Baru-baru ini kisah personaliti media sosial Indonesia yang juga bekas atlet lawan pedang, Cut Intan Nabila tular apabila menjadi mangsa keganasan rumah tangga yang didakwa dilakukan oleh suaminya sendiri.
Cut Intan Nabila memuat naik video mengejutkan di media sosial yang menunjukkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Video yang dimuat naik di akaun Instagramnya itu adalah rakaman pertengkaran antara dia dan suami. Dalam rakaman itu Cut Intan Nabila dipukul beberapa kali oleh suami.
Lebih menyedihkan, bayi mereka turut ditendang oleh suaminya ketika pertelingkahan itu berlaku.
Sebelum terkenal sebagai pempengaruh, Cut Intan Nabila merupakan seorang atlet lawan pedang yang pernah menjuarai beberapa kejohanan peringkat wilayah dan kebangsaan. Cut Intan Nabila aktif sebagai atlet lawan pedang sejak di bangku sekolah menengah.
Kenali ibu muda kepada tiga cahaya mata yang berusia 23 tahun ini: –
Pencinta Kucing
Cut Intan Nabila sering membelai, memeluk dan memanjakan kucing kesayangannya yang diberi nama Luna. Nampaknya Cut Intan Nabila seorang pencinta kucing.
Wajahnya kelihatan sangat cool sepanjang menikmati keindahan alam semula jadi sambil mengayuh basikal.
Ads
Ibu Yang Penyabar
Sambil menemani anaknya bermain dan belajar melatih deria, Cut Intan Nabila tidak kelihatan marah sebaliknya bertindak tenang sambil mencium anaknya itu.
Tampil Modest
Selain kelihatan cantik dengan pakaian kasual, ibu kepada tiga anak ini tampil menawan dengan dress berwarna maroon yang disarungkan bersama blazer putih.
Gaya Santai
Meluangkan masa bersama anak dengan aktiviti santai, comel sangat kan? Dengan outfit yang dipakai, terserlah kecantikan Cut Intan Nabila seperti seorang remaja!
Hari ini genap sebulan arwah pelakon popular tahun 90-an, Azmil Mustapha meninggal dunia akibat serangan sakit jantung. Ramai rakan artis seangkatan yang terkesan dengan pemergian beliau dan menitip kata-kata terakhir buatnya di laman sosial. Bukan sahaja mereka, bahkan keluarga Azmil turut bersedih dengan kehilangan pelakon serba boleh ini. Salah seorang adalah anak perempuan arwah, Nur Alya Iman, 17 tahun yang juga merupakan seorang model Muslimah.
Alya sebelum itu, muat turun di laman sosial gambar dia bersama arwah ketika mengerjakan ibadah umrah. Tanpa ‘caption’ tetapi jelas menggambarkan perasaan kerinduannya terhadap seorang bapa. Biarpun reda namun Alya sebenarnya cukup bersedih dengan kehilangan arwah.
Sebelum itu foto sama dimuat turun dengan memberitahu bahawa ayahnya inilah yang juga merupakan ibu kepada dirinya. Sejak dia dilahirkan ke dunia, ayahnya yang memberi susu dan menukar lampin setiap hari. Perhatian dan tanggungjawab itu tidak dilepaskan begitu sahaja apabila Alya sudah besar sekalipun. Ayahnya yang akan bersama dalam susah senang berada di sebelahnya.
Alya mengakui memang dia tidak boleh berpisah dengan ayahnya itu dan tidak boleh hidup tanpanya. Dia begitu menyayangi ayahnya itu sepenuh hati. Itu adalah ucapan sempena sambutan Hari Ibu tahun lalu.
Dan setelah 11 hari arwah pergi mengadap Illahi, Alya menyatakan kerinduan yang tidak berbelah bagi pada ayah kesayangannya itu. Tulisnya dalam laman sosial 25 Febuari lalu dengan memuat turun gambar ketika dia masih kecil menunjukkan betapa gadis berusia 17 tahun ini begitu merindui ayahnya itu.
Alya masih tidak percaya momen terakhir bersama arwah di mana selepas beberapa minit dia bercakap dengan ayahnya itu, arwah terus tidur dan tidak bangun-bangun lagi. Dia memang tidak menyangka situasi ini akan berlaku.
“Hari babah meninggal, babah kejut untuk solat Subuh. Dan dalam jam 12.30 tengah hri macam tu, Alya kejut babah nak ajak makan. Dia hanya jawab ‘Ok’ jap lagi babah pergi beli makanan’. Itulah kali terakhir saya melihat dan bercakap dengannya,” ujar Alya kepada Nona.
Memang menjadi kebiasannya ayahnya itu akan mengejutkan dia bangun untuk solat subuh tetapi Alya atau dipanggil Iman itu tidak menyangka itu adakah kejutan terakhir ayahnya untuk bangun solat. Selepas ini dia tidak lagi berpeluang untuk merasai dikejutkan oleh babahnya itu setiap kali solat subuh Sebenarnya banyak lagi perkara yang sepatutnya mereka lakukan bersama-sama.
Kehilangan yang mengejutkan ini menyebabkan Alya masih merindui susuk tubuh lelaki ini yang menjaganya sejak dia lahir ke muka bumi ini. Tiada perkataan dapat menggambarkan perasaan yang dia rasa ketika ini.
Posting yang dimuat turun dua minggu selepas babahnya pergi mendapat hampir 5,000 like. Ramai followernya yang mengucapkan takziah dan memberikan kata-kata semangat untuk Alya meneruskan kehidupan di dunia ini.
nurmuadz_umarStay strong. Jadi anak yg soleh. Insyaallah, it will make arwah smile. Saya pernah attend kuliah arwah sekali. Saya amat menghormati dan kagum kepada perubahan beliau. Semoga arwah tenang di sana. Al fatihah.
rozetarepublicMore throwback photo please as we lost ur Father from screen for almost 20 years, rindu sangat and now he had gone forever, more photos can at least heal our heart @alyimn AL Fatihah
Sukar untuk melepaskan kerinduan yang tidak tertahan ini, Alya sekali lagi meluahkan kata-kata terindah buat babah yang disayanginya itu. Posting yang dimuat turun enam hari lalu menyatakan bahawa dia sehingga hari ini masih tidak dapat menerima hakikat babahnya tiada lagi di sisi. Hatinya cukup terusik setiap kali mengingatkan momen ketika mereka bersama.
Menurut Alyah lagi, selama 17 tahun dia bernafas di muka bumi ini, ayahnya orang yang menjaga dirinya sebagai ‘single parent’. Dia bukan sahaja ayah, tetapi juga dianggap sebagai bestfriend, my hero, my mom, my dad dan segala-galanya.
Terasa cukup sebak tatkala membaca posting Alya kali ini apabila dia memberitahu bahawa ayahnya adalah insan yang akan berjaga (semasa dia kecil) sepanjang malam ketika dia menangis, memberinya minum susu, insan yang akan mmemeluk dan menciumnya setiap malam dan yang paling risau jika dirinya sakit.
Bukan itu sahaja, arwah babahnya jugalah insan yang akan mendengar setiap drama yang berlaku di sekolah, mengajar dia makan sushi, menonton wayang atau bermain skating, menunggang kuda dan juga berkaraoke. Ayahnya itu juga sentiasa mengingatkan dirinya untuk makan dan berbohong padanya bahawa dirinya tidak gemuk.
Sebagai seorang ayah juga, selain tidak pernah terlupa mengejutkan dia untuk bangun solat subuh. Arwah juga tidak akan lupa mengungkap perkataan ‘I Love You Sayang’ yang sentiasa diucapkan setiap malam. Babahnya juga insan yang akan sentiasa menyokong dan cukup berbangga dengan apa jua yang dia lakukan.
Alya juga memberitahu dia gembira berpeluang untuk menjaga diri arwah yang dalam keadaan tidak sihat sebelum itu. Dia juga insan yang akan sentiasa ada di sisi bila babahnya memerlukannya waktu itu. Walaupun begitu Alya merasakan apa yang dilakukan belum cukup untuk membalas jasa berbanding pengorbanan yang babahnya lakukan.
Anak bongsu dari lima beradik ini juga turut memohon maaf kerana tidak banyak luangkan masa bersama kerana terpaksa bekerja keras untuk menjadikan kehidupan mereka berdua bertambah baik.
Walaupun pahit, tetapi Alya perlu menerima hakikat tiada lagi ucapan sayang dari babahnya kerana ini masa untuk arwah berehat di tempat yang lebih baik. Selepas ini tiada lagi insan yang akan mengacaunya di laman instagram atau ketika dia bersiap ke tempat kerja.
Mengakui dia akan terus merindui dan menyayangi babahnya setiap hari dan saat. Alya juga berjanji akan menjadi insan yang kuat untuk meneruskan kehidupan tanpa arwah di sisi. Dia juga berkata sudah sampai masa untuknya kembali bekerja dan meneruskan pelajaran serta membuktikan kepada diri dia mampu melakukannya.
Hari ini di mana-mana sahaja semua orang memperkatakan tentang kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan topik ‘panas’ hari ini berkaitan dengan harga minyak yang naik mencanak-canak.
Warga maya mula memperkatakan beban yang perlu ditanggung terutama mereka yang berniaga apabila harga minyak naik. Harga baharu minyak masak bagi lima kilogram dijual pada harga RM42.50 selepas kerajaan tidak meneruskan subsidi bagi minyak botol satu, dua, tiga dan lima kilogram.
Memandangkan harga minyak masak telah meningkat lebih daripada 43%, maka kita sudah patut mengurangkan penggunaan minyak masak dalam menggoreng. Antara alternatif yang praktikal adalah dengan menggunakan penggoreng elektronik @ air fryer.
Sebelum anda berhajat untuk membeli satu, jom baca ulasan yang saya pernah kongsikan dulu.
Ramai yang sukakan makanan yang bergoreng disebabkan teksturnya yang ranggup dan rasanya yang sedap. Umum maklum yang makanan digoreng ini tinggi kandungan lemak yang mana dikaitkan (walaupun tidak konklusif) dengan penyakit terutamanya berkaitan jantung dan keradangan.
Maka, antara inovasi yang telah dicipta bagi memenuhi keperluan yang sama namun lebih sihat (dalam konteks menggoreng bahan masakan yang sama) adalah dengan menggunakan peralatan memasak seperti air fryer.
Air fryer merupakan convection oven bersaiz kecil yang direka khas untuk mendapatkan kesan menggoreng tanpa perlu menenggelamkan masakan dalam minyak mengoreng yang banyak. Bergantung kepada selera masing-masing, masakan hanya perlu direnjis atau diselaput nipis dengan minyak untuk mendapatkan kesan gorengan yang diinginkan. Dan ini dapat mengurangkan penggunaan minyak masak sehingga 70-80%.
Air fryer mempunyai kipas yang berfungsi mengitarkan udara panas pada kelajuan yang tinggi dalam ruang memasak yang disediakan. Udara panas yang boleh mencapai suhu setinggi 250 degree Celcius (bergantung kepada model) akan membenarkan kesan gorengan berlaku pada permukaan makanan dengan cepat dan sekata.
Suhu yang tinggi mencetuskan tindakbalas Maillard pada permukaan masakan lalu memberikan warna, bau, rasa dan tekstur masakan yang ranggup di luar dan lembab di dalam.
Tindakbalas Maillard berlaku pada suhu 200 degree Celcius dalam air fryer (140-165 degree Celcius dalam proses menggoreng biasa). Bergantung kepada kuantiti masakan dan kawalan suhu, air fryer dapat mengurangkan masa memasak sehingga 20% dibandingkan penggunaan ketuhar biasa.
Selain daripada menggoreng, air fryer juga digunakan untuk memanggang, membakar (biskut dan kek) dan juga boleh mendapatkan hasil telur rebus tanpa menggunakan air! (boleh lihat di ruangan komen antara hasilnya).
Terdapat pelbagai jenama, model dan jenis air fryer yang berada di pasaran. Pemilihan adalah bergantung kepada kegunaan, saiz dan kapasiti, penggunaan elektrik, rekabentuk, kualiti, jenama dan semestinya kemampuan masing-masing. Maka, boleh pilih yang mana bersesuaian dengan tujuan penggunaan anda.
*Tanpa minyak tambahan/ sangat kurang penggunaan minyak menggoreng
*Masa memasak dapat dipendekkan
*Pelbagai guna (mini oven)
*Mudah digunakan (digital vs analog)
*Mudah dibersihkan jika dibandingkan oven
*Kurang berbau masakan
*Kurang haba panas jika dibandingkan oven biasa
*Tiada percikan minyak/ terkena minyak panas
*Kanak-kanak juga boleh menggunakannya dengan mudah apabila dilatih dengan betul
Bergantung kepada jenis masakan dan bahan masakan. Sememangnya memanggang dan membakar adalah lebih sihat hasil masakannya daripada menggoreng. Dan masakan daripada bahan terproses seperti sosej, nugget, daging burger dan sebagainya juga tidak sihat jika dibandingkan dengan bahan segar seperti ayam, ikan, daging dan sebagainya. Ingat, air fryer ialah peralatan memasak. Bukannya ‘magic pan’ yang boleh mengubah komposisi masakan!
Bergantung kepada suhu dan bahan masakan. Suhu dalam air fryer yang tinggi mampu menghasilkan bahan kimia punca kanser (kasinogen) seperti acrylamide, polycyclic aromatic hydrocarbons dan heterocyclic amines.
Namun bahan-bahan kimia ini BUKAN dihasilkan dalam air fryer saja. Mereka juga terhasil daripada proses memasak dengan kaedah menggoreng, memanggang dan membakar tradisional juga. Contoh acrylamide terhasil daripada tindakbalas komponen dalam masakan yang mengandungi gula (boleh jadi gula tambahan atau semulajadi) dan asid amino (asparagine dan glutamine).
Sebenarnya pembentukan bahan kimia punca kanser dalam masakan tidak dapat dielakkan sepenuhnya, namun ianya boleh dikurangkan dengan MENGAWAL suhu memasak dalam air fryer.
Kajian menunjukkan semakin gelap warna masakan yang dipanggang, dibakar atau digoreng, semakin tinggi kandungan bahan kimia acrylamide. Maka, pastikan masakan sebegini masak cuma cukup-cukup saja (kekuningan) dan elakkan terlebih masak.
Seperti yang selalu dipesan, bersederhanalah dalam apa juga jenis makanan yang kita ambil. Neutralkan kesan risiko pelbagai jenis penyakit daripada pemakanan sebegini dengan pengambilan sayuran hijau yang kaya dengan fitokimia yang mana bersifat antioksida, antiradang, antikanser dan sebagainya. Semoga bermanfaat.
Sekarang ini sedang ‘viral’ mengenai barang-barang yang murah namun sangat hebat kualitinya yang boleh dibeli di Daiso. Dengan harga hanya RM 5.57, anda boleh mendapatkan produk yang sangat hebat kesannya dalam kehidupan seharian. Wow, macam tak percaya kan? Jom kita lihat senarai produk itu!
Ini bukan racun tetapi jika terdapat kucing yang suka berak merata-rata di kawasan kediaman anda, bolehlah cuba menggunakan ini untuk mengelakkan kejadian tersebut berulang sekaligus menghalang bau-bauan yang tidak diinginkan.
Jika tiada masa hendak mengumpul minyak dan hantar ke alam flora, anda disarankan supaya membeli ini untuk kelancaran longkang dan alam sekitar. Sisa minyak itu akan dibekukan dan boleh dibuang ke dalam tong sampah.
Tak mahu longkang tersumbat? Semuanya bermula dengan anda. Gunakan ini untuk mengasingkan sampah di sinki anda.
Kini anda tak perlu bersusah-payah lagi bekukan air untuk mendapatkan ais. Hanya letak batu ini sahaja dalam peti ais selama 3 jam. Jangan risau, ia langsung tidak berbahaya.
Nak pergi buat facial tapi mahal? Anda boleh cuba ini! Nampak seperti keras tetapi apabila sudah direndam dalam air ia akan menjadi lembut. Ada 3 jenis yang boleh dipilih mengikut kesesuaian kulit anda.
Nampak macam span biasa kan tapi sebenarnya sangat power! Tak perlu gunakan sabun pun. Rendam dalam air dan tonyoh sahaja. Bukan untuk kasut je tau, tapi untuk lantai dan dinding juga boleh.
Ini sangat unik. Jika anda mahu pergi ke tandas tapi tersekat dalam kesesakan trafik, anda bolehlah gunakan ini dalam keadaan kecemasan.
Kain ini sangat bagus untuk menghilangkan sisa mekap di wajah sebab kadang-kadang ianya tidak mahu hilang walaupun sudah dibilas dengan pencuci wajah.
Haaa, jadi apa perlu tunggu lagi ? Jom kita ke Daiso sekarang juga!
Sumber : facebook Amirah Anuar
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.