Ruang yang kosong akan kelihatan hidup apabila ada unsur sentuhan dekorasi. Apabila diberikan mood sentuhan dekorasi maka sesuatu ruang itu akan nampak meriah dan terpancar mood yang ceria.

Inilah hasil kerja seorang guru selama tiga minggu sejak bermula PKPP. Ketika itu guru-guru sudah dibenarkan untuk ke sekolah.


Nordin Ismail seorang guru di sebuah sekolah di luar bandar telah memanfaatkan peluang itu untuk menghias perpustakaan di sekolah, tempat dia mengajar.

Guru ini memperuntukkan banyak masanya di perpustakaan sekolah sehingga perpustakaan tersebut sudah seperti rumah keduanya.


Guru ini mahu memberikan kejutan kepada anak-anak muridnya apabila mereka datang ke sekolah. Begitu murni sekali hajat guru lelaki ini.

Guru ini menerapkan konsep hipster dan minimalis untuk dekorasi perpustakaan itu.

IKLAN

Hajat guru ini ialah untuk memberikan mood bandar selain mengikut trend walaupun sekolah itu terletak di luar bandar. Ini adalah makeover paling ‘gila’ yang pernah dilakukannya, akui guru muda ini.

Guru ini memberanikan diri untuk menggunakan wallpaper dan bermain dengan warna pastel. Tiada lagi langsir-langsir, renda-renda dan skirting-skirting.


Usaha mendekorasikan perpustakaan ini memerlukan kerahan idea yang sangat ekstrim kerana ruang perpustakaan sekolah yang agak sempit.

IKLAN

Ruang yang terhad itu akan dijadikan ruang pelbagai guna. Banyak galeri yang berjaya diwujudkan dan yang paling penting berubah 100 peratus dalam masa yang singkat.

Tulis guru ini:

“Aku berterima kasih kat kesayangan aku termasuklah kak yah akak kerani, akak cleaner Junaidah Junaidah, pengawal keselamatan sekolah Ku Luqman and Saifol Mizan, tukang kebun sekolah aku Mohd Rizal Mohd Rizal, cikgu intrim yang baru lapor diri kat sekolah aku iaitu cikgu azira Zaidi Kassin dan bekas-bekas anak-anak didik aku yang banyak tolong aku untuk buat make over library kali ni.”

IKLAN

Guru ini turut bersyukur kerana Guru Besar di sekolah tempat dia mengajar iaitu Ustaz Abdul Ghani Mohd Ali dan rakan-rakan guru yang sangat membantu dan membiarkan dirinya bebas berkarya.

Semoga usaha ini dapat memberikan sedikit idea dan inspirasi buat rakan di luar sana jika terdetik hendak mendekorasi perpustakaan sekolah atau kelas masing-masing.

Lain padang, lain belalang, lain orang lain citarasa. Memang bagus usaha murni guru ini. Moga ia menjadi inspirasi kepada para pendidik di luar sana.

Sumber kredit: Facebook Nordin Ismail

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI