Perasaan ingin berhijab terbit dalam diri selebriti Vicha Saywho selepas dia berasa malu apabila menyedari hanya dirinya sahaja belum berhijab di kalangan ahli keluarganya yang lain.
Menerusi hantaran di Instagram, Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman, 33, telah memuat naik gambarnya yang kini manis dengan penampilan bertudung.
Ya allah baru perasan dekat keluarga sayalah yg baru berhijab ya allah malunyer even anak2 saya semua pun dah pakai hijab dah lama dah 😭🙏😇 ampuni saya ya Allah …
Ads
subhanallah insyaallah tiada kata terlambat untuk hambanya yang ingin belajar dan memperbaiki dirinya 🤲, rindunya dekat mereka semua 🥰❤
merekalah kekuatan saya yang selalu support saya dari belakang merekalah yg selalu ada dalam segala keadaan 😭 ya allah terimakasih ya allah atas segalanya yang telah engkau berikan 🙏🤲😇😭
Ads
Sujud syukur kepada mu dalam setiap keadaan insyaallah kita akan jumpa soon yaa keluargaku😘❤ i miss u all ❤😭
Ads
Penampilan terbaharu pelakon dan pelawak kelahiran Indonesia ini mendapat reaksi positif daripada pelbagai pihak termasuklah daripada peminat serta rakan artis.
Ucapan tahniah memenuhi ruangan komen laman sosialnya serta turut mendoakannya agar terus kekal istiqomah mencari keredhaanNya.
Bismillah ya allah 😇
Saya minta tolong kepada untuk doakan yang baik2 yaa saya budak masih belajar insyaallah 🙏🤲😇
Pelakon, Lisdawati mengakui sudah banyak membuang dan membakar gambar-gambar lamanya sewaktu belum berhijab dahulu.
Pernah diminta melakukan ‘throwback’ oleh peminatnya, dia memohon maaf kerana tidak dapat melakukannya kerana tidak mahu menyiarkan foto-foto lama tersebut.
“Banyak dah gambar gambar lama yang saya dah buang dan bakar. Tiba-tiba terkeluar keratan ini. Masih ada lagi yg terselit.
“Teringat pada beberapa peminat yang paparkan throwback gambar lama saya. Saya mohon maaf sangat-sangat dan minta tidak disiarkan gambar saya yang lama.
“Kalau nak simpan pun jom kita jaga sesama kita. Conteng sikit mana yang perlu. Kalau MAMPU nak je saya delete semua gambar dan video saya yang jahil dulu. Hari-hari berdoa supaya cerita lama saya tak disiarkan.
“Semoga Allah Swt terima taubat saya. Maaf sekali lagi atas kesalahan saya pada semua,” luah pemilik nama Nisdawati Nazaruddin,40, ini di laman instagramnya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Beliau adalah antara selebriti terawal yang berhijab. Ketika itu walaupun penampilannya cukup ringkas hanya dengan tudung sarung atau awning tetapi tetap menyerlahkan kejelitaan wajahnya. Datin Anne Ngasri, 34 tahun yang sudah hampir 12 tahan berhijab sejak mendirikan rumah tangga hingga kini masih kekal istiqomah. Namun begitu, bukan mudah untuknya kekal muhasabah kerana beliau juga pernah diduga di awal penghijrahannya.
“Saya adalah antara selebriti terawal yang berhijab. Masa itu saya baru kahwin usia 21 tahun dan ketika 22 tahun saya sudah berhijab. Sebenarnya sebelum itu saya memang ada berniat, bila dah kahwin nanti dan ada anak nak berhijab.
“Saya tak nak nanti anak rasa malu saya tak pakai tudung. Ketika itu penampilan saya biasa sahaja. Tidak terlalu seksi jika menghadiri majlis atau ketika berlakon. Ini adalah kerana hasil didikan ibu bapa saya yang begitu memantau etika berpakaian,” jelas Anne yang menceburi bidang lakonan seawal usianya masih kanak-kanak lagi.
Menurutnya lagi, seperti insan lain beliau juga turut diduga dengan dugaan di awal penghijrahannya.
“Waktu itu keadaan ekonomi yang tidak begitu bagus. Dan kebetulan pula saya dapat offer tinggi untuk melakukan watak yang memerlukan saya tidak bertudung. Jadi saya terima tawaran itu dan hanya tidak bertudung dalam set penggambaran, tetapi di luar saya tampil bertudung. Rupanya perbuatan itu mengundang komen negatif orang di luar.
“Saya bersyukur dengan komen yang diberikan kerana ia buatkan saya kuat semangat untuk terus kekal berhijab. Bagi saya rezeki itu di tangan Allah. Dan sejak itu saya terus berhijab sampailah sekarang,” tambahnya yang ditemui ketika majis pelancaran Sherry Scarves by Sherry Ibrahim di Damansara.
Menurut Anne juga oleh kerana dia istiqomah dengan penghijarahannya itu, ramai rakan artis yang bertanya padanya bagaimana mahu terus kekal dengan berhijab.
“Benda wajib memang kita kena buat. Jadi cekalkan hati dan cuba muhasabah diri. Capai apa yang diingini dan insys-Allah akan dipermudahkan segala urusan,” tambahnya yang gemar fesyen ringkas dan paling penting selesa.
Kalau dulu beliau cukup sinonim menggayakan tudung sarung, tetapi kini Anne menyukai tudung bawal kerana baginya mudah untuk digayakan.
Anne yang Sudan lama tidak muncul di kaca TV atau media tetap manis dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Ketika tanya apa rahsia mengekalkan kejelitaan dan muka seperti ‘baby face’, Anne menjawab mungkin kerana beliau berbadan kecil jadi tak nampak ‘tua’ sebenarnya.
“Sejak dulu saya memang amalkan petua minum air putih. Saya tak pernah lepas dengan air putih ke mana sahaja saya pergi. Dan setiap kali berpantang selepas melahirkan saya akan berpantang dengan betul.
“Manakala untuk mengekalkan kecergasan pula, saya mengambil suplemen yang bersesuaian. Paling penting bagi saya adalah mendapat rehat dan tidur yang secukupnya,” jelas Anne yang kini lebih selesa berada di belakang tabir menguruskan produksi sendiri.
Selain itu, beliau juga kini senang menghabiskan masa menjaga anak-anak dan bakal melahirkan anak keenamnya hujung tahun ini. Menurutnya anak-anak masih kecil dan memerlukan perhatiannya.
Berdepan kecaman segelintir netizen gara-gara penampilannya yang dikatakan menggayakan tudung semakin singkat, penyanyi Syasya Rizal tampil meluahkan rasa terkilan terhadap budaya menghukum yang semakin membimbangkan, khususnya terhadap wanita yang sedang belajar menutup aurat.
Syasya atau nama penuhnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 25, menjelaskan bahawa perjalanan untuk istiqamah menutup aurat bukan sesuatu yang mudah. Menurutnya, iman setiap manusia mempunyai pasang surut dan tidak seharusnya dijadikan bahan cercaan atau penghinaan secara terbuka di media sosial.
Dalam satu hantaran di TikTok, bekas anggota kumpulan Dolla itu meluahkan rasa hairan apabila wanita yang baru mula berhijab atau masih dalam proses hijrah mudah dilabel dengan pelbagai gelaran negatif.
“Saya paling tak faham bila orang tengok perempuan yang baru mula atau belajar nak pakai tudung, buat salah sikit orang terus label macam ‘baik tak perlu pakai tudung’ dan ‘memalukan agama’,” katanya.
Tambah Syasya, Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk mengherdik atau memalukan orang lain, apatah lagi dalam isu ibadah dan aurat yang sangat peribadi. Bagi beliau, proses istiqamah menutup aurat seharusnya difahami sebagai satu perjalanan yang memerlukan empati.
Syasya turut menegaskan bahawa menutup aurat bukan satu perubahan yang berlaku dalam sekelip mata. Ia adalah proses yang memerlukan masa, keikhlasan dan kekuatan dalaman.
“Istiqamah adalah perkara yang sangat susah. Bukan hari ini pakai, esok terus sempurna. Iman pun naik turun, tak perlu cakap orang, saya sendiri pun sama,” jelasnya jujur.
Luahan ini nyata mencerminkan realiti ramai wanita Muslimah hari ini yang sedang berusaha memperbaiki diri. Dalam usaha mencapai istiqamah menutup aurat, sokongan persekitaran memainkan peranan penting berbanding kecaman yang melemahkan semangat.
Menurut Syasya, pendekatan menegur dengan bahasa yang lembut jauh lebih berkesan berbanding kata-kata kasar yang hanya akan menjauhkan seseorang daripada agama.
“Lebih manis kalau cakap ‘akak pakai tudung labuh sikit mesti lagi cantik’. Bunyi macam itu lebih menggalakkan,” katanya.
Tambahnya lagi, perkataan yang baik mampu mendekatkan hati, manakala bahasa yang kasar hanya akan membuatkan seseorang semakin jauh dan berputus asa untuk terus istiqamah menutup aurat.
Dalam masa sama, Syasya turut menyelar tindakan individu yang berselindung di sebalik akaun palsu semata-mata untuk mengkritik dan memalukan orang lain.
“Kenapa tak berani guna akaun sendiri? Sebab awak sendiri tahu awak pun tak sempurna dan masih belajar,” katanya tegas.
Bagi Syasya, sikap merendah diri dan tidak merasa diri lebih suci adalah asas penting dalam agama, terutama apabila berbicara soal istiqamah menutup aurat.
Mengakhiri luahannya, Syasya mengingatkan bahawa agama tidak seharusnya dijadikan medan pertandingan untuk menentukan siapa yang paling cepat berubah.
“Agama Islam bukan pertandingan. Yang penting kita usaha jadi lebih baik dari semalam. Semua orang ada perjalanan sendiri, yang penting jangan berhenti,” luahnya.
Sebelum ini, Syasya menerima kecaman selepas memuat naik video menyanyikan lagu Seperti Mati Lampu versi Korea di TikTok, apabila penampilannya yang menggayakan baju pendek dan tudung singkat menjadi perhatian netizen.
Namun satu perkara yang jelas, luahan Syasya ini membuka mata ramai bahawa istiqamah menutup aurat memerlukan masa, sokongan dan kasih sayang bukan kecaman.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.