Untuk memiliki badan yang ramping dan kurus bukanlah perkara yang mudah. Bukan sahaja dari aspek senaman, namun pemakanan juga memainkan peranan penting untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal. Seperti yang kita tahu, 80 peratus untuk kurus datangnya dari aspek pemakanan. Namun, sebenarnya, faktor minuman juga memainkan peranan penting untuk menurunkan berat badan dan sekali gus memberikan kebaikan kesihatan kepada tubuh badan kita.

Sumber gambar: Andres

Kali ini, team Hijabista kongsikan kepada anda pilihan minuman terbaik yang boleh anda amalkan khususnya di waktu pagi ketika perut masih lagi kosong untuk dijadikan sebagai bahan ‘detox’ terbaik menurunkan berat badan. Selamat mencuba!

  1. Air kosong
Sumber gambar: Medical News Today

Umum tahu bahawa air kosong mempunyai banyak khasiat kepada tubuh bada. Bukan sahaja memberikan kulit yang sihat, malah ia juga merupakan salah satu ‘bahan’ yang boleh membantu kita untuk menurunkan berat badan. Bukan itu sahaja, malah air kosong juga mampuuntuk menyahkan segalan toksin yang ada dalam badan.

Segelas air kosong mengandungi 0 kalori! Jadi tidak salah untuk kita minum air kosong dengan kerap sekurang-kurangnya 8 liter satu hari. Tahukah anda, jumlah kalori yang dibakar selepas minum air kosong selama 10 minit meskipun anda tidak melakukan sebarang senaman atau pergerakan ialah sebanyak 24 hingga 30%? Ha, banyak kan? Jadi jangan lupa amalkan ya!

2. Air teh hijau

Sumber gambar: Healthline

Bagi masyarakat Malaysia, minuman teh merupakan salah satu minuman yang ‘wajib’ ada dalam menu harian kita. Bukan sahaja enak diminum, namun ia juga boleh membantu kita untuk menurunkan berat badan. Cumanya, usah ambil gula dalam minuman teh anda untuk kesan yang lebih baik dan cepat! 

Teh hijau mengandungi sejenis antioksidan yang dikenali sebagai ‘catechins’ yang boleh meningkatkan metabolisme badan dan kebolehan badan untuk membakar lemak. Malah ia juga mengandungi sumber kafein yang berfungsi untuk membakar kalori dengan tinggi semasa bersenam! Tetapi awas bagi anda yang mempunyai masalah angin dalam badan, jangan minum terlalu kerap kerana ia mungkin menyebabkan anda berasa tidak selesa. 

IKLAN

 3. Air lemon

Sumber gambar: Happy Foods Tube

Sumber asid yang ada dalam lemon merupakan salah satu inisiatif untuk menurunkan berat badan! Walaupun kadang-kala ada yang beranggapan ia adalah mitos semata-mata, namun apa kata anda jadikan minuman air kosong anda lebih menarik dengan sedikit perahan lemon. Bagus untuk menyucikan perut, ia juga memberikan kesegaran kepada tubuh badan anda terutamanya kepada anda yang masih mengantuk di awal pagi! 

Bukan itu sahaja, lemon juga mempunyai banyak vitamin C yang boleh meningkatkan imuniti badan dan menambah penyerapan zat besi.

 4. Air kopi

IKLAN
Sumber gambar: Food Insight

Percaya atau tidak, sebenarnya air kopi mampu untuk membakar kalori dengan banyak dan sekali gus membantu untuk menurunkan berat badan dengan efektif! Bahan kopi sebenarnya boleh membantu anda untuk kurus!

 Menurut sebuah kajian di dalam The American Journal of Clinical Nutrition, minum kopi 4 cawan sehari boleh mengurangkan lemak di dalam badan sebanyak 4%. Antara kelebihan lain yang ada pada air kopi adalah ia mampu untuk membuatkan anda rasa lebih gembira kerana ia berupaya mempengaruhi mood anda sepanjang hari. Tetapi harus diingat, untuk kekal sihat, kurangkan pengambilan gula dalam setiap hidangan kopi anda ya!

5. Air teh hitam

IKLAN
Sumber gambar: Vitagene

Teh hitam mengandungi bahan tambahan yang dikenali sebagai polifenol yang berfungsi lebih baik dari teh hijau dalam mempercepatkan metabolisme badan.

Kelebihan yang ada pada polifenol adalah, ia amat berkesan untuk mengurangkan rasa mengidam (cravings), menambah bilangan bakteria baik di dalam perut dan menggalakkan pembakaran lemak.

6. Air kelapa

Sumber gambar: APICTA

Air kelapa merupakan salah satu minuman jenis air isotonik yang kurang kandungan gulanya. Seperti yang kita tahu, air isotonik dicipta untuk mereka yang kuat bersukan dan bukannya untuk individu yang bersenam secara ringan? Malah, kadar gula dan kalorinya yang tinggi tidak sesuai untuk diambil oleh mereka yang ingin berdiet. Jadi, apa kata gantikan dengan air kelapa?

Sama seperti minuman sukan, air kelapa mengandungi 5 elektrolit utama iaitu sodium, kalsium, potasium, magnesium dan fosforus yang amat baik untuk memastikan badan kekal hidrat selepas bersukan. Malah, jumlah gulanya juga jauh berbeza dengan gula di dalam minuman isotonik.

Apa yang penting adalah, jadikan jenis minuman di atas sebagai amalan harian anda untuk kurus dan kekal sihat. Kurangkan pengambilan gula dan minum ketika masih panas untuk memberikan kesan yang lebih terbaik!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI