Kulit wajah dah cantik berseri tapi alamak! Perut pula boroi dan buncit! Ia salah satu perkara yang memalukan! Masalah ini berpunca daripada lemak yang berlebihan disekitar perut serta minum air bergula secara berlebihan.

Sumber gambar: SHVETS

Bukan itu saja sis, malah bila waktu makan yang tidak tentu menyebabkan pengambilan kuantiti makanan akan banyak dan akhirnya akan menjadikan perut lebih buncit dan boroi! Jom atasinya dengan bahan-bahan yang semula jadi ini untuk mengempiskannya!

Asam jawa

Bancuh asam jawa dengan segelas air panas dan biarkan semalaman. Minum pada keesokkan paginya, amalkannya setiap hari dan anda akan nampak perbezaanya.

Daun lidah buaya dan asam jawa

Ambil sedikit daun lidah buaya dan air asam jawa, rebus kedua-dua bahan tersebut dengan api yang kecil tunggu sehingga ia menjadi pekat. Biarkan seketika sehingga bahan tadi menjadi suam dan lumurkan pada perut anda. Amalkan 3 kali seminggu dan lihat hasilnya.

Sumber gambar: Ketut

Limau nipis dan kapur sirih

IKLAN

Perah air limau nipis dan letak sedikit kapur sirih gaul sehingga sebati. Selepas itu lumur pada bahagian perut dan balut perut itu dengan bengkung. Lakukan amalan itu sebelum tidur.

Baca juga: Baju Sudah Tidak Muat Petanda Berat Badan Naik Mendadak! Lakukan 5 Cara Mudah Ini Untuk Kurus Dengan Cepat!

Limau nipis & air

Umum tahu bahawa limau nipis boleh menurunkan berat badan serta menghilangkan perut buncit. Cara yang betul untuk mengempiskan perut anda ialah ambil 2 biji limau nipis atau limau kasturi perah airnya dan campur dengan air sejuk. Amalkan setiap hari selama sebulan dan anda akan lihat hasilnya. Untuk cara yang lebih pantas lakukan senaman cardio ia akan membantu mengempiskan perut anda dengan cepat.

IKLAN

Teh cina dan limau nipis

Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dengan air panas serta campurkan dengan air  limau nipis. Minum 2 kali sehari sebelum sarapan dan juga sebelum tidur.

IKLAN

Baca juga: Jika Mahu Kurus Dengan Kos Yang Murah, Mudah & Cepat, Amalkan Pilihan Air Yang Terbaik Ini Setiap Hari!

Teh hijau, serbuk kayu manis dan madu lebah asli

Setiap kali selepas makan tidak kira sarapan, makan tengahari mahupun makan malam, anda hendaklah amalkan meminum teh hijau dan kalau inginkan kelainan tambah serbuk kayu manis atau madu lebah untuk melihat kesannya dengan lebih cepat.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI