Sememangnya selepas tamat pengajian mestilah misi utama kita adalah untuk mendapatkan pekerjaan bukan? Tetapi kadang kala mungkin rezeki belum menyebelahi kita untuk mendapatkan pekerjaan yang diinginkan.
Jadi sementara hendak menunggu panggilan kerja, hijabi bolehlah menambah ilmu-ilmu penting dahulu sebelum melangkah ke alam pekerjaan seperti yang dikongsikan oleh pemilik akaun twitter @faizuladnan yang telah mendapat hampir 12 ribu retweet di laman Twitter.
Menurutnya, ada 3 ilmu penting yang perlu dipelajari iaitu ilmu ASB, jual beli rumah dan juga perkahwinan.
Senang apabila kita dah tahu perkara ini untuk perancangan di masa hadapan.
Ads
Ramai anak muda yang tersasar dalam hal ini kerana memilih kereta berbanding aset iaitu rumah.
Walaupun mungkin dianggap remeh, namun sebenarnya ia sangat diperlukan apabila kita hendak berkahwin kelak. Tanpa asas yang kukuh, pasti susah untuk masa hadapan kita nanti bersama orang tersayang.
Ads
Seorang pengguna twitter @AzrulAzsh juga telah berkongsi perkara yang sepatutnya anak muda lakukan pada saat ini namun sebaliknya yang terjadi.
Ads
Oleh itu, hijabi semua perlulah menjadikan perkara ini sebagai panduan. Bukan lelaki sahaja yang perlu mengumput harta dan aset tetapi kaum wanita juga perlu tau. Tak salah menuntut ilmu daripada masa terbuang begitu sahaja bukan?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bercuti di pulau peranginan mewah memang menyeronokkan. Selain memberi kedamaian, kita dapat juga merasai sedikit ketenangan selepas asyik bekerja. Pasti ramai yang berangan untuk menjejakkan kaki ke Maldives bukan? Tapi mesti ramai juga yang teragak-agak untuk ke sana kerana memikirkan kosnya pasti tinggi. Eh, jangan bimbang! Sebenarnya harganya tidaklah mahal seperti yang disangka. Ikuti perkongsian Romi Zunaidi ini di Facebook mengenai trip solonya ke Maldives dengan kos hanya RM 1700 sahaja.
Wow, ternyata begitu berbaloi perbelanjaannya! Selepas ini, hijabi bolehlah merancang percutian bersama keluarga ataupun teman-teman ke sana bila sudah tahu kosnya yang menjimatkan ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Semua wanita pasti mahu kekal jelita dan nampak awet sentiasa walaupun usia semakin meningkat. Mesti banyak petua yang diamalkan dan banyak produk kecantikan yang dicuba agar tubuh dan wajah tidak dimakan usia. Seperti perkongsian di twitter ini oleh @azyanizamri mengenai ibu mentuanya yang sering disalah anggap sebagai kakaknya. Wow, muda betul tu! Jom kita ikuti rahsia bagaimana ibu mentuanya mengekalkan keremajaan wajah dan kesihatan tubuh.
Bagusnya tips yang diberikan. Semuanya cara yang sihat dan tidak memberi apa-apa kesan negatif pun pada tubuh badan. Untuk hijabi di luar sana yang mahu kekal cantik hingga ke masa akan datang, bolehlah jadikan petua yang dikongsi ini sebagai panduan anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Betapa kita tidak tahu bila maut itu akan menjemput. Semuanya adalah urusan Allah SWT. Seperti perkongsian lelaki ini Shukur Yusuf di laman sosial facebook yang mencoretkan sesuatu buat adiknya Fatin Nursyahirah yang merupakan pesakit kanser tahap tiga. Namun sebelum dia pergi menghadap Illahi, Tuhan kurniakan kebahagiaan sementara buatnya untuk dikenang buat yang masih ada. Siapa sangka pada sebelah siang adiknya itu sempat bergelar isteri beberapa jam sebelum maut menjemput pada Subuh tadi.
Meninggalkan keluarga serta suami yang baru dinikahi buat selamanya setelah hampir setahun bertarung melawan kanser tisu tahap tiga.
CORETAN BUAT KAKAK
Kanser? Malas ambil pusing sebab tak kena batang hidung sendiri. Tahun 2017, di PPUM adikku yang kami panggil Kakak disahkan menghidap Kanser Sacorma (sejenis kanser tisu) pada tahap ke-3!
Sekeluarga tergamam. Mama terus menangis. Abah kelu tak terkata. Seakan tidak percaya akan diuji sehebat ini. Tetapi Kakak yang kami sayangi nampak cukup kuat. Kami sekeluarga terus positif yang mengatakan Kakak boleh sembuh. Hidup bertukar 360 darjah. Segala aktiviti dan perhatian kami dikhususkan untuk Kakak.
September 2017, selesai pembedahan membuang kanser tersebut. Doktor memberi jaminan yang pembedahan berjaya dan insyaAllah kanser tidak akan menyerang lagi sekurang-kurangnya untuk tempoh terdekat. Cuma follow up seperti biasa. Leganya perasaan kami sekeluarga. Difikirkan berakhir disitu, tetapi tidak.
Disember 2017, Kakak diuji lagi. Kanser datang kali ini dengan lebih agresif. Doktor juga tidak dapat mengenalpasti mengapa kanser ini begitu cepat membesar. Kami sekeluarga terus memberi semangat. Terus yakin. Terus berusaha. Terus bertawakal. Hanya kami dapat memberikan kekuatan psikologi yang amat diperlukan Kakak.
Februari 2018, Mama dan Abah terus setia menunggu diluar bilik bedah. Pembedahan kedua yang memakan masa lebih 15 jam selesai jam 2 pagi. Usai solat Subuh, Mama, Abah dan saya dah terjegat di Cardiacthoracic Intensive Care Unit (CICU) menunggu ulasan doktor mengenai pembedahan tadi. Doktor memaklumkan bahawa pembedahan tidak 100% berjaya. Sel kanser tak dapat dikeluarkan sepenuhnya disebabkan keadaan sudah terlalu rumit dan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa. Selesai mendengar ulasan doktor, kami keluar. Masing-masing diam membisu namun akhirnya kami sama-sama menangis. Tak kuat kami menahan air mata. Ya Allah! Sungguh hebat ujianMu kali ini…
Bermula daripada saat itu, kami sekeluarga mula menjadi doktor sendiri. Habis segala macam artikel berkaitan kanser kami baca. Habis segala petua kami cuba. Segala ceruk pelusuk negara kami teroka. Dengan hasrat mencari penawar buat Kakak tercinta. Kakak seperti biasa senyum tanpa luahkan sakit yang terseksa.
Hujung April 2018, kami sekeluarga bersetuju dengan saranan doktor untuk Kakak menjalani sesi radioterapi. Maka berulang-aliklah kami setiap hari membawa Kakak ke PPUM. Selesai 30 sesi pada awal Jun 2018, hasil scan terbaru yang dijalankan, doktor memaklumkan yang tumor kanser sudah mengecut. Alhamdulillah. Leganya hati kami.
Namun, tiba-tiba doktor berkata lagi dalam nada yang cukup lembut.. “Tapi…., kanser tu dah merebak ke kawasan yang lain”. Saya dan kakak terbungkam! Pada ketika itulah pertama kali saya melihat Kakak menangis teresak-esak. Saya sendiri menangis sambil cuba memberikan kata-kata positif buat adikku ini. Tidak lagi peduli pandangan orang disekitar ruang menunggu PPUM. Hanya kami merasai peritnya dugaan ini. Allah….
17 Jun 2018, Kakak dipinang seorang anak muda yang cukup ikhlas menerima Kakak seadanya. Keluarga pihak lelaki juga banyak membantu dalam proses mencari penawar buat Kakak daripada awal hingga sekarang. Mama dan Abah sangat bersyukur disebabkan keluarga pihak lelaki yang begitu bersungguh menerima Kakak walaupun dalam keadaan Kanser sekarang sudahpun di tahap 4.
Julai 2018. Kakak lumpuh daripada paras pinggang ke bawah. Sekeluarga terkejut. Tidak kami sangka akan secepat ini. Kakak seperti biasa lebih banyak berdiam diri tentang sakitnya. Namun segala yang Kakak pinta, kami akan cuba usaha untuk jadikan kenyataan. Selang seminggu kemudian, kesihatan Kakak semakin merosot. Kakak mula sesak nafas. Kanser sudah menyerang paru-paru Kakak. Pihak hospital telah memberitahu tiada rawatan lagi untuk tahap ini. Yang ada hanyalah “Comfort Patient”. Fahamlah kami dengan maksud Doktor itu. Lantas Mama terus menangis. Abah cuba memendam rasa biarpun air mata sudah berlinang. Hanya Allah yang mengetahui perasaan kami…
Ogos 2018. Semangat baru buat Kakak. Azzam bersungguh untuk menerima Kakak sebagai isteri. Ikhlas hati Azzam hanya Allah yang tahu. Dalam keadaan Kakak seperti ini, tetap menerima Kakak seadanya. Keluarga Azzam juga begitu. Menyokong penuh hasrat Azzam. Telah menganggap Kakak seperti keluarga sendiri. Alhamdulillah. Allah hantarkan sebuah keluarga yang cukup bersih hatinya yang sedia menerima Kakak dan berusaha bersama-sama mencari penawar dan memberi semangat.
Pagi 3 Ogos 2018, Kakak dan Azzam selamat diijabkabulkan. Tiada majlis warna warni, tiada baju pengantin menambah seri. Tiada pelamin tanda raja sehari. Yang ada hanyalah pihak keluarga perempuan, pihak keluarga lelaki, tok kadi bersama saksi. Ketika akad sedang dilafaz, esakan tangisan keluarga menjadi muzik latar, menyaksikan penyatuan dua hati murni ini. Alhamdulillah. Allah permudahkan.
Semoga atas pernikahan ini, Allah kurniakan rahmat dan keberkatan serta kebahagiaan dunia akhirat buat Kakak dan Azzam.
Namun, saat gembira itu tidak lama. Petangnya selepas solat Jumaat, Kakak terus dimasukkan ke hospital. Pernafasan Kakak semakin merosot. Mama terus menjadi peneman setia. Disamping Abah yang terus berusaha serta keluarga yang terus mendoakan kesembuhan Kakak.
Kakak pergi meninggalkan kami pada waktu Subuh 4 Ogos 2018. Alhamdulillah ditemani Mama, Abah, Suaminya, Mak Besah serta Saya.
Disaat ini, keluarga redha dengan ketentuan. Buat Azzam dan keluarganya, terima kasih atas segala pengorbanan serta kasih sayang yang diberikan untuk Kakak, serta menunaikan impian Kakak biarpun cuma untuk seketika. Alhamdulillah, Kakak nampak berseri masa hari pernikahannya. Hanya Allah yang dapat membalasnya budi baik Azzam dan keluarganya.
Semoga Kakak ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Aamiin.
Fatin Nursyahirah Binti Yusuf
1994-2018
Al-Fatihah
Keep strong my bro Azzam Azmin Kuatnya kau Allah je yg tahu. Salam takziah buat keluarga.
be strong Azzam Azmin salam takziah untuk keluarga .
Inspired true love story . Semoga kau kuat wahai sahabat Azzam Azmin . Kami sentiasa ada support kau selalu Zam. Maaf aku takdapat bersama kau bila waktu sekarang ni, namun hanya doa yang dapat kami terus sampaikan buat arwah. Teruskan semangat kuat kau Zam. . Allah lebih sayangkan dia. Alfatihah untuk arwah Fatin Syahirah .
True love. Salam takziah buat sahabat Azzam Azmin dan keluarga kedua belah pihak. Semoga roh arwah isteri dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org yg beriman dan solehah. Stay strong brother.
Hijabista ucapkan takziah dan moga arwah ditempatan dalam kalangan orang beriman.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!