Minyak zaitun mengandungi pelbagai khasiat. Pengambilan dalam menu harian dapat membantu mencegah penyakit berkaitan kardiovaskular, selain mengurangkan risiko kanser.

Selain digunakan dalam masakan, minyak zaitun juga dijadikan ramuan utama menghasilkan produk berasaskan kecantikan dan dandanan diri. Ia membantu menjadikan kulit lembap dan kelihatan awet muda kerana minyak zaitun meningkatkan kesihatan kulit.

Photo by medium photoclub from Pexels

Baru-baru ini tular satu jenama minyak zaitun di Tiktok. Ramai yang berkongsi bahawa minyak ini mampu mencerahkan kulit badan. Paling utama minyak ini membantu mencerahkan celah peha dengan leher.

Ini adalah salah satu produk kecantikan yang tular hingga semua tempat tiada stok. Bayangkan bukan setakat di kedai-kedai drugstore, online pun habis. Memang ‘dahsyat’ betul penangan minyak zaitun ini.

IKLAN

Minyak zaitun ini adalah gabungan minyak zaitun dengan ros hip. Seperti yang anda tahu bahawa ros hip memang bagus untuk kulit. Apabila ros hip bergabung dengan minyak zaitun, kesannya lagilah hebat.

Minyak zaitun ros hip ini bukan setakat boleh mencerahkan kulit, tapi ia ada khasiat lain jugak seperti:
*melembabkan kulit
*menghaluskan kulit
*mengurangkan kulit kusam
*melembutkan kulit

IKLAN

Cara pakai pun senang sahaja. Untuk mencerahkan kawasan gelap seperti leher atau celah peha, anda hanya perlu tuang sahaja minyak zaitun di atas kapas muka. Selepas itu gosok sahaja di kawasan yang gelap.

Photo by Elly Fairytale from Pexels

Minyak zaitun dengan ros hip ini ada vitamin A, C dan E. Maka sebab itulah apabila anda konsisten memakainya, ia dapat membantu mencerahkan kulit secara semula jadi. Jika hendak lembutkan kulit badan pula, caranya mudah sahaja. Selepas mandi, sapukan sahaja minyak ini pada seluruh badan.

IKLAN

Minyak zaitun ros hip ini jenis ringan. Jadi apabila disapu pada kulit badan, tiadalah rasa berminyak. Ia memang cepat menyerap ke dalam lapisan kulit. Paling penting, baunya juga wangi.

HIJABISTA: Minyak zaitun berfungsi sebagai ‘perawat’ semula jadi rambut bagi mengurangkan kerosakan akibat penggunaan produk perapi atau pewarna rambut yang mengandungi bahan kimia.

Sumber kredit: Aisyah Badar Bajrai Top image: Photo by Shiny Diamond from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI