Pelakon dan pengacara Nona, Mira Filzah menamatkan zaman bujangnya hari ini, 3 September 2020 pasangan Mira Filzah dan Wan Emir Astar telah diijab kabul pada hari ini. Artis dan pengacara yang berusia 27 tahun ini menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan pilihan yang merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Hal Ehwal Khas Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid.
Emir Pernah ‘Direject’ Beberapa Kali
Mira dan Emir berjumpa buat kali pertama pada Oktober 2019, di mana Mira ditemani rakan baiknya. Secara kebetulan, kedua-dua belah keluarga merupakan rakan keluarga menjadi antara sebab Mira dipujuk ibunya untuk berkenalan bersama Emir.
Bermula dari tahun 2016 perkenalan di laman sosial, Mirah pernah menolak permintaan Emir untuk keluar bersama. Namun hati mula terbuka apabila pada bulan puasa tahun ini Emir membalas ‘quote islamic’ yang dimuat turun oleh Mira. “Mungkin juga kerberkatan bulan Ramadan dan niat saya yang Allah nak sampaikan” kata Emir pada temuramah di majlis pernikahan.
Ads
Dua Majlis Bakal Menyusul Meraikan Mempelai
Susulan daripada majlis pertunangan mereka yang berlangsung pada 17 Julai 2020, majlis akad nikah yang diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby. Dengan hanya jemputan seramai 250 orang dan mematuhi syarat piawaian COVID-19 yang diketatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dua lagi majlis perkahwinan bakal dilangsungkan pada 4 September di Le Meridian Putrajaya dan juga di A-Park Pulau Meranti Puchong pada 6 September 2020.
Ads
Menariknya Majlis Perkahwinan Ini Mempunyai Sentuhan Agung
Walaupun jumlah wang hantaran dirahsiakan, pertukaran dulang antara kedua-dua belah pihak ialah 11 dulang bagi pihak perempuan dan 9 dulang bagi pihak lelaki. Antara hantaran istimewa Mira untuk Emir merupakan seutas jam tangan yang dihantar khas ke Hong Kong untuk proses pengukiran ‘nota pendek’ Mira kepada Emir yang diukir di belakang jam tangan tersebut. 5 daripada 11 hantaran dari Mira dibuat sendiri oleh nenek Mira yang kini berusia 81 tahun. Antaranya adalah kek fondant, tepak sirih, sirih junjung, halwa dan biskut.
Selain itu, kek pernikahan Mira juga dibuat oleh nenek Mira sendiri. Mira dan Emir menggayakan sepersalinan daripada Rizman Ruzaini pada malam akad nikah dimana Mira akan dilihat menggayakan baju kurung Pahang. Persiapan majlis pula dihiasi oleh Rekateemor, bertemakan “Mihrab Cinta” yang berkonsepkan kubah berbentuk Islamik kerana citarasa Emir, seorang arkitek yang minat akan struktur dan ciptaan bangunan.
Kata Mira walaupun sudah bergelar isteri, “Mira akan terus menyambung kerjaya dengan lakonan seperti biasa dan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat atas segala sokongan yang diberi sejak awal kerjaya Mira sehingga hari ini. Doakan yang terbaik untuk Mira dan Emir”, ucap Mira Filzah. Video Berdurasi 2 minit pula ucapan Emir untuk Mira Di majlis pernikahannya.
Liputan dan sumber pic akad nikah serta majlis perkahwinan dibawa oleh sosial TV3
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kasih seorang guru terhadap anak murid itu ibarat kasihnya ibu bapa kepada anak-anak. Besar harapan mereka untuk melihat pelajar dapat menyerap segala ilmu, mudahan pengetahuan yang peroleh berupaya melahirkan insan yang cemerlang dan terbilang apabila mereka besar kelak.
Namun inisiatif Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang diguna pakai ketika ini untuk sesi persekolahan seluruh negara, pada hakikatnya menyimpan seribu kegusaran buat golongan ini, dalam memastikan pelajaran murid tidak tercicir.
Zurina Shaari, 49, seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Sitiawan, Perak, berkata, sepanjang implementasi PdPR, ia bukan sahaja satu perjalanan yang cukup mencabar buatnya dan guru-guru yang lain apabila terpaksa memahirkan diri dalam penyediaan bahan menggunakan teknologi ICT. Bahkan keadaan pelajar yang terjejas, sering kali mengusik emosi dan naluri keibuannya.
“Anak-anak murid ini ibarat anak sendiri jugalah. Jadi apabila mendapat khabar ada daripada kalangan mereka yang terpaksa makan bubur nasi pada musim PKP/PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan/Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan), terus mengalir air mata kerana memikirkan anak-anak didik terpaksa belajar dalam keadaan perut yang lapar.
“Mereka ini adalah golongan yang terjejas, setelah ibu bapa kehilangan kerja dan punca pendapatan. Kisah sebegini memberi kesan emosi kepada sebagai guru yang mengajar” katanya yang mengajar tiga subjek, Bahasa Melayu, Matematik dan Sains.
Apabila bercakap mengenai PdPR, lazimnya komentar ramai memberikan reaksi bahawa pelaksanaan ini kurang berkesan kepada pelajar. Kegagalan pelajar memberikan tumpuan, menyiapkan tugasan, tiada kemudahan komputer riba dan masalah internet, antara isu berbangkit.
Sehinggakan golongan guru atau pendidik turut terpalit dengan tohmahan ‘makan gaji buta’. Namun kata-kata seperti itu tidak sedikitpun mematahkan semangat golongan pendidik seperti Zurina.
“Saya tak pernah putus asa. Saya cuba sampaikan sesi PdPR secara dua kaedah iaitu dalam talian dan luar talian. Sediakan modul bagi murid yang tidak mampu. Dengan harapan, semua murid berjaya sertai kelas walaupun saya terpaksa sediakan banyak kaedah,”kata Zurina lagi.
Bukan semua guru mempunyai cabaran yang sama, berbeza pula dengan Siti Khadijah Anis, 36, yang merupakan seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Aminah, cabaran sepanjang PdPR adalah dari segi kepuasan mengajar, dimana pengajian secara atas talian dengan mengajar secara bersemuka menuntut pendekatan yang berbeza.
“Saya mengajar Matematik dan mempunyai 3 kelas tingkatan 5. Pada saya bila kita sebagai guru yang mengajar kelas peperiksaan terutamanya bagi murid yang akan menghadapi SPM tekanannya memang lain. Setiap hari kena fikirkan cara yang terbaik untuk murid hantar kerja dengan mudah, kena study dahulu dan kuasai tajuk yang akan disampaikan kepada murid kerana tahun ini merupakan tahun pertama SPM dijalankan dengan format KSSM (format baharu), justeru kena fikir dan sediakan latihan-latihan yang menarik kepada murid supaya mereka tidak bosan dengan kelas yang dijalankan.
“Pada masa sama, sebagai isteri dan ibu saya perlu menguruskan rumahtangga dan pantau PdPR anak yang masih darjah 3, sememangnya perlukan perhatian dan sokongan daripada ibu bapa, kadang kala perlu mengajar anak bila ada waktu terluang antara kelas yang lain. Fizikal dan mental jangan cakaplah memang sangat penat, namun begitu saya perlu menguruskan emosi dan masa dengan baik,” katanya.
Keluhan bukan satu cara untuk terus kental dalam hadapi cabaran seorang guru ketika pandemik covid-19. Untuk kekal positif, kedua-dua guru berjiwa kental ini mengambil keputusan menyertai Program Transformasi Diri Guru anjuran Muhayya Momentum yang diadakan pada 21 Ogos yang lalu.
Zurina dan Siti Khadijah Anis menyertai program yang dikendalikan oleh transformasi speaker terkenal, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad, itu kerana merasakan dalam situasi sekarang ini, golongan pendidik juga memerlukan motivasi, kata-kata semangat serta sistem sokongan, bagi mempersiapkan mental dan fizikal menghadapi sistem pembelajaran yang lebih mencabar.
“Program Transformasi Diri Guru ini bukan sahaja dapat meningkatkan motivasi diri, bahkan melengkapkan nilai kerohanian yang tinggi dalam diri dan berjaya merubah diri ini menjadi insan sentiasa positif dan berjiwa besar. Sentiasa memohon maaf dan memohon dihalalkan ilmu serta waktu pengajaran dengan anak-anak didik,” kata Zurina.
Sementara Siti Khadijah meluahkan kelegaan apabila memutuskan untuk menyertai program ini yang berjaya mengembalikan semangatnya yang sedikit pudar gara-gara tekanan pandemik Covid-19.
“Sememangnya dengan izin Allah, setelah saya sertai program ini sekurang-kurang ianya memberi saya rasa gembira, bersemangat dan yakin apa yang perlu dilakukan. Paling saya ingat, bonda ada sebut kerisauan yang ada ubah kepada doa. Sebab hati murid-murid kita Allah yang pegang.
“Kenapa perlu risau murid kita masuk kelas online ke tidak? Hantar kerja ke tidak? Apa yang bonda katakan semasa program ini antara yang paling memberi kesan dalam hati dan diri saya, doakan murid-murid kita semoga dibukakan pintu hati mereka. Saya akui kadang kita terlupa untuk mendoakan pelajar kita untuk sertai kelas atas talian,” katanya.
Oleh kerana sambutan luar biasa yang diterima pada sesi pertama yang lalu, pihak Muhayya Momentum sekali lagi membuka penyertaan bagi sesi ke-2 program ini.
Program Transformasi Diri Guru 2.0 khabarnya lebih mengujakan dengan kehadiran selebriti terkenal tanahair, Nur Fazura Sharifuddin sebagai tetamu undangan. Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad, ketika dihubungi berkata, Program Transformasi Diri Guru 2.0, adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksana kerana walau apapun juga kondisi negara ketika ini, pendidikan tetap perlu diteruskan demi memastikan golongan belia tidak ketinggalan dalam bidang akademik.
“Sebenarnya kalau kita perhatikan dalam apa juga kerjaya, kita akan melakukan sesuatu pekerjaan dengan diri kita, jadi kita perlu ada dua ilmu. Ilmu melakukan pekerjaan dan ilmu menambah baik meningkatkan keberkesanan orang yang melakukan pekerjaan itu. Jadi cara yang bomda berikan ini bukan untuk mengajar tetapi macam mana pengajar itu hendak meningkatkan taraf dari segi imej diri, sistem nilai, tabiat, tindakan dan In Sha Allah kepada hasil yang dilakukan.
Wang bukan ukuran dalam membantu para guru untuk kekal positif hadapi cabaran mengajar secara maya.
“Secara peribadi bonda sangat percaya bahawa usaha kita membina ummah, melalui gurulah ramai golongan celik ilmu dan cendekiawan dapat dilahirkan.
“Bonda ingin infaqkan diri untuk melakukan transformasi diri guru secara percuma dan diharapkan program ini mendapat sambutan ramai. Ia juga salah satu cara bonda menzahirkn kesyukuran dan penghargaan atas segala jasa baik guru-guru yang pernah mendidik bonda dari darjah satu sehingga tingkatan enam atas di Tun Fatimah Johor Bahru.
“Kemudian melanjutkan pula pengajian di Univeristi Kebangsaan Malaysia dan PhD di London. Banyak yang bonda belajar dan interaksi antara guru bonda ambil sebagai suatu pelajaran,” katanya yang pernah menerima anugerah pengajar terbaik UKM.
Perlu diingat jangan sesekali abaikan rejim kecantikan ketika hijabi travel di dalam Malaysia atau di luar negara, terutama destinasi yang mempunyai pelbagai musim.
Masalah akan timbul apabila kita balik dari bercuti. Waktu itu baru tertanya-tanya ‘Kenapa dengan muka aku ni asal balik holiday je gatal, kemerahan dan breakout’. Dan lagi sakit hati jika muka jadi gelap kerana tidak tahan panas.
Jika berlaku situasi begini apa langkah yang sewajarnya? Ada yang risau lebih-lebih lagi kalau ke negara yang beriklim monsun.
Kalau cuaca terik kulit wajah akan jadi ‘sunburn’ dan jika cuaca sejuk pula kulit wajah jadi kering. Ini akan menyebabkan tekanan bukan?
Sebenarnya ada penyelesaian kalau hijabi amalkan rutin yang betul. Tidak dinafikan niat pergi ke negara orang untuk berjalan tetapi rutin penjagaan wajah jangan sesekali dilupakan pula!
Selalunya kalau pergi melancong, mesti buat banyak aktiviti outdoor, nak food hunting, ambil gambar OOTD atau nak jalan-jalan cuci mata. Tak seronok jika pergi bercuti tapi duduk dalam bilik je.
Tapi yang lagi tak seronok bila pergi bercuti masa musim panas. Tidak kiralah dalam negara atau luar negara kalau balik muka mesti jadi dua tona lagi gelap dan lebih kering.
Sebenarnya bukan tak boleh nak enjoy masa bercuti, tapi penjagaan wajah jangan lupa. Paling penting untuk mengelakkan kulit daripada sunburn atau kering. Bukan susah pun nak jaga kulit wajah masa bercuti, cuba langkah ni.
Nampak macam payah nak buat ni, tapi percayalah pelembap dapat membantu kulit daripada terhidrasi semasa musim panas. Waktu yang sesuai untuk gunakan pelembap ni ialah malam sebelum tidur dan sebelum memulakan rutin kecantikan.
Mencuci muka amatlah penting lepas seharian keluar berjalan, sekurang-kurangnya 2 kali sekali untuk mengelakkan habuk serta kotoran melekat di wajah dan timbulkan masalah seperti jerawat. Jangan lupa juga exfoliate atau scrub muka sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu untuk buang sisa kulit mati.
Sebelum keluar jangan sesekali lupa sapukan sunscreen. Sunscreen ni adalah untuk melindungi kulit daripada sinaran UV berbahaya yang boleh mempercepatkan penuaan. Pilih juga sunscreen yang mempunyai perlindungan UV yang tinggi, ini penting untuk mengelakkan freckles dan jeragat pada wajah.
Solekan tebal menyebabkan kulit tak boleh bernafas. Tengah musim panas ini elakkan solekan tebal dan paling penting jangan lupa cuci solekan sebelum tidur.
Paling trend sekarang, hijabi kena ada set kecantikan untuk travel yang lengkap segala-galanya:
Terbaharu dari Aura White produk penjagaan wajah eksklusif iaitu Aurawhite Sparkle Diamond skincare (Set Esklusif 4 dalam 1) yang diiktiraf halal dan sangat menitik beratkan bahan-bahan semulajadi yang berkualiti tinggi yang diperkaya dengan Vitamin C , E, Whitenol, Niacinamide dan partikel berlian yang diuji secara klinikal membantu untuk 10x kali ganda pencerahan.
Sangat sesuai untuk semua masalah jenis kulit dan akan membantu mencerah dan melembapkan kulit, mengatasi masalah penuaan, mengecilkan liang pori-pori, mengurangkan masalah kulit berminyak, mengecutkan jerawat dan memudarkan jeragat.
Seperti yang sedia maklum, sebelum ini Aura White juga telah mengeluarkan Sparkle Diamond kolagen versi botol seperti produk yang lain, tapi kali ini Aura White menampilkan kelainan dengan melancarkan Aurawhite Sparkle Diamond Kolagen Travel Pack dengan bungkusannya juga ringkas dan mudah untuk dibawa kemana saja.
Jadi hijabi yang kaki travel tak perlu risau dan runsing kerana pek kecantikan ini mampu mencerahkan kulit dan mengekalkan kelembapan wajah sepanjang masa.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Puasa yang ditinggalkan wajib diqadakan di samping perlu membayar fidyah (JIKA TIDAK MAMPU MENGGANTIKAN PUASA HINGGA TIBA RAMADAN BERIKUTNYA). Berpuasa adalah Rukun Islam yang ketiga.
Setiap umat Islam wajib melaksanakannya. Namun dalam keadaan tertentu seperti uzur syarie, haid bagi wanita dan masalah kesihatan maka terpaksalah seseorang itu tidak berpuasa.
Jika seseorang itu meninggalkan puasa Ramadan atas sebab-sebab tertentu, maka dia wajib mengqadakan puasanya itu mengikut bilangan hari yang dia tinggalkan.
Maksudnya: Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Surah al-Baqarah, 2:185)
Jika dia merupakan seorang yang memiliki uzur syarie, seperti sakit, lalu dia meninggalkan puasa Ramadan dalam keadaan dia mampu untuk menggantikannya pada bila-bila waktu selepas Ramadan, kemudian dia mati. Maka ke atas wali/warisnya untuk menunaikan puasa bagi pihak dia.
Daripada Aisyah R.anha bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Barangsiapa yang mati sedangkan ke atasnya ada puasa (yang perlu diqadakan) maka walinya berpuasa bagi pihaknya.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Daripada Ibn Abbas RA, beliau menceritakan:
جاء رجلٌ إلى النبيِّ صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسولَ اللهِ إن أمي ماتتْ وعليها صومُ شهرٍ، أفأقضِيه عنها ؟ قال: نعم ، قال: فديْنُ اللهِ أحقُّ أن يُقْضَى
Maksudnya: Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW dan berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku sudah wafat dan ke atasnya ada sebulan puasa yang perlu diqada, bolehkah aku menunaikannya bagi pihak beliau? Berkata Baginda SAW: Boleh. Adalah hutang kepada Allah itu lebih berhak untuk dilangsaikan.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Wali bererti kaum kerabat dan keluarga. Perlu diperhatikan bahawa fidyah hanya dibayar jika seseorang yang meninggal sebelum sempat mengqadakan puasanya sedangkan dia mampu untuk berbuat sedemikian ketika hidup.
Para ulama membahagikan kaedah penentuan bilangan hari untuk puasa qada kepada dua; tahdidi dan taqribi. Tahdidi bererti menentukan dengan tepat bilangan hari yang ditinggalkan, manakala taqribi ialah menggunakan anggaran berapa hari yang ditinggalkan kerana seseorang itu lupa berapa hari puasa yang telah dia tinggalkan.
Guru kami, Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Shinqiti menjelaskan kaedah penentuan secara taqribi ini ialah dengan bertanya kepada seseorang itu seperti ini:
Maka jumlah taqribinya ialah 75 hari. Berkenaan dengan fidyah, hendaklah seseorang itu berusaha mengqadakan puasanya setiap hari yang mungkin terlebih dahulu. Ini lebih bersifat ihtiyati (berhati-hati) dalam urusan agama berbanding terus membenarkan membayar fidyah sehingga mengabaikan tuntutan qada’.
Selain daripada itu, boleh juga ditanya kepada mufti negeri masing-masing untuk kepastian lanjut. Semoga usaha kita untuk mengqada puasa-puasa yang lalu menjadi muhabasah kita untuk meraih kebaikan yang lebih besar daripada Allah SWT pada masa akan datang.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.