Telur merupakan jenis makanan yang paling banyak dimakan oleh masyarakat kita. Memainkan peranan dalam menghasilkan pelbagai jenis makanan dan juga kuih dan muih, telur juga enak untuk dimakan begitu sahaja tanpa sebarang perisa tambahan. Jumlah gizi dan manfaat yang dibekalkan telur menjadikan ia salah satu makanan super yang bagus untuk kesihatan.
Mengurangkan Risiko Kanser Payudara
Telur memiliki kolina yang merupakan nutrient yang membantu mengurangkan peratusan untuk mendapat kanser. Menurut sebuah penelitian, risiko untuk terkena kanser payudara menurun sebanyak 18 peratus jika wanita menjadikan telur sebahagian dari diet harian mereka.
Menjaga Berat Badan
Pernah dengar diet telur yang dikatakan mampu menurunkan berat badan? Kini sudah terbukti secara ilmiah yang telur mampu menurunkan berat badan dengan lebih dekat. Untuk hasil yang baik, jadikan telur sebagai makanan untuk sarapan anda.
Ads
Menjaga Kesihatan Mata
Bahagian kuning telur memiliki lutein dan zeaksantin yang mudah diserap oleh tubuh kamu. Kedua-dua kandungan ini sangat bagus untuk menjaga kesihatan mata dan melindunginya dari kerosakan akibat paparan sinar ultra-violet yang berlebihan.
Ads
Menjadikan Rambut Lebat
Rambut yang sihat menjadi dambaan setiap wanita mahupun lelaki. Dengan mengambil telur sebahagai sebahagian daripada deit harian anda ia mampu membantu pertumbuhan rambut kerana kadar nutrien tinggi protein yang dimiliki.
Ads
Nampak Lebih Awet Muda
Mengambil telur sebagai makanan rutin adalah salah satu cara untuk menjadikan anda lebih muda. Ini disebabkan telur sangat kaya dengan kandungan lutein sehingga boleh melambatkan penuaan sebanyak 40 peratus. Nak awet muda? Makanlah telur.
Tidak dinafikan kecanggihan dunia digital tanpa sempadan ini menyebabkan ramai hijabi yang berminat untuk menjadi instafamous. Mana tidaknya, kerjaya sebagai instafamous ini membolehkan mereka memperolehi pendapatan hingga mencecah lima angka. Namun perjalanan untuk menjadi popular tidak semudah yang disangka. Seseorang itu perlu korbankan masa dan segala-galanya bagi memastikan diri sentiasa berada di puncak populariti. Hal ini diakui oleh instafamous atau influencer Syafiqah Aina yang sebelum ini cukup viral dengan pelbagai kontroversi.
Menurut Syafiqah Aina, sudah lama dia bergelar influencer dan kerjaya ini cukup sebati dengan dirinya. Walau bagaimanapun bukan mudah untuknya bertahan memandangkan sekarang ini semakin ramai influencer yang muncul dengan pelbagai karakter.
“Saya anggap itu sebagai persaingan dan rezeki itu di tangan Allah. Alhamdulillah saya masih lagi menjadi pilihan jenama (terutama fesyen) untuk dijadikan platform mempromosikan produk mereka. Dan inilah yang menjadi punca utama pendapatan saya. Jika betul-betul buat, saya mampu jana pendapatan hingga mencecah RM30 ribu.
“Memang seronok bergelar influencer ini. Maklumlah ke mana-mana sahaja orang akan perhatikan. Begitu juga dengan penampilan di media sosial. Perlu diingat follower kita akan sentiasa memerhatikan apa yang kita buat. Jadi kita memang perlu sentiasa nampak cantik dan berpenampilan menarik tidak kira di luar atau dalam media sosial,” ujar Aina yang mengakui agak sukar untuk ‘maintain’ dan menjaga penanampilan setiap masa.
Katanya lagi, kita juga perlu menjaga hati orang lain dan pastikan apa yang dibuat tidak membuatkan orang lain rasa tidak selesa atau ‘meluat’.
“Bukan sahaja penampilan, dari segi percakapan pun perlu dijaga sebaiknya. Maklumlah apa sahaja kata-kata yang keluar boleh dijadikan bahan viral di media sosial. Jadi pastikan berfikir dulu sebelum berkata-kata.
“Sebenarnya kita boleh jadi diri sendiri tapi kena bijak ‘control’ diri. Bukanlah maksudnya kena berpura-pura sepanjang masa, tetapi apa yang dilakukan harus tidak melampui batas. Tidak dinafikan ada kalanya memang stress sampai satu masa saya macam nak delete akaun IG. Tetapi bila fikir balik memang mustahil nak jaga hati semua orang sebaiknya,” ceritanya yang kini sudah mengumpul follower di IG hampir 700 ribu.
Walaupun sering dihimpit kontroversi, tetapi keperibadian Aina menjadi inspirasi buat hijabi di luar sana yang mahu menjadi sepertinya. Dia bukan sahaja cantik, tetapi bijak dan juga turut memegang ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari UiTM.
Ketika ditanya bagaimana untuk menjadi instafamous berjaya sepertinya, Aina memberi tip di mana seseorang itu kena buat apa yang orang lain nak tengok.
“Memanglah tujuan kita jadi instafamous mahu menjana pendapatan melalui ‘paid review’. Tetapi janganlah asyik mempromosikan bisnes, sebaliknya perlu juga ‘post lifestyle’ kita. Mereka suka lihat sisi diri kita yang sebenar.
“Kita perlu buat apa yang orang suka tengok dan membuatkan mereka akan follow kita. Jangan buat posting yang menjengkelkan kerana boleh mencacatkan imej kita sebagai seorang instafamous. Apa-apa pun kita perlu jaga nama dan jangan sesekali buat apa yang orang tak suka,” tambah Aina yang ditemui ketika majlis pelancaran produk Bella Boo di MIHAS baru-baru ini. Sejak jadi popular ini, dia juga rasa terharu apabila ada peminatnya yang datang padanya mengajak bergambar.
Dia yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hafiz yang juga sering menjadi perhatian netizen.
Selain bergelar instafamous, Aina juga kini bergelar usahawan dan sedang mempromosikan produk penjagaan wajah yang diusahakan bersama suaminya. Pada awalnya produk serum yang diusahakan ini juga turut mendapat kecaman kerana dikatakan boleh merosakkan kulit wajah. Namun sebagai usahawan baru, Aina menerima segala pandangan negatif yang dilemparkan dengan baik.
“Bagi yang tak kenal betul-betul produk ini memang tak tahu kesannya. Tetapi apabila mereka menggunakannya barulah tahu keberkesanannya. Alhamdulillah produk ini semakin mendapat sambutan dan sudah terjual lebih 40 ribu botol. Permintaaanya juga semakin bertambah dari masa ke semasa.
“Dalam hal ini kami tidak melatah dengan apa yang dilemparkan netizen di luar sana. Segala yang negatif saya simpan dan lihat apa lagi yang boleh diperbaiki. Memang dari dulu asyik kena kecam dan daripada situ saya ambil kesempatan berdoa agar terus dimurahkan rezeki. Itu juga adalah rahsia kejayaan kami,” kata Aina yang masih belum berkesempatan berbulan madu setelah beberapa bulan berkahwin kerana kesibukan bekerja.
Anda mungkin pernah merasa semut-semut, sakit saraf pada tapak tangan sehingga sukar tidur atau terlepas objek yang digenggam secara tiba-tiba tanpa sebarang punca?
Sekiranya pernah, jangan dibiarkan tanpa menjalani pemeriksaan kerana berkemungkinan anda sedang mengalami sindrom carpal tunnel yang boleh menjejaskan kualiti hidup seharian.
Ramai mengabaikan kesakitan yang dialami selama bertahun tahun tanpa mendapatkan rawatan kerana menyangka keadaan itu bukan satu penyakit yang perlu diatasi.
Kesakitan ini semakin serius pada waktu pagi selepas bangun dari tidur sehingga merebak ke bahu.
Ini MUNGKIN gejala Carpal Tunnel Syndrome, sejenis masalah saraf yang berlaku akibat pergerakan yang berulang ulang di pergelangan tangan yang akibatkan saraf terhimpit.
Carpal Tunnel Syndrome (CTS) merupakan kesakitan Saraf Median akibat tekanan yang berpanjangan. Himpitan saraf Median pada pergelangan tangan berlaku dalam tempoh yang berbeza-beza (minggu, bulan dan tahun) turut diistilah sebagai Cumulative Trauma Disorders.
Bagaimana Carpal Tunnel Syndrome berlaku?
Majoritinya disebabkan oleh pergerakan sama yang berpanjangan dan berterusan, postur tidak sihat, tekanan berlebihan (menekan pada permukaan keras) dan gegaran
Tendon pada kawasan terlibat akan menjadi bengkak dan menekan pada saraf Median
Akibatnya, kesakitan dan kekebasan akan berlaku pada pergelangan yang terlibat
Apakah gejala Carpal Tunnel Syndrome?
Sakit di pergelangan tangan, meningkat pada waktu malam dan mengganggu tidur. Kadang kala sakit dirasai pada waktu pagi.
Sakit semasa melakukan aktiviti seperti menulis, menaip dan mengemas rumah
Kebas di kawasan yang dihitamkan seperti di Gambar 1
Implikasi pergerakan tangan
Siapakah golongan berisko?
*Pekerja yang menaip sepanjang hari di pejabat berisiko tinggi untuk mendapat masalah ini.
*Tukang jahit
*Tukang masak
*Ahli music
*Pekerja salon
*Tukang gunting rambut
Carpal Tunnel Syndrome selalunya boleh dirawat:
1 .Letakkan tangan anda di luar katil dan lakukan beberapa goyangan apabila merasai simptom pada waktu tidur
2. Pemakaian splint semasa bekerja akan dapat mengurangkan simptom pada gerakan tertentu.
3. Anda dinasihatkan berehat seketika semasa bekerja bagi mengurangkan ketidakselesaan Muskuloskeletal
4. Occupational Safety and Health Administration (OSHA) menasihatkan tip berikut bagi mengurangkan ketidakselesaan Muskuloskeletal:
a) Lakukan regangan jari, tangan dan lengan dengan kerap dan berkala
b) Rehat seketika dan berkala
c) Berehat, berdiri dan berjalan setempat secara berkala
d) Kerap menukar kerja berkomputer dengan bukan berkomputer apabila berkesempatan
e) Lakukan perubahan pada susun atur tempat kerja
.
5. Kesakitan akan berkurang dalam tempoh 2 minggu dan pulih dalam tempoh antara 4 hingga 6 minggu
6. Anda dinasihatkan untuk melakukan senaman seperti di atas secara berterusan sehingga 6 hingga 8 minggu bagi mengelak simptom yang berulangan.
Cara terbaik untuk mencegah adalah dengan memastikan postur yang betul semasa melakukan kerja. Jangan lupa berehat dan lakukan regangan setiap 20 minit.
Dapatkan rawatan jika masalah berterusan dan semakin serius.
Sejak kebelakangan ini cuaca di Malaysia agak tidak menentu ada kalanya ia panas yang teramat dan juga sejuk di waktu malam. Kulit kita pun akan mula mengering dan tidak berada dalam keadaan yang stabil!
Sis! Kami tahu cara untuk kekalkan melembapkan kulit anda dengan mudah tanpa perlu memakai produk yang terlalu banyak! Hanya gunakan losyen ini dan anda pasti dapat kekalkan kelembapan pada kulit yang sempurna!
Menjaga kelembapan kulit tidak kira cuaca panas mahupun sejuk adalah sangat penting. Jika anda tidak mula untuk menjaga kelembapan kulit sudah tentu anda akan alami masalah seperti kulit menggelupas, jerawat, pori-pori yang besar, bintik-bintik hitam, dan juga kulit yang kusam.
Jadi ia sangat penting untuk anda kekalkan pelembapan pada kulit supaya anda dapat menghindari masalah-masalah yang anda tidak ingini itu. Tak tahu macam mana nak mula menjaga kelembapan kulit? Jangan risau, kami ada satu produk yang khas buat anda!
Hada Labo Hydrating Lotion adalah produk yang bagus untuk anda mula menjaga kelembapan kulit! Kenapa kami syorkan produk ini? Sudah tentu kerana losyen pelembap Hada Labo ini sangat bagus dalam menjaga kelembapan kerana ia baru dinaik taraf kini mengandungi 5 HA yang sebelumnya ialah 4 HA.
Kenapa kandungan HA atau nama penuhnya Hyaluronic Acid, ini sangat penting untuk mengekalkan kelembapan kulit? Ia kerana sifat HA yang dapat membantu memberikan kelembapan kulit kepada anda terutama sekali buat mereka yang mempunyai kulit kering. Losyen pelembap hada labo tidak juga terkecuali untuk menggunakan HA sebagai bahan utama bagi membantu anda untuk mengekalkan kelembapan untuk kulit yang sihat!
Losyen pelembap Hada Labo juga bukan sahaja membantu mengekalkan kelembapan kulit, malah, ia dapat juga untuk mengurangkan hampir semua masalah kulit seperti bintik hitam yang jelas ternampak di kulit. Jika anda ingin tahu, punca garisan halus yang terdapat di wajah adalah juga berpunca dari kulit yang kering, maka dengan penggunaan losen ini anda dapat untuk mengurang serta membaiki masalah itu dengan mudah.
Tidak seperti losyen mahupun toner lain yang terjual di pasaran–Hada Labo Hydrating Lotion mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Losyen pelembap Hada Labo ini di buat dari ramuan khas yang memberikan fungsi yang bagus buat kesihatan kulit. Ia juga dapat membantu dari beberapa aspek kesihatan kulit seperti:-
Juga tidak ketinggalan, Losyen pelembap Hada Labo ini juga di buat khas dari Fermented Hyaluronic Acid yang di mana ia merupakan satu bahan yang pertama di jumpai untuk membantu masalah kulit. Antara bahan aktif yang terdapat dalam losen pelembap ini adalah:-
Ia mudah sahaja untuk di gunakan, tidak perlu untuk ada masa dan juga beberapa langkah berjaga-jaga untuk anda kekalkan keberkesanan produk ini. Caranya mudah sahaja, anda boleh memakai terus selepas mencuci muka anda atau selepas mandi. Oleh kerana kandungan HA yang berbeza dalam losyen pelembap ini, ia dapat mengekalkan kelembapan kulit tanpa meninggalkan kesan yang kasar.
Losyen pelembap ini juga dapat membantu penyerapan yang optimum bagi penggunaan produk kecantikan wajah yang bakal anda gunakan selepas meletakkan losyen ini di muka anda. Letakkan sahaja di telapak tangan anda, ratakan di muka dengan lembut dan semudah itu anda dapat mengekalkan kulit yang sihat dan lembap.
Sedikit fakta buat anda yang suka akan mengenakan solekan, losyen pelembap ini juga bagus untuk di jadikan sebagai primer yang memberikan kelembapan kulit dari menjadi kasar dan tidak sekata. Ia juga dapat mengekalkan kelembapan yang berpanjangan pada kulit anda tanpa membuatkan solekan anda menjadi bercapuk.
Tip penjagaan kulit wajah yang mudah diamalkan setiap hari untuk mendapatkan kulit sihat, berseri dan terlindung. Ketahui rutin asas yang membantu mengekalkan kecantikan kulit secara semula jadi.