Bagi mereka yang bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi, pastinya sudah tercari-cari konsep majlis perkahwinan yang bakal diadakan.
Haaa, jika hijabi mahu tampil lain daripada yang lain, bolehlah ikuti idea yang dikongsi oleh @NadJsmi di twitter ini. Jika sebelum ini majlis pernikahan sering diadakan pada waktu pagi atau malam, apa kata lepas ni buat pada waktu hi-tea pula?
Sis Nad telah berkongsi panduan pada semua bagaimana hendak mengadakan majlis nikah pada waktu petang. Interesting!
Ads
Menurutnya, RSVP wedding card perlu ada bagi mengatur jemputan.
Ads
Pilihlah makanan yang bersesuaian dengan waktu seperti bihun, spaghetti dan sebagainya.
Ahli Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) berpeluang membuat permohonan i-Lestari daripada akaun 2 sehingga 30 April ini bagi pengeluaran bermula Mei.
Permohonan i-Lestari itu boleh dibuat menerusi i-Akaun secara dalam talian. Namun kini ada cara yang lebih mudah untuk memohon.
Berikut perkongsian Akhtar Syamir.
Tak perlu dah susah-susah buat i-akaun untuk mohon i-Lestari.
Kemudahan untuk mengeluarkan sehingga RM500 dari akaun 2 KWSP. Sebelum ini, pencarum perlu cipta i-akaun dahulu dan mohon dari situ. Memandangkan ini telah menyukarkan orang ramai, Kerajaan telah membuat satu inisiatif bagus untuk memudahkan permohonan i-Lestari.
Hanya klik https://ilestari.kwsp.gov.my/ dan pilih PERMOHONAN BAHARU untuk mula memohon. Nak semak permohonan pun boleh.
INI LANGKAH-LANGKAHYA:
1. Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.
2. Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja dan secara bulanan. Bilangan bulan yang boleh dikeluarkan dikira dari tarikh penerimaan permohonan sehingga tamat tempoh i-Lestari pada 31 Mac 2021.
3. Syarat kelayakan adalah warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia, berumur di bawah 55 tahun dan mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2.
4. Permohonan boleh dihantar mulai 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021.
5. Ahli KWSP boleh keluarkan minimum RM50 sehingga RM500 sebulan bergantung kepada baki di akaun 2.
6. Bayaran akan dibuat mulai bulan Mei 2020 untuk permohonan mulai April 2020 manakala permohonan mulai Mei 2020 akan dibayar mengikut tarikh permohonan.
7. Setelah permohonan dibuat, amaun yang dipilih tidak boleh diubah buat masa ini.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengkategorikan situasi penularan COVID-19 sebagai pandemik.
Bagi pengetahuan semua, pandemik merujuk kepada penyakit berjangkit yang merebak melalui populasi manusia dan merentasi kawasan luas hingga melepasi sempadan negara dan benua, malah ke seluruh dunia.
Perkara itu telah diumumkan menerusi akaun Twitter rasmi pertubuhan itu, yang antara lain menyatakan penilaian terkini dibuat setelah memantau penularan dan kemudaratannya.
“WHO telah menilai penularan ini sepanjang masa dan sangat bimbang dengan tahap penyebaran dan kemudaratannya, juga mengambil kira tahap tindakan yang tidak mencukupi.
“Oleh itu, kami telah membuat penilaian bahawa COVID-19 boleh dikategorikan sebagai pandemik,” kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Menurut info grafik yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pandemik merujuk kepada wabak yang merebak secara besar-besaran ke seantero dunia hingga merentasi wilayah dan melibatkan populasi yang besar. Selain kejadian wabak yang merentasi wilayah, pandemik mempunyai beberapa ciri-ciri umum yang menarik.
Salah satu ciri pandemik adalah ia melibatkan penyakit yang mempunyai kadar serangan yang tinggi menyebabkan bilangan kes meledak secara tiba-tiba dalam masa yang singkat. Biasanya, penyakit yang menyebabkan pandemik adalah penyakit baru (novel) di mana populasi manusia tidak mempunyai imuniti atau daya tahan melawan terhadap penyakit tersebut. Ciri ini memudahkan penyakit ini merebak dengan pantas dan boleh menyebabkan kadar kematian yang tinggi.
Dari kisah sejarah, kejadian Black Death atau Maut Hitam adalah contoh pandemik yang meragut jutaan nyawa di Asia dan Eropah di antara kurun ke-14 sehingga 17. Hampir dua pertiga penduduk dunia menemui ajal dijangkiti kuman penyakit hawar iaitu Yersinia pestis, yang dibawa oleh tikus.
Penularan pandemik ini turut dibantu oleh faktor pergerakan manusia dan kewujudan persamaan faktor persekitaran. Sebagai contoh, nyamuk Aedes yang merupakan vektor untuk penyakit demam kuning (Yellow Fever) boleh dijumpai di negara Brazil dan Malaysia. Sekiranya tiada undang-undang yang mewajibkan pengambilan vaksin demam kuning ini, Malaysia amat berisiko untuk mendapat wabak demam kuning dari negara Amerika Latin tersebut.
Oleh itu, sentiasalah mengambil langkah berjaga-jaga pada waktu sekarang dan jangan pentingkan diri sendiri. Utamakanlah kesihatan anda dan seboleh-bolehnya elakkan berkunjung ke tempat yang menjadi tumpuan ramai. Sama-samalah kita berdoa kepada Tuhan agar masalah penularan wabak ini akan pulih segera. Amin.
kredit: astro awani, kementerian kesihatan malaysia, mmgazette
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Semalam merupakan hari bersejarah kerana berlakunya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Tepat jam 8 pagi semalam, pintu 8,958 pusat mengundi di seluruh negara dibuka dan lebih 20 juta pengundi mempunyai masa 10 jam sehingga 6 petang untuk memilih wakil rakyat.
Rakyat Malaysia juga sudah selesai menjalankan tanggungjawab untuk mengundi semalam. Kira-kira 70% pemilih berdaftar sudah menunaikan tanggungjawab mereka, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Untuk pengetahuan anda, banyak sejarah telah tercipta pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) antaranya ialah jumlah calon wanita yang bertanding. Ianya berjumlah 187 orang; 127 untuk kerusi Parlimen dan 60 di peringkat Dewan Undangan Negeri. Jumlah calon wanita bagi kerusi Parliman kali ini lebih ramai kali ini berbanding PRU-14 yang hanya merekodkan 72 orang.
Menurut Harian Metro, seramai 32 calon wanita daripada 127 orang yang bertanding di kerusi Parlimen berjaya mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) seramai 15 daripada 60 lagi calon yang bertanding di Perlis, Perak, Pahang dan Bugaya di Sabah berjaya memenangi kerusi masing-masing.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah memenangi kerusi di Parlimen Bandar Tun Razak dengan majoriti 9,817.
Teo Nie Ching, Teresa Kok dan Hannah Yeoh masing-masing berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kulai, Seputeh dan Segambut.
Mantan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri yang bertanding di kerusi Parlimen di Santubong memperoleh undi majoriti sebanyak 19,485.
Datuk Rubiah Wang berjaya mempertahan kerusi Parlimen Kota Samarahan dengan kemenangan majoriti 29,445 undi.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menang di Parlimen Parit Sulong, selepas memperoleh 25,740 undi.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said juga terus mempertahankan kerusi Parlimen Pengerang apabila berjaya meraih sebanyak 21,738 undi
Ketua Wirawati Warisan Isnaraissah Munirah Majilis yang menjadi calon tunggal wanita yang memenangi kerusi Warisan sekali gus mempertahankan kerusi Parlimen Kota Belud dengan majoriti 4,582 undi.
Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Masjid Tanah yang dimenangi dalam PRU-14 selepas memperoleh 25,604 undi.
Dr. Siti Mastura Muhammad mencipta kejutan terbesar di kerusi Parlimen Kepala Batas apabila menewaskan calon pilihan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dengan majoriti 2,867 undi.
Calon muka baharu, Rodiyah Sapiee turut menang besar di Parlimen Batang Sadong dengan majoriti 14,893 undi.
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.