Mengenali jenis kulit wajah amat penting agar proses perawatan wajah menjadi lebih lancar dan berkesan. Bagi mengetahui panduan mengenai penjagaan kulit supaya kekal cantik dan sihat dengan lebih tepat, setiap individu itu perlu mengetahui serba sedikit mengenai struktur kulit.

Menurut portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kulit terbentuk daripada tiga lapisan iaitu lapisan pertama dipanggil epidermis, yang terbentuk daripada keratin yang keras.

Lapisan kedua pula dipanggil dermis yang mengandungi kolagen, fibroblas dan gentian kenyal. Ia dipenuhi dengan hujung saraf dan salur darah serta mengandungi kelenjar minyak dan kelenjar peluh. Kelenjar minyak menghasilkan sebum iaitu sejenis bahan yang berminyak.

Pic: bloggingheros.com

Manakala lapisan ketiga iaitu bahagian kulit paling dalam terdiri daripada sel lemak iaitu tisu di bawah kulit tisu subkutaneus. Kulit berfungsi sebagai penghalang untuk mempertahankan kemasukan bahan berbahaya dan mikro organisma.

Lalu bagaimana hendak tahu jenis kulit kita?  Berikut perkongsian Fyza Shah

Selalu orang tanya saya, macam mana nak kenal kulit sendiri.

Ok ini saya simplify cara paling mudah nak tentukan jenis kulit sendiri
1- lepas cuci muka jangan pakai apa apa skincare. Biarkan je muka togel dalam 10 minit.
2- perhatikan, tiga keadaan ini:

IKLAN

KULIT KERING

A) jika lepas cuci, muka rasa ketat , kesat dan tegang diseluruh bahagian wajah itu tandanya kulit kita memang kering.

Pic: style.baopals.com

Solusi : Cari skincare yang bersifat melembap, based on oil, atau tekstur krim. Elak pencuci muka berbuih macam buih basuh pinggan. Lagi kering jadinya nanti kulit tu.

KULIT BERMINYAK

B) jika lepas cuci, muka rasa melekit, berlengas kat seluruh muka, itu tandanya kulit kita jenis berminyak.

IKLAN
Pic: elementhealing.com

Solusi : kulit berminyak memberi signal bahawa kulit sedang kering didalam. Kelenjar minyak akan push minyak overproduce minyak. Itu yang kulit keluar minyak tak sudah sudah.

Untuk jenis ini, cari skincare bersifat air. Contohnya hydrating toner, face mist, water essence, watery gel Moisturizer dan Sunblock yang memang khas untuk kulit minyak.

Ni memang kena banyakkan hydration ni sebab minyak tadi akan buat muka kusam dan berjerawat. Buat exfoliating 2-3 Kali seminggu pun bagus. Ketara minyak tu berkurang.

KULIT KOMBINASI

C) lepas cuci muka rasa melekit lekit kat dahi dan hidung. Tapi kawasan pipi kering semacam. So ini namanya kulit kombinasi.

IKLAN
Pic: style.baopals.com

Solusi : boleh mix skincare jenis gel dan krim. Atau waterbased dan oil based. Tapi kalau saya guna jenis watery gel skincare pun boleh dah. Sebab jenis ni dia boleh masuk untuk keadaan kulit yang kombinasi tadi.

Saya jenis kering almaklum umur Makin meningkat, keupayaan kulit nak hasilkan sebum atau natural oil semakin menyusut. So skincare saya memang untuk kulit kering.

Bila dah kenal kulit sendiri, mudahhh nak selesaikan masalah kulit. Skincare yang kita pilih pun lebih tepat. Dan kurangg risiko nak buang masa pada skincare yang kulit kita tak perlukan pun. Duit pun tak terbang.

Sebab itu perlu ada ilmu skincare. Insha Allah journey nak kulit sihat dan cantik itu tidak berliku sangat.

Kesimpulannya amat penting untuk kita mengetahui tentang jenis kulit wajah agar kita tidak tersalah menggunakan produk perawatan kulit wajah.

Sumber kredit: Fyza Shah

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI