
Kita disarankan untuk minum air putih atau air kosong yang secukupnya iaitu dalam 2 ke 3 liter sehari mengikut keadaan diri masing-masing bagi mendapatkan kesihatan yang baik serta memudahkan proses penghadaman.
Namun, ia boleh memberi impak yang sangat buruk terhadap diri jika diminum secara berlebihan hingga boleh menyebabkan kematian. Alamak, takutnya! Lebih tidak bermakna lebih baik tau sis. Jom kita dengarkan penerangan dari doktor mengenai hal ini.
kredit: Dr. Nimelesh (twitter @HausofHilton)
Buat Yang Sedang Dalam Usaha Nak Kuruskan Badan, Jom Kita Ikut 15 Tip Dr Hamid Arshat Ini

Buat hijabi yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan tiada jalan mudah untuk mendapatkan berat badan ideal. Selain mengamalkan diet seimbang, mengawal pemakanan juga amat penting di samping kuantiti dan jumlah kalori yang diambil.
Memang bukan semudah yang disangka kerana usaha untuk menurunkan berat badan perlu disertai dengan kesungguhan, disiplin dan semangat yang tinggi. Tak boleh sekadar hangat-hangat tahi ayam.
Penting untuk memilih cara diet yang betul bukan sekadar ikut-ikut sahaja. Jika tidak hasil yang diinginkan tidak seperti yang diidamkan. Apa-apa juga perkara memerlukan pengorbanan oleh itu apabila sudah tekad untuk menurunkan berat badan, jangan mudah berputus asa. Teruskan ‘perjuangan’ sehingga berjaya.
Berikut tip yang diberikan oleh Dr Hamid Arshat tentang panduan untuk menurunkan berat badan.
PANDUAN KURANGKAN BERAT BADAN
Pengalaman saya merawat pesakit-pesakit yang gemuk/obesiti memang agak menghampakan kerana hampir 90 peratus gagal menurunkan berat badan.
Yang berjaya turunkan pun hanya 10 peratus dari berat asal. Lepas itu hilang kawalan dan berat naik semula melebihi tahap asal.
Faktor yang amat penting untuk berjaya ialah mengubah cara gaya hidup khususnya tabiat makan. Saya nasihatkan mereka tentang kawalan dan kurangkan amount makanan khususnya yang mengandungi gula dan karbohidrat seperti nasi, roti, mi, kuih-muih, donut, biskut dan makanan junk.
Saya juga tekankan tentang exercise, berjalan kaki, atau berkebun, atau basuh kereta atau bersih rumah selama 30 minit setiap hari. Perlu kuatkan azam dan kesungguhan serta berusaha dengan tekun untuk mengubah beberapa tabiat yang tidak sesuai.
CUBA AMALKAN PANDUAN-PANDUAN INI:
1. Jangan terlalu laju makan. Habiskan makan selama 20 minit. Jangan cuba berlumba untuk habiskan makanan antara suami isteri. Kunyah perlahan-lahan sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit atau lebih diperlukan untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.
2. Lebihkan tidur satu jam dari biasa. Kurang tidur boleh menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan-makanan sampingan menyumbang kepada kenaikan berat badan.
3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah-buahan. Masak sayur sekejap tanpa overcooking, suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah-buahan mengandungi banyak fiber, vitamin dan antioksiden serta kurang kalori yang menggemukkan.
4. Mulakan makan dengan buah-buahan diikuti sup sayur dan mushroom. Ia boleh mengenyangkan tanpa mengemukkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.
5. Jauhkan makanan bergula dan yang dibuat daripada tepung gandum seperti donut, kek dan lain-lain. Makan ‘whole grain’ wheat. oat, barley dan brown rice.
6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.
7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi gula dan manisan.
8. Minum teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.
9. Makan di rumah dengan masakan sendiri sekurang-kurangnya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, boleh kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.
10. Amalkan ‘berhenti rehat seketika waktu tengah makan.’ Masa itu ia akan berasa kenyang. Minum air mineral waktu rehat makan.
11. Amalkan kunyah ‘chewing gum’ ketika menonton TV atau ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemuk kadangkala makan sedikit di hadapan orang lain tetapi di belakang, atau senyap-senyap ia ulang makan.
12. Gunakan pinggan kecil (10′) menggantikan pinggan besar (12′) untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil. Lebihkan sayurs-sayuran atau salad dan lauk-lauk dalam hidangan serta kurangkan nasi.
13. Bila makan di restoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak-kanak, bungkus tapau separuh hidangan sebelum mula makan.
14. Bila rasa lapar dan menggeletar atau ‘craving’ makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemok sering ketagih atau ‘craving’ makanan yang manis. Makan buah-buahan atau kacang-kacang waktu ketagih nak makan, jauhkan segala makanan manis dan karbohidrat.
15. Berjalan 30 minit sejauh 2 hingga 3 km, atau cabut rumput rumpai di halaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah. Exercise hingga berpeluh. Jauhkan minuman manis selepas exercise atau bekerja. Minum air mineral saja.
Sumber kredit: Dr Hamid Arshat
Minda Rasa Tenang Bila Dekorasi Rumah Lebih Tersusun Macam Hotel! Inilah Tip & Caranya!

Rumah ialah sebuah tempat untuk kita berehat setelah seharian penat bekerja. Memiliki rumah yang aman, tenang, dan sentiasa mempunyai rasa ‘warm’, membuatkan kita selesa. Apa kata, kali ini anda cuba meluangkan masa dengan menambah-baik dekorasi dalam rumah untuk menceriakan lagi suasana!

Jangan risau jika anda buntu untuk menghiasnya. Ikuti langkah dan tip bernas ini untuk menghias kediaman agar tidak terlalu serabut atau melebih-lebih.

1. Jangan bazirkan duit untuk membeli perabot baru! Jadi lebih kreatif dengan menggunakan semula perabot lama. Ada kalanya, hanya dengan sedikit sentuhan pada perabot lama dapat mengubah wajah perabot sedia ada, bagaikan perabot baru. Misalnya menukar warna atau menyapu varnis pada perabot kayu. Jika buntu idea, rujuk pada carian di Youtube atau sebagainya, pasti membantu!
2. Jika anda seorang yang sukakan ketenangan dan sesuatu yang ringkas, apa kata anda memilih pilihan warna pastel. Bukan sahaja mampu menaikkan seri rumah, malah warna pastel juga boleh menjadikan rung kediaman anda lebih besar dan juga kelihatan mewah. Ronanya juga lembut dan menenangkan.

3. Elakkan menghiasi kediaman dalam rona yang terlalu gelap terutamanya pada ruang yang kecil kerana ia akan menyebabkan ruang nampak semakin kecil.
4. Usah dilupakan juga pada gubahan bunga. Walauypun ia hanyalah sekadar jambangan bunga, tetapi ia memberikan sentuhan lembut pada tata gaya dekorasi. Gunakan bunga segar jika mahu. Malah, bauan dari bunga juga menjadikan tubuh lebih selesa.
5. Lakukan revamp dekorasi rumah dengan menukar kedudukan perabot. Ini adalah cara paling mudah dan cepat menghidupkan wajah kediaman.

6. Kebersihan adalah perkara penting. Tiada guna anda menghias kediaman dengan perabot yang cantik dan mewah jika setiap sudut berhabuk juga lantai tidak di mop dengan bersih.
7. Hidupkan suasana romantik ala di spa dengan memasangkan lilin beraroma untuk membangkitkan mood yang segar.
8. Usah lupa pada soal pencahayaan. Ia adalah elemen penting menghidupkan dekorasi. Cari dan kaji dahulu ruang dalam kediaman anda dan pastikan susun-atur perabot tidak menutupi ruang pencahayaan.
9. Sediakan set pinggan mangkuk dalam rona yang sama atau senada kala menjamu tetamu. Ia akan menjadikan meja makan sebuah simbol kreatif anda! Pilih set pinggan mangkuk yang bercorak untuk menghidupkan suasana yang meriah dan mahal.
10. Jika boleh usah letakkan barang perhiasan rumah seperti pasu kaca, bingkai gambar di tempat yang mudah dicapai kanak-kanak kecil.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Rupanya Produk Primer Boleh Buat Rambut Jadi Lurus! Ini 5 Kebaikannya Pada Bahagian Tubuh Badan Anda!

Siapa kata primer hanya digunakan sebelum melakukan solekan sahaja? Ha! Sebenarnya produk primer memberi banyak kebaikan kepada seluruh tubuh badan dari rambut hinggalah ke kaki!
Oleh itu, anda tidak seharusnya mengetepikan fungsi primer dalam aspek kecantikan anda kerana ia mampu memberi kesegaran yang jelas!

Primer Rambut

Setiap individu berbeza-beza keperluannya. Jika anda penggemar blow-dry, kerinting atau flat iron setiap hari, then a hair primer might help. Buktinya, primer rambut membolehkan penggayaan rambut kekal dua kali ganda lamanya. Gaya rambut yang sempurna selain melicinkan kutikel dapat membuatkan ia kelihatan sentiasa bersinar.
Primer Bulu Mata
Primer untuk bulu mata adalah alat solekan yang boleh memberi efek plumping serta bulu mata tampak panjang dan sihat. Ada primer membantu meningkatkan kerapuhan bulu mata yang sebelum ini terdedah kepada kelemahannya seperti mudah putus dan tertanggal. Bulu mata lebih kuat dengan kelembapan yang diperoleh daripada primer.
Primer Mata

Primer sering dinobatkan sebagai penyelesai masalah solekan. Dengan sapuan primer, solekan mata anda tampil menyerlah lagi mempesona. Pembayang mata lebih susceptible menyebabkan ia mudah pudar dan hilang. Dengan aplikasi primer mata sebelum calitan tatarias mata, pembayang mata atau eye liner tahan lebih lama dan menghasilkan warna yang mesra. It helps to keep your shadow and liner from running and smudging as well as avoiding those lines from eye shadows at your crease.
Primer Bibir

Sama aksinya dengan pensel liner yang membantu mengekalkan warna bibir daripada pudar atau feathering. Dengan pelbagai jenis pelembap mengandungi SPF, think of these primers as silky foundations for your pout with the convenience of a balm. Sungguh sempurna! Warna bibir tahan lebih lama dan bibir menyerlah lebih mungil lagi menggoda. Oles manja sebelum calitan gincu atau lip gloss, bibirmu bakal menarik perhatian ramai.
Foundation Primer
Penggunaan primer dianggap sebagai langkah tambahan, hakikatnya ia membantu meminimumkan kehadiran liang pori dan wajah kelihatan bersih tanpa secalit cela. Pemakanan sihat, pelembap dan kulit terhidrat membantu mewujudkan wajah yang licin dan berseri, namun dengan menambah primer ini kepada rutin harian anda boleh membantu mencapai kulit flawless langsung melegakan kemerahan. Sapu rata primer supaya bedak asas tidak berhenti di kawasan yang kering.
Tip Aplikasi Primer
Jurusolek sering menggunakan primer dalam bentuk cecair di bawah lapisan bedak asas namun ada yang lebih gemar memilih menggunakan primer spray on untuk mewujudkan kemasan akhir yang berkekalan. Sebelum mengoles primer, panaskan dahulu primer di tangan dan gunakan span yang lembut langsung mesrakan primer dengan pelembap bertekstur ringan supaya ia mudah disapu dan serap ke dalam kulit. Kemudian biarkan wajah beberapa minit sebelum membalas lapisan seterusnya dengan bedak asas. Apabila menggunakan spray on primer, bedak asas perlu disapu terlebih dahulu sebelum menggunakan spray on primer. Dab primer dengan span lembap supaya solekan flawless yang diidamkan dapat dihasilkan.

Manfaat Primer
- Kulit tampil lembut sebelum solekan.
- Rona kulit sekata dengan penyamar noda.
- Mengurangkan keradangan dan kemerahan.
- Menghidratkan dan menyuburkan kulit.
- Kuit tidak berminyak dan lebih bersinar.
- Membantu menyamar kedutan dan garis-garis halus.
- Liang pori-pori kelihatan lebih kecil
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe