Berusaha dan berikhtiar untuk mengejar kejayaan dunia memang satu kewajipan. Tapi sebagai manusia dan hamba-Nya, kita juga perlu mempunyai sasaran ibadah setiap hari agar setingkat demi setingkat lebih bertakwa dari sebelumnya.
Sebagai wanita berkerjaya dan pengurus rumah tangga, agak sukar untuk mencari masa untuk membaca Al-Quran. Kalau cuba menyelit ruang masa yang ada, terasa penat pula. Jadi, apakah cara yang baik agar kita dapat khatam dengan baik?
1. Bawa Al-Quran ‘Poket’ Kemana Sahaja!
Sediakan senaskhah Al-Quran comel yang boleh dimuatkan dalam beg tangan. Bila-bila masa berkelapangan, buka dan bacalah.
2. Jadikan Amalan Membaca Satu Mukasurat Setiap Hari
Jika tak cukup waktu, anda boleh membaca satu halaman selepas solat wajib. Misalnya, satu halaman selepas solat Subuh dan satu halaman selepas solat Zohor.
3. Tak Mengapa Terkial Membaca, Yang Penting Konsisten!
Ads
Ramai terasa perjalanan menghabiskan Al-Quran seperti sangat jauh lagi, tapi jangan khuatir. Bacalah saja dengan perlahan.
4. Hentikan Menghitung-Hitung Halaman Ketika Membaca
Kadang-kadang sambil melurus-luruskan kaki tu, tambah lagi halaman Al-Quran untuk dikhatam. Tak perlu dikira sudah baca tadi atau belum. Lama-kelamaan khatamlah Al-Quran tanpa kita sedari!
Ads
Untuk wanita yang sibuk, cuba praktikkan 4 cara di atas. InsyaAllah, niatkan dengan ikhlas untuk khatam Al-Quran. Berusahalah untuk mengejar akhirat, nescaya dunia akan berlumba-lumba mengejar kita!
Hanya luangkan masa selama satu jam sehari bebersama kitab suci, dan boleh ukan dimana-mana sahaja, pada bila-bila masa seperti di dalam kereta, di rumah atau di kampung masing-masing. Selamat mentadabbur Al-Quran Hijabi!
Siapa yang tidak mengenali pelakon serta penyanyi popular yang memiliki tubuh badan yang menawan meskipun sudah meningkat usia? Nama Erra Fazira sudah tidak asing lagi dalam dunia hiburan tempatan. Setiap lakonannya pasti memberi kesan kepada yang menonton. Begitu juga dengan suaranya yang merdu, menjadi pujaan ramai orang.
Erra Fazira merupakan antara selebriti yang sentiasa menjaga kesihatan dan kecantikan dirinya. Memiliki raut wajah yang cantik, kulit yang berseri serta tubuh badan yang menawan, menjadikan Erra Fazira antara ‘role model’ kepada semua untuk kekal cantik dan sihat biarpun sudah meningkat usia.
Baru-baru ini, pelakon filem Maria Mariana ini memuat naik sebuah video pendek rutin senamannya. Erra Fazira kelihatan lincah dan cergas dengan melakukan senaman sit-up dan juga senaman bersama ‘battle rope’.
Make me turun 10 kg please! Dah bambam sangat dah ni!
Video yang dimuatnaik itu mendapat perhatian netizen kerana ramai yang tidak berpuas hati apabila Erra Fazira mengatakan dirinya sudah gemuk.
Macam ni bambam ke? Kita yang berlipat lemak ni tak tahu nak panggil apa
Yang mana fatnya? Still maintain slim and cantik lah kak erra ni!
Buah tangan terbaru, Erra Fazira kembali merancakkan dunia filem tempatan dengan sebuah filem komedi yang sudahpun berada di pawagam sejak 3 Februari 2022, berkonsepkan sambutan Hari Raya Cina dan Hari Raya Aidilfitri. Kongsi Raya diarahkan oleh Teddy Chinm dengan membariskan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Harith Iskandar, Qasrina Karim, Chew Kin Wah dan lain-lain lagi.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Lain orang lain kisah penghijrahannya. Ini kerana hidayah Allah datang dalam pelbagai bentuk berbeza. Begitu juga dengan pelakon berdarah kacukan Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross atau nama komersialnya Catriona Ross antara selebriti yang turut melakukan penghijrahan. Kisahnya sedikit unik kerana faktor sayangkan kos ‘hair extension’ menyebabkan dia belum terbuka hati untuk berhijrah. Menceritakan kisah penghijrahanya lima tahun lalu itu dalam laman sosial facebook Zayan FM dan ditonton hampir setengah juta pelayar medium ini.
Menurut Cat selepas dia mengalami kemalangan pada 2007, kira-kira 11 tahun lalu dia mula mencari siapa dirinya yang sebenar setelah sembuh dari kemalangan ngeri berkenaan. Kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan itu telah menyebabkan dia mengalami patah dua belah kaki, tangan kanan dan terpaksa berehat di atas selama katil.
“Pada tahun 2008 saya mula rasakan jiwa saya ketika itu sudah mula kosong. Rasa macam apa yang saya nak buat ini. Tetapi waktu itu saya sudah mula kembali kepada industri ini dan mula shooting semula. Dan alhamdulillah saya memang ada banyak projek.
“Ketika itu saya rasa Allah dah bagi jalan balik dan saya sudah merasakan diri saya cukup sempurna. Waktu itu saya sudah boleh berjalan dan boleh berlari balik. Saya terfikir ketika itu takkan nak pakai tudung sekarang memandangkan usia saya masih muda. Baru 26 tahun 27 tahun,” ceritanya tenang.
Menurut Cat ketika itu daripada mencari kekuatan untuk memakai tudung, dia memilih untuk pergi ke salun.
“Saya pergi salun dan tanya saya nak pakai ‘hair extension’ dan mahukan ia dari rambut semulajadi. Rambut semulajadi ini maknanya rambut yang berasal dari rambut manusia yang mereka potong dan sambung balik menjadi ‘hair extension’.
“Saya tak nak pakai yang sintetik sebab keras, tak cantik, payah nak jaga dan sebagainya. Jadi saya pun mula pakai ‘hair extension’ dan rambut tiba-tiba panjang sampai pinggang. Saya rasa penampilan sangat meletop ketika itu,” tambah ibu kepada tiga orang cahayamata ini.
Namun penghijrahan yang dilalui oleh Catriona bermula sedkit demi sedikit. Ketika itu sudah sampai satu tahap persoalan yang berlegar di fikirannya bagaimana kalau mahu bersolat.
“Saya fikir dengan rambut begitu bagaimana saya mahu solat. Saya bukan tak tahu hukum hakam agama mengenainya. Saya tahu tetapi untuk ‘mengenyangkan’ jiwa yang kosong ketika itu mungkin saya mahukan sesuatu yang baru untuk diri saya.
“Hampir setahun saya pakai ‘hair extension’. Dan sepanjang tempoh itu saya tahu kalau saya solat pun memang tidak akan sah dan tak akan diterima. ini kerana wuduk tak sampai dan sebagainya,” tambah Cat yang rancak bercerita tentang pengalaman ‘hair extension’ yang dipakainya.
Sepanjang memakainya memang Cat tidak nafikan dia mendapat pujian dari teman-temannya.
“Mereka puji rambut kita nampak sangat sihat, lebat dan panjang. Sudahlah harganya mahal. Bayangkan satu ‘extension’ berharga RM85 dan ada sebanyak 35 ‘extension’. Takkan saya nak buang macam itu saja.
“Dan saya anggap ini seperti satu perlawanan. Perlawanan tentang apa yang sebenarnya saya nak buat dengan hidup ini. Dengan keadaan sekeliling yang mana orang masa itu seakan-akan menyokong apa yang anda buat,” katanya.
Menurut Catt juga perbuatan dia membuat ‘hair extension’ turut mendapat perhatian ibunya.
“Tapi ibu saya memang tahu. Orang tua memang tahulah. Dia datang rumah dan saya nampak dia perhatikan rambut saya dan kata “Lebat lain macam rambut anak aku yer. Panjang sangat” Kemudian dia tanya saya “Dah sembahyang” Saya pandang dia dan nak jawab dah sembahyang memang tak buat pun,” jelasnya lagi.
Daripada situ sampai satu tahap Catriona rasa segalanya sudah cukup baginya. Dia mula buang semua itu (hair extension) dan cari kekuatan untuk memakai tudung.
“Saya mendapat sokongan dari ahli keluarga terdekat. Emak saya , emak mertua dan juga suami. Sampai suami saya tanya saya “Memang bersedia itu pakai macam ni?. Saya jawab ‘Betul dan pasti. Bila dia tanya “Macam mana nanti nak kerja” saya katakan pada suami, “Adalah itu rezeki Allah bagi,” katanya lagi.
Dia yang kini aktif semula di bidang seni setelah empat tahun menumpukan perhatian kepada keluarga dan anak-anak.
Sebelum mengakhiri pengalaman hijrahnya, Cat turut menitipkan pesanan buat mereka yang ingin berubah agar lakukan sahaja.
“Siapa yang ingin berubah, lakukan sahaja. Sebab kalau kita fikir silap langkah kita mungkin akan tangguh benda itu. Jadi jangan tangguh benda itu dan buat saja. Tapi cari rakan-rakan positif yang boleh kuatkan jiwa anda,” jelasnya lagi.
Kebelakangan ini, jika kita buka sahaja media sosial. Pasti tidak terlepas dengan dihidangkan berita-berita negatif seperti penceraian, kritikan kecaman dan sebagainya. Terutamanya apabila ia melibatkan golongan selebriti tanah air. Jika kelakuan ‘menyakiti’ mata netizen pasti mengundang kecaman.
Sehubungan itu, pelakon jelita Syifa Melvin tidak berdiam diri, dia bertindak memberi teguran khusus buat segelintir individu yang amat gemar menyingkap kain orang lain dan ‘bercakap buruk’ tentang perihal orang lain.
Menurut isteri kepada Safawi Rashid itu, jadilah individu yang menjaga mulut dan tidak toksik meskipun tidak dikurniakan rupa paras yang cantik mahupun kaya dengan wang ringgit.
Terdahulu, perkara berkenaan pernah dikongsikan oleh Syifa menerusi Insta Story (IGs) miliknya, untuk tujuan sekadar memberikan teguran kepada mereka yang suka mencari kesalahan serta kekurangan orang lain.
“Kita ni biarlah rupa paras biasa-biasa, biar lah tak berduit tera mana tapi, jangan lah mengutuk orang lain tak tentu hala. Macam orang tu, buat salah besar kat hang.
“Yang sedih dah lah kutuk, kita tak kenal pun orang tu dan orang tu pun tak kenal kita. Satu rasa rugi sebab sakit hati sorang, satu lagi rasa lawak,” tulisnya panjang lebar pada hantaran berkenaan.
Menerusi hantaran sama, Syifa atau nama penuhnya, Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, turut mengambil kesempatan mengingatkan individu sekeliling agar sentiasa menggunakan akal fikiran demi mengelakkan diri dari mempunyai sifat iri hati, hasad dengki dan berperangai toksik.
“Kita yang lain ni Allah SWT masih kurniakan akal yang waras. Masih boleh berfikir, punya hati yang baik tak payah lah nak mengata orang tu, orang ni okay.
“Orang yang kita kutuk tu tak rasa apa pun kat kita. Kita ja sorang dok bara tak semena-mena. Moga hidayah milik mereka yang berlidah puaka,” katanya.
Sekadar Info, Syifa Melvin berkahwini bersama pemain bola sepak sayap JDT, Safawi Rasid, pada 28 November 2022. Hasil perkongsian hidup selama dua tahun itu, perkahwinan pasangan sama cantik sama padan ini telah diserikan lagi dengan kehadiran seorang cahaya mata lelaki bernama Saif Sulaiman Muhammad Safawi pada 30 September tahun lalu.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA