Jenama penjagaan kulit dan kecantikan terkenal, Wardah merentasi sempadan sains dan teknologi dengan memperkenalkan produk penjagaan kulit terbaharu iaitu Wardah Radiant Charge Serum.
Diformulasikan dengan sel termaju teknologi PowerTM, serum ini memberikan gabungan kuat 10% Vitamin C dan Ferulic Asid untuk menembusi lapisan kulit yang lebih dalam dengan berkesan.
Di samping menangani dan mencegah bintik-bintik hitam.
Baru-baru ini Wardah menganjurkan acara eksklusif sempena pelancaran Wardah Radiant Charge Serum di Blonde Republik Damansara Heights.
Sebagai jenama yang memperjuangkan inovasi berasaskan sains dan teknologi, Wardah melakar satu lagi kejayaan dalam penghasilan serum.
Tidak seperti vitamin C tradisional yang tidak meresap ke kulit secara mendalam dan boleh menyebabkan kerengsaan, Wardah Radiant Charge Serum menggunakan lebih banyak vitamin C tulen yang digabungkan dengan asid ferulik bagi memastikan penembusan secara mendalam dan maksimum dengan setiap titisan.
Menurut Wakil Jenama Penjagaan Kulit Wardah, Aishah Jailani, di Wardah komitmen mereka adalah untuk menghasilkan produk terbaik yang bukan sahaja inovatif bahkan mempunyai keberkesanan yang tinggi.
Duta jenama Wardah, Elfira Loy turut berkongsi pengalaman penjagaan kulitnya ketika sharing session bersama doktor estetik, Dr Wina.
Ads
Menurut Elfira, dia sebenarnya memiliki kulit yang sangat sensitif. Kebanyakan vitamin C tidak sesuai dengan kulitnya kerana akan mengakibatkan kerengsaan yang serius.
Pun begitu, setelah diperkenalkan dengan Wardah Radiant Charge Serum kulitnya semakin baik dan serasi dengan produk tersebut. Malah, Elfira semakin menyukainya dan konsisten mengamalkannya.
Pada hujung acara, diadakan pelbagai aktiviti menarik buat para jemputan yang hadir. Rata-rata mereka merasa gembira sepanjang acara berlangsung dan tidak sabar untuk mencuba Wardah Radiant Charge Serum.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wanita sememangnya sinonim dengan aktiviti membeli belah. Kadang-kadang bila terlampau sibuk menguruskan komitmen seharian seperti kerjaya dan keluarga dapat meluangkan sedikit masa untuk shopping, ibarat hilang seketika masalah!
Buat hijabi yang menjadikan shopping sebagai ‘ubat’ untuk menghilangkan tekanan seharian bekerja berita baik ini Hijabista bawakan khusus untuk anda!
Buat julung kalinya platform e-dagang Taobao, yang telah lama memasuki pasaran Malaysia, akan mengadakan ‘Tawaran 11.11 ’ dengan tema “Fikir saja, Taobao kan ada” bersempena bulan November ini.
Bagi memudahkan pengguna di Malaysia yang tidak fasih berbahasa Cina, Taobao kini telah menaiktaraf sistem platform e-dagang mereka dengan sistem dalam Bahasa Inggeris.
sekaligus memberi pengalaman membeli-belah kondusif dan optima, serta akses meluas kepada Hijabi seluruh dunia. Seronoknya sis! Tiada lagi ‘Language Barrier’.
Wanita mana yang tidak sukakan diskaun dan tawaran berganda, ketika membeli belah kan? Mesti hijabi tertanya-tanya apa tawaran istimewa yang Taobao bawakan pada Tawaran 11.11 ini?
Istimewanya, pada tawaran 11.11 Taobao, hijabi boleh menikmati penghantaran percuma sepanjang hari tanpa sebarang pembelian minimum! Hijabi boleh mendapatkan baucar bernilai bernilai RMB35 (bersamaan RM21) tanpa had belian minimum jam 10.00 pagi.
Selain itu, jangan lepaskan peluang, mendapatkan kod promosi bernilai RMB 111 (bersamaan RM 66) pada jam 9.00 malam setiap hari, di Facebook dan Instagram Taobao Malaysia.
Anda juga bakal mendapatkan lebih penjimatan, jika membuat pembelian RMB300 (sekitar RM170) keatas, hijabi layak menikmati diskaun sebanyak RMB50 (bersamaan RM29).
Malah, pengguna baharu aplikasi Taobao juga menerima potongan eksklusif sehingga RM90! Sesuai dengan tema ‘Beli Apa Saja Yang Anda Bayangkan’ hijabis bakal menemui produk unik dan luar biasa yang tidak mungkin dijumpai di tempat lain.
Di sini Hijabista senaraikan beberapa barangan menarik yang Hijabi boleh dapat hanya di platform dan aplikasi Taobao.
Hijabista dan fesyen berpisah tiada! Jadi hijabi yang suka bergaya wajib menambah topi bunga sakura comel, berwarna merah jambu ini ke dalam koleksi aksesori anda. Topi yang diperbuat daripada kain felt lembut ini, bakal memberikan keselesaan dan pelengkap gaya sempurna buat si pemakainya!
Bagi hijabi pencinta kucing, aksesori ini perlu anda miliki! Tote bag kucing bertemakan lebah comel, bakal memudahkan anda membawa kucing kesayangan pada bila-bila masa. Lebih praktikal dan Insta-worthy tau!
Uniknya, beg ini dilengkapi dengan lubang di bahagian hadapan, membolehkan kucing anda melihat pemandangan, ketika travel bersama hijabi dan menjadikan setiap percutian bersama si bulus lebih bermakna.
Rak beruang ini pasti menambah keceriaan dalam bilik tidur hijabi, gaya yang comel dan minimalis amat sempurna untuk mempamerkan buku-buku kegemaran anda. Pendek kata, sejuk mata memandang sis!
Lebih mengujakan lagi, Tawaran 11.11 ‘Taobao Karnival G11.11LER!’ juga akan berlangsung secara secara fizikal mulai 7 hingga 10 November ini. Bermula pada jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam (7 November 2024) dan sehingga jam 1.00 pagi pada (8 November hingga 10 November 2024).
Acara ‘Shopping Haul’ gilang gemilang yang pertama seumpamanya ini, akan diadakan di Tapak Urban Street Dining, Persiaran Hampshire, Jalan Ampang!
Selain itu, majlis berprestij ‘Karnival G11.11LER!’ ini bakal digamatkan dengan persembahan langsung (Live Performance) yang memukau!
Hijabi juga boleh mengisi masa, dengan permainan menyeronokkan seperti bola sepak mini, dadu gergasi dan gashapon sambil mengabadikan kenangan Taobao 11.11 bergambar bersama keluarga dan rakan-rakan di sudut bergambar (photobooth)
Jangan lepaskan peluang untuk memenangi kod promosi eksklusif Taobao serta pelbagai barangan istimewa untuk dibawa pulang sambil menyemarakkan kemeriahan membeli belah pada ‘Karnival G11.11LER’.
Aplikasi Taobao kini boleh dimuat turun secara PERCUMA di aplikasi Apple Store dan Google Play Store.
Sememangnya selepas tamat pengajian mestilah misi utama kita adalah untuk mendapatkan pekerjaan bukan? Tetapi kadang kala mungkin rezeki belum menyebelahi kita untuk mendapatkan pekerjaan yang diinginkan.
Jadi sementara hendak menunggu panggilan kerja, hijabi bolehlah menambah ilmu-ilmu penting dahulu sebelum melangkah ke alam pekerjaan seperti yang dikongsikan oleh pemilik akaun twitter @faizuladnan yang telah mendapat hampir 12 ribu retweet di laman Twitter.
Oleh itu, hijabi semua perlulah menjadikan perkara ini sebagai panduan. Bukan lelaki sahaja yang perlu mengumput harta dan aset tetapi kaum wanita juga perlu tau. Tak salah menuntut ilmu daripada masa terbuang begitu sahaja bukan?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Umum sedia maklum bahawa hero Malaya yang juga jejaka idaman Malaya satu ketika dahulu, Remy Ishak telahpun setahunlebihmelayari bahtera perkahwinan bersama insan pilihan hatinya iaitu Ezza Yusof.
Terdahulu, pasangan suami isteri ini telah menarik perhatian ramai apabila timbulnya desas desus bahawa isterinya, Ezza Yusof didakwa sudah berbadan dua. Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak mengunci mulut dan tidak memberikan sebarang komen berhubung isu ini.
Namun, muatnaik terbaharu video di laman Tik Tok milik Ezza sendiri, menggunakan akaun @ezzarose baru-baru ini seolah memberi gambaran yang dia sememangya sedang hamil!
Menerusi hantaran video berkenaan jelas kelihatan Ezza yang sedang menggayakan koleksi tas tangan dan tudung yang menjadi pelengkap gaya Outfit of The Day (OOTD) nya pada hari itu.
Tetapi apa yang menarik perhatian netizen ialah perubahan pada bahagian perut Ezza yang jelas kelihatan seperti mempunyai ‘baby bump’. Malah, pemilihan baju crop top yang digayakan langsung tidak dapat menyembunyikan keadaan perutnya yang semakin kelihatan berbadan dua.
Justeru, perkara ini mendapat perhatian dan menjadi sorotan wargamaya sekaligus menimbulkan persoalan, benarkah Ezza dan Remy bakal bergelar ibu dan bapa, serta menimang cahaya mata tidak lama lagi?
Bagaimanapun, setakat ini, tiada sebarang pengumuman mahupun kenyataan khusus yang dikeluarkan oleh kedua pasangan suami isteri ini berhubung isu ini.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen pada hantaran video tersebut. Hijabista mendapati ramai pengikut meninggalkan komen bersetuju bahawa mereka turut melihat ‘baby bump’ dalam video yang tular itu. Berikut merupakan antara komen netizen yang berjaya menarik perhatian Hijabista.
“Dah Tak Boleh Sorok Baby Bump 🥰🥰,” tulis netizen.
“Mengandung ke?” Soal wargamaya.
“Babybum!,” kata warganet
Sekadar info, video pendek OOTD yang dimuat naik Ezza itu ditonton lebih 43 ribu tontonan dengan 1,230 tanda suka daripada para pengikutnya.
Untuk rekod, Remy bernikah dengan Ezza di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 21 Ogos 2021.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.