Kekal cantik seperti dahulu, penampilan Zila Bakarin yang kini ayu berhijab semakin mendapat perhatian ramai.
Biarpun jarang muncul di kaca televisyen, namun peminatnya tetap setia mengikuti perkembangannya di laman sosial miliknya.
Memuat naik gambar bertudung labuh di dalam kereta, para peminat pelakon drama 7 Hari Mencintaimu ini memuji dirinya yang dikatakan semakin cantik dari hari ke hari.
Terdahulu, Zila difahamkan telah mengambil keputusan untuk berhijab sejak Februari tahun lalu selepas terdetik dalam hati untuk mengenakan tudung sewaktu mengambil anaknya pulang dari sekolah.
Tambahnya lagi, secara tiba-tiba terdetik perasaan seolah-olah dirinya ‘bogel’. Dia turut mengakui, selepas berhijab dirinya kini rasa seperti dilindungi. Alhamdulillah, moga sis terus istiqomah di jalanNya…
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Malam Lailatul Qadar, merupakan antara malam yang dicari oleh setiap umat Islam kerana ia dikabarkan malam yang paling istimewa kerana lebih baik daripada 1,000 bulan!
Bagaimanapun, terdapat beberapa tanda kebesaran dan kekuasaan Allah yang ditunjukkan kepada umat manusia agar dapat mengambil ikhtibar daripadanya sekligus sentiasa mendekaktkan diri kepada yang maha esa dan meletakkan Allah sebagai yang utama serta agama Islam sebagai pegangan dalam kehidupan.
Sehubungan itu, sekiranya berlaku fenomena aneh yang luar biasa berlaku di sekeliling kita. Mungkin ia adalah peringatan agar kita dapat meningkatkan keyakinan serta keimanan kepada Allah.
Baru-baru ini kecoh di aplikasi Tik Tok apabila sebuah video dimuatnaik menerusi akaun pengguna @urzuqni_syahadah memaparkan satu kejadian luar biasa hingga perkongsian video itu menjadi tular.
Video berkenaan memaparkan satu kejadian aneh yang tidak mempunyai penjelasan logik yang boleh diterima dek akal, apabila sebatang pokok keladi bergerak meliuk-liuk seolah-olah sedang bertasbih mengikut alunan zikir dari surau yang berhampiran.
Pokok tersebut kelihatan begitu rancak berzikir dan bergerak ke kiri kanan dengan sendirinya, meskipun tiada angin yang mengoyangkannya. Malah, pokok tanaman hiasan yang lain di sekililing pokok keladi itu berada dalam keadaan pegun dan langsung tidak berganjak.
“Rancak pokok ni ikut bertasbih,” tulis pemilik video itu ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Hijabista sempat menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa kagum dengan kejadian itu. Hingga ada dikalangan mereka yang turut sama berkongsi pengalaman yang serupa.
“Saya selalu nampak daun sehelai je yang bergerak macam ni, tahu dia tengah berzikir. Dan terus ingatkan aku supaya jangan lupa zikir juga.
“Mungkin itu malam Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1,000 bulan, boleh jadi salah satu petanda. Allahualam, hanya Allah yang mengetahui.
“Saya pernah jumpa pokok yang bergerak sendiri macam ni, bila saya tegur dia perlahan-lahan berhenti. Mereka ni hidup
sebenarnya.” Tulis warganet pada ruangan komen.
Sesungguhnya Allah itu maha esa, maha besar sifat dan kekuasaaNya. Jadi sebagai hambaNya yang kerdil, sama-samalah kita mengambil ikhtibar dan pengajaran terhadap fenomena aneh yang berlaku ini.
Penyanyi nada tinggi terkenal dengan jolokkan ‘Katty Perry’ Malaysia, Aina Abdul memukau netizen dengan penampilannya ketika membuat persembahan di Konsert 10Q meleTOP, di MBSA Shah Alam baru-baru ini.
Aina yang gemar memberikan kelainan dalam setiap penampilan tampil berseri, elegan, versatil dan mempunyai ‘kelas’ tersendiri menggayakan gaun mewah hasil air tangan Daniel Zharif.
Sewaktu membuat persembahan duet bersama Amir Masdi mendendangkan lagu ‘Senja Nan Merah’ Aina terlihat ‘classy’ dalam gaun jenis Brocade Dress, bertanah hitam dan bercorak dedaun berona merah yang berseri dan menonjol dari kombinasi warna hitam itu.
Meninjau keruangan komen pada hantaran Instagam milik Aina, rata-rata rakan artis dan netizen memuji penampilan Aina itu yang disifatkan terlalu cantik dan sesuai dengannya penampilannya yang menyerlahkan sisi lain Aina Abdul.
Selain itu, tidak kurang juga yang meninggalkan komen dengan kata-kata positif serta pujian terhadap penampilan Aina yang serba sederhana namum masih menonjolkan elemen elegan.
Sebagai rekod, pada 8 November lalu, Aina Abdul membuat persembahan dipentas Meletop berduet dengan Amir Masdi bertujuan untuk mempromosikan konsert ‘Night With Aina Abdul 2.0’ yang disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro First.
Siapa tidak mengenali Dr Amalina Bakri. Beliau bukan sahaja terkenal kerana kejayaannya bergelar doktor dalam usia muda dan memberi inspiradi buat hijabi di luar sana, tetapi juga sebagai salah seorang personaliti media sosial yang cukup aktif berkongsi ilmu, nasihat dan pandangan. Baru-baru ini Dr Amalina sekali lagi mengharumkan nama negara apabila berjaya terpilih menerima Darzi Academic Clinical Fellowship Imperial College, London.
Kejayaan itu dikongsi oleh beliau di laman sosial menerusi akuan twitter @dramalinabakri.
Dalam perkongsiannya itu juga, Dr Amalina menyatakan rasa syukur atas anugerah berkenaan, malah berjanji akan meneruskan kerja keras dan membuatkan Malaysia bangga dengan pencapaiannya di masa depan.
Dr Nur Amalina sebelum ini pernah tersenarai antara 10 doktor pakar pelatih surgikal terbaik di United Kingdom dan kerajinannya berkongsi maklumat mengenai kesihatan dan kisah harian di media sosial membuatkan gadis kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu menjadi idola generasi muda.
Kejayaan itu juga mendorong Dr Nur Amalina membuat keputusan untuk berehat seketika daripada berkongsi ilmu dan pandangan mengenai kesihatan di laman sosial twitter bagi memberi tumpuan kepada latihan pakar dalam pembedahan umum, matlamat kerjaya dan pengajian Doktor Falsafah (PhD) ketika ini.
Katanya, dunia sudah memasuki 2019 tetapi masih banyak kebencian dan aura negatif yang disebarkan apabila seseorang individu itu mahu membuat kebaikan kepada orang lain.
“Niat saya cuma satu iaitu berkongsi ilmu pengetahuan dan memberikan kesedaran mengenai kesihatan kepada masyarakat di atas kapasiti saya sebagai doktor.
“Mungkin sesetengah rakyat Malaysia masih belum bersedia untuk mengubah minda mereka ke arah positif dan kemajuan, dan saya harus mengatakan bahawa saya kecewa dengan situasi itu.
“Oleh itu, lebih baik jika saya menumpukan kepada apa yang saya lakukan untuk kebaikan saya sendiri,” katanya di laman sosial twitter baru-baru ini.
Keputusan itu juga dibuat kerana ingin memberi lebih tumpuan kepada Darzi Academic Clinical Fellowship dan tidak menolak bahawa ia turut di dorong oleh rasa terkilan dengan sesetengah pengguna Facebook yang suka memutar belit isu perubatan yang disampaikan di laman sosial twitter.
Ternyata perkongsian menggembirakan ini menerima reaksi positif dari followernya. Rata-rata mengucapkan tahniah atas kejayaan yang diraih. Tahniah juga dari Hijabista.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.