Kelam-kabut dengan pelbagai rutin harian meyebabkan para wanita terutama hijabi yang baru bekerja tiada masa untuk menjaga penampilan dan kecantikan diri. Kini, Hijabista kongsikan 8 rahsia tampil cantik dan jelita hanya dengan tidur pada  malam hari. Jom semak!

1. Permulaan awal

Jadikan tabiat mencuci muka beberapa jam sebelum tidur. Waktu tidur malam adalah waktu terbaik untuk pemulihan kulit. Ini kerana semasa tidur malam, pengaliran darah di wajah terus mengalir sampai ke permukaan kulit. Oleh itu, ia bagus untuk menyerap segala kebaikan-kebaikan yang diperlukan oleh kulit wajah.

Cuci muka sebelum tidur.

2. Tidur menelentang, usah tidur meniarap

Tidur meniarap adalah sangat tidak baik untuk ‘beauty sleep’. Berat purata kepala manusia adalah lebih kurang 7-8 paun, jadi terdapat banyak tekanan yang anda letak di wajah sekiranya anda tidur meniarap. Bahkan, pakar kulit juga ada menyatakan bahawa mereka boleh mengenali orang yang gemar tidur meniarap dengan hanya melihat wajah mereka, amat berkedut sekali! Tidur meniarap adalah punca meningkatkan kedut pada wajah.

3. Tidurlah dengan kepala yang lebih tinggi daripada badan

Cara terbaik adalah kepala dan leher di atas 2 hingga 4 inci tebal kayu. Ini kerana graviti membantu limpa dan darah untuk mengalir supaya cecair atau air tidak terkumpul di muka. Air inilah yang dikatakan ‘water retention’, yang menyebabkan wajah anda tembam atau mengelebeh. Tidur dengan kepala diletakkan lebih tinggi iaitu gunakan dua bantal. Jika anda tidak sukakan bantal, letakkan ‘headrest area’.

IKLAN

4. Gunakan pelembap mata yang terbaik

Pelembap mata bukan sahaja mencantikkan dan meransang pertumbuhan bulu mata (lagi tebal bulu mata, lagi menarik mata anda). Selain itu, ia bertindak untuk melembabkan kulit nipis yang berada di sekitar mata dan turut membantu melambatkan penuaan, menyegarkan mata dan mengurangkan kesembapan mata.

 

5. Tidur dengan lampu tutup atau gelap

Tidur tanpa cahaya akan memberikan anda tenaga apabila anda bangun nanti. Dalam keadaan gelap juga akan memberikan anda tidur yang berkualiti. Tanpa tidur yang berkualiti, kesihatan pun turut terjejas.

IKLAN

6. Elakkan muka jadi tembam

Ada sesetengah individu, badannya kurus tetapi mukanya tembam. Untuk bangun pagi dengan tulang pipi yang cantik dan lawa, makanlah menu makan malam yang mengandungi banyak protein dan kurang gula. Cuba ambil ikan seperti salmon bersama asparagus. Kalau boleh elakkan makan nasi, pasta, kentang semasa makan malam kerana dengan diet tinggi  karbohidrat menyebabkan badan dan wajah lebih cenderung mengelembir.

Elak nasi & ambil salmon sebagai ganti makan malam.

7. Kecantikan Rambut

‘Twist’kan rambut anda atau gulung-gulungkan ia dan tarik rambut anda ke atas, supaya rambut itu tidak melekat di kepala dan berkelemumur semasa bangun tidur akibat tidak mendapat udara yang cukup. Kesan kepada ‘twist’ tadi, rambut anda akan kelihatan lebih tebal.

IKLAN

8. Balut kepala dengan kain sutera

Balut rambut menggunakan kain sutera untuk mendapatkan rambut yang ‘super’ lawa, lembut dan tidak berambut gatal. Atau boleh juga menggunakan pelapik bantal jenis sutera atau satin untuk dapatkan kesan serupa.

Fakta wajib tahu!

Kajian yang dilakukan oleh National Sleep Foundation, Amerika Syarikat menunjukkan mereka yang tidur antara 6.5 jam sehari akan hidup lebih lama berbanding mereka yang tidur melebihi 8 jam atau kurang daripada 6.5 jam sehari.