Bila sudah dapat kebenaran rentas negeri ini, pastinya ramai di antara kita yang tak sabar-sabar dan mula merancang cuti untuk pulang ke kampung halaman. Ada yang gemar untuk menaiki kereta dan ada juga yang memilih untuk menaiki pengangkutan udara iaitu kapal terbang disebabkan waktunya yang singkat.
Memang seronok bila naik kapal terbang ini kerana pengalamannya yang lain daripada lain. Bagi juruterbang Faliq Samsudin, beliau juga seronok menjalankan tugas kerjanya kerana berpeluang berjumpa dengan pelbagai jenis ragam penumpang di dunia ini. Ikuti kisah lucu yang dikongsikannya ini.
Photo by Jason Toevs from Pexels
Ada jugak orang macam ni ek??
“Ragam penumpang bila naik flight..”
Harini aku rasa macam rajin lak nak kongsi ragam² penumpang yang aku pernah jumpa sepanjang aku fly.. Macam² pe’el weyhhAku bahagi kepada beberapa kategori.. So.. Lets Jom…
Geng “Small Try”..
Geng ni akan cuba untuk complain apa sahaja yang dia nampak depan mata.. Lepas dah complain.. Dia akan try mintak upgrade.. Memang jenis “take advantage of the situation”.. Biasanya nak mintak upgrade ke Business Class atau First Class laa.. Complain seat ekonomi sempit laa.. Tak dapat window seat laa.. Kacang masin tak cukup masin laa.. Opps.. Yang kacang masin ni aku rekaApa² jer la.. Bukan tak boleh complain.. Tapi biarlah berpada.. Nasib dia tak complain kata Captain tak cukup hensem.. Kalau tak, aku suruh dia duduk kat atas sayap satgi.. Baru dia tau!.. Haa.. Nak upgrade sangat kan?? Gurau sajorrr..
Photo by Sourav Mishra from Pexels
Geng “Karen”..
“Karen” ni adalah gelaran kepada orang yang suka demand & rasa diri dia entitled.. Nak kenal diorang ni senang jer.. Kalau ada masalah sikit jer.. Diorang ni la akan first cakap.. “I want to speak to the Captain”.. Kalau kat darat pulak.. Dia akan cakap.. “I want to speak to your manager!”.. Dia rasa hanya pihak atasan jer yang layak cakap dengan dia.. Bajet dia special kotKalau berdepan dengan geng ni.. Terus aku teringat iklan ~ “Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?”Selain tu.. Ada jugak kategori hybrid.. Ni lagi special.. Lepas dah jadi “Karen”.. Boleh pulak dia convert masuk geng “Small Try”.. Mintak upgrade.. Memang idokk lerr..
Geng “Do you know who I am??”..
Geng ni pantang ditegur.. Walaupun terang² dia yang salah.. Kalau tegur jer mula lah.. “I’m a lawyer”.. “I’m an engineer”.. “I’m a doctor”.. Semua keluar.. Ataupun antara yang paling fames kat Malaysia ni.. “I’m a Dato’ you know!”.. Geng ni biasanya dia rasa diri dia dah hebat sangat.. Kasta tinggi orang kata.. Bagi dia.. “Ko tu drebar kapal terbang jer tau tak??”.. Yea lahh.. Ko sorang jer lah yang hebat.. Ambiklah.. Nak sangat!
Geng “Suka try stewardess”..
Geng ni biasanya perasan dia tu most eligible bachelor la.. Takpun most eligible husband
Photo by RODNAE Productions from Pexels
.. Pantang nampak stewardess cun.. Dia akan try mengorat.. Terjadi few times dalam flight aku.. Ada tu sampai sanggup dia berdiri kat galley dari KK sampai ke KL sebab nak mengayat.. Dekat 2 jam berdiri tuuStewardess tu nak buat kerja pun payah.. Sampai terpaksa mintak tolong aku.. Apa lagi.. Aku pun bajet hero la.. “Tinggg”.. Aku ON seat belt sign.. Pastu suruh semua orang duduk sebab bad weather.. Kacau daun kan aku ni?.. Haha.. Adan Uke..
Geng “Paparazzi”..
Geng ni semua benda dia nak ambik gambar.. Gambar kapal terbang.. Gambar kacang masin.. Gambar stewardess menguap.. etc.. Gambar aku taknak pulak dia ambik?Ok.. Ni aku nak habaq.. Tak salah nak ambik gambar kapal terbang untuk kenangan.. Tapi.. Kalau ikut PDPA.. Sebenarnya korang tak dibenarkan untuk ambik gambar orang lain tanpa kebenaran.. Apatah lagi bila orang tu dalam uniform tengah bertugas.. Salah di sisi undang² okeyhh!!..
Geng “Aku nak dulu”..
Geng ni semua benda dia nak dulu.. Time boarding dia sibuk nak naik dulu.. Time makan dia nak dulu.. Time disembark pun muka dia jugak la sibuk bangun nak keluar dulu.. Apa ntah yang nak dikejarPadahal pintu pun tak bukak lagi.. Kapal pun tak betul² parking lagi.. Haa.. Yang ni ramai orang buat.. Berbuih mulut stewardess dok cakap.. “Sila berada di tempat duduk anda sehingga isyarat tali pinggang keledar dipadamkan”.. Perlukah diulang dalam Bahasa Urdu baru orang nak faham?
Geng “Tapau ikat tepi”..
Geng ni punya logik semua yang di beri dalam kapal terbang tu adalah hak penumpang.. Selimut.. Bantal.. Headphone.. Semua nak ditapau nyerPernah sekali aku buat flight umrah ke Madinah.. Turun kat terminal tetiba nampak ada penumpang kitorang tadi tengah solat kat satu sudut.. Macam kenal jer selimut purple yang diguna sebagai sejadah tu.. Kecik besar kecik besar jer nengoknyer.. Nasib dia tak tapau kerusi kapal terbang tu sekali..
Dan yang terakhir dalam list aku ni..
Geng “Penumpang kiriman Tuhan”..
Geng ni memang dambaan mana² crew yang bertugas la.. Suruh duduk, dia duduk.. Suruh makan, dia makan.. Tutup lampu suruh tidur, dia tidur.. Senang kata geng ni memudahkan kerja crew la.. Cakap pun sopan jer.. Hormat kat crew yang bertugas.. Angelic gitteww.. Mostly orang² Malaysia tergolong dalam geng ni la.. Syabas Mere Bete.. Keep it up okeyhh?.. Takyah rasa peer pressure nak ikut sangat geng² tak ketahuan macam kat atas tu..
“Kita mudahkan urusan orang.. InsyaAllah.. Allah akan mudahkan urusan kita”..
So.. Dah tau belum korang tergolong dalam kategori mana?.. Jap.. Takyah cakap.. Aku tau.. Orang Malaysia semua baik² belaka.. Mestilah semua tergolong dalam kategori “Penumpang kiriman Tuhan”..
Kan? Kan? Kan?..
@Faliq Samsudin
Walaupun ia merupakan kisah lucu, namun sebenarnya banyak perkara yang kita boleh ambil iktibar daripada perkongsian ini. Antaranya ialah jangan terlalu bongkak dengan status kita dan mudahkanlah urusan orang lain nescaya Tuhan akan permudahkan urusan kita kelak.
Ibu adalah antara figura dan sosok yang sentiasa berusaha menjaga, melindungi dan membahagiakan anak-anak mereka. Malah, apa sahaja kemahuan si anak sebolehnya akan dipenuhi agar anak-anak dapat mencapai impian dan cita-cita yang dihajati.
Begitu juga apa yang terpaksa dilalui oleh wanita separuh abad ini yang jua merupakan seorang ibu. Apabila dia nekad untuk menyerahkan seutas rantai tangan emas yang diterima daripada suami ketika ulangtahun perkahwinan mereka.
Perkara berkenaan menjadi tular di aplikasi Tik Tok menerusi akaun pengguna @asiah1106 apabila dia memuatnaik video wanita berkenaan yang datang ke kedainya untuk membeli komputer riba agar anaknya dapat menyambung pengajian.
Meski sedih dan hiba kerana terpaksa melepaskan harta paling berharga miliknya yang sarat dengan ‘sentimental value’. Namun, dia sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi permintaan anaknya itu.
“Assalamualaikum. Makcik ni nak cari laptop kat anak. Orang habaq (beritahu) ada kat sini, makcik datang nak tengok macam mana bayarannya.
“Kalau boleh tu, kalau cukup nak beli cash. Makcik kira nak bagi gelang je, gelang ni pakcik la beli untuk hari ulang tahun perkahwinan kami. Sayang la.
“Dia (anak) yang penting. Dia nak belajar. Kita berkorban. Nak tanya, tengok la, boleh ke tak boleh?” ujar wanita itu kepada peniaga kedai.
Menerusi rakaman video sama, peniaga kedai yang turut merasa sebak dan empati terhadap keadaan wanita berkenaan telah menawarkan sistem pembelian gajet secara ansuran menerusi sistem ‘Kutu Gajet’ tanpa perlu mencagarkan rantai tangan emas yang dimilikinya.
“Kalau kata makcik nak tolak gelang tu, saya rasa tak gaduh (perlu) la. Simpan la kot, ada benda lagi pentingkan nak beli? Saya rasa makcik join kutu la.
“Selain jual cash, kami buat kutu… macam kutu kain batik. Kami buat kutu gajet juga untuk telefon dan laptop. Kalau nak bayar bulan, boleh la main kutu.
“Main kutu senang sikit, tak gaduh (perlu) keluar duit seketul, cuma bayar bulan-bulan,” ujar peniaga kedai secara terperinci.
Wanita itu kemudian bersetuju untuk menerima ansuran komputer riba berkenaan mengikut kemampuanya, iaitu membayar sebanyak RM 200 setiap bulan memandangkan hanya dia sahaja yang membanting tulang demi menyara kehidupan keluarga mereka.
Jelas wanita itu lagi, suaminya kini sedang terlantar sakit dan tidak mampu membantu untuk menyara keluarga.
“Acik bajet dalam RM200 lebih sebulan. Acik seorang kerja, pakcik sakit, tak sihat,” ujarnya lagi dalam nada sebak sambil mengesat air mata.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, Hijabista mendapati rata-rata wargamaya turut meluahkan rasa simpati dan mahu membantu meringankan beban wanita berkenaan.
Perkembangan terbaharu, Nor Asiah memaklumkan bahawa terdapat seorang ‘hamba Allah’ yang sudah menghulurkan bantuan dengan menghadiahkan wanita itu sebuah komputer riba untuk anaknya.
“Tak apa, dah ada orang baik sedekah komputer riba,” ujarnya di ruangan komen.
Sekadar info, setakat artikel ini ditulis video yang dikongsi Nor Asiah Kamis di laman TikTok itu telah meraih lebih 1.6 juta tontonan.
Tahniah admin ucapkan buat pelakon, pengacara kecil molek Elfira Loy yang selamat bertunang dengan pilihan hatinya, Sufian Suhaimi dalam satu majlis secara tertutup di kediaman Elfira sekitar jam 3 petang tadi.
Dalam majlis itu kedua-dua pihak berbalas dulang 5 daripada pihak perempuan dan 7 daripada pihak lelaki. Kedua-duanya akan melangsungkan perkahwinan mereka pada bulan Mac tahun depan. Semoga segala urusan ke arah mendirikan majlis berjalan dengan baik dan lancar.
Pasangan yang sama cantik sama padan ini memilih tema batik di majlis ini. Kelihatan Elfira sangat cantik menggayakan persalinan batik yang lain daripada yang lain.
A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on
Kebetulan pula tema batik untuk majlis perkahwinan tengah trending dan digunakan oleh pasangan ini untuk merealisasikannya di majlis pertunangan mereka. Pereka Duo Rizman Ruzaini mencipta busana khas untuk Elfira gayakan di majlis pertunangannya itu. Cukup manis dan cantik sekali penampilan Elfira menggayakan kebaya peplum ini yang dipasangkan dengan kain batik.
A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on
Sementara Sufian pula tampak segak berada di samping Elfira dengan menyarung busana rekaan Fairuz Ramdan juga dari fabrik batik. Kejelitaan Elfira petang tadi cukup terserlah dengan sentuhan solekan Najeeb Azami.
Pasangan ini juga turut menggayakan persalinan kedua juga dari rekaan Rizman Ruzaini. Elfira tampak anggun menyarung kurung moden dengan suntikan ‘feather’ di bahagian dada dengan padanan hijab rona sedondon. Pasangannya pula lengkap berbaju Melayu Teluk Belanga dengan padanan sampin.
A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on
Elfira dan Sufian telah bertemu setahun yang lalu dan setelah mengenali hati budi masing-masing, kedua-duanya bersepakat untuk mengakhiri ikatan persahabatan dengan majlis pertunangan dan seterusnya perkahwinan tahun depan. Tahniah admin ucapkan.
Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti mahukan kehadiran zuriat sebagai pengikat kasih sayang. Namun cepat atau lambat bergantung kepada qadak dan qadar Allah. Kita hanya mampu merancang tetapi Dia yang menentukan segalanya. Perkongsian di laman sosial facebook oleh Nur Syuhada cukup memberi kesan kepada jiwa. Dia dan suami sama-sama berusaha untuk mendapatkan anak melalui kaedah rawatan IUI dan IVF. Perjalanan itu cukup mendebarkan dan akhirnya Allah masih belum mengurniakan anak kepada mereka. Tidak berputus asa sebaliknya akan terus berusaha memulakan perjalanan yang baru.
Ikuti perkongsiannya.
Alhamdulillah diberi peluang menjalani rawatan IVF sebulan yang lalu. Perjalanan dari Ipoh ke PPUM 2, 3 kali seminggu kami tempuhi demi usaha ini. Kepenatan & keletihan ditolak ke tepi. Sedikit pun tidak mengurangkan semangat kami. Tidak semudah yang disangka, setiap kali appoinment sangat mendebarkan. Untuk mengetahui perkembangan telur sama ada membesar atau tidak, ketebalan rahim ok atau tak. ivf boleh diteruskan atau tak.
Di hosp, berjumpa ramai kenalan, pengalaman dan perjalanan TTC saya, dengan keadaan bicornuate uterus,rahim terbentuk menjadi dua, berlainan daripada org lain, rupanya ada insan lain yg lebih kuat ujiannya, lebih hebat cabarannya namun lebih kuat semangatnya. Dari situ, syukur dan redha itu sentiasa dalam hati. En suami selalu ingatkan, jangan rasa down dan selalu sedih, tetapi terima bahawa saya merupakan insan terpilih dan istimewa kerana diberi pengalaman lain dari org lain. dulu, pernah dgr suami sembang dgn kawan dia, ‘isteri saya special, tak macam org lain, rahim ada dua’… ya Allah sebaknya.. tak pernah pertikaikan apa yg dah tertulis.. semangat yg dia bawa, saya amik sedikit demi sedikit.
Setiap pagi dan malam perlu injection sendiri, berpantang makan hanya homecook walaupun penat berulang alik ke hospital & sek tapi kami lalui dengan sangat positif. Kami buang jauh2 perasaan stress & negatif. Sentiasa ketawa & tersenyum. Pernah keluar dari mulut doc, very positive couple.
Ya berkat semangat itu, alhamdulillah telur yang dihasilkan membolehkan prosedur OPU (ovum pick up) diteruskan. Saya dibius, tapi sedar bila prosedur belum habis. Sakit? Yes sakit sangat. Hahahah. Doc terpaksa tambah dos ubat bius utk elakkan saya meronta semasa prosedur.
Alhamdulillah selesai dengan bilangan ovum yang agak banyak ET (embrio transfer) akan dijalankan hari ke3 selepas embrio berjaya disenyawakan. Tapi, malam sebelum ET, perut sangat sakit. Ya Allah sakit yang tak tertanggung.
Pagi sebelum ET, jumpa prof mukhri dan scan. Rupanya ovari membengkak disebabkan kebocoran darah dari ovari selepas OPU. Sebab itu perut terasa sakit yg amat sangat. Prof beri pilihan samada nak teruskan ET atau tangguh. Selepas berbincang, kami teruskan juga proses ET. Sebelum prosedur, embriologist tunjukkan embrio yg berjaya disenyawakan. yaa gred A. terbentuk dengan sempurna.
Alhamdulillah sebak rasanya bila dapat tengok embrio yang telah disenyawakan dalam screen. Kuatkan semangat, buang perasaan sakit, prosedur ET berjalan dengan lancar. Melihat sendiri embrio masuk melalui rahim, menitis juga air mata. Dalam hati, panjatkan doa semoga embrio dan rahim cukup kuat untuk menempel..
2minggu yang lebih mendebarkan sebelum ujian darah. Sakit perut semakin berkurang dari hari ke hari. Hanya bedrest dan dilayan bagai sang puteri. Hahahaha thank you so much en suami atas pengorbanan ini. Tak terbalas rasanya. Sob sob sob Thanks juga mak & bapak serta semua family. No phone, Al quran jadi peneman. Ajaibnya al-quran, doa yang diamalkan sebelum ini, terdapat pada helaian yg dibaca. Seolah Allah beritahu bahawa Dia sentiasa ada. Hebat. Sejak 1st injection bergantung harap dengan doa dan tanamkan reda apa sahaja ketentuan.
Tiada perubahan yang ketara cuma perut terasa cramp kadang kala. Nasib baik cuti sek seminggu.. buka sahaja sesi persekolahan isnin, ke sek seperti biasa. Thanks utk kata2 semangat drpd rakan2. Malam sebelum tidur, ada spotting darah. Dalam hati, ya Allah apa sahaja kemungkinan kami terima. Tepat jam 230am, ke toilet. Ya Allah, darah banyak keluar. Ternyata keputusan IVF kali ini tidak berjaya. Sedih, tapi tahan air mata. Suami terjaga, tanpa banyak soalan, dia peluk erat seakan sudah mengerti dan tiba2 air mata yg ditahan terlepas jua.
Darah semakin banyak, mengalir hingga ke lantai, perut semakin sakit, tapi gagahkan diri ke sek. Seperti ada seketul kecil yang keluar. Terjadinya peristiwa yg tak disangka. Overstress mungkin. Pengsan di sek tatkala sedang mengajar dlm kelas. Ternyata, saya punya rakan2 terbaik. Million thanks to all teachers & staff. Kalian sahabat terbaik pernah hadir dalam hidup saya dilayan seperti sebuah keluarga. Terharu. Ambulans bawa ke hosp kampar dan dirujuk ke pantai hospital memandangkan sudah biasa dgn rawatan drpd doc Jaya Balan.
2 hari admitted ward. Doc beri ubat bekukan darah sebab darah banyak hilang. Doc scan untuk pastikan rahim clear. Jika tidak, perlu d&c. Alhamdulillah, semakin sihat dan tak perlu d&c. Bedrest again.
Terasa bersalah sangat kerana buat semua risau. Husband, family & all my friends. All of them send me motivational text non stop. Bersyukur kerana dikurniakan insan2 seperti mereka dalam hidup.
Sekarang, sedaya upaya untuk jadi kuat, jadi tenang, jadi lebih positif. Semua yg berlaku ketentuan Allah yg terbaik dalam hidup kami. Kami akan sentiasa berusaha, berikhtiar dan tak kan sesekali give up. Kami tak akan persoal kenapa tidak berjaya. walaupun embrio gred yang terbaik, walau berjuta sperm yg aktif, walau ketebalan dinding rahim yang cantik, yang menjadikan semua itu hanya ketentuan Allah. Setakat sindiran dan komen sinis drpd segelintir hamba Allah, takkan berbekas dalam hati ini. InsyaAllah.. kerana ujian dan dugaan yang datang dlm hidup kami sangat mengajar kami erti bersyukur dan redha..
IVF may be the hardest thing yg pernah saya lakukan.. I accept the fact that it was not our rezeki yet. Inilah liku2 perjalanan ivf pertama kami. Pengalaman berharga dan tak ternilai. Selepas ini, kami akan mulakan perjalanan yg baru.
Doakan kami!
2012 bermulalah episod mengorek pengalaman insan senasib di alam maya.. maka lawatan pertama di LPPKN ipoh berjalan lancar. Ujian darah, sperm test dan HSG (urgh paling sakit ok macam mimpi ngeri Dan seperti yg dijangkakan, dapatan HSG ada masalah.. doc sarankan supaya laparascopy dijalankan bagi mengenal pasti kedudukan rahim lebih detail. disebabkan baru mula bekerja dan tiada simpanan yg banyak dalam bank, maka kami mengambil keputusan utk teruskan di hospital lain.. laparascopy dan hysterscopy dijalankan.. hasilnya saya mempunyai dua rahim. Laluan utk ke rahim kanan lebih kecil berbanding laluan ke rahim kiri. So saiz rahim yg lebih besar diperlukan. Yes kes yg jarang dijumpai. Saya dibekalkan clomid dan gonal-f. Berjumpa dengan ramai doc yg berlainan disebabkan doc pakar yg jalankan operation saya sangat2 diperlukan perkhidmatannya di hospital lain. 3 times iui namun keputusannya masih lagi hampa.. jun 2013, nov 2013, jan 2014.
Doc pernah menyatakan bahawa iui hanya 3 kali. Jika tidak berjaya maka rawatan ivf diperlukan.. kos mencecah belasan ribu ringgit biarpun di hospital kerajaan membuatkan kami berfikir panjang.. saya dan suami mula ke hospital lain utk bertanya pendapat doc lain.. dan kami mengambil keputusan untuk ke hospital swasta di ipoh memandangkan kos rawatan ivf tidak banyak beza dan hanya seorang doc yg akan saya berurusan. saya sangkakan pelangi yg bakal menjelma tetapi lain pula jadinya.. saya terpaksa melakukan sekali lagi laparascopy disebabkan cyst kembali membesar dan mengganggu proses penghasilan kilang telur. Walau diuji satu demi satu, kami tetap cekal dan bahagia tak pernah kurang. Selama rawatan di hospital, saya juga teruskan dengan rawatan alternatif. Berurut, darul syifa, makan makanan sunnah, suplement org beritahu apa sahaja semua kami cuba.
Dis 2015, cyst berjaya dikeluarkan. Bagai terhempas batu di kepala, dapatan doc berlainan. Rahim kanan yang lebih besar. Tidak perlu salahkan sesiapa mungkin sahaja ujian yg perlu saya harungi. Selepas beberapa bulan berehat, doc cadangkan agar iui dilakukan sekali lagi. Iui 4 pada sept 2016 menemui kegagalan. Saya teruskan dgn iui 5 pada jan 2017. Juga hampa.. kami berehat memandangkan banyak urusan kerja yg mesti diselesaikan.. selepas murid habis exam, saya kembali ke hospital. Doc cadangkan agar teruskan dgn ivf sahaja memandangkan 5 kali iui masih tiada sinar cahaya..
Namun kita hanya mampu merancang dan Tuhan menentukan. Walaupun gagal, Nur Syuhada tetap merasai pengalaman berharga paling tidak ternilai.
Hijabista doakan semoga pasangan ini kuat menghadapi dugaan Tuhan. Kisah mereka menjadi inspiasi buat hijabi di luar sana. Walau apa sahaja yang dilakukan jangan cepat putus asa dan jangan sesekali menyalahkan Tuhan atas apa yang terjadi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.