Barangkali saat penulis mencoret bingkisan artikel tentang single terbaru penyanyi ini, dia sedang sibuk menjalankan proses persiapan konsertnya yang bakal tiba. Dimulakan dengan alunan gemersik melodi biola sebagai susur intro lagu terbarunya, Terus Hidup. Maka, bermulalah segala gabungan vokal terbaik, irama merintis jiwa, lirik yang menyentuh hati, deruan muzik berkarisma tinggi menghantui penulis untuk mendengarnya berulang kali.
Aina Abdul. Kita berbicara tentang seorang figura yang punya aura dan magisnya sendiri. Jika diteliti satu persatu sentuhan karya agungnya, Sepi, Semalam dan Nafas Cinta, semuanya umpama bunga yang kembang semerbak indah di halaman taman yang menghijau. Maksudnya, corak lagu yang dihasilkan penghidup landskap industri muzik tempatan.
Terus Hidup, yang baru sahaja dilancarkan pada hari ini jam 12 pagi tadi, umpama sebuah diari hidupnya yang punya ceritera sendiri. Menurut Aina, ia merupakan bingkisan peribadi yang dihasilkan bersama Jenny Chin, yang dianggap sebagai ‘balik gim idea’.
Ads
Kongsinya, idea untuk mendapatkan lagu ini muncul saat dia pulang dari gim. Bahagian korusnya dapat apabila dia menaiki tangga untuk pulang ke rumah namun masih samar. Memberi masa dan ruang untuk inspirasi mengalir di minda, sehinggalah menjadi Terus Hidup.
Ads
The day that I just got back home from gym, hence why Aina label the melody as ‘balik gym idea’ cause literally was walking from my packing spot then jalan naik tangga nak balik rumah, i got the chorus idea.
Well, originally tak dapat the exact flow how to end the chorus but things need proses.
Dalam masa itu juga, corak muzik juga berubah sebelum mendapat Terus Hidup yang sempurna. Baginya, ia merupakan satu-satunya lagu yang dihasilkan sambil berjalan kaki.
Ads
There’s so many ‘after gym’ labeled, even key change pun berlaku..so ya this one of the writing process for Terus Hidup. The first song I wrote sambil berjalan kaki. At least for the hook part la.
Terus Hidup boleh didengari di Spotify serta di laman YouTube bermula dari hari ini. Aina Abdul juga bakal muncul dengan konsert yang dinanti-nantikan oleh orang ramai, A Night With Aina Abdul 2.0 pada 25 dan 26 Jun 2022.
Mesti ramai keliru kan nak pakai sunblock ke sunscreen? Ramai yang tak tahu Sunblock dan sunscreen ada perbezaannya. Sinaran matahari bekalkan vitamin D. Tapi, sinaran UV ni juga boleh menyebab kan sinaran radiasi (UV) di kulit. Sinaran UV yang sudah di serap dalam kulit boleh menyebabkan kulit rosak. Anda berpotensi untuk dapat kanser kulit.
Terdapat dua jenis perlindungan kulit. Secara kimia dan juga fizikal. Mengikut American Melanoma Foundation (AMF), sunscreen ni ada bahan kimia yang akan menyerap sinaran UV dan juga mengurangkan jumlah sinaran UV sampai ke kulit. Sunblock pula jenis fizikal yang mengandungi bahan organik dan bukan organik yang akan bertindak sebagai penghalang di antara kulit. Sunblock juga akan membantu menghalang sinaran UV sampai ke kulit.
Sunscreen biasanya tidak berwarna, apabila disapu di bahagian badan, warnanya tidak akan kelihatan. Sunblock pula teksturnya agak pekat. Bila sapu di badan, warnanya akan kelihatan. Sunblock juga susah untuk di basuh dari sunscreen. Sekiranya mengunakan sunscreen, seeloknya sapu 30 minit awal sebelum aktiviti di bawah sinaran matahari. Bagi membantu kesan penyerapan berkesan. Bahan yang terkandung antara sunblock dan sunscreen juga berbeza. Rujuk gambarajah di bawah bahan yang di sarankan semasa memilih sunblock atau sunscreen:
Sun Protection Factor( SPF) , SPF ni sebenar nya digunakan sebagai anggaran jumlah sinaran UV biasa untuk lindungi kulit. Ini cara pengiraannya:
No. SPF X Masa untuk kulit terbakar tanpa dilindung = Masa untuk kulit terbakar dengan perlindungan
SPF 30 x 10 minit = 300 minit kulit akan dilindung
Anda yang berkulit sensitif boleh guna sunblock. Dua bahan penting sunblock iaitu titanium oxide dan zinc oxide. Bahan ni akan bantu mengurangkan iritasi di kulit berbanding bahan yang ada pada sunscreen. Anda yang berkulit cerah, mamadai dengan sunscreen SPF15.
Anda yang mudah berpeluh atau melakukan aktiviti renang, di galakkan untuk menyapu sunscreen dengan lebih kerap untuk kesan lagi efektif. Saranan terbaik, guna sunblock atau sunscreen yang mempunyai SPF UVA/B. A di UVA juga untuk lindung dari penuaan. B di UVB sebagai simbolik lindung kulit anda dari kesan terbakar di muka. Tanda +++ di UVA/B ++++ (contoh), bermaksud kesan yang lagi lama ia dapat memberi perlindungan pada kulit wajah anda.
Oleh itu, rajinkanlah diri memakai pelindung matahari sebelum keluar rumah jika anda mahukan kulit yang sentiasa cantik, segar dan kekal muda. Terdapat pelbagai lambakan produk sunblock dari jenama yang paling murah sehinggalah paling mahal.
Sesuai untuk remaja yang mempunyai kulit kombinasi dan untuk menutup cela
Sunblock ini walaupun harganya mampu milik tetapi ianya sangat berkesan untuk melindungi kulit anda dari sinaran UV dan dapat menghilangkan cela seperti bintik-bintik hitam pada kulit wajah. Produk ini merupakan sunblock kalis air (waterproof) dan kekal lama walaupun anda sedang berpeluh.
Ianya mampu menyerap masuk ke dalam lapisan kulit dan memperlahankan proses penuaan pada kulit. Dengan mengandungi ekstrak Rice Germ dan Vitamin E, sunblock ini dapat memperbaiki kulit rosak dan melembutkannya. Tidak berminyak dan melekit pada kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya jenis kombinasi.
Terbaik untuk lelaki – bagi yang aktif bersukan dan memiliki kulit normal
Sudah pasti kaum lelaki juga ingin melindungi kulit daripada terkena sinaran UV tetapi tidak tahu produk yang bersesuaian? Jenama Banana Boat ini sangat terkenal di kalangan pengguna yang gemar memakai krim pelindung matahari kerana produknya berkesan untuk kulit. Ianya tahan lama walaupun badan anda berada dalam keadaan basah atau berpeluh.
Diperkaya dengan Aloe Vera, Vitamin C dan E, bagus untuk melindungi kulit dari pancaran matahari yang memedihkan kulit. Sunblock ini dapat menghalang kulit anda daripada kekeringan dan mengekalkan kehidratan sepanjang hari. Terbaik untuk anda yang memiliki kulit normal.
Sunblock bertekstur lotion yang terbaik
Sunblock ini dapat melindungi kulit anda dengan baik dari terjadinya sunburn (kulit terbakar) dan boleh bertahan selama 4 jam ketika di dalam air. Selain itu, sunblock ini mempunyai sistem anti-penuaan sambil memberi kelembapan yang tahan lama. Losyen ini juga mengandungi SPF 50+, jadi kulit anda pasti terlindung dari sinaran UV.
Tidak perlu risau lagi jika anda menjalani aktiviti luar. Sapukan sahaja, anda sudah bersedia untuk berjemur di tengah panas!
Sesuai diguna semasa melakukan aktiviti di pantai
Jika anda sering kali melakukan aktiviti di luar pejabat atau ingin ke pantai yang akan menyebabkan kulit terdedah kepada sinaran UV dalam jangka masa panjang, gunakan sunblock ini kerana kandungan SPF yang tinggi. Ianya dapat melindungi kulit anda daripada terjadinya sunburn (kulit terbakar) akibat terlalu lama berada dibawah cahaya matahari.
Jika anda jenis yang tidak aktif dengan aktiviti luar, gunakan sunblock dengan kandungan SPF rendah. Jadikan kebiasaan memakai sunblock untuk mengelakkan kulit anda menjadi berbelang terutamanya bagi kaum perempuan yang berhijab.
Sunblock oil-free yang bertekstur gel dan sesuai untuk kulit berminyak
Inginkan sunblock yang sesuai untuk kulit muka berminyak? Produk sunblock ini sesuai untuk kulit anda kerana teksturnya yang sangat ringan dan tidak melekit. Tambahan pula, anda boleh menggunakan produk ini pada badan atau muka. Kulit akan dilindungi dari sinaran UV dalam jangka masa yang lama, jika anda kerapkali memakainya.
Sunblock bebas minyak ini dapat menghalang kulit anda daripada penghasilan minyak atau sebum berlebihan semasa berpeluh. Kulit anda akan kelihatan segar dan berseri.
Sunblock jenis spray, baik untuk kegunaan kulit kering
Sunscreen jenis spray ini dapat berfungsi sebagai pelembap untuk mengekalkan kesegaran kulit wajah sepanjang hari. Melindungi daripada sinar UVA & UVB, ianya mengandungi 100% asid Hyaluronik yang dapat menyerap masuk ke dalam lapisan kulit dan mengekalkan lembapan berpanjangan. Diperkaya daripada bahan organik seperti timun, Aloe Vera dan Squalane yang diekstrak khas dari minyak zaitun.
Bahan kandungan lain seperti ekstrak Licorice bertindak sebagai pencerah kulit dan menghalang wajah anda menjadi sunburn. Kini, kulit wajah anda tidak akan lagi terasa kering.
Sunblock khas dari Korea, terbaik untuk kulit berminyak
Untuk yang alami masalah kulit berminyak, sublock dari Innisfree ini terbaik buat anda. Diperkaya dengan minyak bunga matahari dan Green Tea, kulit anda akan dilindungi sepenuhnya daripada sinaran UVA & UVB yang merbahaya. Sunblock ini dapat bertahan sepanjang hari tanpa perlu mengaplikasikannya berulang-kali.
Kandungan SPF50 yang terdapat dalam sublock ini mampu melindungi kulit dengan baik. Hanya sekali sapuan, anda dapat menjalani aktiviti harian tanpa risau kulit terbakar.
Berkesan melawan jerawat dan sesuai untuk semua jenis kulit
Jika anda mengalami kulit kusam, sunblock ini dapat mengatasi masalah tersebut dengan memberikan perlindungan dari sinar UV serta mampu memberi efek cerah secara natural tanpa merosakkan kulit. Produk ini berkesan untuk anda yang memiliki kulit berjerawat cenderung kering.
Dengan krim sunblock ini yang bertekstur lembut, ianya efektif untuk mengekalkan lembapan buat kulit. Mengandungi titanium dioksida dan zink oksida serta bebas dari bahan kimia, kulit anda tidak akan menjadi pedih selepas memakainya.
Sunblock yang mengandungi zinc, terbaik untuk si pemilik kulit sensitif
Sunblock ini mengandungi zinc dan vitamin B3 yang sangat bagus untuk kulit serta dapat melindungi anda dari sinaran UV. Selain itu, ia mempunyai ketahanan selama 4 jam dan boleh digunakan di dalam air. Sunblock ini juga tidak akan menyumbat liang pori-pori.
Produk ini dapat melindungi kulit daripada radikal bebas serta bebas pewangi tiruan. Bukan sahaja sesuai untuk orang dewasa malahan untuk bayi dan kanak-kanak juga.
Sunblock terbaik, bertekstur krim – pelindung kulit berkualiti tinggi
Sunblock bertekstur krim ini mampu menghapuskan kedutan dan garis halus pada kulit wajah dengan penggunaan secara konsisten. Dilengkapi dengan agen penghalang radiasi inframerah, kulit anda tidak berisiko untuk terkena radikal bebas akibat pencemaran udara. Terdapat sensasi dingin selepas anda memakainya dan kulit tidak akan menjadi iritasi atau merengsa.
Diperkaya dengan ekstrak Centella, Birch sap dan Seed Oil, sunblock ini dapat menghalang kulit wajah anda terkena pancaran sinar UVA & UVB terus ke kulit.
Sunblock dari farmasi, terbaik untuk anda yang berkulit sensitif
Kulit sensitif adalah salah satu kulit bermasalah yang paling sukar mendapatkan produk yang bersesuaian. Tetapi anda tidak perlu khuatir. Ada produk yang dapat membantu untuk memperbaiki masalah kulit sensitif seperti rangkaian produk dari jenama Cetaphil ini.
Diformulasikan dengan bahan mesra kulit sensitif, sunblock yang mengandungi SPF50 ini juga dapat menghapuskan penuaan dan melindungi kulit anda dari sinaran UV. Yang penting, bebas paraben dan alkohol yang boleh merosakkan kulit sensitif.
Perlindungan bebas dengan sunblock waterproof terbaik
Sunblock ini mempunyai tekstur yang sangat lembut dan sesuai dijadikan sebagai makeup primer. Dengan menggunakan teknologi ‘core-corona emulsification’, ianya bertekstur gel serta kalis air, membuatkan kulit anda tampil segar. Produk ini diformulasikan dari Super Hyaluronic Acid, gliserin, kolagen, ekstrak Rose, Aloe, Green Tea, Sakura dan Tormentilla, memberikan perlindungan menyeluruh buat kulit daripada pencemaran.
Diuji secara klinikal, bebas pewarna tiruan serta mudah untuk dibersihkan tanpa perlu menyental kulit dengan kasar. Selamat untuk semua jenis kulit, anda akan berasa lebih segar dan bermaya.
Elakkan pigmentasi dan lawan jeragat dengan sunblock ini
Pigmentasi atau bintik hitam (dark spots) seringkali terjadi akibat penjagaan kulit wajah tidak betul dan sempurna. Cara untuk melawan jeragat dengan berkesan? Rajinkan diri untuk menggunakan sunblock setiap hari. Sunblock dari Shaklee ini diperbuat daripada 100% vegan iaitu bahan botani premium dan bebas daripada bahan kimia seperti paraben.
Diuji secara klinikal, sunblock ini boleh melindungi kulit daripada pancaran sinar UV dan mengandungi Vital Repair iaitu vitamin penting bagi menyuburkan kulit. Diperkaya dengan Muscodine Grape, ekstrak ini bertindak sebagai pelindung kulit dari radikal bebas.
Senarai produk cadangan dari : productnation
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Musim sejuk akan datang ke Syria tidak lama lagi. Ia adalah mimpi ngeri bagi pelarian Syria kerana kesejukanmelampaudibawahparasbekubolehmeragutnyawamereka. Sinar Karangkraf Sdn. Bhd. telah menzahirkan solidariti dengan bekerjasama bersama Syria Care untuk membantu pelarian Syria melalui Kempen Bantuan Musim Sejuk 10.0.
Menurut laman sesawang Syria Care, pertubuhan ini merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menabur bakti kepada mangsa konflik di Syria termasuk pelarian Syria di Turki dan Lubnan. Syria Care merupakan NGO pertama yang menggabungkan rakyat Syria dan Malaysia di dalam sebuah organisasi untuk memenuhi keperluan semasa rakyat di Syria.
Syria Care diasaskan atas inisiatif Sheikh Samir Sakka iaitu warga Syria, dan sekumpulan alumni Malaysia yang belajar di Syria pada tahun 2012 dengan tujuan untuk menyebarkan maklumat kepada orang ramai berhubung konflik krisis kemanusiaan yang berlaku di Syria. Sejak Februari 2021, pertubuhan ini aktif dan telah banyak melaksanakan misi-misi bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Pada 28 September 2022, Syria Care dan Sinar Karangkraf Sdn Bhd telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk mengukuhkan kerjasama strategik demi menyebarluaskan usaha kemanusiaan kempen Bantuan Musim Sejuk 10.0 yang berlangsung dari 28 September hingga 31 Disember 2022.
Projek kerjasama ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi melaksanakan usaha-usaha kemanusiaan sebagai persiapan bagi musim sejuk di Syria. Untuk pengetahuan anda, sebahagian besar pelarian Syria kini hidup dalam keadaan serba daif selepas lebih sedekad terperangkap dalam krisis yang berlanjutan.
“Kerjasama ini merupakan sebahagian komitmen untuk menjayakan misi bantuan musim sejuk Syria 10.0” ujar Datuk Muhammad Nasir Hamzah, selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf .
“Kalau di Karangkraf ini, kita tidak memilih untuk bekerjasama.. Kita memberikan ruang untuk pertubuhan seperti Syria Care supaya dapat menggalakkan lagi penglibatan dari orang ramai.” katanya lagi.
Tambahan itu, ketua Pegawai Eksekutif Syria Care, Siti Sakinah Binti Meor Omar Baki mengatakan bahawa Syria Care menyasarkan sebanyak RM 1.7 juta sebagai persediaan menghadapi musim sejuk buat pelarian di utara Syria. Oleh itu, pihak Syria Care juga mengharapkan bantuan dan kesediaan orang ramai untuk menyempurnakan misi bantuan kemanusiaan ini.
Melalui MoU ini, penglibatan kerjasama Sinar Karangkraf bersama Syria Care adalah seperti berikut:
Bagi anda yang ingin menyalurkan sebarang sumbangan atau pertanyaan, anda merujuk pada poster di atas atau boleh menghubungi Syria Care secara terus di talian 03-55234077 atau 011-288 09820.
Menu yang biasa kita makan bila menjamu selera antaranya ialah Roti Kukus Sangkaya. Makan panas-panas sangatlah sedap. Pendek kata ini antara menu yang menjadi pilihan ramai setiap kali menjamu selera di Boat Noodle.
Bagi hijabi-hijabi yang gemarkan menu yang ringkas dan cepat tapi berselera bila makan, bolehlah cuba buat Roti Kukus Sangkaya ini.
Jom kita cuba buat Roti Kukus Sangkaya seperti yang dikongsikan oleh Ira Idris ini.
BAHAN-BAHAN:
BAHAN UTAMA:
1 buku roti putih
BAHAN SANGKAYA:
200 ml santan
2 cawan susu sejat
2 sudu besar susu pekat manis
1/2 keping gula melaka
2 sudu besar gula pasir
1 biji telur
2 sudu besar tepung jagung
8 helai daun pandan
1/2 sudu kecil pewarna hijau
CARA MEMBUAT:
1.Kisar daun pandan dengan sedikit air. Selepas itu tapis.
2. Campur semua bahan dan masak dengan api yang paling perlahan. Kacau hingga likat.
3. Panaskan periuk kukus. Kukus roti 5 hingga 6 minit sahaja. Hidangkan bersama Sangkaya tadi.
4. Bila hendak hidangkan Roti dan Sangkaya, tambahkan susu cair sedikit dalam Sangkaya.
Ketahui cara pilih gaya tudung ikut bentuk muka supaya penampilan lebih seimbang, manis dan yakin di Hari Raya. Panduan lengkap kenal 5 bentuk muka wanita.