
Kecoh di media sosial kelmarin apabila pelakon Fatiya Latiff dikatakan bersolat dalam kereta. Pelbagai pendapat mengenai perbuatannya ini dan terbaru Imam Muda Asyraf berkata solat dalam kenderaan dibolehkan, tetapi dengan syarat ditunaikan atas sebab darurat.
Beliau melalui Astro Awani berkata walaupun dianggap darurat tetapi tiak boleh diambil ringan kerana yerdapat syarat yang perlu dipatuhi untuk satu situasi diklasifikasikan sebagai darurat.
Menurut pendakwah bebas ini juga dia tidak tahu situasi selebriti berkenaan sehingga dia mengambil keputusan untuk menunaikan solat dalam kereta.
“Tetapi secara umumnya, solat dalam kereta dibenarkan jika benar-benar dalam keadaan darurat. Contohnya jika tersangkut dalam kesesakan jalan raya, dari tidak ada peluang langsung untuk keluar kereta dan singgah di mana-mana untuk solat,” katanya.
Tambah Imam Muda Asyraf juga dalam keadaan darurat ada dua pilihan iaitu boleh melakukan solat jamak takhir, contohnya jika terlepas waktu Maghrib atau boleh dilakukan dalam kereta.
“Jika masih ada peluang untuk singgah ke surau di stesen minyak, atau di mana sahaja lokasi yang membolehkan solat seperti biasa dilakukan, tak sepatutnya tunai solat dalam kereta,” jelasnya yang turut mengingatkan masyarakat agar tidak ambil remeh soal kemudahan yang diberi dalam menunaikan solat, kerana ia ibadah wajib dan merupakan rukun Islam.
SUMBER: ASTRO AWANI
KREDIT FOTO: INSTAGRAM IMAM MUDA ASYRAF, FATIYA LATIFF & RIDZOKUMURA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Nak Daftar Haji, Guna KWSP Pun Boleh. Jom Daftar Sekarang!

Menunaikan haji merupakan rukun Islam yang kelima bagi umat Islam yang berkemampuan. Sebagai seorang Islam, pastinya kita teringin mahu menunaikan haji. Cuma, yang menjadi masalah apabila tiada wang yang mencukupi.
Tak perlu risau kerana anda kini boleh mendaftar haji dengan hanya menggunakan KWSP. Nak tahu macam mana caranya? Hanya ikut cara-cara yang telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Fahmi Hamid.
Ini perkongsiannya…
Hari ni nak share, cara nak daftar haji menggunakan kwsp. Cara ni sesuai untuk2 adik2 yang baru mula kerja, or students yang masih belajar, yang masih belum ada cash rm1300 dalam akaun tabung haji.
Syarat syarat:
1. Sudah mempunyai akaun tabung haji.
2. Jumlah dalam akaun 1 KWSP melebihi RM1300
Cara cara:
1. Pergi ke mana-mana kiosk kwsp, print penyata kewangan semasa. Boleh juga print dari laman web kwsp.
2. Pergi ke mana-mana cawangan tabung haji, pilih daftar haji di kaunter nombor, tunggu sehingga nombor dipanggil.
3. Nanti hanya bawa penyata KWSP dan kad pengenalan. Awal-awal tu ingat kena bawak buku akaun tabung haji juga, rupanya tak perlu.
4. Lepas sign dan cop jari, selesai proses pendaftaran.
Soalan:
Adakah jumlah dalam akaun 1 akan ditolak RM1300 untuk tujuan pendaftaran?
Jawapan:
TIDAK. Pak cik yang kerja tabung haji tu cakap, diorang just nak tengok kelayakan kita sahaja.
Untung kan untuk orang2 yang tak ada kekuatan kewangan lagi. Sementara nak tunggu giliran tu sangat lambat, jadi kalau dah cukup syarat awal2 tadi boleh la pakat-pakat daftar.
Moga bermanfaat.
Fahmi Hamid
Sumber: Facebook Fahmi Hamid
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mulianya Hati Doktor Muda Ini Yang Tak ‘Naik Angin’ Bila Kereta Kena Double Park. Siap Tinggal ‘Nota Cinta’!

Isi Kandungan
ToggleMenjadi kebiasaan kita jika terpaksa bersikap untuk double park kereta jika terpaksa berkejar-kejar dalam melakukan sesuatu urusan. Walaupun ketika itu kita tidak tahu siapa pemilik kereta yang kita block kerana apa yang penting urusan dapat dilselesaikan. Namun ada kalanya tindakan itu sebenarnya boleh menyusahkan orang lain.
Seperti perkongsian seorang doktor wanita Dr Aniah Azmi yang bekerja di Hospital Melaka bercerita pengalamannya tidak boleh keluar dari tempat letak kereta gara-gara dihalang kenderan lain. Nyata tindakan beliau yang bersabar dan meninggalkan ‘nota cinta’ kepada pemilik kereta yang menghalangnya turut dipuji netizen.

Apatah lagi ketika itu Dr Aniah dalam perjalanan untuk pulang menjemput anak dari sekolah. Namun yang memberikan impak pada doktor muda yang juga merupakan anak kepada Prof Dr. Muhaya ini apabila turut menerima nota dari pemilik kereta yang menghalangnya.
Menurut pemilik nota, dia mohon maaf atas kesalahannya dan tergesa-gesa kerana mahu uruskan isterinya di wad bersalin. Dia juga turut menulis tidak akan mengulangi kesalahan yang sama.
Ternyata perkara ini memberi kelegaan pada Dr Aniah kerana tidak bertindak mengikut emosi yang boleh menyebabkan driinya berada dalam kekesalan.
Dr Aniah juga tidak dapat bayangkan jika si pemilik kereta yang akan berjalan ke kereta dengan bayi yang baru dilahirkan sambil melihat kereta yang sudah dipecahkan cerminya.
Sememangnya kisah ini sangat baik untuk dijadikan teladan dan turut mengingatkan kepada kita semua agar berfikir dulu sebelum bertindah dan jangan memgambik keputusan terburu-buru.
Kisah yang dikongsikan juga membuka mata masyarakat untuk lebih bersabar menghadapi setiap dugaan. Malah perlu gunakan akal fikiran dan jangan biar emosi mempengaruhi kita.
Encik/Puan, sila tinggalkan nombor telefon kalau menghalang kereta. Saya terpaksa mengambil teksi untuk ambil anak saya dari sekolah. Sudah 30 minit menunggu. Saya harap encik tidak ulangi kesilapan ini lagi. Terima kasih, dari Dr Aniah.
“Seterusnya, ketika saya kembali semula ke hospital, kereta saya masih dihalang untuk keluar! Saya membuat keputusan untuk meninggalkan kereta saya di hospital dan sekali lagi menggunakan khidmat Grab untuk pulang ke rumah. Saya dikenakan bayaran sebanyak RM20 walaupun dekat.
Pemandu Grab Car diberitahu tentang kejadian yang menimpanya memberi cadangan agar terus menunggu sehingga pemilik kenderaan muncul atau pecahkan cermin keretanya.
“Saya memberitahu kepada pemandu Grab tentang kejadian yang menimpa saya, lalu dia menyuruh saya untuk tunggu sehingga pemilik kenderaan muncul. Ataupun mengambil gambar kenderaan tersebut untuk diviralkan di media sosial. Malah, dia juga menyuruh saya untuk memecahkan cermin kereta tersebut.”
“Saya memberitahunya tidak mengapa, saya hanya ingin pulang ke rumah selepas satu hari bekerja dan hanya terima hakikat bahawa semua yang terjadi mempunyai sebab. Mungkin juga semua yang terjadi adalah ‘rezeki’ untuk pemandu Grab tersebut. Bagi saya, semua yang terjadi mungkin ada hikmah disebaliknya.
Kereta itu ditinggalkan sehingga keesokan harinya. Namun, apa yang terjadi telah memberikan kesan besar kepadanya….
“Pagi ini saya menumpang rakan sekerja untuk ke hospital. Ketika sampai, saya terus menuju ke kereta saya dan menjumpai sekeping nota yang ditinggalkan. Nota itu bertulis”:
“Saya mohon maaf atas kesalahan saya. Saya tergesa untuk uruskan isteri saya di wad bersalin. Saya terlupa tentang hal kereta saya. Saya mohon ribuan maaf atas kesalahan saya. Saya tidak akan ulangi lagi. MAAF.”
“Apabila saya membaca nota itu, saya terus berasa lega kerana saya tidak bertindak mengikut emosi atau melakukan apa-apa perkara yang akan membuatkan saya kesal. Saya juga tidak dapat membayangkan jika dia sedang berjalan ke kereta dengan bayi yang baru dilahirkan dan seterusnya melihat kereta yang sudah dipecahkan cerminnya.”
“Saya tidak boleh mengawal situasi yang telah terjadi namun saya mampu untuk mengawal pemikiran dan kelakuan saya.”
Kisah yang dikongsi di laman sosial facebooknya itu turut mendapat respon daripada netizen. Rata-rata memuji tindakan Doktor Aniah yang bersikap sabar dalam menghadapi situasi ini.
Tahniah & moga Allah permudahkan urusan doktor.
Mendapat ganjaran yang baik atas kesabaran.
U have a heart of gold.
Artikel Berkaitan: Prof Dr. Muhaya Kongsi Tip Kekal Solat Pada Wany Hasrita
SUMBER: FACEBOOK DR ANIAH AZMI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Naikkan Berat Badan 6KG Dalam Masa Sebulan & Dikongsi 14K, Hijabi ‘Underweight’ Patut Cuba!

Isi Kandungan
ToggleBiasanya kita dengar atau baca cara bagaimana untuk menurunkan berat badan. Pelbagai metod dilakukan sama ada melalui diet atau senaman. Namun jarang yang merungut tentang bagaimanan caranya untuk menaikkan berat badan.
Walaupun tidak ramai yang mengalami masalah ini tetapi bagi mereka yang telah cuba makan banyak tetapi berat badan tetap tidak naik dan ini pastinya memberi satu tekanan. Perkongsian daripada gadis ini bagaimana dia berusaha menaikkan berat badan cukup menarik untuk dibaca. Gadis dikenali dengan nama Siti Shairah ini memberitahu cara paling berkesan bagi seseorang itu untuk menaikkan berat badan.
Dia sudah mencuba cara ini kerana mengalami masalah ‘underweight’ dan hasilnya berat badannya telah naik dalam masa sebulan.
ARTIKEL BERKAITAN: Nak Cepat Kurus Hanya Minum Air Kosong, Cuma Kena Tahu Aturannya. No 5 Ikut…
Sebelumnya berat badan Siti Shairah hanya sekitar 48.5 kg dan selepas mencuba cara ini beratnya bertambah menjadi 54.5 dan perbezaan angkanya adalah sebanyak 6kg.
Malah perkongsiannya ini di laman sosial facebook juga turut dikongsi hampir 14K oleh pengguna lain.
BEFORE START
- Berat: 48.5kg
- Tinggi: 165cm
- Problem with food: Taksuka susu, kekacang, & cheese. And selera kurang.
- My concern: BMI underweight cause i tinggi.
So after make research about food to gain weight, dapatkan nasihat doc, & i decide to make timetable, easy tips with target. Doing this just to try & lets see the result!
Target:58kg max for me (ideal weight is 50-66kg)
Antara makanan yg menaikkan berat adalah yg makanan yg i senarai diatas yg i taksuka. But i need to do somthing, cause im underweight!
So i start the next day!
INI DIET YANG DIAMALKAN
1. Susu full cream
Pagi & malam wajib minum susu atleast 1gelas (sbb tksuka paksa juga). Full cream cause tggi protein & kibo. Berbeza dgn low fat & yg ada flavour macam choc. I minum brand dutchlady.
2. Vitamin C
Makan vit c 1capsules/day atau boleh skip selang 2hari sekali. In 1week dlam 2/3 biji je. Hari yg skip tu i makan buah je bebanyak. Sedap pon sedap hehe. Tp on the day you take vit c tu, makesure minum 2/3liter mineral water! Bukan air teh ais mamak ke starbuck ke ok. Hehe. Vit C is dietary supp, selain drpd utk skin & etc. Bole bg selera makan. Membuak rasa, asyik nk makan je. (i need this cause i jenis tank kecik, makan sikit kenyang, slera tk kuat sgt). So perlu vit c utk membantu slera makan. So now manjang lapar je. Teringin tu teringin ni. Hehe bila dh slera asyik nk kunyah jela.
3. Jadual Makan
Kene makan on time, makesure amik breakfast! Breakfast tu penting. Dan kalau lapar je makan! Kunyah jee bebanyak. Makan sikit tu sikit ni. I mean, bila dh telan nasi. Japgi kunyah laa bnde lain. Kopok2 ke askem ke, coklat je. Haa gituu. Haha.
ARTIKEL BERKAITAN: 24 Jam Bersenam Pun, Badan Masih Gemuk? Amalkan Tip Ini Untuk Tingkatkan Metabolisme Tubuh…
4. Kudapan
Amik kekacang, soys, dairy milk, & cheese. Makan banyak kali, hehe
5. Nasihat doktor
Disclaimer: Makesure chuols refer doc juga ya. Kalau dh underweight kadang sbb cacing juga. Cuba refer doc first okay.
You know what?
I’m doin this semalam genap 1month! So nak share dgan chuols the result. Dan every week mmg timbang & guna penimbang yg sama. The result mmg unexpected!
RESULT AFTER 1 MONTH
- Before start 48.5kg
- 1st week 50.2kg
- 2nd week 51.2kg
- 3rd week 52.3kg
- 4th week 54.5kg
Yeayyy!! Walaupon berat naik, i rasa lemak i tersekat diskala 2 iaitu dipipi & bahagian tidak sepatutnya. Tapi, im happy with the result!
Alhamdulillah syukur im not underweight anymore! Yes! Goodluck chuols!
Semoga berguna
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI