Baru-baru ini pelakon dan pengacara terkenal Mira Filzah menzahirkan rasa syukur kerana berpeluang menyempurnakan ibadah umrah buat pertama kali sebagai isteri dan ibu.
Terbaharu, Mira memuat naik satu hantaran di Instagram peribadinya di mana dia dan suami meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-4 di tanah suci.
Masha-Allah, momen paling indah buat Mira dan suami. Rezeki!
Setiap kali Syawal, antara perkara yang sering ditunggu-tunggu di kaca televisyen dan media sosial adalah iklan raya. Setiap tahun, pasti ada sahaja iklan raya yang betul-betul menyentuh hati dan berada begitu dekat dengan jiwa kita.
Tahun ini menyaksikan pelbagai iklan yang cukup kreatif dan berbeza daripada iklan-iklan yang pernah dipaparkan sebelum ini. Raya tidak bermakna anda perlu bersedih. Raya perlu dirai dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.
Ayuh kita saksikan 10 iklan raya yang memang ‘win’ dan menyentuh hati!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelakon utama drama Cina Buta Ungku Ismail, memaklumkan bahawa rakan seperjuangannya Nad Zainal yang berada dalam pemantauan unit rawatan rapi (ICU) Hospital Ampang Puteri, kini berada pada fasa kritikal.
Menurut Gempak, perkara berkenaan dimaklumkan Ungku ketika dihubungi menerusi aplikasi whatsapp.
Aktor kacak itu juga memohon agat semua waragamaya mendoakan Nad Zainal diberi kesembuhan segera dan mampu menempuh detik-detik sukar ini.
“Ya, doktor baru saja memaklumkan keadaan Nad sekarang kritikal. Sayamohon semua orang mendoakan dia sembuh sedia kala,” kata Ungku.
Terdahulu, Hijabista melaporkan bahawa pelakon Nad Zainal kini sedang dimasukkan ke ICU kerana mengalami jangkitan kuman dan pendarahan pada paru-paru.
Perkara tersebut turut disahkan sendiri oleh Ungku yang memaklumkan bahawa Nad mula berasa kurang sihat sejak Jumaat lalu dan mengalami kesukaran bernafas pada hari berikutnya.
Menurut Ungku, Nad akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke hospital pada Ahad dan keadaan dadanya kembali okay selepas makan ubat yangdiberikan oleh doktor.
Bagaimanapun Nad dikejarkan ke unit kecemasan pada malam Isnin dan doktor mengesahkan paru-parunya dipenuhi darah selepas menjalani imbasan CT.
Selepas selesai membawa keluar semua darah, doktor terpaksa melakukanprosedur intubasi sekitar pukul 6 petang semalam disebabkan Nad berdepan masalah pernafasan.
Sehubungan kabar duka ini, drama rantaian berjudul Cina Buta gandingan Nad Zainal dan Ungku Ismail yang mula ditayangkan pada hari ini terpaksa ditunda ke suatu tempoh lain.
Ramai di kalangan selebriti berbadan besar yang berusaha utuk menurunkan berat badan mereka. Salah seorang adalah Abam Bocey yang berjaya mengurangkan 15 kilogram daripada berat asal 188 kilogram selama hampir 3 minggu berat Abam mencecah 173 kilogram, menjadi inspirasi hijabi.
Dia yang mengikut program diet cukup bersemangat dengan kesan penurunan ketara. Abam mengikat kontrak selama 3 bulan dan melakukan diet turunkan berat badan secara dalam talian. Ada jurulatih yang akan memantau perkembanggan melalui mesej di group WhatsApp.
Menerusi grup kumpulan WhatsApp yang diserati 40 orang, apa yang dimakan setiap hari akan dihantar dalam kumpulan berkenaan. Dan menilai sama ada makanan berkenaan sesuai, menepti citarasa atau kalori yang diperlukan setiap hari.
Abam yang kini terbabit dalam program Bocey & Friend Live memberitahu dia yang mengamalkan diet sejak April lalu mengamalkan 80 peratus pemakanan yang betul dan lengkap nutriri selain 20 peratus senaman dengan memilih gimnasium dan sukan badminton.
Katanya kepada Astro Awani, dia beruntung kerana dua rakan baiknya, Achey dan Fad turut memberi sokongan padanya dalam usaha menunrunkan berat badan.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan berkata tiada siapa mendesak mengurangkan berat badan, sebaliknya keinginan itu datng sendiri. Malah tuntutan kerja menyebabkan mendorong untuk menunrukan berat badannya itu.
Ternyata Abam seronok menjalani program diet ini walaupun menurutnya amat seksa melakukan beberapa aktivit senaman. Namun dengan adanya jurulatih yang ‘sporting’ dan sentiasa berfikiran positif menyebabkabn dia sentiasa bersemangat.
Dia juga turut berkongsi menu hariannya di laman instagramnya yang membantu penurunan berat badan selama beberapa minggu ini. Kebanyakan menu dimakan adalah yang di grill tanpa minyak, jenis rebus dan juga sayuran sihat.
Jadi bagai hijabi yang mempunyai berat badan berlebihan boleh mencuba cara diet diamalkan Abam Bocey yang tidak susah untuk diikuti. Apa yang penting adalah disiplin dan jangan mudah putus asa.
HARI ini kita semua dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Syed Umar Moktar Al-Juffrey atau lebih mesra dikenali sebagai Abam Bocey.
Pemergian mengejut Allahyarham dijemput Illahi pada pagi Isnin ini yang dikatakan akibat demam panas benar-benar menyentuh perasaan semua ahli keluarga dan sahabat handai Allahyarham.
Al Fatihah dan takziah untuk seluruh keluarga Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, semoga Allah ampunkan semua dosa dan beri syurga Firdaus buat dirinya.
Ketenangan dalam Islam mengajar kita kembali kepada Allah melalui zikir, doa dan solat ketika jiwa gelisah, di samping menjaga kesihatan fizikal dan emosi.