Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan satu lagi kematian koronavirus baharu (Covid-19) dalam negara, hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kematian itu membabitkan kes ke-152 yang disahkan meninggal dunia pada 6.27 petang ini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian Covid-19 setakat ini tiga kes.
Katanya, kes ke-152 ini membabitkan lelaki warga Malaysia berusia 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh yang berhimpun di Seri Petaling, Kuala Lumpur.
“Beliau (mangsa) telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dengan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.
Ads
“Beliau telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama.
“Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020 pada 6.27 petang,” katanya dalam hantaran di facebooknya, hari ini.
Dalam hantaran itu, beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga arwah.
Ads
Dukacita dimaklumkan bahawa Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima laporan satu (1) kematian COVID-19 (kes ke-152) pada hari ini iaitu pada jam 6.27 petang, menjadikan jumlah keseluruhan kematian COVID-19 setakat ini tiga (3) kes.
Kes ke-152 ini merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dengan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection. Beliau telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020 pada jam 6.27 petang. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah.
Suka melihat pasangan Erin Malik dan suaminya, Farriz Fauzy. Bukan sahaja pasangan ini sama cantik sama padan tetapi wajah mereka juga seiras. Bukan admin sahaja yang perasan tetapi netizen turut berpendapat demikian. Erin dan suaminya memang gemar sekali muat turut foto mereka bersama di laman instagram. Usia perkahwinan mereka sudah memasuki 3 tahun dan keduanya dilihat sangat mencintai antara satu sama lain. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata yang comel.
Baru sahaja menyambut ulang tahun ketiga dan mereka meraikannya dengan bercuti di luar negara. bersama anak-anak. Seronok melihat aktiviti yang mereka sekeluarga lakukan sepanjan tempoh percutian. Sebaik berkahwin Erin memang sudah menghadkan aktiviti seninya dan jarang kelihatan wajahnya di kaca TV. Followernya yang berjumlah 1.3 juta di laman instagramnya ini hanya dapat mengikuti segala aktiviti ibu anak dua ini di laman sosial berkenaan.
Apa yang admin salute pada pasangan ini, walaupun terdapat beberapa pasangan selebriti yang berpisah, namun kedua-duanya masoh lagi seperti dalam bulan madu dan begitu ‘loving couple’. Malah sepanjang perkahwinan mereka ini juga tidak ada sebarang kontroversi membabitkan pasangan ini. Rupanya ini rahsia bahagia Erin dan suaminya yang memang buat hati nezien cemburu.
Jika dilihat, Erin dan suaminya sering bersama walau ke mana mereka pergi. Kedua-duanya juga begitu rajin muat turun foto selfie yang menggambarkan betapa bahagia kehidupan yang dilalui kini. Jadi secara tidak langsung, tiada ada yang berani untuk mengganggu gugat hubungan mereka kerana ikatan cinta mereka memang cukup utuh.
Keduanya berkahwin dalam usia yang muda dan Erin tidak teragak-agak untuk hamil. Setelah tiga tahun berkahwin, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang sangat comel, Mohamed Faliq Mohamed Farriz, 2 tahun dan Nur Aisha Binti Mohamed Farriz, 9 bulan. Betullah kata orang anak adalah pengikat kasih antara suami isteri. Siapa kata lepas kahwin badan akan naik, kerana Erin tetap langsing dan maintain cantik lagi-lagi setelah berhijab.
Jangan masa sebelum kahwin sahaja mengungkap kata-kata cinta pada pasangan, sebaliknya terus momentum itu walaupun selepas berkahwin. Erin sering mengucapkan kata-kata cinta pada suaminya dan meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan dalam cara tersendiri.
Sememangnya Erin sanggup berkorban dengan menghadkan aktiviti berlakon sebaik berkahwin an mempunyai anak. Kalau dulu Erin Malik antara pelakon kanak-kanak yang popular dan sering muncul di kaca televisyen. Dia lebih senang menghabiskan masa bersama keluarga dan teman-temannya. Malah kelibatnya juga jarang dilihat di mana-mana majlis festival.
Kalau sekali pandang, Erin dan suaminya macam adik dan abang. Kata orang tua-tua jika jodoh wajah seiras akan ‘sejuk’ dan bahagia hingga ke syurga. Netizen juga perasan wajah Erin dan suaminya yang seiras. Malah masing-masing turut mendoakan kebahagiaan pasangan ini. Memang nampak sweet melihat keakraban pasangan ini yang sering bersama menempuh ranjau dalam fasa perkahwinan.
Kebahagiaan pasangan ini juga sering mendapat perhatian netizen. Setiap kali foto dimuat turut pasti mendapat reaksi positif netizen. Masing-masing suka melihat mereka dan turut mendoakan agar rumah tangga yang dibina kekal hingga ke syurga.
A post shared by ERIN MALEK (@erinmalekofficial) on
@hot_n_cool44 Didoakan moga jodoh berpanjangan..sangat sedih bla dengar artis2 jodoh tk panjang..moga Allah mdlindungi seluruh ahli keluargamu dari sgala mcm fitnah aamiin
@suzanaabrazak Sweet n romantik couple….moga berbahagia sllu n kkl till jannah
@mizzhybridbeta Moga bahgia..sihat..di murah kan rezki..
@julyana.co so swetttt..semoga hubungan awk berdua smpai ke jannah..Aamiin
Buat pertama kalinya NASA telah mencipta tudung khas untuk angkasawan Nora Al Matrooshi setelah beliau lulus program latihan NASA baru-baru ini.
Nora Al Matrooshi mencuri perhatian orang ramai kerana menjadi wanita Arab pertama yang lulus program Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat atau NASA.
Wanita berusia 30 tahun itu menjelaskan, NASA membangunkan strategi untuk menutup rambutnya sambil memakai sut angkasa dan topi keledar ikonik dikenali sebagai Unit Mobiliti Ekstravehikular atau EMU.
“Sebaik sahaja memasuki EMU, anda akan memakai topi (dilengkapi mikrofon dan pembesar suara) yang menutupi rambut,” kata Nora Al Matrooshi kepada AFP seperti yang dilaporkan oleh France24.
Cabaran datang apabila Nora Al Matrooshi menanggalkan tudung yang biasa dipakainya, sebelum memakai topi keledar khas. Ini lebih rumit kerana hanya bahan khas boleh digunakan dalam EMU.
“Jurutera pakaian menjahit tudung sementara supaya saya boleh memakainya, masuk ke dalam pakaian angkasa dan kemudian memakai topi komunikasi. Kemudian menanggalkannya dan rambut saya akan ditutup. Saya benar-benar hargai,” kata Nora.
Nora Al Matrooshi bersedia untuk melangkah ke angkasa lepas bersama rakan-rakan angkasawannya, memakai pakaian yang direka khas oleh NASA.
NASA merancang untuk menghantar Nora ke bulan pada 2026 untuk misi Artemis 3.
Untuk info, Nora Al Matrooshi merupakan seorang jurutera mekanikal yang pernah bekerja dalam industri minyak. Beliau menjadi inspirasi kepada para wanita khususnya yang berhijab untuk terus mencapai impian mereka.
“Bergelar seorang Muslim menyedarkan saya tentang sumbangan nenek moyang saya, para ulama dan saintis Islam sebelum saya yang mengkaji bintang. Saya menjadi seorang angkasawan hanya untuk membina legasi yang mereka mulakan beribu-ribu tahun dulu,” kata Nora.
Selepas dua tahun bekerja keras termasuk berlatih berjalan di angkasa lepas, Nora Al Matrooshi bersama rakan sekerjanya dari Emirat, Mohammad AlMulla dan 10 orang yang lain dalam kelas latihan, telah melayakkan diri sebagai angkasawan.
Kumpulan itu yang dikenali sebagai “The Flies” kini layak untuk misi NASA ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), pelancaran Artemis ke bulan. Jika semuanya berjalan lancar, mereka juga boleh terbang ke Marikh.
“Saya mahu manusia kembali ke bulan dan pergi lebih jauh. Saya mahu menjadi sebahagian daripada perjalanan itu,” kata Nora.
Nora Al Matrooshi memuat naik pelbagai aktivitinya sebagai angkasawan menerusi Instagram peribadinya. Beliau juga aktif dalam misi kemanusiaan terutamanya bersuara dalam mempertahankan Palestin.
Dalam kehidupan, setiap insan mempunyai impian ataupun hasrat yang berbeza-beza. Tidak kisahlah daripada segi kerjaya, harta mahupun perkahwinan. Hidup berpasangan adalah fitrah semula jadi alam dan pastinya setiap insan memasang niat untuk membina keluarga sendiri.
Namun, tidak semua orang berkesempatan untuk membina mahligai disebabkan ujian hidup yang tidak bernoktah. Seperti kisah seorang wanita berusia 45 tahun yang menetap di Kampung Beris Jambu, Panji ini.
Wanita yang dikenali sebagai Hazana Abd Hamid ini sanggup mengetepikan kepentingan diri dengan tidak berkahwin semata-mata mahu memastikan ibunya yang uzur serta adik perempuannya yang sakit mendapat penjagaan rapi.
Menurut sumber, Hazana sudah menjaga ibunya, Kamariah Daud yang berusia 88 tahun sejak 10 tahun lalu yang terlantar akibat kemalangan jalan raya. Bukan itu sahaja, dia turut menjaga adiknya, Siti Zulaiha Abd Hamid,30 yang menghidapi penyakit saraf Cerebral Palsy (CP).
Difahamkan, kedua-dua mata ibunya sudah tidak dapat melihat lagi. Bahkan, kesihatannya semakin melarat selepas diserang angin ahmar(di bahagian badan belah kiri) pada bulan lalu.
“Bagi meneruskan kehidupan, mek (panggilan untuk ibu) kini bergantung sepenuhnya kepada saya dan adik beradik lain kerana tidak mampu bergerak dan bercakap selain perlu disuapkan makan, minum dan dimandikan.
“Selagi mek masih bernafas adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaganya sehingga ke akhir hayat,” katanya.
Apabila ditanya soal adiknya, yang menghidapi penyakit saraf Cerebral Palsy (CP);Hazana menyatakan bahawa dia ikhlas dan telahpun menjaga Siti Zulaiha(adiknya) sejak tujuh tahun lalu selepas ibu tirinya meninggal dunia.
“Saya secara sukarela mengambil tanggungjawab menjaga Siti Zulaiha kerana tidak ada sesiapa yang boleh menjaganya.
“Adik saya disahkan menghidap CP ketika berusia lima bulan sehingga menyebabkan dia tidak boleh bercakap dan perlu diuruskan seperti seorang bayi termasuk makan, mandi serta membuang air kecil dan besar,” katanya Hazana.
Bagi menguruskan keperluan dua jantung hatinya, Hazana bangun seawal jam 6.30 pagi untuk menyiapkan segalanya sebelum keluar bekerja sebagai pembantu kedai makan yang terletak berdekatan dengan rumahnya.
“Saya perlu mencari pekerjaan yang berdekatan dengan rumah dan hanya bekerja sehingga jam 12 tengah hari kerana perlu pulang ke rumah untuk menguruskan adik serta ibu.”
“Pendapatan RM30 sehari hanya cukup untuk perbelanjaan harian kami sekeluarga, namun mujurlah adik memperoleh bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan dan pada masa sama, ibu juga mendapat bantuan dari Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) RM400 sebulan,” jelasnya lagi.
Meskipun bantuan yang diperoleh hanya ‘cukup makan’ untuk membeli barang keperluan keluarganya, namun Hazana tetap menitipkan rasa syukur kerana sekurang-kurangnya beban yang ditanggung dapat diringankan.
MasyaAllah, meskipun amat berat ujian yang dilalui oleh wanita ini, namun kecekalannya dalam mengharungi ranjau kehidupan wajar dipuji. Buat hijabi yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubunginya Hazana di talian 019-6997244.