Pelbagai khasiat teh yang anda boleh miliki apabila menjadikan minuman teh sebagai minuman harian anda. Bukan sahaja terkenal dengan sifat antioksida, namun minuman teh juga mampu untuk memberikan kesegaran di waktu pagi.

Sumber gambar: Lilartsy

Setiap jenis teh memberi kebaikan yang berbeza kepada tubuh badan. Team Hijabista kongsikan kepada anda jenis-jenis teh dan juga fungsi kebaikannya kepada tubuh badan anda!

Sumber gambar: Teejay

Teh chamomile

Bagi anda yang mencari minuman yang dapat menenangkan fikiran, teh jenis ini amat bagus jika diamalkan selalu. Ia juga boleh mengatasi kegelisahan dan memberikan badan anda lebih tenang dan tidur yang nyenyak. Bukan itu sahaja malah, ia juga mampu untuk melancarkan pencernaan dan melegakan sakit perut.

Teh peppermint

Kandungan kalsium, potassium dan vitamin B membantu untuk mengurangkan stres. Teh peppermint yang wangi aromanya ini juga turut berfungsi untuk mengurangkan masalah sembelit dan memaksimumkan penggunaan otak. Selain daripada itu, ia bagus untuk kesegaran mulut. 

IKLAN
Sumber gambar: Nataliya

Hibiscus

Ha! Ramai ke yang tahu kewujudan teh ini? Sebenarnya,teh bunga raya dikatakan mampu menjaga dan memperbaiki metabolisme tubuh. Bagi anda yang mengalami masalah tekanan darah, jadikan teh hibiscus ini sebagai teman rapat anda kerana ia mampu untuk menurunkan tekanan darah kepada mereka yang hipertensi.

Baca juga: Pilihan Senaman Kaki Untuk Bakar Kalori Dengan Banyak & Menurunkan Berat Badan Dengan Cepat!

IKLAN

Teh Hijau

Siapa yang tidak tahu tentang kebaikan minuman teh hijau? Terutamanya pada anda yang sedang berdiet! Ini adalah kerana ia terkenal dengan kandungan anti-oksida yang tinggi yang mampu melancarkan metabolisme badan serta meningkatkan daya imun seseorang.

Teh Lemon Balm

IKLAN

Berbeza pula dengan teh hijau, teh lemon balm puula amat sesuai bagi anda yang ingin menambahkan berat badan kerana teh ini akan membuatkan perut anda menjadi lapar. Bagi mereka yang mempunyai masalah selera makan dan mahu menaikkan berat badan, jadikan teh ini sebagai minuman harian anda.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI