Peti ais atau peti sejuk merupakan peti ‘ajaib’ yang sentiasa kita buka hari-hari apabila lapar. Sentiasa dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan, ia juga kadang kala mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan akibat campuran bau di dalamnya termasuklah bau daripada bahan masakan mentah.
Bagi menghilangkan aroma yang kurang menyenangkan, seorang jejaka ialah Sufri Jamaluddin telah menunjukkan cara bagaimana untuk mengatasi masalah ini dengan cara yang ringkas dan kos yang murah. Tak sangka betul!
Tidak renyah, anda hanya perlu mengeluarkan segala isi di dalam peti ais dan kemudian lap menggunakan kain bersih bersama esen vanila.
Ads
Photo by Karolina Grabowska from Pexels
Bukan hanya mudah dan murah, malah ia meninggalkan bau yang wangi dalam ruang peti ais anda. Tak percaya? Cubalah sis!
Pernah tak Hijabi cakna tentang fungsi butang kitaran udara yang terdapat dalam setiap kenderaan. Jika pernah lihat pun, tahukan anda apakah fungsi butang itu disediakan di dalam kereta masing-masing?
Baru-baru ini, negara digemparkan dengan berita duka melibatkan sebuah keluarga yang pengsan sehingga terlibat dalam kemalangan yang dipercayai akibat kekurangan oksigen dalam kenderaan sewaktu menghadapi perjalanan jauh.
Justeru, berikutan insiden ini. Hijabista begitu terpanggil untuk berkongsikan fungsi dan cara menggunakan butang kitaran oksigen dalam kenderaan.
Mengulas isu ini dengan lebih lanjut, Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Profesor Dr Wong Shaw Voon berkata, fungsi utama butang kitaran oksigen itu adalah untuk menyalurkan oksigen yang mencukupi terutamanya apabila ingin melakukan pemanduan jarak jauh, khusunya jika kenderaan padat dengan penumpang.
“Apabila tidak menghidupkan fungsi ini, ditambah dengan perjalanan yang jauh dan sesak semasa perayaan, ia menyebabkan oksigen yang ada akan berkurangan serta memberi risiko kepada pengguna kenderaan tersebut.
Jelasnya lagi, meskipun pengaktifan butang kitaran oksigen ini akan mengakibatkan alat penyaman udara dalam kenderaan menjadi kurang efektif, tetapi lebih baik daripada mengakibatkan kemalangan yang tidak dijangka.
“Perlu tekan butang yang ada itu walaupun kita tahu kesannya penyaman udara kurang sejuk dan bau dari luar akan masuk dalam kenderaan. Namun, ia sebagai langkah keselamatan sebelum perkara tidak diingini berlaku,” katanya lapor akhbar tempatan.
Shaw Voon menegaskan bahawa, kejadian kemalangan yang berlaku baru-baru ini berkemungkinan berlaku kerana mangsa tidak menghidupkan mahupun menggunakan fungsi kitaran udara luaran yang telah disediakan di dalam kenderaan sebagai langkah keselamatan.
“Contoh kes di Bentong, mereka ada empat orang. Jadi, kadar oksigen yang mereka dapat adalah lagi rendah sebab perlu berkongsi. Tingkap ditutup, butang pengaliran udara tidak ditekan, ditambah dengan ruang yang terhad.
“Apabila lama sangat di dalam kereta tanpa menggunakan fungsi kitaran udara luar, mereka akan rasa penat. Ini bermaksud sudah kritikal. Bila dah rasa begitu (penat), mereka pengsan,” ujarnya.
Selain itu, antara cara lain yang boleh digunapakai sekiranya tidak mahu menghidupkan butang aliran udara. Anda disarankan untuk membuka tingkap sekali sekala, sekiranya bercadang untuk menghafapi perjalanan yang panjang dan jauh.
Ini demikian kerana, menurut Shaw Voon perkara sama mungkin tidak menimbulkan masalah sekiranya memandu dalam jarak dekat, walaupun tidak menggunakan fungsi kitaran udara tersebut. Apa yang menjadi masalah adalah sekiranya memandu pada jarak jauh bagi jangkamasa lama.
“Kalau memandu dekat, dalam 10 minit sampai, memang tiada masalah. Tapi kalau 10 jam, memang akan membawa masalah. Demi keselamatan, tekanlah butang kitaran udara itu,” tegasnya lagi.
Salah satu penyakit yang menakutkan wanita adalah kanser. Tidak kiralah payudara, darah ataupun kanser rahim, semuanya ditakdirkan Tuhan menemui pencinta-Nya. Cuma bergantung berapa lama boleh survive daripada penyakit yang dideritai.
Seperti perkongsian wanita ini dalam laman blognya. Dia yang mempunyai benjolan besar di bahagian tengkuk hanya bersikap buat tidak tahu tetapi teguran dari seorang tukang urut menyebabkan pemilik nama Eswati Azni Jaafar nekad membuangnya.
Sebelum itu benjolan atau ‘LUMP’ disangka ada kaitan dengan kanser (melalui pembacaan di internet) dan kebimbangan kepada penyakit merbahaya itu menyebabkan dia tidak mahu lagi ‘membela’ benjolan yang rupanya adalah sejenis ‘lemak’.
Kerisauan aku akan muncul setiap kali aku berbicara bab bab kanser, tumor and lain lain. Nampaknya aku ni macam tak yakin kan itu hanyalah fat semata mata. Yelah.. persoalannya, cukupkah kepastian tu kita dapat dengan scan Ultrasound sahaja.
Tiga tahun sebelum itu ini bukan dia tidak ambil kisah dengan benjolan ini kerana doktor hanya memberitahu ia adalah lemak di bawah kulit. Malah dia juga turut berjumpa doktor pakar di bahagian tulang dan katanya juga hanyalah masalah lemak.
Doktor kemudiannya mengesyorkan membuat fisioterapi untuk membuang ‘lump’ berkenaan, tetapi masalah tetapi tidak berjaya diselesaikan. Malah dia sering mengalami sakit badan dan kepala dan berjumpa semula dengan tukang urut berkenaan.
Teguran tukang urut itu memang agak menakutkan dia. Apabila dia memberitahu salah seorang pelanggannya yang ada benjolan seperti ini dan mengalami lumpuh hingga tidak boleh berjalan. Selepas membuang semua barulah boleh berjalan seperti biasa.
akak bukan takutkan ko nih, tapi rasa nak kena cakap jugaklah. Dulu ada sorang yang akak selalu urut ni, lama akak tak jumpa. rupanya dia ada lump kat tengkuk macam ko ni ha… sampai lumpuh tak boleh jalan, selepas buang semua barulah boleh jalan macam biasa”
Kebimbangan itu menyebabkan sekali lagi dia terus berjumpa doktor biasa untuk mendapatkan surat jaminan untuk membuat rawatan di hospital pakar. Sekali lagi kebimbangan menghantui sementara menunggu apa keputusan walaupun doktor itu memberitahu benjolan itu adalah ‘FAT’ sahaja.
Doktor memberi pilihan sama ada untuk simpan atau buang dan keputusan terletak ditangannya. Setelah berbincang dan bimbang lemak itu makin membesar dan menekan urat yang tak sepatutnya, dia memgambil keputusan untuk menbuangnya.
Walaupun sebelum ini sudah mempunyai pengalaman 5 kali masuk bilik pembedahan, perasaan bimbang itu tetap ada. Rasa seperti nak mati setelah dibius sebelum pembedahan berjalan.
Ini kalau ikutkan dah 5 aku masuk OT, selain dari kes endometriosis aku dulu, bersalin, luar rahim … setiap kali nak masukkan ubat bius mesti akan nervous. Rasa macam nak mati hahah.. betull .. sbb korang akan rasakan ubat tu sampai ke kerongkong dan panas dan akan terus tertidor. Memang dalam hati dok mengucap sakan weh
Akhirnya benjolan atau ‘FAT’ atau ‘LUMP’ selamat dibuang dari tubuhnya. Bukan kecil tetapi sepanjang 7cm lemak yang diternak selama 3 tahun. Carian di internet memang tidak tahu punca kejadiannya.
Apa yang dibaca hanya ia seperti inheritance, lump atau limpoma ini adalah salah satu cara untuk membuang ‘unwanted toxic’ dalam badan sebab kulit adalah agen pembuangan toksik paling besar selain dari kidney and liver.
Kini satu perasaan yang terluah adalah LEGA dan Alhamdulillah tidak ada sebarang perkara tidak elok yang terjadi.
Kebolehannya beraksi sebagai pengacara cukup terbukti apabila berpeluang mengacarakan rancangan Nona di TV3. Uyaina Arshad kelmarin sekai lagi membanggaka keluarga dan Malaysia apabila terpilih sebagai juara Pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018. Personaliti dan pengacara Wanita Hari ini dalam statusnya di laman sosial memberi kredit kepada ibu serta kakaknya yang menjadi tulang belakang kejayaannya di luar negara ini.
Menurut Uyaina ibu dan kakaknya itulah yang menjadi cinta hati dan memberi motivasi bagi dirinya setiap hari. Dia turut berterima kasih kepada kedua wanita ini kerana sentiasa ada di sisi. Menurut wanita yang petah berbicara ini sejauh dan setinggi mana terbang, keluarga adalah segalanya.
Dia turut berterima kasih kepadaAllah kepada mengurniakan kepadanya sebuah keluarga yang begitu menyayangi dirinya, mengambil berat dan menegur dirinya untuk menjadi yang lebih baik.
Dalam pertandingan yag berlangsung di Jakarta anjuran stesen TV Indosiar, Uyaina menewaska dua lagi calon lain, iaitu Hanifah Razan pemenang tempat kedua dari Indonesia dan Avida Lale dari Turki yang menang tempat ketiga.
Dia turut berkata diangkat sebagai Puteri Muslimah Asia 2018 pastinya membuatkan dia cuba memikut tanggungjawab untu mengangkat martabat wanita Islam agar menjadi pemangkin kepada masyarakat.
Kemenangan itu menyaksikan Uyaina membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, tiara dan juga sebuah trofi.
Penampilan Uyaina sepanjang pertandingan itu juga turut mendapat pujian ramai apabila menggayakan beberapa busana sebelum terpilih untuk top 10, top 5 dan juga top 3. Salah satu adalah hasil rekaan Ezuwan Ismail yang mengetengahkan fabrik songket dengan sentuhan moden.
Pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 ini menghimpunkan 18 peserta dari enam negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam, Turki dan Timor Leste.
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.