Selepas seminggu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa akhirnya berkongsi wajah dan nama puteri sulung mereka kepada umum. Rata-rata netizen cukup berpuas hati dan gembira kerana pasangan suami isteri ini menunaikan janji mereka untuk berkongsi wajah dan nama puteri mereka ini.
Seperti yang diketahui umum, semalam telah berlangsungnya satu majlis Maulid Nabi, Aqiqah dan Tahnik bertempat di kediaman mereka yang terletak di Bukit Antarabangsa. Satu sambutan yang cukup meriah diiringi dengan selawat serta lagu puji-pujian kepada Allah dan Rasulullah SAW. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Menerusi posting yang dimuat naik satu jam yang lalu, Datuk Dr. Zulkifi turut memuji majlis yang dianjurkan oleh pasangan suami isteri ini. Pada pandangan mata Mufti Wilayah ini, ia merupakan satu majlis yang cukup sempurna kerana diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat seperti selawat, lagu-lagu pujian kepada Allah dan Rasulullah SAW oleh Ustaz Iqbal Zain, Ustaz Kyrel Al-Gayauwi dan kumpulan qasidahnya.
Malah, beliau juga berpeluang untuk menyampaikan tazkirah tentang anak sebagai anugerah daripada Allah SWT dan pesanan serta panduan kepada ibu bapa untuk mendidik anak-anak dengan acuan agama. Menurutnya, inilah pengisian yang wajar dijadikan contoh dan ikutan dalam kalangan umat Islam bagi meraikan kelahiran anak.
Selain itu, Mufti Wilayah juga turut mengulas tentang nama Aafiyah, nama yang diberi kepada puteri kesayangan Siti dan suaminya itu. Katanya, nama ‘afiah cukup luas definisinya dalam Islam. Secara umumnya, ‘afiah adalah perlindungan Allah SWT bagi hamba-Nya daripada pelbagai penyakit dan bencana yang telah berlaku, mahupun akan datang, di dunia dan akhirat.
Ini perkongsian Mufti Wilayah Persekutuan menerusi Facebook miliknya…
Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Maulid Nabi, Aqiqah dan Tahnik bagi Siti Aafiyah binti Khalid, puteri Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa dan Dato Sri’ Siti Nurhaliza. Penghargaan juga kepada Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa atas kesudian bertandang ke pejabat saya tempohari untuk menjemput saya ke majlis beliau serta membincangkan sedikit perihal kesesuaian nama Siti Aafiyah.
Majlis yang diadakan semalam, sungguh sempurna pada pandangan saya. Ianya diisi dengan selawat, lagu-lagu pujian kepada Allah dan Rasulullah SAW oleh Ustaz Iqbal Zain, Ustaz Kyrel Al-Gayauwi dan kumpulan qasidahnya. Tazkirah yang saya sampaikan semalam adalah tentang anak sebagai anugerah daripada Allah SWT dan pesanan serta panduan kepada ibu bapa untuk mendidik anak-anak dengan acuan agama. Boleh tonton di Instagram story saya (http://www.instagram.com/drzulkifli.albakri) ataupun di Facebook saya (http://facebook.com/drzulmuftiwp). Pengisian sebeginilah yang sewajarnya dijadikan contoh dan ikutan dalam kalangan umat Islam bagi meraikan kelahiran anak. Tahniah sekali lagi kepada Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa dan Dato Sri’ Siti Nurhaliza.
Pengertian ‘afiah dalam Islam luas cakupannya luas baik di dunia, mahupun di akhirat. Secara umumnya, ‘afiah adalah perlindungan Allah SWT bagi hamba-Nya daripada pelbagai penyakit dan bencana yang telah berlalu, mahupun akan datang, di dunia dan akhirat. Maka, orang yang mendapatkan kurnia ‘afiah, maka dia telah mendapat kebaikan yang sempurna.
Ads
Terdapat satu doa yang disarankan oleh Nabi SAW sebagaimana yang dinukilkan oleh al-Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Azkar.
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) dalam agamaku, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah aibku dan berilah ketenteraman di hatiku. Ya Allah, jagalah aku; dari depan, belakang, kanan, kiri, dan atasku, serta aku memohon perlindungan dengan keagungan-Mu agar tidak disambar dari bawahku.” (Riwayat Abu Daud, no. 5074)
Ibn Umar menyatakan: “Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan doa-doa ini ketika pagi dan petang.”
Justeru, bacalah doa ini pada waktu pagi dan petang, sebagaimana amalan Rasulullah SAW.
Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW menegaskan:
سَلُوْا الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فَإِنَّ أَحَدًا لَمْ يُعْطَ بَعْدَ الْيَقِيْنِ خَيْرًا مِنَ الْعَافِيَةِ Maksudnya: “Mintalah keampunan dan keselamatan (‘afiah) kepada Allah SWT. Sesungguhnya seseorang tidak diberikan pemberian setelah keyakinan yang lebih baik dari keselamatan (‘afiah)” (Riwayat al-Tirmizi, no. 3558)
Moga-moga Siti Aafiyah membesar menjadi Muslimah yang solehah. Berbakti kepada ibu bapanya, keluarga, masyarakat, negara dan agama. Wallahua’lam.
Orang yang mudah memaafkan cenderung lebih bahagia dan memiliki kesihatan mental yang lebih baik.
Memaafkan bukan bermakna melupakan, tetapi memilih untuk melepaskan perasaan negatif. Sikap pemaaf dapat dipelajari dan dikembangkan melalui latihan empati dan perubahan perspektif.
Memaafkan memberi manfaat bagi diri sendiri, bukan hanya bagi orang yang dimaafkan. Orang pemaaf memiliki hubungan sosial yang lebih kuat dan harmoni.
Amalan Buang Sifat Dendam
Hijabista kongsikan nasihat bermanfaat daripada Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad tentang bagaimana untuk membuang sifat dendam dalam diri kita.
Beliau memuat naik video pesanan itu di platform media sosialnya baru-baru ini.
Untuk info, Datuk Prof Dr Muhaya telah melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk Ijazah Sarjana Muda Perubatan pada 1980-1985. Beliau kemudian melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Surgeri Oftalmologi UKM pada 1991.
Kemudian beliau ke National University of Singapore pada 1998 dan mendapatkan PhD dalam bidang Ocular Immunology di University London.
Datuk Prof Dr Muhaya kini aktif melakukan sesi motivasi di platform media sosialnya. Beliau sering mengingatkan kita untuk melakukan transformasi minda dari[ada negatif kepada positi, sentiasa bersangka baik dan berusaha untuk berubah ke arah kebaikan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Anugerah Muzik Indonesia 2024 menjadi saksi kejayaan Lesti Kejora, yang sekali lagi menunjukkan kekuatannya dalam industri muzik dangdut Indonesia. Dalam acara berprestij ini, Lesti berjaya memenangi tiga anugerah sekali gus mengesahkan kedudukannya sebagai salah seorang penyanyi terkemuka di Indonesia.
Pada malam Anugerah Muzik Indonesia 2024, Lesti Kejora mencatatkan pencapaian cemerlang dengan memenangi tiga trofi sekaligus. Anugerah yang dimenanginya termasuk kategori Penyanyi Dangdut Terbaik, Lagu Dangdut Terbaik untuk lagu “Sekali Seumur Hidup,” dan Klip Video Terbaik.
Tampil Anggun Walau Sarat Hamil
Penampilan Lesti pada malam itu sangat istimewa. Lesti kelihatan anggun dengan kehamilannya yang semakin terserlah. Detik gembira itu bukan sahaja menjadi tumpuan malah turut menjadi bualan di media sosial.
Lesti berkongsi rasa gembiranya menerusi muat naik di akaun Instagram peribadinya yang segera mendapat sambutan positif daripada peminat dan rakan sekerja dalam industri muzik.
Dalam muat naik ini, Lesti kelihatan bahagia bersama suami tercintanya Rizky Billar serta beberapa rakan karibnya seperti Dul Jaelani, Tissa Biani, dan Raffi Ahmad.
Respon Positif Peminat
Kejayaan Lesti Kejora di Anugerah Muzik Indonesia 2024 turut menjadi bualan hangat peminat. Sokongan yang diberikan oleh peminat dan rakan-rakan artis lain menunjukkan betapa bangganya mereka terhadap perjalanan karier Lesti Kejora yang cemerlang.
Kredit Foto:
Anugerah yang dimenangi Lesti bukan sahaja menjadi lambang pencapaian peribadi, malah menambah rekod sejarah karier seninya yang cemerlang. Ternyata, Lesti Kejora terus memberi inspirasi dalam industri muzik Indonesia.
Dalam kapsyen muat naiknya, Lesti menulis: –
“Alhamdulillah, terima kasih atas penghargaan. Semoga ini menjadi motivasi untuk terus bekerja. Terima kasih juga kepada keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong saya.”
Respon Peminat
Tulisan Lesti Kejora berjaya mendapat lebih satu juta tanda suka dan ribuan komen peminat yang memberikan sokongan serta ucapan tahniah.
Kesimpulannya, Lesti Kejora bukan sahaja berkongsi kegembiraan malah memberi inspirasi kepada ramai orang untuk terus bekerja dan menghargai sokongan orang terdekat.
Kejayaan Lesti memenangi tiga anugerah itu mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai salah seorang penyanyi dangdut terkemuka di Indonesia. Dengan bakat dan dedikasinya, Lesti terus memberikan sumbangan besar kepada industri muzik tanah air.
Lesti Kejora turut menjadi inspirasi ramai pemuzik muda di Indonesia. Pencapaiannya pada Anugerah Muzik Indonesia 2024 adalah bukti jelas kerja keras dan komitmennya terhadap dunia muzik.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mereka dianggap antara bintang muzik rock terhebat di kalangan peminat mereka, namun kumpulan muzik heavy metal Indonesia yang berhijab, VOB mengalami kesukaran untuk memenangi ibu bapa mereka bagi meneruskan minat mereka ini.
Berasal dari Jawa Barat, trio kecil di belakang Voice of Baceprot (“Noisy Voice” dalam bahasa Inggeris) telah menghabiskan bertahun-tahun bagi mengasah bakat mereka di festival muzik di seluruh negara setelah membentuk kumpulan VOB ketika zaman remaja pada tahun 2014.
“Kerana muzik ini, saya mempunyai keberanian untuk menuturkan buah fikiran dan keyakinan dalam diri,” jelas pemain bass kumpulan tersebut yang baharu berusia 19 tahun, Widi Rahmawati.
“Ketika saya berada di atas pentas, saya dapat mengekspresikan diri tanpa perlu risau tentang norma yang diharapkan orang dari saya”.
Mematuhi norma-norma itu beerti akan memaksa ketiga-tiga wanita itu untuk berkahwin setelah tamat sekolah menengah.
“Ibu bapa saya memberitahu saya bahawa tiada guna membaca, apalagi bermain muzik,” kata penyanyi dan pemain gitar utama Firda Marsya Kurnia, 20.
“Mereka mengatakan bahawa setelah saya berkahwin, calon suami tidak akan menyuruh saya membaca buku, tetapi memasak atau membersihkan rumah sebagai gantinya.”
Kesungguhan ketiga-tiga mereka akhirnya berjaya apabila mereka berpindah ke ibu kota Jakarta tahun lalu untuk mengasah bakat mereka.
“Muzik adalah tempat untuk kita memperoleh kebahagiaan dan berkongsinya dengan orang lain,” kata Kurnia.
“Kami hanya bersyukur jika penonton mendapat sesuatu, seperti pesan, dari muzik kami.”
Meraih keputusan cemerlang dan menerima anugerah terbaik akademik di universiti pastinya menjadi momen paling bermakna bagi mereka yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Segalanya akan rasa...