Pelakon popular, Mawar Rashid memang dikenali sebagai seorang dramatis yang berbakat besar. Baru berusia 23 tahun, Mawar kini sedang mengecapi puncak kejayaan dalam karier lakonannya. Lebih menarik lagi, beliau juga sudah bergelar seorang isteri kepada suami tercinta iaitu Raden Ahmad Faizal Yaakob ataupun lebih mesra dipanggil Raf.

Ternyata Mawar dilihat pandai membahagikan masa di antara tugas sebagai seorang isteri dengan kerjayanya sebagai pelakon. Selain itu, hubungan akrab dengan ibu tercinta iaitu Datin Marinee turut menawan hati peminatnya. Mawar yang ditemui pada pelancaran produk Nurish Organik baru-baru ini yang menampilkan dirinya sebagai duta produk menjelaskan semua detik-detik bersama Mummy adalah waktu yang paling indah dalam hidupnya.

“Kalau nak diikutkan Mawar ini anak ketujuh, anak yang paling bongsu. Jadi dari Mawar baby sampai sekarang Mawar sentiasa berkepit dengan Mummy. Pergi mana-mana mesti Mummy akan bawa anak bongsu dia ini. Mummy Mawar ini adalah seorang yang caring, lembut yang kalau kita tengok dia pun kita tahu dia akan sentiasa berkorban apa sahaja untuk anak-anak dia.

IKLAN

Jadi bagi Mawar, lebih-lebih lagi bila Mawar dah kahwin sekarang, masa Mawar bersama Mummy tak sama seperti dulu jadi sebab itulah Mummy akan sentiasa appreciate waktu-waktu Mawar bersama Mummy.”

Ketika ditanya bagaimanakah rahsianya menawan hati ibu mentua, Mawar menjelaskan bahawa cara terbaiknya adalah menganggap ibu mentua kita seperti ibu kandung kita sendiri.

“Bagi Mawar, macam mana Mawar layan Mummy Mawar, macam itulah juga Mawar akan layan ibu mentua Mawar dan ini adalah kali pertama Mawar beraya sebagai seorang isteri, beraya bersama keluarga baru dan ianya merupakan satu pengalaman yang sangat indah dan tak akan dilupakan. Lebih-lebih lagi apabila waktu pagi raya saat Mawar menyiapkan segala kelengkapan suami.”

IKLAN

Rindu ibuuu @rsd.umi ❤️

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

IKLAN

Mawar juga dilihat sebagai seorang gadis yang sangat beruntung dan sempurna kerana sudah mengecapi segala-galanya pada usia yang cukup muda. Apa agaknya kata Mawar mengenai perkara ini ?

“Pada pendapat Mawar, alhamdulillah Mawar bahagia dengan kehidupan Mawar. Mawar ingin buat yang terbaik bagi orang sekeliling, suami, pekerjaan dan untuk diri Mawar sendiri. Jadi bagi Mawar, dalam kehidupan ini hari-hari kita belajar dan sampai bila-bila pun kita akan belajar cara untuk ambil hati orang dan bagaimana mahu berikan yang terbaik dalam pekerjaan kita. Jadi, apa-apa pun Mawar cukup bersyukur dan Mawar harapkan semua sokongan peminat-peminat Mawar diluar sana untuk support kerjaya Mawar, apa-apa sahaja yang Mawar lakukan dan terima kasih kerana menyokong Mawar.”

https://www.instagram.com/p/BkAAp2iBLzu/?taken-by=mawarashid

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI