Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Duhai Malam, Intan Sarafina mengakui kini sudah berhijab selepas mengalami retak tulang di bahagian jari kelingking kaki kiri akibat terjatuh.
Ekoran daripada kecedaraan yang dialami, Intan,40, terpaksa dimasukkan ke wad pada 17 Januari lalu dan perlu melalui pembedahan berikutan kecederaan yang dialaminya itu.
“Ketika jogging di kawasan rumah saya terpijak lubang dan terus jatuh. Apabila buat pemeriksaan, tulang jari kelima kaki atau jari kelingking bahagian tengah retak. Saya terus dimasukkan ke wad dan perlu menjalani pembedahan.
“Selepas keluar hospital, rasa macam lain sangat. Memang tak boleh nak gambarkan perasaan itu. Saya berasa bersyukur sangat ibarat diberi peluang kedua. Jadi, sejak itu saya nekad untuk pakai tudung.
Ads
“Saya bulatkan hati nak berubah menjadi lebih baik dengan berhijab. Alhamdulillah, sekarang saya berasa lebih tenang. Saya berasa bersyukur dengan apa yang menimpa. Ada hikmah di sebalik kejadian berlaku,” ujarnya kepada Harian Metro.
Ads
Menurut Intan atau nama sebenarnya Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya, dia merasakan seperti ada yang kosong dalam hidupnya sebelum ini.
“Niat nak pakai tudung sudah lama, tapi saya simpan dulu. Diakui, sebelum ni memang macam ada sesuatu yang kosong. Tapi, alhamdulillah, sekarang saya lebih gembira dan tenang.
Ads
“Sebenarnya Allah nak lindung dari apa yang mungkin lebih buruk. Jadi, saya berasa syukur sangat. Alhamdulillah, sekarang saya dalam proses nak sembuh,” jelas peserta Gegar Vaganza musim ketiga ini.
Hidayah Allah itu datang tanpa diduga dan tidak mengenal sesiapa. Jika Dia telah perkenan untuk memberi hidayahNya, tidak mustahil sesiapa sahaja berhak menerima. Bagi selebriti Eyra Hazali, 22 tahun, keputusannya untuk berhijab memang cukup drastik. Sebaik usai solat Subuh, pelakon drama Mr Grey ini terus sahaja ambil keputusan untuk berhijab.
Namun sebenarnya niat untuk berhijab itu sebenarnya sudah lama, cuma dipendamkan sahaja keinginan. Ini kerana dia tidak begitu yakin dengan diri sendiri apabila berhijab nanti.
Walaupun tahu memang wajib bagi setiap wanita itu menutup aurat, tetapi Eyra telah membuat persiapan selama setahun sebelum benar-benar ikhlas untuk berhijab.
Perbaiki Solat & Belajar Mengaji
“Niatnya memang dah lama untuk berhijab tetapi iman kita ini turun naik. Masa itu banyak fikir pasal duniawi. Saya ambil masa setahun buat persiapan sebelum ambil keputusan berhijab. Dalam masa setahun itu saya perbaiki solat, belajar mengaji dan pastikan dir betul-betul bersedia barulah terus berhijab.
“Hidayah itu betul-betul datang pada Eyra pada tahun lalu bila Eyra tengah shooting drama Mr Grey. Sebelum itu bertangguh dan lama-lama dibiarkan rasa bersalah pula menguasai diri. Waktu itu baru Eyra rasa itu adalah petanda untuk Eyra ‘move’ kepada satu fasa yang lebih baik,” ungkap Eyra memulakan perbualan tengah hari itu.
Menurut Eyra sebaik mengambil keputusan untuk berhijab itu, dia amat beruntung kerana keluarga turut memberi sokongan penuh.
“Pada mulanya mereka memang macam susah nak terima, tetapi lama kelamaan bila lihat Eyra serius berhijab, barulah mereka yakin dengan keputusan yang diambil. Dalam hal ini abang Eyra paling gembira. Keluarga bukan tak suka tetapi mereka tahu Eyra macam mana.
“Ditambah dengan trend kini di mana ada artis yang buka hijab dan pakai hijab semula. Mereka takut Eyra jadi macam tu. Tapi lama kelamaan bila mereka lihat Eyra serius berhijab, barulah mereka rasa yakin dengan keputusan yang Eyra ambil,” tambahnya yang tidak kisah apa orang kata mengenai dirinya.
“Eyra tahu kalau ada selebriti berhijab pasti kita akan dengar caka-cakap netizen yang akan kata nanti akan kelua produk tudung baru, telekung atau apa-apa sahaja produk yang berkaitan soal membabitkan agama.
“Tapi bagi Eyra kalau orang lain cerita buruk pasal Eyra memang Eyra tak akan ambil tahu. Mereka tak tahu apa Eyra lalui dan Eyra juga tak tahu apa yang mereka lalui. Apa yang penting keputusan berhijab itu memang dari hati sendiri,” ceritanya yang tidak pernah terfikir untuk malas berhijab.
Tak Pernah Rasa Malas Berhijab
“Alhamdulillah rasa malas itu tidak ada, tapi kalau malas bersyampu rambut itu memang ada. Ini kerana hari-hari Eyra berhijab sampai ada satu hari Eyra cakap dah lama tak tengok diri sendiri tak pakai tudung. Biasanya lepas balik ke rumah, terus cuci muka kemudian masuk tidur.
“Bagi Eyra untuk yang pertama kali berhijab memang rasa susah sedikit. Seperti yang Eyra cakap, Eyra ambil masa setahun untuk persiapkan diri berhijab. Eyra pastikan diri Eyra ada persediaan secukupnya (bab jaga solat dan mengaji) sebelum ambil keputusan untuk berhijab.
“Cuma keputusan itu agak drastik. Kalau orang lain tunggu minggu depan, tetapi Eyra lepas solat Subuh terus sahaja nak pakai tudung,” jelas Eyra yang memberitahu caranya untuk kekal istiqamah adalah percaya pada diri sendiri, percaya pada Allah dan insya-Allah hidayah itu akan terus kekal dalam diri.
Sebagai insan yang baru berhijab, Eura juga turut menjadikan Mizz Nina, Heliza Helmi dan Aisyah Hijanah sebagai ikon. Menurutnya kerana pendekatan cara dakwah mereka apa berbeza. Sangat cool, tidak memaksa dan sentiasa memberi motivasi yang baik dan berguna kepada follower mereka di laman sosial.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penyanyi yang dikenali menerusi lagu Menahan Rindu ini sememangnya tampak manis dan ayu dengan imej muslimah yang dibawakannya. Jarang sekali kita lihat Wany Hasrita tampil dengan gaya yang keterlaluan dan menjolok mata. Meskipun sudah beberapa tahun berada di dalam industri hiburan tanah air, Wany tetap istiqomah dan tidak lari daripada imej yang dibawanya sejak hari pertama bergelar seorang penyanyi.
Cuma, baru-baru ini heboh di laman sosial memperkatakan tentang tudung Wany Hasrita yang dikatakan semakin pendek dan tidak menutupi bahagian dada di dalam satu gambar yang telah dipost di Instagram miliknya. Difahamkan pada ketika itu, Wany Hasrita sedang menjalani satu sesi fotografi untuk sebuah iklan.
Rata-rata netizen menegur pemakaian Wany itu dan ada yang menganggap bahawa Wany sudah lupa diri kerana semakin popular. Tidak mahu membuat sebarang spekulasi, Hijabista telah menemu bual Wany ketika bertemu di majlis pelancaran produk Jellyta by Wany Hasrita yang diadakan di JW Marriot Kuala Lumpur.
Wany sendiri mengakui kekhilafan yang dilakukan olehnya dan memohon maaf kepada netizen di luar sana. Malah, Wany sangat bersyukur kerana orang di luar sana dan para peminat begitu mengambil berat tentang pemakaiannya. Tambah Wany lagi, insyaAllah selepas ini dia tidak akan mudah menurut arahan yang bertentangan dengan dirinya. Jika orang suruh singkat-singkatkan, dia akan labuh-labuhkan.
Cuma, Wany memohon doa para peminat agar dirinya terus kekal istiqomah. Apa pun, Hijabista doakan agar segala urusan Wany dipermudahkan. Terbaru, Wany baru sahaja melancarkan produk kecantikan dan kesihatan iaitu Jellyta. Jellyta mengandungi bahan yang berkhasiat dan lazat seperti kurma, buah delima, saffron, madu dan L-Cysteine.
Sesuai untuk lelaki dan wanita, Jellyta sesuai untuk anda yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan berkedut. Jellyta juga sesuai diambil oleh individu yang bekerjaya dan sentiasa sibuk kerana ia berbentuk sachet yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja.
Hidayah Allah itu hadir tanpa diduga dan tidak mengira siapa insan yang akan dipilih menerima-Nya. Bersyukurlah siapa yang menerima Nur dari-Nya kerana Dia Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
Bagi selebriti Sharifah Sofia Syed Hussein, bersyukur kerana dirinya terpilih untuk menerima hidayah Allah walaupun sudah enam tahun berlalu. Hijabista mengatur sesi fotografi dengan pelakon sitkom popular Spanar Jaya ini yang nyata masih cantik dan peramah seperti dulu ketika masih bergelar seorang pelakon.
Dia yang wajahnya sudah lama tidak muncul di kaca televisyen, kini memilih untuk bekerja sebagai seorang Program Koordinator untuk satu Conservation Group Company atau dikenali dengan nama Syarikat Pencinta Alam.
Mula berhijab pada tahun 2013, tetapi Sharifah Sofia begitu teruja apabila ditanya pengalamannya dalam penghijrahan yang dilakukan.
“Ketika saya mula berhijrah tujuh tahun dulu, anak saya baru berusia setahun lebih. Penghijrahan ini bukanlah benda yang saya sudah fikirkan lama-lama. Atau benda yang tiba-tiba berlaku disebabkan saya nampak cahaya di mana-mana. Saya juga tidak mengalami apa-apa mimpi sebagai petanda seperti sesetengah orang.
“Tapi hidayah itu datang bila saya tiba-tiba bangun pagi dan terus rasa nak pakai tudung. Dan bermula pada hari itu saya sudah mula berhijab. Sepanjang tempoh itu saya tak nafikan ada masanya agak down disebabkan tiada sokongan dari pihak lain,” ungkapnya memulakan perbualan.
Menurut Sofia juga jika tiada dorongan memang boleh menyebabkan semangat menjadi drop. Tetapi cepat-cepat akan diisi dengan pergi ke kelas atau majlis ilmu untuk meningkatkan lagi iman dan hubungan dengan Allah.
“Tapi yelah iman kita ibarat roller coaster ada masanya memang up and down. Tetapi kita yang harus bijak menanganinya untuk memastikan diri kekal istiqomah. Ketika mula-mula saya berhijab dulu, bukan keluarga yang mendorong. Malah ada antara family yang tak nak cakap dengan kita pun bila tahu diri sudah berhijab.
“Ada yang menjauhkan diri sebab dia tidak tahu apa sebabnya orang nak pakai tudung. Jadi memang banyak dugaan semasa kita baru mula-mula bertudung. Malu juga ketika itu nak keluar rumah. Bukan itu sahaja, malah ada kawan-kawan yang menghilangkan diri dan ada juga yang mendiamkan diri.
“Memang banyak benda berlaku pada kita. Tapi rasa lega bila faham kenapa semua benda ini berlaku pada kita. Dia yang mengambil dan memberi apa yang Dia mahukan supaya boleh memberi kita pengajaran,” ujar Sofia menceritakan dugaan selepas berhijab.
Namun begitu ada juga yang menaikkan semangat dan ada juga melunturkannya sehingga terasa malas untuk bangun dari katil menyempurnakan solat.
Tambah Sofia lagi, sepanjang berhijab ini juga dia mengakui pernah rasa untuk membuka tudungnya.
“Memang selalu juga kita rasa macam nak buka tudung. Sebab kita juga rindu pada benda-benda lama yang sering dibuat dulu. Termasuk kawan-kawan lama. Tetapi sebab-sebab tertentu yang tak boleh menentukan sebab apa kita nak bukak hijab. Jadi terus berteguhlah untuk memakainya.
“Bangun pagi pakai juga. Nak keluar rumah pun pakai jugak hijab. Walaupun terdetik dalam fikiran untuk buka hijab tetapi sampai sekarang alhamdulillah masih kekal bertudung. Biarpun sudah bertudung, tetapi fesyen kegemaran Sofia masih yang sama, sportshoes, jeans, t-shirt dan itu memang ‘fesyen’ Sofia dari dulu lagi.
“Dari dulu lagi kalau ada yang kenal Sofia, Sofia bukan jenis suka mengikut perkembangan fesyen atau macam trendy la. Mereka panggil Sofia, sporty Sofia sebab gemar pakai yang simple sahaja. Sofia memang bukan jenis stailista,” ceritanya lagi yang mengakui turut rindu untuk kembali berlakon.
“Lebih lima tahun Sofia tak berlakon. Rindu dari segi pekerjaa itu, tetapi bab lain memang tidak. Terus terang Sofia memang jenis tak mengejar populariti walupun bagi sesetengah orang bagus sebab bila orang jumpa kita tanya bila nak kembali berlakon. ‘You pelakon yang bagus’.
“Namun insya-Allah kalau jumpa story dan skrip yang bagus memang Sofia akan fikirkan untuk kembali ke dunia lakonan. Tetapi niat itu mestilah kerana Allah. Buat masa ini Sofia bahagia dengan apa yang Sofia lakukan, kehidupan ditemani dua anak perempuan yang comel dan bijak,” ujar Sofia yang selesa kini bergelar ibu tunggal. Namun dia juga turut berdoa pada Tuhan agar satu hari nanti diketemukan dengan Imam yang baik bukan sahaja untuk dirinya tetapi demi anak-anak.
Biarpun masih baru dalam penghijrahan ini, tetapi Sofia turut menitipkan pesanan buat hijabi di luar sana bagaimana untuk kekal istiqomah dalam berhijab.
“Pesanan untuk mereka yang baru berhijab, bersabar dan bertabah. Pada mulanya nampak senang. Ada masa memang up and down. Banyak yang akan difikirkan bila kita sudah berhijrah. Banyak dugaan yang tidak akan kita jangka.
“Jadi bila berlaku perkara tidak sepatutnya, duduk sekejap dan fikirkan betul-betul kenapa kita bertudung. Ingatlah bila kita buat penghijrahan itu kerana untuk satu sahaja, iaitu Allah SWT. Perlu ingat berhijrah hanya untuk yang satu dan only Allah Taala,” jelasnya sebelum mengakhiri perbualan.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
KREDIT FOTO: YANTI SHARUDDIN
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cloud skin ialah trend solekan lembut yang memberi efek kulit halus, segar dan natural. Ketahui cara hasilkan kemasan makeup yang nampak mahal dan elegan.