Musim tengkujuh di Malaysia menyebabkan hujan turun lebat tanpa henti dan juga menjadikan beberapa kawasan mengalami bencana banjir teruk. Hal ini boleh menyebabkan banyak jenis penyakit berlaku terutamanya demam panas! 

Sumber gambar: Polina

Bila tubuh mula rasa letih dan lenguh, tekak pula mula merengsa tak kena, itu merupakan tanda demam akan tiba. Tapi apa caranya untuk hilangkannya dengan secepatnya? Seeloknya ambil makanan ini kala demam untuk melegakan demam dengan segera.

  1. Sup Ayam
Sumber gambar: MJ Grand Central Hotel

Pastikan yang ia mengandungi bawang putih kerana ia adalah antibiotik semula jadi yang paling membantu dalam melegakan demam. Bawang putih juga bertindak sebagai anti-virus serta menyalurkan anti-oksidan pada tubuh. Ayam adalah sumber protein yang menyalurkan tenaga pada tubuh.

2. Sup Ikan

Sebaiknya ambil sup ikan kala demam kerana kebanyakan jenis ikan kaya dengan Omega-3 yang membantu dalam menyembuhkan demam.

IKLAN

3. Sup sayur

Sumber gambar: Cook Eat

Sememangnya kita tahu yang sayur-sayuran baik untuk kesihatan. Jadi, seeloknya ambil sup sayur kala jika mengalami demam. Ia sedikit sebanyak melawan sejuk tubuh dan selesema.

4. Madu Asli

IKLAN

Madu ternyata mengandungi bahan antibakteria dan antivirus yang melawan penyakit dan demam dalam tubuh. Ia juga baik untuk melegakan sakit tekak yang berpunca dari demam.

5. Buah Kiwi

IKLAN

Buah kiwi mampu mengurangkan gejala demam dan sekaligus mempercepatkan tempoh untuk sembuh. Ia juga mampu mempertingkatkan tahap kekebalan tubuh dalam sel darah merah.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI