Pelakon yang popular menerusi filem Tentang Bulan, Fatin Nur Afifah Shamsudin atau lebih mesra disapa dengan panggilan Fatin Afeefa kini sedang berusaha istiqamah bertudung dan menutup aurat sepenuhnya sejak kembali dari tanah suci mengerjakan umrah tempohari.
Lebih menarik lagi, apabila penampilan terbaharu ini membuatkan Fatin Afeefa kelihatan sungguh manis! Penampilan Fatin yang menutup aurat dan berhijab telah mengundang pujian ramai.
Fatin Afeefa Nampak Seperti ‘Remaja’ Belasan Tahun!
Mana tidaknya, automatik nampak isteri Aliff Awang ini kelihatan muda remaja! Langsung tidak nampak seperti ibu kepada dua cahaya mata.
Malah, keanggunanya cukup terserlah terutama ketika menyarung persalinan rona hitam dengan tudung polos warna senada, terserlah sisi penuh keayuan pelakon berusia 28 tahun itu.
Selain netizen, penampilan Fatin turut mendapat perhatian rakan-rakan artis yang memuji wajah cantik dan pesonanya yang begitu menawan.
Netizen Dan Rakan Artis ‘Approved’ Penampilan Baru Fatin Afeefa
Ads
Sebelum ini Fatin atau nama sebenarnya Nur Afifah Shamsudin menjadi bualan warga maya selepas momen dia sedang membeli tudung bertebaran di media sosial.
Ini selepas suaminya sanggup membelanjakan wang hampir RM5,000 untuk menghadiahkan Fatin 19 helai tudung berjenama mewah dalam usaha aktres ini untuk menutup aurat.
Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan nama.
Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.
Kematian Siti Sarah pada jam 5.13 pagi hari Isnin, 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19 mengejutkan ramai pihak. Allahyarhamah yang mula dimasukkan ke hospital sejak Rabu lalu mula merosot kesihatannya sejak semalam seperti yang dimaklumkan suaminya kepada umum.
Hari ini ramai yang berduka dan meluahkan pandangan mereka tentang kebaikan hati budi penyanyi dan usahawan terkenal itu. Antara yang berkongsi cerita adalah Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al Nuri dan pendakwah terkenal Malaysia, Ustaz Ebit Liew
Dalam satu hantaran di laman Facebook, Nadir bercerita bagaimana Siti Sarah menghubunginya untuk bersedekah sempena perayaan Aidiladha di Gaza, Palestin baru baru ini. Selain itu ibu kepada empat cahaya mata itu juga sentiasa bertanya khabar tentang keadaan penduduk di sana.
Kongsinya, “Allah. Tersentap kejap bila baca berita daripada @shuibsepahtu tentang pemergian @sitisarahraissuddin. Saya baru dihubungi Siti Sarah sebelum raya haji lepas untuk beliau ikuti program korban di Gaza kami.
“Masa tu saya terkejut bila beliau maklumkan nak korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit, bukan satu bahagian saja, seolah beliau sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebaikannya yang terakhir. Selepas itu beliau kerap berhubung dan bertanya tentang keadaan saudara-saudara kita di Palestin.
“Rupanya Allah takdirkan, nyawa beliau diambil dalam keadaan beliau memikirkan umat, peduli dengan nasib mereka malah telah didoakan ratusan penduduk di sini yang merasa daging pada tahun ini.
“Beruntunglah dikau, diberi syahid sambil didoakan ratusan keluarga syuhada’ akhirat di bumi berkat. Semoga engkau tenang di sana, al-fatihah.”
Ustaz Ebit Lew pula memuatnaik satu hantaran di Insta Storynya berkongsi bagaimana penyanyi tersebut menghubunginya bagi membantu membayar rumah sewa serta anak-anak yatim yang diselia oleh pendakwah tersebut.
“Ya Allah, sedihnya rasa. Insyaallah @shuibsepahtu @sitisarahraissuddin dan anak-anak semuanya akan bersama kembali dalam syurga Firdaus. Siti Sarah banyak kali tanya kepada saya ingin bayarkan sewa beberapa buah rumah orang miskin yang saya uruskan dan anak yatim yang saya bantu sekolahkan. Semoga Allah beri syurga Firdaus kepadanya. Saba rya @shuibsepahtu. InsyaAllah Allah sayang,” kongsinya.
Kebaikan dan pekerti murni yang dilakukan Siti Sarah ternyata menyentuh hati rami pihak. Semoga segala kebaikan yang dilakukannya menjadi contoh kepada kita yang masih diberi peluang untuk menghirup udara di bumi Allah ini.
Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan bersama orang-orang beriman dan diangkat darjatnya tinggi di sisi Allah SWT.
Sumber: Facebook Nadir Al-Nuri dan Instagram Ustaz Ebit Liew
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kita semua menggemari buah oren yang cerah dan berair kerananya. Menariknya, ia juga merupakan salah satu makanan meningkatkan imuniti yang berkesan. Mengambil segelas jus oren setiap hari adalah baik untuk badan anda kerana ia mengandungi vitamin C, folat, dan kalium. Selain manfaat kesihatan, oren dilengkapi dengan beberapa manfaat kecantikan juga.
Walaupun ramai yang membuang kulit oren selepas memakannya, anda mesti tahu ia sangat bernilai. Oleh itu, menjadikannya sebagai ramuan untuk digunakan dalam rutin kecantikan amat bermanfaat.
Kulit oren sarat dengan antioksidan dan nutrien, ia boleh digunakan dalam beberapa cara pada kulit anda. Salah satunya jadikan masker buat sendiri dengan adunan bahan yang lain bagi membantu menghalang jerawat tumbuh, kulit yang merengsa kemerahan, menserahkan kulit wajah dan pelbagai lagi. Hijabita kongsikan DIY masker yang diperbuat dari kulit oren, janji tak menyesal hasilkannya.
Nah, begitulah. Dengan kebaikan yang lebih berat daripada keburukan apa yang anda tunggu? Manfaatkan manfaat oren untuk kulit dan tambahkannya ke rutin penjagaan kulit anda sekarang!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Lamaran secara terbuka seakan sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat kita. Mungkin dahulunya ia cukup terkenal di negara barat.
Budaya ini kini seakan menjadi satu trend anak muda ketika ingin melamar pasangan untuk dijadikan teman hidup.
Islam mengajar lamaran dilakukan melalui wali. Ia bertujuan untuk memberi ruang masa yang cukup kepada wanita bagi mempertimbangkan pinangan tanpa perasaan tertekan atau terdesak.
Kaedah melamar wanita secara terbuka di khalayak ramai pula lebih berkait rapat dengan menyerupai gaya hidup amalan bebas budaya barat yang tidak diiktiraf pun oleh syarak.
SOALAN:
Assalamualaikum ustaz. Saya mahu bertanya, apakah hukum seorang lelaki melamar seorang wanita secara terbuka di depan khalayak ramai? Adakah ini menyalahi ajaran Islam?
JAWAPAN:
Melamar wanita secara terbuka di depan khalayak ramai adalah lebih berkait dengan adat dan budaya masyarakat setempat.
Namun, kami mengesyorkan untuk menjauhi perbuatan ini kerana ia bukan satu budaya Islami, bahkan bukan juga budaya masyarakat Melayu. Ia juga bukanlah suatu perkara yang terpuji kerana Islam sangat mengangkat tinggi penjagaan kepada maruah individu.
Lamaran melalui wali adalah perkara yang diajar oleh Islam serta masyarakat Melayu Muslim di Malaysia. Ini bagi menjaga maruah kedua-dua individu serta memberi ruang masa yang cukup kepada wanita tersebut untuk mempertimbangkan pinangan tersebut.
Hal ini kerana, kita tidak boleh mengetahui keadaan emosi dan minda wanita tersebut pada waktu berkenaan. Kita seolah-olah meletakkan keputusan besar dalam hidup seseorang hanya pada waktu yang singkat. Sedangkan, dalam Islam, setiap individu miliki hak untuk membuat keputusan secara peribadi.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.
Khitbah: menzahirkan keinginan untuk mengahwini seseorang wanita yang tertentu, dan wanita tersebut menyampaikan hasrat tersebut kepada walinya. Pemberitahuan ini sama ada disampaikan secara terus daripada lelaki tersebut atau melalui perantaraan keluarganya. Apabila lamaran ini dipersetujui oleh wanita atau keluarganya, maka telah sempurnalah lamaran antara kedua-dua pihak.(Rujuk al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jilid 9, ms 3)
Khitbah (lamaran) adalah langkah terawal untuk menuju ke perkahwinan yang sah. Apabila seorang lelaki sudah bersedia untuk memilih seorang wanita menjadi isterinya yang sah, dia pun menyatakan hasratnya kepada wanita tersebut, disusuli dengan pemberitahuan kepada keluarga. Apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan lamaran tersebut, termeterailah satu perjanjian antara kedua-dua pihak ini. Lamaran dan pinangan boleh dilakukan secara terus daripada lelaki tersebut atau keluarganya.
Lamaran atau pinangan boleh berlaku dalam dua bentuk; zahir atau kiasan. Terdapat beberapa syarat yang perlu diambil kira sebelum melamar atau meminang seorang wanita.
Mengenal pasti sama ada wanita tersebut telah dinikahi atau dalam tempoh iddah talak raj’ie. Mereka adalah wanita yang haram untuk dipinang oleh lelaki lain sama ada dilafazkan secara zahir mahu pun secara kiasan. Bagi wanita yang telah dinikahi, pengharaman adalah jelas. Manakala, bagi wanita yang diceraikan oleh suaminya dengan talak raj’ie, pengharaman adalah berdasarkan ayat al-Quran:
Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Surah al-Baqarah (228)
Pengharaman meminang wanita di dalam iddah bagi talak raj’ie adalah kerana wanita ini merupakan seorang isteri atau berada di kedudukan isteri bagi suami yang menceraikannya selagi mana dia masih dalam tempoh iddah. (Rujuk al-Iqna’, 2/414)
Namun, bagi wanita yang berada di dalam tempoh iddah talak bain, mereka adalah wanita yang haram untuk dipinang secara zahir selama mana wanita ini berada di dalam tempoh iddah. Namun, pinangan secara kiasan adalah dibenarkan berdasarkan ayat al-Quran:
“Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka)” Surah al-Baqarah (235)
Tidak meminang di atas pinangan orang lain berdasarkan hadith:
لاَ يَخْطُبُ أَحَدُكُمْ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ
“Jangan sekali-kali salah seorang daripada kamu meminang atas pinangan saudaramu yang lain.” Muwatta’ Imam Malik (1094)
Pengharaman tersebut hanya pada situasi yang memiliki empat ciri-ciri iaitu dia mengetahui pinangan lelaki lain, dia mengetahui jawapan terhadap pinangan tersebut, telah jelas penerimaan wanita tersebut kepada pinangan itu dan pinangan pertama adalah pinangan yang dibenarkan di sisi syarak. Jika tidak, dia tidak termasuk di dalam pengharaman ini. (Rujuk I’anah al-Talibin, 3/268, al-Fiqh al-Manhaji, 2/46)
Setelah seseorang lelaki memastikan status wanita yang ingin dinikahi, kemudian barulah dia menyuarakan hasratnya terhadap wanita itu jika wanita tersebut tidak termasuk dalam kalangan wanita yang haram untuk dilamar. Kita dapat lihat bahawa syarak hanya menyatakan larangan jelas pada hal yang demikian.
Namun, melamar wanita secara terbuka di depan khalayak ramai berkait dengan budaya barat yang tidak diiktiraf dalam Islam.
Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka” Riwayat Abi Daud (4031)
Penyerupaan dalam hal ini adalah tidak diiktiraf kerana Islam sangat mengangkat tinggi penjagaan kepada maruah individu. Sebaliknya, perbuatan sebegini mendedahkan maruah individu daripada tercalar.
Selain itu, lamaran atau pinangan di khalayak ramai secara terbuka akan memberi tekanan kepada kedua-dua pihak; lelaki dan perempuan dalam menerima dan memberi jawapan dalam kadar segera. Sedangkan, dalam Islam, kedua-dua pihak diberi pilihan untuk bersetuju atau tidak untuk mengahwini satu sama lain. Wanita juga diberi hak memilih pasangan.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:
أَنَّ امْرَأَةً، مِنْ وَلَدِ جَعْفَرٍ تَخَوَّفَتْ أَنْ يُزَوِّجَهَا وَلِيُّهَا وَهْىَ كَارِهَةٌ فَأَرْسَلَتْ إِلَى شَيْخَيْنِ مِنَ الأَنْصَارِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَمُجَمِّعٍ ابْنَىْ جَارِيَةَ قَالاَ فَلاَ تَخْشَيْنَ، فَإِنَّ خَنْسَاءَ بِنْتَ خِذَامٍ أَنْكَحَهَا أَبُوهَا وَهْىَ كَارِهَةٌ، فَرَدَّ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ذَلِكَ
“Seorang wanita berketurunan Ja’far merasa takut sekiranya walinya ingin menikahkannya di luar kemahuannya. Jadi, dia mengutus utusan kepada dua orang lelaki Ansar; Abdul Rahman dan Mujammi’, dua orang anak Jariyah dan mereka merasa kedua-duanya mengatakan kepadanya, “Janganlah engkau merasa takut. Sesungguhnya Khansa’ binti Khidzam telah dinikahkan oleh bapanya di luar kemahuannya, lalu Baginda Nabi SAW membatalkan perkahwinan tersebut.” Riwayat al-Bukhari (6969)
Perkara-perkara yang tidak diingini dapat dielakkan dan penjagaan kepada maruah dapat dipertahankan dengan melakukan peminangan atau lamaran melalui wali. Islam mengajar seorang lelaki untuk meminang atau melamar melalui wali kerana ia adalah lebih beradab, menjaga maruah kedua-dua individu dan menjaga hak-hak wanita bermula sebelum perkahwinan berlangsung lagi.
Lamaran melalui wali adalah perkara yang diajar oleh Islam serta masyarakat Melayu Muslim di Malaysia. Ini bagi menjaga maruah kedua-dua individu serta memberi ruang masa yang cukup kepada wanita tersebut untuk mempertimbangkan pinangan tersebut.
Hal ini kerana, kita tidak boleh mengetahui keadaan emosi dan minda wanita tersebut pada waktu berkenaan. Kita seolah-olah meletakkan keputusan besar dalam hidup seseorang hanya pada waktu yang singkat. Sedangkan, dalam Islam, setiap individu miliki hak untuk membuat keputusan secara peribadi.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.