Masalah liang pori-pori besar menyebabkan wajah tampak tidak licin dan memberi efek comot apabila mengenakan solekan. Ramai yang lupa untuk menjaga liang pori-pori ini dan akan memberi kesan buruk kepada wajah anda.

Sumber gambar: hellodokter

Bolehkah anda mengecilkan liang pori-pori? Itu soalan biasa ditujukan. Hakikatnya, walau mengambil masa, at least make it look effortless!

1. Pilih Pembersih Muka Yang Betul

Sumber gambar: Monstera

Pembersih membantu membuka liang agar tidak tersumbat. Satu produk penting yang anda perlukan untuk memulakan rutin ini. Pilih satu dengan asid salisilik, yang boleh membantu mengurangkan sel-sel kulit mati yang berada dalam liang pori-pori anda. Ia juga membantu mengurangkan minyak kerana minyak boleh membuat liang anda kelihatan lebih besar.

2. Lakukan Pengelupasan
This step is huge. Pengelupasan secara tetap pasti akan menampakkan pengecutan liang. Sel-sel kulit mati yang tersumbat di dalam liang anda segera dikeluarkan daripada kulit. Maka, liang pori-pori tidak tampil ketara setiap hari. Gunakan tuala muka yang bersih untuk membantu pengelupasan kulit perlahan-lahan.

IKLAN

3. Cuba Retinol
Retinol diperolehi daripada Vitamin A dan ia mudah didapati di mana-mana kaunter jenama produk kecantikan. Kehebatan Retinol dikenali dengan kemampuan menembusi lapisan kulit, mengubah kulit anda sebelum sampai ke permukaan. Retinol biasanya didapati dalam rangkaian produk anti-penuaan yang boleh menyebabkan pengelupasan pada kulit sensitif. Penggunaan harian tidak digalakkan jadi gunakan setiap hari ketiga dan lihat bagaimana kulit anda bertindak balas.

4. Jangan Cungkil!
Let the products work for you! Apabila liang roma tersumbat, tiada yang lebih sukar daripada melawan keinginan mencungkil bintik hitam itu keluar. Tahan diri dari berbuat begitu! Apabila anda mencungkilnya, kulit menjadi merah dan ia menyebabkan trauma pada kulit dan liang pori-pori mulai membesar. Bukan itu sahaja anda juga menambah kotoran dan minyak dari tangan anda dan ini boleh menyebabkan jerawat dan jangkitan.

IKLAN
Sumber gambar: Byrdie

5. Sembunyikan Dengan Primer
Primer hebat dalam memudarkan kehadiran liang pori-pori yang besar. Pernahkah anda tahu apabila menyapu bedak asas, ia seakan tersumbat dalam liang pori-pori anda? Setiap kali lapisan dicalit, liang pori semakin membesar. Ini adalah rutin solekan yang salah! Anda memerlukan primer untuk solekan asas supaya tidak memasuki liang pori-pori. Primer wujud sebagai satu bentuk penghalang antara solekan dan kulit anda.

6. Cuba Masker Tanah Liat
Pupur dengan tanah liat Kaolin baik untuk anda yang memiliki liang pori-pori besar dan tersumbat. Anda hanya perlu menggunakannya sekali atau dua kali seminggu untuk faedah paling ketara.

IKLAN

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI