Menjadi seorang public figure bukanlah perkara yang mudah, setiap apa yang dilakukan pasti diperhati orang dan ada sahaja kritikan yang menjengah. Sebelum berhijab, penampilan Nana yang gemar bereksperimen dengan gaya fesyen dan stail rambut jadi perhatian ramai.
Apabila memilih untuk berhijab pada pertengahan Ogos tahun lalu, Nana mengejutkan ramai pihak. Semestinya sokongan yang diterima cukup hebat bukan sahaja daripada orang terdekat bahkan daripada para peminat juga.
Hijabista yang sudah beberapa kali bertemu dengan personaliti serba boleh ini cukup terpesona mendengar kisahnya dan tidak kurang terinspirasi dengan setiap perkongsian yang dibuat. Kini menambahkan lagi kegembiraannya, sejak beberapa bulan lalu anak sulungnya juga telah tampil berhijab.
Althea Raqeem Brian,12, kelihatan manis menyarungkan hijab seperti ibunya. Menjengah ke halaman Facebook Nana Mahazan, dia menyatakan rasa syukur kerana anaknya menemui perjalanan baru ini lebih awal darinya.
Ads
“Alhamdulillah, kita mak mak ni kalau boleh nak sokong semampu mungkin anak-anak kita dan ini bagaimana besarnya rasa sayang saya kepadanya dan saya mahukan perjalanan barunya ini menjadi sangat indah. Alhamdulillah, Althea temui awal daripada mummy. Mummy doakan Althea istiqamah dan sama sama kita fokus dalam memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik,” tulis bekas penyampai radio Era ini.
Penampilan Althea yang baru menuai pujian ramai. Tambahan pula gaya yang dipilih cukup santun dan cantik dipandang. Menjadikan momen ini lebih indah, Nana Mahazan mengeluarkan sisterhood instant shawl yang diinspirasikan oleh Althea sendiri.
Dalam satu hantaran di Instagram pada Julai lalu, Nana memuat naik gambarnya bersama Althea berpakaian sedondon. Memetik kata-kata tulisannya di ruangan kapsyen, “Saya berharap apabila Althea besar nanti boleh menjadi seorang manusia yang bertanggung jawab, tidak mementingkan diri sendiri, berjuang untuk mereka yang kurang berkemampuan, bantu seramai boleh orang lain dan menjadi hamba Allah SWT yang baik.”
Ads
Semoga perkongsian ini serba sedikit memberikan Inspirasi kepada para hijabi di luar sana.Kami di Hijabista doakan semua yang terbaik buat Nana sekeluarga, dan Althea sayang you look so radiant.
Jom kita saksikan perkongsian Nana Mahazan dalam video No Turning Back Hijabista di bawah.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Memang betul hidayah itu milik Allah SWT. Tidak mengira tempat, usia atau sesiapa sahaja dan jika sudah ditakdirkan, anda memang bertuah kerana menjadi insan yang terpilih. Seperti dalam satu video yang tular baru-baru ini di laman facebook video seorang Cina mualaf mengucapkan kalimah syahadah bersama dua orang anaknya di salah sebuah pusat kelas Fardu Ain Bandar Baru Rawang-Bahasa Cina.
※27 Oct 2018※Part 2Alhamdulillah.. Hidayah milik Allah SWT..Selamat kembali ke agama fitrah buat saudara baru family Bro Leong dan anak2.Anak2nya turut melafazkan dua kalimah syahadah di kelas Fardhu Ain Bandar Baru Rawang- Bhs Cina sekitar jam 10.30pm.“Ya Allah, tetapkanlah ia(Islam) dan jadikanlah ia(Islam) sebagai penunjuk yang selalu memberi petunjuk" kepada bro Leong dan anak2 juga kami sekalian..Semoga dipermudahkan segala urusan, diberkati Allah dan beristiqomah selalu ke arah jalan yg diredhai Allah.In shaa Allah.. Aamiin..#Syahadah271018#KFAMBandarBaruRawang#PDMAmirNg#MuallafRawangSelayang
Peristiwa bersejarah ini berlangsung sekitar jam 10.30 malam pada hari Sabtu yang lalu. Mualaf yang dikenali dengan nama Bro Leong ini dilihat sedang mengcapkan kalimah suci tersebut sambil dipimpin oleh salah seorang tenaga pengajar di pusat menuntut ilmu berkenaan.
Turut sama bergelar saudara baru ini adalah dua orang anaknya yang masih kecil. Ternyata kesungguhan tiga beranak ini memilih Islam sebagai agama baru mendapat sokongan dan pujian dari netizen.
Malah rata-rata netizen turut mendoakan agar usaha lelaki ini dan anaknya untuk mendekati agama Islam itu sentiasa dipermudahkan dan kekal istiqomah dengan agama baru yang dipilihnya.
Alhamdulillah.. Hidayah milik Allah SWT..
Selamat kembali ke agama fitrah buat saudara baru family Bro Leong dan anak2.
Anak2nya turut melafazkan dua kalimah syahadah di kelas Fardhu Ain Bandar Baru Rawang- Bhs Cina sekitar jam 10.30pm.
“Ya Allah, tetapkanlah ia(Islam) dan jadikanlah ia(Islam) sebagai penunjuk yang selalu memberi petunjuk” kepada bro Leong dan anak2 juga kami sekalian..
Semoga dipermudahkan segala urusan, diberkati Allah dan beristiqomah selalu ke arah jalan yg diredhai Allah.
Satu masa dahulu, nama Suhaila Sulaiman sering menjadi sebutan dek kerana lakonannya yang mantap. Tahun demi tahun mencipta nama, akhirnya Suhaila menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini pelakon terkenal tanah air, Faizal Hussein. Selepas berkahwin, namanya kian suram kerana dia memilih untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga. Dikurniakan dua orang cahaya mata, Suhaila bertekad untuk terus melupakan dunia lakonan mestipun kadangkala rindu tetap datang menjelma.
“Sejujurnya memang saya rindu bidang lakonan tetapi saya mahu menumpukan perhatian terhadap keluarga saya dahulu. Semua kerja di rumah saya lakukan sendiri kerana saya tidak menggunakan perkhidmatan pembantu rumah. Bila anak-anak mula bersekolah, lagilah jadual saya bertambah sibuk kerana perlu menguruskan segala urusan mereka. Jadi, saya ambil keputusan untuk tidak mengambil sebarang tawaran lakonan buat masa ini. Ia merupakan keputusan saya sendiri, bukannya arahan daripada Faizal,” ujar Suhaila sewaktu bertemu di majlis tayangan Eksklusif filem DUKUN di Suria KLCC baru-baru ini.
Suhaila yang kini berusia 42 tahun dilihat tetap tampil cantik dan berseri. Bila ditanya apa rahsia kecantikan dirinya, Suhaila hanya mampu tertawa sahaja kerana menurutnya, dia tidak pernah mengamalkan sebarang petua. Tambahnya, dia hanya mengamalkan pengambilan air suam sejurus selepas dia bangun daripada tidur dan tiada sebarang pantang dalam pemakanan. Dia akan makan apa sahaja yang diingini. Cuma dia akan kurangkan pengambilan makanan yang berminyak. Selain itu, dia turut lakukan beberapa senaman ringan tetapi tidak menjadikan ia sebagai rutin.
Menyentuh soal hijab, kini sudah hampir 4 tahun dia mengenakan hijab di atas kemahuan dirinya sendiri. Menurutnya, sudah tiba masanya untuk berhijab dan mahu menjadi contoh yang terbaik kepada kedua-dua anaknya itu. Keputusan ini disokong oleh Faizal sendiri dan Faizal sendiri tidak pernah memaksa Suhaila untuk berhijab. Cuma katanya, jika sudah bertudung, jangan buka-buka lagi. Mungkin, itulah waktu yang tepat untuk dia berubah ke arah kebaikan.
Suhaila memilih 1 Ramadan untuk berhijab dan alhamdulillah, dia semakin selesa mengenakan hijab di kepala. Pertama kali memakai hijab, Suhaila akui berasa lega kerana sudah menunaikan suruhan Allah dan bukan bertudung disebabkan fesyen semata-mata. Tambah Suhaila lagi, dia tidak mahu memaksa anaknya untuk bertudung dan mahu anaknya bertudung dengan kerelaan hatinya sendiri. Cuma, dia akan sering mengingatkan anaknya tentang baik dan buruk sesuatu perkara. Sebelum mengakhiri perbualan, Suhaila bersyukur dan selesa dengan kehidupan yang diperolehinya sekarang.
Perkongsian ini viral apabila rata-rata pengikut di media sosial pada 2019, membuat #10yearchallenge dengan memperlihatkan sisi diri sebelum ini. Namun yang paling menarik perhatian adalah kisah selebriti Mizz Nina yang mengakui kisah #10yearchallenge dirinya agak berbeza.
Ini kerana 10 tahun sebelum dia masih belum berhijrah, tidak mengenakan tudung, solat dan juga tidak tahu membaca Aliff Ba Ta. Jadi dia memilih untuk berkongsi kisah penghijrahannya 10 tahun sebelum 2019 dengan mendalami agama.
Ternyata foto beserta kapsyen dimuat turun begitu menyentuh ramai orang yang membacanya. Bukan kerana gambar tetapi coretan indah ditulisnya yang membuatkan orang ramai sedar betapa pentingnya perubahan dalam diri seseorang.
Saya tidak mempunyai gambar yang boleh saya kongsikan dari 10 tahun yang lalu, kerana saya masih tidak memakai hijab.
Semasa saya mengadakan sesi kelas online saya malam tadi, kami juga telah mengadakan perbincangan tentang cabaran #10yearchallenge ini tentang bagaimana jika kita memikirkan keadaan dalaman kita, iman kita dan sebanyak mana kita telah berkembang sebagai individu.
Pada tahun 2009, saya berumur 29 tahun, single dan fokus pada kerjaya solo saya. Saya telah berputus asa mencari pasangan dan semua tenaga saya dimasukkan ke dalam latihan prestasi. Sedikit yang saya tahu, saya telah bertemu dengan suami saya pada akhir tahun 2009. Alhamdulilah, dengan izin Allah kami berkahwin. Doa sudah menjadi kenyataan!
Iman saya, pada masa ini perlahan-lahan berkembang, sejak kakak saya telah berlalu 2 tahun lebih awal, saya dapat merasakan ia mempunyai kesan yang besar pada hati saya. Walaupun saya tidak sembahyang 5x sehari, saya masih tidak menutup pintu dan hubungan dengan Allah.
Nasihat saya, bagi orang-orang yang berjuang untuk sembahyang, terus melakukannya, walaupun hanya 1x sehari, teruskan dan lakukan untuk Allah, dan 1 hari, anda akan mendapati diri anda memenuhi semua kewajipan & lebih inshaAllah.
Kehidupan saya adalah tentang kerjaya saya, dunia & iman saya, walaupun ia tidak dapat dilihat, ia berada di sana. Saya tidak seperti dulu pada masa remaja saya & awal 20 tahun tetapi saya masih dalam perjalanan ke jalan lurus utama. Alhamdulilah.
Pengajaran: Jangan menghakimi orang lain & keadaan hati mereka. Anda mungkin tidak tahu bahawa saya sedang berjuang untuk menjadi orang yang lebih baik, seorang muslim yang lebih baik. Galakan adalah kunci utama.
2009: – Saya masih tidak tahu membaca Alif Ba Ta. Saya hanya menghafal Al-Fatihah & 3 Qul. Saya hanya mula belajar membaca di 33. SubanAllah!
Tidak pernah saya bayangkan, saya akan berada di ruang yang sama sekali berbeza pada hari ini. Allah menuntun saya kembali untuk mengamalkan Islam & sekarang saya sedang belajar kursus diploma Ta’leem Al-Quran, melakukan da’wah & perbincangan. SubhanAllah. Alhamdulilah untuk berkat-berkat ini!
Pengajaran: Ianya tidak pernah terlambat untuk mempelajari Al-Quran! Anda perlu tekad untuk membuat perubahan dan usaha untuk Allah.
Banyak yang telah berubah dan saya berdoa agar Allah akan terus membimbing kita pada jalan yang lurus dan meningkatkan tahap peningkatan diri untuk kehidupan di dunia & akhirah Ameen.
Walaupun perkongsian ini dibuat ketika 20119, namun sampai sekarang figura ini tetap menjadi inspirasi ramai hijabi yang berhijrah mahupun ingin berhijrah. Tetaplah berusaha walupun sekecil kuman, kerana usahan mulia mencari jalan keredhaan Allah tetap akan direstuiNya. Semoga perkongsian bermanfaat untuk semua.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.