Pernah tak anda ingin menjaga persahabatan tersebut akan tetapi di sebabkan konflik yang terjadi, hubungan menjadi renggang? Ini bukan sahaja antara rakan-rakan tetapi dengan pasangan atau keluarga juga. Jangan risau, amalkan doa ini dan InsyaAllah segalanya akan baik semula.
Sumber Gambar: TheAsianParent
Menurut perkongsian daripada ahli terapis muslim AT Mahfuzah Zainol, antara amalan yang boleh anda lakukan sekiranya mengendalikan orang yang mempunyai tingkah laku mencabar dan bukan mudah adalah menggunakan Surah Taha ayat 1-5 dan juga surah Al-Fatihah.
Manfaat Surah-Surah ini dalam kehidupan anda.
sumber youtube
Menurut Mahfuzah, sebagai terapis ramai klien dan murid yang mereka berjumpa dan mempunyai pelbagai perangai. Akan tetapi itu tidak menghalang untuk mereka mengambil amalan Surah Taha ayat 1-5 dan Al-fatihah ini sebgai mengendalikan mereka.
1. Meniup di kepala anak-anak selepas membaca doa surah ini.
Sumber Gambar: Dreamstime
Surah Taha ini ayat 1-5 wajib dihafal kerana ia mempunyai banyak manfaat. Selalunya ia dibaca saat untuk melembutkan hati anak-anak kecil dan orang dewasa pun boleh. Ia akan membantu untuk melembutkan hati dan hati akan jadi tenang. Jika dibaca untuk mereka.
Sedikit perkongsian, jika anda membacanya untuk anak perempuan selepas baca sapu di belakang badan anak dan sekiranya anak lelaki, sapu di belakang kepalanya.
2. Hembuskan pada pasangan
Sumber Gambar: Muslimvillage.com
Hembuskan pada suami ini bukanlah cara untuk tidak menerima. Akan tetapi, ia untuk memastikan tiada sebarang penyelindungan yang terjadi. Ini bermaksud telus dalam hubungan tersebut. Anda boleh tiup dan berdoa agar Allah memberi tambahan kasih sayang sesama suami isteri.
Ads
3. Amalkan sewaktu berlaku konflik bersama rakan-rakan
Sumber: Quran Connection
Pasti ada masa kita akan berselisih pendapat antara rakan-rakan. Jadi apa yang perlu anda lakukan adalah baca Al-Fatihah sekiranya ada berlaku sebarang konflik atau perselisihan faham dalam hubungan. Hubungan di sini merujuk kepada pelbagai seperti, rakan-rakan, rakan pejabat, boss boss dan sesiapa sahaja.
Amalan Al-fatihah ini juga boleh dijadikan sedekah kepada orang yang jauh atau orang yang kita ingat tetapi berada jauh dari pandangan mata seperti ibu bapa dan ibu bapa mertua. Sentiasalah berdoa buat mereka agar dapat diberi ketenangan bersama masing-masing.
Sumber gambar: Google
Menarik sungguh perkongsian daripada terapis muslim ini. Semoga kita boleh mengamalkan Surah-surah ini untuk membantu menenangkan hati dan memberi ketenangan hidup. Anda boleh cuba amalkan. Selamat mencuba!
Penggal pertama musim cuti sekolah dan juga musim haji yang bakal tiba kerana tidak lama lagi seluruh umat Islam bakal menyambut ketibaan Hari Raya Aidiladhamenyaksikan ramai daripada kita yang mengambil kesempatan ini untuk menjadi tetamu Allah dan mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah. Ketika dijemput jadi tetamu Allah ke tanah suci, pasti Hijabi mahu diberi peluang memasuki ‘Raudah’ lebih dari satu kali!
Walaupun tidak mengerjakan haji, dan hanya menunaikan ibadah umrah, namun pastinya jemaah atau Hijabi yang berkunjung ke sana tidak akan melepaskan peluang untuk melaksanakan ibadah dengan sebaiknya serta meluangkan masa mengunjungi beberapa kawasan istimewa dan penuh maghfirah.
Antara kawasan wajib kunjung adalah Raudhah atau lebih dikenali sebagai, ‘Taman-Taman Syurga’, ini kerana ia merupakan salah satu ruangan yang terletak di dalam Masjid Nabawi di antara rumah Rasulullah SAW (kini makam Rasulullah SAW) dengan mimbar yang beliau gunakan untuk berdakwah. Luas kawasan berkenaan adalah lebih kurang 330 meter persegi.
Raudhah Tempat Tumpuan Jutaan Jemaah, Ini Cara Agar Hijabi Raih Peluang Sama!
Oleh sebab ini, Raudhah dijadikan pusat tumpuan jutaan jemaah yang yang berebut-rebut mahu berada di situ dengan tujuan untuk berdoa dan bersolat di taman-taman syurga ini. Namun tidak semua diizinkan Allah berpeluang menjejakkan kaki di taman ini.
Justeru, Hijabista terpanggil untuk berkongsikan semula perkongsian penuh manfaat dari pengguna Facebook Suhaili Mohd Zain atau lebih mesra disapa sebagai Sally, mengenai beberapa tip yang boleh diaplikasikan oleh jemaah yang mahu mengerjakan ibadah di Raudhah. Jom baca perkongsiannya.
Cara Tunaikan Solat Di Raudhah ‘Bebas’ Gangguan
“Malam ini Sally nak kongsi pengalaman masuk ke Raudhah di mana anda boleh solat semahu-mahunya. Cara paling selamat, paling aman, tidak bertolak, tidak perlu berlari dan paling penting boleh berdoa dan bersolat tanpa ada gangguan dari Jemaah lain dan pengawal Arab wanita.
“Alhamdulillah.. Kali ini Sally berpeluang memasuki Raudhah sebanyak 4x. Itu pun sebab sehari Sally demam. Kalau tidak pastinya setiap hari sekurang-kurangnya 2x sehari pasti hendak mengunjungi makam Rasulullah saw,” ujarnya.
Mengulas lebih lanjut, Sally berkata dia banyak belajar daripada pengalaman menunaikan Umrah terdahulu iaitu pertama kali dia menjejakkan kaki ke tanah suci. Namun, apa yang paling penting adalah kesabaran menunggu giliran memasuki Raudhah. Tak perlu tergopoh-gapah.
Ramai Tak ‘Cakna’ Masa Sesuai Kunjungi Raudhah
Menurut Sally, waktu yang paling sesuai untuk memasuki Raudhah bagi wanita adalah selepas Subuh dan selepas Isyak. Pastinya melalui pintu masjid no 25. Tidak perlu terburu-buru atau tunggu di masjid selepas solat.
“Sally nasihatkan anda balik dulu selepas solat. Selepas Subuh misalnya, balik ke hotel untuk sarapan dulu. Berehat, buang air, berwuduk dan sebagainya dan adalah lebih baik mengenakan jubah dan khimar berwarna hitam supaya tidak diganggu oleh pengawal Arab wanita kerana kita nampak serupa dengan orang Arab, Pakistan dan sebagainya.
“Dan kalau boleh beg umrah yang diberikan oleh travel agen tu digantung di dalam telekung. Kerana beg itu adalah pengenalan kita dan mudah dikenalpasti bahawa kita dari Malaysia.
“Selepas berwuduk dan mengenakan pakaian serba hitam, kembali ke masjid Nabawi mengikuti pintu 25 sekitar pukul 8.00 pagi dan terus ke bahagian depan. Penghadang kayu antara ruangan wanita dan lelaki telah dibuka. Laluan ini adalah laluan menuju ke Raudhah.
“Waktu ini anda tidak perlu berebut dan tidak perlu bertolak dan berhimpit. Hanya perlu berjalan lemah lembut dan terus ke Raudhah. Mungkin kali pertama pergi, anda boleh mengikuti kumpulan mutawif tetapi untuk sekian kalinya, lebih baik pergi sendiri. Lagi kecil group lagi senang pergerakan kita dan sukar dicam oleh pengawal wanita arab. Kita boleh menyelit di mana-mana kumpulan,” jelasnya.
Cari ‘Port’ Yang Tepat Untuk Menunaikan Solat
Tambahnya, untuk mendapatkan tempat memasuki Raudhah harus bijak menyelit bersama kumpulan lain. Bila tiba giliran kumpulan yang kita menyelit tadi memasuki Raudhah, berjalanlah menuju ke Raudhah dan pastikan himpit rapat ke kiri bersebelahan makam Rasulullah saw. Jangan terus meluru ke karpet Hijau.
“Biasanya Sally duduk dahulu di karpet merah. Sampaikan salam sahabat dan sebagainya. Bila keadaan agak reda, Sally akan masuk terus ke karpet hijau, rapat ke dinding dan mula bersolat di situ.
“Oleh kerana keadaan kita di bahagian tepi dinding, jadi tiada siapa yang akan menolak. Jika ada 3-5 orang sekumpulan, beraturlah dan pastikan semua mendapat tempat di tepi dinding.
“Lakukan Solat taubat dahulu dan kemudian solat hajat. Satu solat hajat untuk satu hajat dan disambung lagi solat-solat sunat seterusnya. Doa dibaca ketika setiap sujud terakhir.
“Jangan sesekali berdoa mengangkat tangan dan duduk termenung menangis. Pengawal Arab wanita akan menghalau kita keluar secepatnya. Tapi jika kita kekal dalam keadaan solat, mereka tidak akan ganggu atau menyuruh kita berhenti dan keluar,” tegasnya.
Cadangan Waktu Sesuai Memasuki Raudhah
Antara waktu solat yang sesuai untuk memasuki Raudhah adalah sekitar pukul 11.30 malam selepas sejam setengah menunggu. Dan kami habiskan masa lebih kurang 1 jam di dalam Raudhah.
Kemudian, kawasan tengah Raudhah boleh dihampiri sekitar pukul 12.30 malam kerana pada waktu ini ia menjadi agak lengang. Dan kita boleh bersolat di mana sahaja. Pengawal Arab wanita sudah mula untuk meminta jemaah keluar dari Raudhah kerana pukul 1 pagi mereka akan menutup Raudhah bagi wanita dan buka peluang untuk jemaah lelaki pula pada pukul 2 pagi.
Semoga perkongsian Sally ini dapat dimanfaatkan oleh Hijabi dan anda juga berpeluang mengujungi Raudhah dan rebutlah peluang untuk beribadat di sana.
Semoga anda juga dapat mengunjungi Taman Syurga. Amin.
Setiap manusia punyai masa silam dan zaman jahil masing-masing yang tidak perlu diwar-warkan kepada umum kerana ia seolah membuka pekung didada dan mencanang aib yang telah Allah tutup rapi demi menjaga air muka umatnya.
Begitu juga dengan apa yang dialami seorang hijabi dari negara jiran, Indonesia yang dikenali sebagai ‘Mondy Tatto’ apabila dia yang dahulunya gemar mencacah tatu kekal pada setiap bahagian tubuhnya termasuk wajah, akhirnya menerima hidayah untuk kembali ke pangkal jalan.
Ebit Lew Antara Yang Bertanggungjawab Membimbing Mondy Ke Pangkal Jalan!
Perubahan drastik dari segi penampilan Mondy yang kini terlihat begitu sopan, lengkap bertudung labuh telah berjaya menarik perhatian dan menjadi buah mulut warganet dari Indonesia hingga ke Malaysia.
Perkara berkenaan mulai tular di laman Tik Tok milik Mondy sendiri apabila dia memuatnaik video dirinya, yang cantik berpakaian labuh longgar, patuh syariah lengkap bertudung labuh diiringi oleh beberapa rakan yang lain di sebuah lokasi.
Dalam video berkenaan, turut kelihatan sosok yang tidak asing lagi iaitu pendakwah bebas popular dari Malaysia, ustaz Ebit Lew yang turut berada di lokasi sama.
Hijabista difahamkan bahawa Ustaz Ebit merupakan antara figura yang bertanggungjawab diatas penghijrahan gadis tatu, Mondy hingga mencetuskan pelbagai respon dan maklumbalas dari orang ramai.
Menjengah ke ruangan komen, Hijabista mendapati bahawa, kebanyakan netizen membanjiri ruangan komen pada hantaran berkenaan dengan menzahirkan rasa syukur dan gembira terhadap perubahan positif kearah lebih baik yang dilakukan Mondy terhadap penampilannya sebelum ini.
Selain itu, ramai dikalangan wargamaya turut mendoakan agar segala urusan Mondy dipermudahkan oleh Allah dan semoga dirinya terus kuat dan istiqamah menutup aurat dan meneruskan penghijrahanya ke arah yang lebih baik.
Boba, atau bubble tea, adalah minuman yang berasal dari Taiwan yang dibuat dengan menambahkan mutiara ubi kayu ke teh hitam dengan susu dan sirap berperisa.
Mutiara ini dihasilkan dari sejenis pati yang diekstrak dari akar ubi kayu, memberikan ‘buble tea’ dengan tekstur kenyal yang unik. Namun, sebilangan individu prihatin terhadap keselamatan ‘buble tea’, termasuk sama ada ia menyebabkan barah.
Jom semak bukti untuk menentukan sama ada boba menyebabkan barah.
Adakah boba mengandungi karsinogen?
Tidak mungkin boba mengandungi karsinogen, yang merupakan bahan penyebab barah. Namun, pada tahun 2012, kajian di mana para penyelidik mendakwa bahawa sampel mutiara ubi kayu dari ‘buble tea’ mengandungi sebatian seperti styrene dan asetofenon.
Styrene, bahan kimia yang sering digunakan dalam pembuatan boba, juga terdapat secara semula jadi dalam jumlah kecil dalam banyak makanan. Sementara itu, asetofenon adalah perasa makanan sintetik yang disetujui oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah.
Walau bagaimanapun, tidak jelas di mana ‘buble tea’ dalam kajian asal diambil, sama ada sebatian ini terdapat dalam semua jenis buble tea’ atau hanya sampel yang digunakan dalam kajian ini. Selanjutnya, kerana kajian ini tidak pernah diterbitkan atau ditinjau, kesahihan hasilnya dipersoalkan.
Oleh itu, tidak ada bukti saintifik yang menghubungkan teh buih dengan barah. Walaupun terdapat sebilangan besar laporan yang bertentangan, tidak ada bukti saintifik yang mengaitkan boba dengan barah. Kajian yang membawa kepada tuntutan ini salah mengenal pasti beberapa sebatian dan tidak pernah diterbitkan atau ditinjau.
Boba tinggi gula
Walaupun anda tidak perlu risau tentang boba yang menyebabkan barah, penting untuk mempertimbangkan berapa banyak kandungan gula. Walaupun jumlah yang tepat berbeza-beza bergantung pada rasa dan jenis teh gelembung,
Hidangan 16-ons (475 mL) biasanya mengandungi sekitar 300 kalori dan 38 gram gula (Sumber Dipercayai).
Minuman manis seperti ‘buble tea’ telah dikaitkan dengan beberapa kesan buruk kesihatan, termasuk penyakit jantung, kegemukan, masalah hati, dan diabetes tahap 2. Beberapa kajian juga mengaitkan peningkatan pengambilan minuman bergula dengan risiko kanser yang lebih tinggi, termasuk kanser payudara, hati, prostat, kolorektal, ovari, dan endometrium. Walau bagaimanapun, penyelidikan bercampur (Sumber Dipercayai).
Teh Boba sangat tinggi gula, dengan sekitar 38 gram dalam satu hidangan 16-ons (475 ml). Minum minuman bergula dengan kerap boleh meningkatkan risiko anda menghidap beberapa penyakit.
Adakah boba menyebabkan barah?
Secara amnya, teh boba dapat masuk ke dalam diet yang sihat dan lengkap. Walaupun lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk menilai sama ada boba mengandungi sebatian berbahaya, meminumnya dari semasa ke semasa tidak mungkin meningkatkan risiko anda mendapat barah.
Namun, kerana kandungan gula sangat tinggi, sebaiknya hadkan pengambilan dan nikmati boba sebagai makanan biasa dan bukannya bahagian diet anda. Anda juga dapat mengurangkan jumlah gula dalam ‘buble tea’anda dengan meminta sirap kurang berperisa, memilih ukuran yang lebih kecil dan melewatkan topping bergula.
Apabila diminum secara sederhana, teh boba tidak mungkin menyebabkan barah. Namun, kerana kandungan gula sangat tinggi, sebaiknya hadkan pengambilannya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Minat fesyen sejak kecil, Mira Agile sentiasa bergaya walau berstatus ibu anak tiga. Pakaian dengan corak minimum, polos dalam kombinasi monokrom, hitam putih atau...