sebagai aspek penting untuk membawa keharmonian kepada dunia.
“CalaQisya memegang kepada kepercayaan yang membawa kebenaran dan ianya nilai yang semakin pudar dalam dunia hari ini. Daripada sudut pandangan fesyen, kami melihat kepercayaan antara sebuah jenama dan pelanggannya cukup mustahak kerana pakaian menjadi penentu gaya seseorang, setiap hari. Pelanggan yang kami gelarkan sebagai CalaQueens meletakkan kepercayaan mereka pada kami untuk mengeluarkan pakaian yang berkualiti.
“Menerusi kepercayaan itu, kami membina hubungan akrab dengan setiap CalaQueens di mana kami mahu memastikan mereka sentiasa berpenampilan hebat terutama pada momen teristimewa dalam hidup mereka seperti temuduga kerja yang pertama, ulang tahun kelahiran, malah pada hari perkahwinannya,” kata Yana.
Jangan lepaskan peluang memiliki koleksi khas ini, hijabi pasti merasa selesa dengan rekaan dari CalaQisya yang selesa dengan setiap helaian.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kecoh di media sosial kelmarin apabila pelakon Fatiya Latiff dikatakan bersolat dalam kereta. Pelbagai pendapat mengenai perbuatannya ini dan terbaru Imam Muda Asyraf berkata solat dalam kenderaan dibolehkan, tetapi dengan syarat ditunaikan atas sebab darurat.
Beliau melalui Astro Awani berkata walaupun dianggap darurat tetapi tiak boleh diambil ringan kerana yerdapat syarat yang perlu dipatuhi untuk satu situasi diklasifikasikan sebagai darurat.
Menurut pendakwah bebas ini juga dia tidak tahu situasi selebriti berkenaan sehingga dia mengambil keputusan untuk menunaikan solat dalam kereta.
“Tetapi secara umumnya, solat dalam kereta dibenarkan jika benar-benar dalam keadaan darurat. Contohnya jika tersangkut dalam kesesakan jalan raya, dari tidak ada peluang langsung untuk keluar kereta dan singgah di mana-mana untuk solat,” katanya.
Tambah Imam Muda Asyraf juga dalam keadaan darurat ada dua pilihan iaitu boleh melakukan solat jamak takhir, contohnya jika terlepas waktu Maghrib atau boleh dilakukan dalam kereta.
“Jika masih ada peluang untuk singgah ke surau di stesen minyak, atau di mana sahaja lokasi yang membolehkan solat seperti biasa dilakukan, tak sepatutnya tunai solat dalam kereta,” jelasnya yang turut mengingatkan masyarakat agar tidak ambil remeh soal kemudahan yang diberi dalam menunaikan solat, kerana ia ibadah wajib dan merupakan rukun Islam.
Kebiasaan orang mereka pasti sudah terbiasa berjaga malam dan menggelarkan diri sebagai nokturnal (haiwan yang berjaga dan aktif ketika malam). Situasi ini sama juga untuk anda yang bangun seawal jam lima pagi, anda juga boleh di gelar sebagai ‘morning person’.
Sumber gambar dari Canva
Bangun setiap pagi terutama sekali pada jam lima pagi bukanlah satu perkara yang sesuai dengan semua orang–ada yang bekerja lebih dari 12 jam dan ada juga yang terpaksa bekerja lebih masa yang memerlukan tidur yang cukup. Namun, bangun jam lima pagi dapat memberikan kebaikan dalam perubahan gaya kehidupan seseorang.
Ikut kepada niat setiap orang–ada yang memilih untuk bangun seawal jam lima pagi kerana mereka ingin mulakan hari yang lebih awal dan produktif. Ada juga yang ingin hidup pada suasana yang kurang sibuk dari bunyi kereta dan sebagainya. Menurut Medium, terdapat beberapa sebab kukuh kenapa anda patut mulakan kehidupan anda seawal jam lima pagi untuk menikmati kehidupan seharian.
Setiap pagi anda akan mempunyai matlamat yang anda hendak capai pada setiap hari. Tetapi ada sahaja halangan yang anda susah untuk capai pada setiap hari, namun, anda tidak dapat kerana tidak dapat untuk mendisiplinkan diri.
Oleh kerana adanya waktu yang cukup pada awal pagi, anda boleh lakukan beberapa benda yang anda tidak boleh lakukan pada hari biasa. Berkemungkinan anda juga boleh capai matlamat anda seperti–pergi ke gym pada awal pagi ataupun senaman badan, supaya anda kekal cergas sepanjang hari dan mengekalkan badan yang sihat.
Tidak di nafikan, kehidupan seharian kita selalu menjadi terlalu cepat dan singkat oleh kerana bekerja dan ada komitmen yang perlu anda selesaikan. Jadi anda akan terpaksa mengikut gaya kehidupan yang agak serabut dan juga tidak teratur.
Adanya masa seawal jam lima pagi, anda dapat untuk aturkan strategi dan juga pelan yang boleh anda ikuti untuk menjalani kehidupan yang teratur. Mungkin selepas ini adanya jadual atau pelan yang baik, anda dapat lakukan kerja dan selesaikan komitmen anda tanpa rasa stres dan runsing.
Selalunya kita mengambil masa dari jam 9 pagi hingga 5 petang untuk selesaikan kerja harian yang perlu kita lakukan setiap hari. Dengan bangun seawal lima pagi, anda boleh selesaikan kerja dengan hanya mengambil masa dari jam 5 pagi hingga 1 petang! Walaupun anda akan tidur pada waktu yang cepat berbanding orang lain, tetapi jika dapat selesaikan kerja sebelum petang, kehidupan anda pasti akan kurang stres dan tenang berbanding sebelumnya.
Selepas 14 hari bangun pagi pada jam lima pagi, anda pasti akan terbiasa untuk tidur seawal jam 8 atau 9 malam. Walaupun bagi sesetengah orang ia agak awal, namun, ia dapat membantu anda untuk ‘mulakan’ sistem baru dengan kitaran hidup anda. Walaupun mudah penat seawal petang hari, anda akan rasa segar pada pagi keesokannya!
Bangun seawal jam lima pagi merupakan waktu yang agak efektif kerana anda dapat berada pada suasana yang nyaman dan tiada gangguan ketika itu. Anda akan rasa lebih bersemangat dan bermotivasi kerana memaksa diri bangun sebelum terbit matahari dan dapat lakukan kerja seawal itu.
Kebiasaannya pada tengahari anda pasti akan letih dan susah untuk membuat kerja oleh kerana sudah lesu. Tetapi, seawal jam lima pagi untuk lesu dan penat? Mustahil, kerana badan anda sudah segar dan anda punyai banyak tenaga untuk menyiapkan semua kerja yang perlu anda lakukan!
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.