
Bibir yang mekar, merah dan mungil tentunya menjadi idaman ramai wanita. Pemakaian lipstik, lip balm, lip tint dan lip gloss menjadikan bibir kelihatan sempurna. Namun berapa wanita yang tahu tentang perbezaan ke empat-empat produk kecantikan ini?
Mungkin ada yang beranggapan semuanya sama sedangkan hakikatnya semua peralatan kecantikan untuk bibir ini berbeza antara satu sama lain. Apa kata kita ambil sedikit masa untuk kenal apa sebenarnya lipstik, lip balm, lip tint dan lip gloss yang setiap hari kita pakai.
PERBEZAAN LIPSTIK, LIP BALM, LIP TINT DAN LIP GLOSS.
LIPSTIK
Lipstik adalah produk pewarna bibir pertama yang ditemui. Manfaatnya digunakan secara sederhana untuk mengubah warna bibir. Oleh kerana itu lipstik memiliki variasi warna bermula dari merah, ungu, orange, dan sebagainya.
LIP TINT
Dikenali juga sebagai lip stain, lip tint belakangan ini sangat popular terutama di kalangan pencinta kosmetik Asia. Lip tint memiliki variasi warna yang jauh lebih sedikit dibandingkan dengan lipstick. Hal ini kerana lip tint digunakan untuk meningkatkan warna semulajadi bibir. Oleh kerana itu warna yang sering ditemukan adalah merah, pink, atau peach.
LIP BALM
Produk ini digunakan untuk melembabkan dan merawat bibir. Jika anda memiliki masalah bibir kering atau pecah, maka lip balm adalah pilihan yang tepat. Pada umumnya lip balm tidak memiliki warna, namun sekarang terdapat variasi lip balm yang memberikan warna pada bibir.
LIP GLOSS
Lip gloss memiliki formula yang lekit di bibir, dan membuat bibir terlihat glitter. Jika kamu memiliki bibir yang tipis, produk ini dapat membuat bibir terlihat penuh. Namun, warna yang dihasilkan lip gloss tidak bertahan terlalu lama.
Sumber kredit: Ailawa
Tanpa Disedari, Ini Adalah 5 Kesalahan Yang Anda Mungkin Lakukan Ketika Melentikkan Bulu Mata!

Melentikkan bulu mata dengan lentik bulu mata adalah salah satu cara melentikkan bulu mata. Langkah mudah ini boleh membuat perbezaan dunia pada rupa mata anda dan solekan keseluruhan anda.
Bulu mata kelihatan lebih panjang dan lebih tebal apabila lentik bulu mata mengangkatnya dan menjadikannya kelihatan luar. Kesannya menjadikan mata kelihatan lebih besar dan lebih ekspresif.
Artikel Berkaitan : Padanan Maskara Yang Sempurna Mengikut Jenis Bulu Mata Anda. Baru On Pointt!
- Lentikkan Bulu Mata Selepas Memakai Maskara
Pelentik bulu mata bukan sahaja menjadi kotor, cara ini juga boleh merosakkan bulu mata anda, Bela. Maskara menyalut bulu mata dan kemudian mengeringkan, menjadikan bulu mata keras dan kurang fleksibel. Bulu mata yang lentik dalam keadaan ini boleh merosakkannya dan juga merobek bulu mata dari kelopak mata jika maskara tidak kering sepenuhnya.
Langkah paling sesuai ialah berpakaian dan menletikkannya sebelum menggunakan maskara. Selain itu, pastikan mata anda bersih daripada solekan sebelumnya. Jika tidak, anda berisiko kehilangan atau merosakkan bulu mata anda jika anda melentikkannya semasa masih terdapat lapisan maskara padanya!
- Melentikkan Bulu Mata Terlalu Kuat
Jika anda inginkan bulu mata yang panjang dan sihat, cubit perlahan-lahan untuk lentik. Mencabut terlalu kuat boleh menyebabkan bulu mata terasa kaku dan bukannya kelihatan semula jadi. Ia juga boleh merosakkan bulu mata anda.
Cuba letakkan pelentik bulu mata dekat dengan tudung anda, tetapi pastikan ia tidak melekat pada kulit anda. Tekan perlahan-lahan selama beberapa saat dan kemudian lepaskan. Gerakkan alat ke tengah bulu mata dan lentikkannya dengan lembut.
Ulang hingga hujung bulu mata. Langkah ini memastikan bulu mata lentik dan kelihatan semula jadi, tidak keriting dan kaku.
- Jangan Sekali-kali Membersihkan Pengepit Bulu Mata
Walaupun anda selalu menggunakan pelentik bulu mata sebelum memakai maskara, itu tidak bermakna alat itu bebas daripada gumpalan kotoran. Celak, pembayang mata, bakteria dan sel kulit mati boleh tersekat dan terbina. Ini boleh menjadikan lentik bulu mata kurang berkesan dalam lentik.
Cuba bersihkan pelentik bulu mata seminggu sekali atau mengikut keperluan.Tuangkan sedikit isopropil alkohol pada pad kapas dan lap seluruh permukaan alat untuk mengeluarkan sebarang kotoran. Keringkan sebelum menggunakannya semula pada bulu mata anda.
- Jangan Sekali-kali Menukar Pad curler
Lama kelamaan, pad kecil pengepit bulu mata boleh menjadi kotor atau rosak dan tidak berfungsi dengan baik seperti asalnya. Jika anda tidak menggantikan pad yang dikeluarkan daripada alat, anda boleh merosakkan bulu mata dengan memegangnya terus dengan seterika.
Gantikan pad sekali setiap beberapa bulan atau apabila anda perasan haus. Sesetengah pengepit bulu mata menawarkan pad gantian untuk menggantikannya.Jika anda tidak memilikinya, anda boleh membelinya secara berasingan.
- Beli Pelentik Bulu Mata Yang Tidak Berkualiti
Jika anda mahukan pelentik bulu mata yang boleh melentik dengan berkesan tanpa merosakkan bulu mata anda, anda harus mencari alat yang berkualiti tinggi. Tidak salah untuk membeli pelentik bulu mata dari jenama yang terkenal dan agak mahal. Kerana harga boleh membuat perbezaan yang ketara dalam kualiti. Anggap ini pelaburan anda dalam bulu mata anda, Bela.
Telah melakukan perkara di atas tanpa disedari. Cuba elakkan kerana ia boleh merosakkan bulu mata anda. Periksa keadaan pelentik bulu mata anda sebelum digunakan.
Artikel Berkaitan : Haram Guna Kaedah Eyelash Extention Tiada Masalah! Ini Cara Halal Lentikkan Bulu Mata Secara Semulajadi
Jaga dan bersihkan dengan kerap. Kemudian jangan picit bulu mata terlalu kuat dan lakukan ini selepas menggunakan maskara kerana ia boleh menyebabkan bulu mata gugur.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Jangan Abai Kesihatan Kuku. Amalkan Tip Ini Untuk Kuku Menawan.

Mungkin ramai daripada kita terlepas pandang soal penjagaan kuku. Kalau nak tahu kesihatan kuku sebenarnya sangat penting kerana ia melambangkan peribadi kita.
Bayangkan jika wajah sudah cantik dan berseri namun apabila dilihat pada kuku warnanya kusam dan tidak berseri. Paling teruk ada kesan dek tabiat menggigit jari. Aduh, sangat tidak kena.
Mungkin anda boleh ke pusat manicure dan pedicure namun tahukah anda selain kunjungan ke sini, anda sebenarnya boleh lakukannya sendiri di rumah.
Berikut adalah tip yang anda boleh ikuti demi mendapatkan kuku yang cantik dan sihat.
- Potong Kuku Dengan Tepat
Apabila anda memotong kuku. potong biar sedang elok dan jangan dipotong terlalu dalam. Jika anda memotong terlalu panjang ia akan menyebabkan bahagian hujung kuku luka sekaligus boleh menyebabkan ‘cagu’.
- Buang Tabiat Mengigit Kuku
Mesti ramai memiliki tabiat menggigit kuku, betul tak? Cuba elak dari melakukan perkara ini lagi. Tabiat menggigit kuku menyebabkan pertumbuhan kuku tidak sihat, lagi pula amalan itu agak menggelikan kerana hujung jari anda merupakan lokasi kuman mudah terkumpul.

- Makan Makanan Bernutrisi.
Kuku yang sihat bermula dari dalaman juga, apa yang kita makan haruslah bernutrisi untuk membekalkan nutrient yang mencukui dalam menjaga kesihatan kuku. Agar kuku tidak mudah rapuh anda boleh mengambil makanan yang memiliki vitamin B, C, E dan juga berprotein.

- Hindari Memakai Pewarna Kuku Terlalu Kerap
Sebagai seorang hijabi mungkin pewarna kuku bukan pilihan kerana susah untuk dibawa solat. Bagi yang gemar memakinya ketika waktu ‘datang bulan’, kalau boleh kurangkan amalan ini. Pewarna kuku sebenarnya menyebabkan kuku tidak boleh ‘bernafas’. Elak pewarna kuku yang memiliki bahan aseton kerana jenis kimia keras ini boleh merosakkan permukaan kuku.
Jangan lupa amalkan tip-tip ini untuk kuku yang lebih sihat. Semoga bermanfaat buat semua pembaca Hijabista.
Rambut Gugur Bergumpal Waktu Mandi, Salah Satu Cara Elak Rambut Gugur, Makan Makanan Tinggi Protein

Melihat segumpal rambut melekat pada sikat selepas rambut disisir tentunya mengundang risau. Apabila anda mengurai rambut dengan tangan, banyak yang melekat di celah-celah jari anda dan didapati rambut lebih mudah gugur selepas dicuci, tentulah membuatkan hati risau. Bukan apa, bimbang semakin banyak rambut yang gugur namun ‘penawar’ untuk merawat masalah ini masih lagi belum jumpa.
Jika masalah ini berlaku, anda tidak bersendirian. Ramai wanita yang mengalami masalah kurang menyenangkan ini, apatah lagi apabila membayangkan kemungkinan rambut menjadi semakin nipis atau risiko botak.
Terdapat pelbagai faktor menyebabkan rambut gugur seperti stres, tersalah pakai syampu, ubat-ubatan dan sebagainya.
Namun masalah rambut gugur boleh dielakkan dengan beberapa cara. Ikuti perkongsian Seri Delima Abdullah.
PETUA UNTUK MASALAH RAMBUT GUGUR
1.Jangan kerap sangat sikat rambut.
Dah tahukan rambut tu mudah gugur, jadi janganlah kerap sangat sikat rambut.
Dan kalau nak sikat tu gunalah cara yang betul. Jangan direntap macam tu aje rambut tu.
Cara menyikat dengan betul. Genggam sebahagian pada bahagian tengahnya dan sikat pada bahagian hujung rambut dulu, barulah kemudian sikat dari bahagian kulit kepala ke bahagian tengah.
2. Guna Sikat Bergigi Jarang
Cubalah cari sikat yang bergigi jarang. Dengan sikat bergigi jarang, rambut tidak akan tertarik dengan sepenuhnya.
3. Hilangkan Kusut Rambut Sebelum Syampu
Sebelum membasuh rambut, rambut perlu disikat dulu supaya rambut tidak kusut. Jika rambut kusut, risiko untuk rambut gugur cukup tinggi.
4. Tocang Rambut Sebelum Tidur
Sebelum tidur, tocangkan rambut dan tarik penghujungnya ke tepi leher. Cara ini dapat mengelak rambut gugur banyak dan rambut tak kusut langsung lepas bangun tidur.
5.Makan Makanan Tinggi Protein
Ikan, kekacang seperti soya dan daging adalah sumber makanan yang tinggi protein. Ini kerana kebanyakan makanan yang mengandungi protein turut ditemani faedah B-12 yang baik untuk kekuatan dan pertumbuhan rambut!
6. Berhenti Gunakan Haba Pada Rambut
Elak keringkan rambut guna mesin pengering rambut. Haba panas akan buat akar rambut lemah dan boleh mematahkan rambut. Biar sahaja rambut kering dengan udara.
7. Berhenti Warnakan Rambut
Pewarna rambut tentunya mengandungi bahan kimia di mana ia kemudian menyerap ke dalam helaian rambut sehingga ke akar. Lebih-lebih lagi kalau anda mahu menukar warna rambut, ketika itu tukang rambut akan menggunakan sejenis kimia penanggal untuk proses ‘bleaching’.
8. Minum Banyak Air Putih
Minum 4 hingga 8 gelas sehari akan menyalur kelembapan pada rambut malah menggalakkan rambut supaya lekas tumbuh!
9. Pakai Minyak Kuatkan Akar Rambut
Gunakan minyak natural seperti minyak argan atau kelapa untuk disapu pada kulit kepala mahupun keseluruhan helaian rambut. Tak perlu banyak, cukup sekadar lima hingga tujuh titik minyak untuk disapu rata ke seluruh bahagian kepala.
10.Jangan Ikat Terlalu Ketat
Gunakan getah lembut seperti getah yang diperbuat dari fabrik baldu. Harus diingatkan juga, sanggul tersebut jangan diikat terlalu kuat, jarakan sedikit ikatan getah dengan kulit kepala supaya ikatan tersebut tidak akan menarik bahagian akar rambut sehingga membuatkannya lemah.
11.Basuh Rambut Selang 4 – 7 Hari
Basuh rambut 4 hingga 7 hari sekali kerana mencuci dengan kerap akan buat keadaan kepala dan rambut jadi terjejas di mana syampu akan menarik keluar minyak semula jadi yang dihasilkan kulit kepala. Ingat! Syampu pada bahagian kulit kepala sahaja tahu? Elak menggosok syampu pada helaian rambut.
Semoga dengan perkongsian ini anda dapat mengatasi masalah rambut gugur. Untuk pelbagai pilihan produk rambut, klik DI SINI
Sumber kredit: Seri Delima Abdullah