Pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal membuat keputusan untuk merancang kehamilan selepas menimang cahaya matanya yang keempat, Muhammad Fahri pada November tahun lalu.
Walau bagaimanapun, pengalaman selepas memasang rod implan dan mengambil pil perancang adalah tidak begitu baik buat dirinya kerana kesan sampingan yang sedang dihadapi sekarang adalah haid tidak teratur.
Ujar Wawa menerusi instastory, sudah memasuki bulan kedua haidnya datang tanpa henti dan dia juga kerap berasa pening serta mual.
Dah hampir dua bulan period non-stop. Implanon tak ngam, Depo-Provera tak ngam, pil pun tak ngam. Pening dan mual kalau telan.
Jelas isteri kepada Aeril Zafrel ini, dia membuat keputusan untuk menanggalkan rod implan tersebut pada hari Khamis ini.
Ads
Tambah Wawa,30, bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi jadi hal itu akan menyukarkannya untuk melakukan ibadah itu dengan sempurna jika tidak menanggalkannya.
Wawa memang nak buka. Insya-Allah Khamis ini. Tak kuasa dah period non-stop. Lagipun tak lama, kita nak masuk bulan puasa dah. Korang macam mana?
Ads
Sebagai rekod, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013 dan sudah dikurniakan tiga orang cahaya mata sebelum ini iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 9, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 7, dan Ayya Soffya yang kini sudah berusia dua tahun.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bulan Ramadan kita dianjurkan makan bersama keluarga adalah momen paling indah apabila kita dapat meluangkan masa bersama. Paling disarankan apabila berbuka puasa mahupun sahur.
Pratikkan untuk bersama-sama ahli keluarga menyediakan makanan bersama. Tidak mengapa jika ada di antara ahli keluarga mempunya citarasa berbeza. Kongsi rasa dan kong resepi bersama tetapi elakkan pembaziran.
Selalunya menu yang menrik minat hidangan berbuka ini adalah menu pembuka selera. Jom hijabista kongsi menu air pembuka selera tambat keluarga makan bersama.
NOTA: Susun nangka dan alpukat digelas saji, siram dengan santan dan beri rendaman biji selasih, serta tambahkan es batu, sajikan.
Kredit: @luis_widarto
Bahan:
Cara Membuat:
Nota: Susun nangka dan avocado digelas sajikan, siram dengan santan dan beri rendaman biji selasih, serta tambahkan ais batu.
Bahan:
Cara membuat:
1. Larutkan tepung sagu dan tepung beras dengan air sedikt demi sedikt sampai air tersisa setengah. Masak sampai mendidih sisa air dengan air daun suji garam dan air kapur. Matikan api lalu tuangkan adunan tepung perlahan-lahan, lalu kembali nyalakan api dan gaul sehingga masak sampai kental dan angkat.
2. Ketika masih panas panas tuang adunan cendol kedalam saringan khusus untuk dawet/cendol sambil ditekan-tekan. Tampung cendol dalam bekas berisi air matang dan ketulan kecil aisbatu. Setelah mengeras, saring dan sisihkan
3. Tuang dalam dua gelas 2 sdm sirup gula merah atau sesuai selera, beri nangka, cendol dan ais batu. Tuangkan santan 150—200 cc. Sajikan
Cara membuatnya:
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Andai kata Malaysia lockdown macam negara lain yang teruk kena coronavirus, apa tindakan yang perlu kita buat? Pertama sekali, bawa-bawalah bertenang dan bertindaklah sewajarnya.
Jangan terpengaruh dengan rakan-rakan yang membuat pembelian panik? Melalui satu posting di Facebook, seorang wanita berkongsi barang yang wajib ada di rumah jika Malaysia kena lockdown.
Covid-19.
Ramai yang mesej acik. Panik. Takut Malaysia kena lockdown @ perintah berkurung. Apa nak buat sekarang ni acik? Takut sangat rasa.
Kalau tanya acik, ini jawapannya. Yang bertanya, sila baca jawapan acik di sini. Tak larat nak reply satu-satu:
1. Bertenang. Masuk dapur tengok apa yang masih ada. Ambil kertas dan pen, tengok apa yang kurang, senaraikan. Paling utama ialah beras sebab tu makanan ruji kita. Beli lebih sikit daripada biasa. Biasa beli beras 10 kg satu beg? Esok pergi beli dua beg. Begitulah.
Lebihkan beras kalau ada bajet. Tak perlu beli beras sampai 10 beg. Guna otak, jangan ikut perasaan. Kalau rumah awak selalu ada masalah air, simpan air. Utamakan barang yang penting macam beras, lauk, gula, garam. Kalau ada anak kecik pastikan ada stok susu, pampes. Kalau ada bajet lebih boleh beli makanan dalam tin, bihun, pasta.
Kalau ada bajet banyak sikit, boleh beli barang dalam senarai ini:
Ikan bilis
Telur
Tepung
Kurma
Gula
Garam
Ikan masin
Ikan kering
Bawang
Kentang
Kismis
Kacal dal
Kacang hijau
Kacang merah
Makanan dalam tin
2. Ubat-ubatan. Kalau awak sakit dan perlu makan ubat setiap hari, tak boleh terputus ubat, sila tambah stok ubat. Ubat adalah sangat penting selain makanan. Ada bajet beli ubat-ubatan basic sikit macam panadol, painkiller, chi kit teck aun, vicks, bla bla bla.
3. Beli ikut keperluan. Beli apa yang awak perlukan sahaja. Tak guna tisu tandas tak payahlah beli tisu tandas. Duit tu guna untuk barang lain yang awak perlu. Jangan sebab tengok orang lain beli awak pun pakat beli juga.
4. Beli ikut kemampuan. Ukur poket sendiri. Tengok orang memborong sampai 3 troli, jangan awak pun beli sampai 3 troli. Sudahnya kat kaunter orang lain bayar cash, awak pula berhutang bayar dengan kredit kad. Salah tu. Acik tak galakkan buat macam tu.
5. Jangan bergolok-gadai semata-mata nak memborong makanan. Seeloknya jangan jual emas. Gunakan cash yang ada. Kenapa acik cakap macam ni? Supaya awak tak menyesal dikemudian hari.
6. Beli dalam keadaan yang tenang. Jangan berebut. Jangan bertolak-tolak.
7. Ambil barang dalam jumlah yang awak perlukan. Jangan buat benda mengarut seperti borong daging burger sampai 2 troli, beli telur 30 papan, beli tisu tandas 10 pek, beli megi penuh bonet kereta. Banyak mana awak perlu? Beli banyak itu sahaja.
8. Kalau awak beragama Islam, solat awal waktu. Ini pesanan penting dari acik. Solatlah diawal waktu. Jangan dilupa. Dalam keadaan genting macam ni solatlah talian hayat yang menghubungkan kita dengan Allah.
Tapi acik, saya takde duit sekarang. Tengah bulan betul-betul kering. Kena tunggu gaji baru dapat beli barang. Saya susah hati tengok orang lain memborong sakan.
Sabar. Bahagian masing-masing. Cuba tengok semula berapa duit yang ada, beli mana yang dapat. Tak boleh beli beras 10 kg, beli beras 5 kg atau beras timbang. Atau boleh beli bihun, satu pek lebih kurang RM2 lebih sahaja harganya. Beli setakat yang mampu. Tolak perbelanjaan yang tak diperlukan. Kedai eco ada banyak jual makanan murah dengarnya, boleh cuba tengok di sana.
Pesanan terakhir: Tak usah tayang barang yang awak borong di media sosial. Troli penuh, bonet kereta penuh, kabinet dapur penuh. Perbuatan awak akan mencetuskan panik, menyebabkan orang yang tak mampu beli semakin tertekan, dan dalam masa yang sama akan membahayakan awak sendiri. Bahaya macam mana pulak acik? Fikirkan sendiri. Dah dewasa.
Semoga bermanfaat!
HIJABISTA: Jangan bersikap pentingkan diri sendiri. Kalau boleh semua barang hendak diborong bertroli-troli sedangkan stok barang tersebut masih banyak di rumah. Bertimbang rasalah. So jangan panik beli barang banyak-banyak. Orang lain pun hendak beli barang juga.
Kasih seorang guru terhadap anak murid itu ibarat kasihnya ibu bapa kepada anak-anak. Seorang guru mempunyai harapan yang besar untuk melihat anak muridnya menjadi insan yang cemerlang dan terbilang apabila mereka membesar.
Guru memainkan peranan penting terutamanya dalam usaha untuk mentransformasikan pendidikan negara. Mereka umpama berlian yang memantulkan kilauan bergemerlapan dan pada ketika sama dirinya begitu bernilai.
Seorang guru pasti sanggup melakukan apa saja untuk melihat anak didiknya cemerlang. Ada juga guru yang memberikan ganjaran buat anak muridnya sebagai tanda pembakar semangat. Reward ataupun ganjaran tersebut selalunya diberikan sebagai hadiah apabila anak didik mereka berjaya menjalankan tugas yang diberi ataupun mendapat keputusan yang cemerlang.
Begitulah kisah yang tular baru-baru ini di laman TikTok. Video yang telah dimuat naik oleh @cikgupenyayang, menunjukkan momen dia memberikan anak muridnya hadiah. Apa yang mengejutkan adalah, anak muridnya itu tiba-tiba memanjat meja untuk memberikannya pelukan.
“Its important to have strong bonding between you and kids” tulisnya di ruangan kapsyen Tiktok tersebut.
Di awal video, dapat dilihat seorang murid sedang menantikan hadiah dari gurunya di sebuah bilik guru. Gurunya yang dikenali sebagai Cikgu Arash,26, itu sempat memintanya menutup mata.
Tidak lama kemudian, guru lelaki berkenaan mengeluarkan satu bungkusan dari dalam almari untuk diberikan kepada murid itu. Rupa-rupanya isi dalam plastik tersebut merupakan hadiah yang telah pun dijanjikan sebelum ini. Dia pernah berjanji untuk memberikan hadiah kereta kawalan jauh sekiranya anak muridnya itu pandai membaca.
“Dia nak kereta control kalau dah pandai baca” tulis Cikgu Arash.
Apabila menerima hadiah itu, kelihatan anak muridnya sempat bersembang dengan gurunya dan tidak memberikan apa-apa reaksi. Namun tiba-tiba, dia bertindak memanjat meja untuk memeluk gurunya sebagai tanda terima kasih atas pemberian itu.
Video tersebut sehingga kini telah mendapat lebih 23.7 kesukaan. Meninjau di ruangan komen Tiktok tersebut, rata-rata netizen sebak dan memuji usaha guru tersebut dalam mengajar anak didiknya itu.
“Ala sebak pulak part peluk tu”
“The way dia panjat n terus peluk tu aduhhhhh”
“Sebak pulak tengok.. pandai ucap terima kasih dengan bagi pelukan pada cikgu”
“Alhamdulillah tahniah cikgu. Moga anak murid dpt jd pemimpin ummah akan dtg. aaminnn.”
“Allahu… terharunya part dia datang peluk ticer tu. dia really appreciate”
Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama akaun Cikgu Arash tular di laman TikTok, bahkan dia yang meminati pendidikan awal kanak-kanak itu mengakui memang suka membuat kandungan mengenai anak-anak muridnya itu.
“Alhamdulillah setakat ni komen baik-baik dan positif. Kebanyakan parents suka cara saya bonding dengan kanak-kanak sebab cara saya mengajar ni menggunakan love language.
“InshaAllah jika content (kandungan) di TikTok saya memberi manfaat kepada ibu bapa saya akan membuat perkongsian dengan lebih kerap,” katanya terdahulu melalui temu bual bersama Mstar.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.