Menangis Cemburukan Abangnya Berjaya Hafal 1 Juzuk, Anak DS Aliff Syukri Dipuji Netizen

Share

Siapa yang tak kenal dengan Dato Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida kan. Selain bergelar usahawan berjaya, mereka juga terkenal kerana netizen suka melihat telatah kehidupan mereka dan anak-anak di media sosial yang menghiburkan.

Bukan sahaja memiliki anak yang comel, sikap dan personaliti yang ada dalam diri anak-anak mereka turut mencuri tumpuan. Seperti anak ketiga mereka, Ibraheem Adham atau Baem yang viral baru-baru ini kerana cemburukan abangnya. Eh kenapa tu Baem?

Rupanya cemburukan abangnya Ammar Ahyan kerana telah berjaya menghafal satu juzuk Al-Quran. Ya Allah mulianya hatimu…

Jarang sekali kita dapat lihat kanak-kanak seusianya yang menangis kerana cemburukan hafalan Al-Quran. Tahniah kepada ibu bapanya yang telah berjaya mendidiknya mencintai agama sejak dari kecil. Semoga Baem dipermudahkan untuk menghafal seperti abangnya juga!

kredit : instagram @baem_adham

 

IKLAN