Ramai di kalangan selebriti berbadan besar yang berusaha utuk menurunkan berat badan mereka. Salah seorang adalah Abam Bocey yang berjaya mengurangkan 15 kilogram daripada berat asal 188 kilogram selama hampir 3 minggu berat Abam mencecah 173 kilogram, menjadi inspirasi hijabi.

A post shared by ABAM™ BOCEY (@abam_bocik) on

Dia yang mengikut program diet cukup bersemangat dengan kesan penurunan ketara. Abam mengikat kontrak selama 3 bulan dan melakukan diet turunkan berat badan secara dalam talian. Ada jurulatih yang akan memantau perkembanggan melalui mesej di group WhatsApp.

Menerusi grup kumpulan WhatsApp yang diserati 40 orang, apa yang dimakan setiap hari akan dihantar dalam kumpulan berkenaan. Dan menilai sama ada makanan berkenaan sesuai, menepti citarasa atau kalori yang diperlukan setiap hari.

A post shared by ABAM™ BOCEY (@abam_bocik) on

 

Abam yang kini terbabit dalam program Bocey & Friend Live memberitahu dia yang mengamalkan diet sejak April lalu mengamalkan 80 peratus pemakanan yang betul dan lengkap nutriri selain 20 peratus senaman dengan memilih gimnasium dan sukan badminton.

Katanya kepada Astro Awani, dia beruntung kerana dua rakan baiknya, Achey dan Fad turut memberi sokongan padanya dalam usaha menunrunkan berat badan.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan berkata tiada siapa mendesak mengurangkan berat badan, sebaliknya keinginan itu datng sendiri. Malah tuntutan kerja menyebabkan mendorong untuk menunrukan berat badannya itu.

Ternyata Abam seronok menjalani program diet ini walaupun menurutnya amat seksa melakukan beberapa aktivit senaman. Namun dengan adanya jurulatih yang ‘sporting’ dan sentiasa berfikiran positif menyebabkabn dia sentiasa bersemangat.

Dia juga turut berkongsi menu hariannya di laman instagramnya yang membantu penurunan berat badan selama beberapa minggu ini. Kebanyakan menu dimakan adalah yang di grill tanpa minyak, jenis rebus dan juga sayuran sihat.

Jadi bagai hijabi yang mempunyai berat badan berlebihan boleh mencuba cara diet diamalkan Abam Bocey yang tidak susah untuk diikuti. Apa yang penting adalah disiplin dan jangan mudah putus asa.

KOMEN NETIZEN:

@kekubah Respect abam, terus kan usaha

@liza_fendy Terbaiklah @abam_bocik sy sokong atas usaha abam

@zahranzack seksa utk kesihatan itu nikmat..

@roza_arsyad Yeayyy abam dh nmpak lh kecik ckit..gd luck abam..asben sy pun tgh ikot program diet sekarang ni sebulan dh turun 8kg..

@izzatinizam Caiyok abam?? , teruskan target abam

Kisah Abam Bocey Hilang 15 KG Dalam Masa 3 Minggu, Beri Inspirasi Buat Hijabi. Kehilangannya Amat Dirasai!

HARI ini kita semua dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Syed Umar Moktar Al-Juffrey atau lebih mesra dikenali sebagai Abam Bocey.

Pemergian mengejut Allahyarham dijemput Illahi pada pagi Isnin ini yang dikatakan akibat demam panas benar-benar menyentuh perasaan semua ahli keluarga dan sahabat handai Allahyarham.

Al Fatihah dan takziah untuk seluruh keluarga Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, semoga Allah ampunkan semua dosa dan beri syurga Firdaus buat dirinya.

 

KREDIT FOTO: INSTAGRAM ABAM BOCEY

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI