Bukan mudah untuk mendapatkan peluang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Beruntungnya selebriti dan ahli perniagaan ternama, Neelofa apabila dicalonkan dalam kategori usahawan dalam sebuah anugerah berprestij antarabangsa, Influencer Awards 2019 Monaco.
Menyifatkan pencalonan itu sebagai ruang terbaik bagi mengukuhkan empayarnya, beliau tidak menyangka namanya tersenarai dalam anugerah ajuran keluarga diraja Monaco tersebut.
“Sudah tentu, kemenangan adalah perkara paling besar dalam hidup saya. Peluang ke sana juga akan saya manfaatkan bagi bertemu dengan orang berpengaruh bagi mengembangkan rangkaian perniagaan saya,” ujarnya.
Ads
Bakal berlangsung di Monaco pada 5 dan 6 Oktober depan, Neelofa berharap pencalonannya itu dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia bagi mencapai impian yang lebih besar. Tambahnya, beliau benar-benar menghargai peluang yang julung-julung kali datang itu.
Ads
Kali kedua dianjurkan, Influencer Awards 2019 Monaco direalisasikan Pauline Ducruet yang juga anakanda sulung Puteri Monaco, Stephanie bersama beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.
Influencer Awards 2018 Monaco diadakan pada 7 Oktober lalu di Hotel Meridien Beach Plaza menyaksikan 27 anugerah diberikan pada majlis itu.
Ads
Antara pemenang-pemenang pada majlis tahun lalu ialah penulis blog fesyen dari Perancis, Caroline Receveur (kategori Gaya Hidup) dan jurusolek Kim Kardashian, Mario Dedivanovic (kategori Jurusolek Paling Berpengaruh).
Penampilan pelakon cantik dan popular, Datin Fouziah Gous yang mengambil keputusan untuk mengenakan hijab sejurus pulang dari mengerjakan haji pada tahun lalu memang menjadi perhatian semua apatah lagi bila dia kelihatan semakin berseri tatkala berhijab.
Menerusi laman instagramnya, beliau mendedahkan sebenarnya beliau pernah menjual tudung di bawah jenama sendiri pada tujuh tahun yang lalu. Namun, malu untuk mengakuinya kerana belum berhijab pada waktu itu.
7tahun lepas lagi saya dah jual tudung (online) tapi xmengaku brand sendiri😅. Masa tu segan sebab tak berhijab lagi tp jual tudung. Now dah berhijab , ramai pula duk minta jual tudung🤦🏼♀️. Bukan bukan ini bukan teaser bakal nak jual tudung. Belum terfikir lagi . Ini di saat menunngu @zhafyusof sampai kita upload
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pemenang Anugerah Ratu Favourite, Mellya berasa seronok kerana telah berjaya mengharungi segala cabaran dalam Ratu Hijabista hinggalah ke pentas akhir.
Tidak menyangka berjaya menyandang gelaran ini, Mellya,23, sangat bersyukur kerana sokongan hebat daripada para penyokongnya itu membuahkan hasil.
Sangat lega dan puas lepas 8 minggu bertarung menghadapi pelbagai cabaran dan kejutan. Lega kerana kini boleh fokuskan pada apa yang sepatutnya.
Banyak yang berubah cuma yang paling Mell ingat adalah kesabaran dan cabaran Mell berfikir tentang dunia lain daripada dunia yang Mell ceburi sebelum ini. Kita akan fikir oh macam ni rupanya. Jadi kehidupan itu berubahlah mengikut keadaan semasa.
InsyaAllah. Itu adalah salah satu impian yang saya harap boleh jadi realiti di masa hadapan sebab Mell suka sangat-sangat untuk memberikan inspirasi pada orang dan dalam masa yang sama juga membantu mereka yang memerlukan.
Rasa nak nangis kerana tak expect Anugerah Ratu Favourite. Namun, Mell tahu Mell ada rakan-rakan yang hebat di luar sana yang sokong Mell. Merekalah yang selalu buat poster dan sebagainya untuk mengundi Mell.
Bila teringat Mell akan terfikir yang tiada apa yang dapat Mell lakukan untuk membalasnya. Cuma doa yang dapat Mell berikan agar mereka juga merasai apa yang Mell rasa.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Beberapa tahun lalu kemunculan penyanyi ini begitu fenomena. Maklumlah usia masih muda, tetapi lagu nyanyiannya menjadi siulan ramai dengan rentak muzik yang lain daripada yang lain. Dia juga ketika itu berjaya beraksi di pentas nyanyian yang lebih berprestij. Najwa Latif mula menceburkan diri di bidang ini sejak usianya 14 tahun. Walaupun sibuk dengan nyanyian, dia tidak pernah melupakan pelajarannya hinggalah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.
Sejak memasuki pengajian di universiti, Najwa memang memperlahankan aktiviti seninya. Dia lebih banyak memenuhi undangan nyanyian hanya di hujung minggu atau cuti panjang. Justeru namanya agak sedikit tenggelam namun peminat masih tidak lupakan lagu ‘Cinta Muka Buku’ yang menonjolkan namanya ketika itu.
Dan setelah beberapa tahun menimba ilmu, Ahad lalu dia berjaya bergelar graduan dalam bidang Pengajian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) sempena Istiadat Konvokesyen kali kelima di Universiti Antarabangsa Unitar (UNITAR).
Dalam posting yang dimuat turun di laman instagramnya, penyanyi ini berkata salah satu impiannya untuk tahun 2017 telah tercapai. Dia turut berkongsi kegembiraaanya itu bersama keluarga dan peminatnya.
Rata-rata peminat turut mengucapkan tahniah dengan kejayaannya itu walaupun namanya bagaikan sabut sekejap timbul dan sekejap tenggelam. Malah peminat turut memberi sokongan padu pada Najwa Latif yang memang kita tahu bukan sahaja bijak dalam akademik, tetapi juga cukup berbakat dalam bidang muzik. Malah setiap lagu nyanyian memberi inspirasi kepada generasi muda.
Walaupun sudah memperoleh ijazah sarjana muda (kepujian), Najwa tetap mahu menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi. Rupa-rupanya sejak September lalu, dia telahpun meneruskan pengajian peringkat Sarjana di Universiti Malaya dalam jurusan yang sama.
Sebelum itu dia berhasrat untuk menyambung pengajian di United Kingdom, tetapi hasrat terpaksa dilupakan kerana tidak sanggup berpisah dengan ibu tercinta, Zarina Saamah.
Katanya kepada Berita Harian Online, “Saya membatalkan hasrat untuk menyambung pelajaran di UK kerana keluarga. Ibu tidak sedap hati dengan keputusan saya untuk ke sana. Tambahan pula, saya tidak pernah belajar di tempat yang begitu jauh daripada mereka”.
Dia bagaimanapun tidak sesekali kecewa dengan keputusannya itu, malah menurutnya tidak kisah belajar di mana-mana asalkan dapat menuntut ilmu dan menimba pengalaman yang tersendiri.
Admin ucapkan semoga Najwa terus cemerlang dengan pengajiannya dan juga akan meneruskan minatnya dalam dunia muzik. Mungkin ada lagu baru nanti yang lebih memberi inspirasi akan disumbangkan oleh Najwa Latif