Semenjak ditubuhkan pada Mei 2014, jenama mewah dUCk seringkali menjadi penanda aras bagi kaum wanita di luar sana terutamanya yang memakai hijab untuk tampil moden, bergaya, mahal dan eksklusif. Sehingga hari ini, jenama dUCk sudahpun mencipta fenomenanya sendiri dan secara tidak langsung menubuhkan komunitinya yang digelar sebagai dUCkies!

Baru-baru ini, jenama dUCk melancarkan sebuah koleksi yang direka khas untuk kaum wanita tampil bergaya kala bersenam dan melakukan aktiviti lasak. The Sporty dUCk Collection merupakan sebuah koleksi yang wajib dimiliki terutamanya kepada golongan wanita berhijab yang ingin merasai keselesaan dan mewah sewaktu bersenam. Kali ini, secara eksklusif, Majalah Hijabista menemu bual Mira M. Rozi, Ketua Bahagian Produk dUCk, berkongsikan tentang keunikan dan keistimewaan koleksi terbaru ini.

Inspirasi Di Sebalik The Sporty dUCk Collection

Berbicara mengenai sumber inspirasi koleksi terbaru ini, Mira M. Rozi atau lebih mesra dengan panggilan Mira menyatakan bahawa koleksi ini memfokuskan kepada elemen ‘modest fashion’ yang memberi kepelbagaian dan kemudahan kepada kaum wanita yang berhijab apabila bersukan. Ia merangkumi pelbagai aspek termasuklah gaya yang lebih moden, stylish, mesra pengguna dan masih menutupi aurat.

“Dengan adanya kemajuan teknologi canggih, kami di dUCk inginkan kaum wanita yang berhijab di luar sana tampil yakin dan bangga dengan diri mereka saat melakukan senaman apabila menyarungkan helaian dari koleksi ‘The Sporty dUCk’ ini. Kita dapat lihat di pasaran hari ini, secara amnya, pelbagai jenis rekaan sukan untuk wanita ditawarkan namun masih tidak memberi keselesaan dan kepuasan kepada mereka. Ada rekaan yang bajunya terlalu pendek, potongan seluarnya sedikit ketat, tudungnya tidak patuh syariah untuk disarungkan dan juga agak ketat di bahagian muka. Jadi, masalah-masalah ini menyebabkan mereka berasa tidak yakin untuk bersukan dan mengurangkan motivasi untuk kekal aktif dan sihat. Lantas, kami hadir dengan menghasilkan sebuah rekaan yang memahami kehendak para wanita yang berhijab di luar sana,” kongsinya.

IKLAN

Unik Dengan Pelbagai Saiz

The Sporty dUCk Collection merupakan sebuah koleksi terbaru yang mengambil masa selama setahun untuk mempersiapkan keseluruhan koleksi termasuklah dari pemilihan rekaan, jenis fabrik, penggunaan teknologi canggih pada fabrik serta pemilihan warna yang sesuai digayakan oleh kaum wanita. Menurut Mira, koleksi ini hadir dengan rekaan Ready-to-Wear, tiga jenis rekaan tudung yang berbeza serta dua rekaan inner yang semestinya memberikan kepuasan kepada mereka yang menyarungkannya. 

Istimewanya mengenai rekaan Ready-to-Wear, ia bukan sahaja kelihatan moden, stylish dan juga mewah, malah jenama ini meraikan kepelbagaian saiz yang hadir dengan tujuh saiz berbeza, bermula dari XS, S, M, L, XL, XXL dan XXXL. Malahan, penggunaan teknologi yang digunakan untuk menghasilkan rekaan ini amat sesuai dengan pelbagai jenis potongan saiz badan.

Bagi rekaan tudung pula, ia dihasilkan dengan tiga rekaan berbeza iaitu Active, Dynamic dan Leisure. Manakala, bagi produk inner pula, dua rekaan utama iaitu Boost Inner dan Headband memberi kepelbagaian dalam gaya bersukan.

“Koleksi ‘The Sporty dUCk’ ini khas untuk kaum wanita terutamanya yang berhijab. Dihasilkan untuk mereka yang sudah berkahwin atau masih bujang, rekaan ini tampil dengan variasi rekaan menarik daripada rekaan baju, seluar, leggings, tudung dan juga inner. Setiap rekaan tudung memiliki keunikannya tersendiri dan bagi inner pula, dengan adanya kemajuan teknologi canggih, ia amat sesuai digayakan biarpun sesorang itu bersaiz besar dan juga untuk mereka yang tidak berhijab. Konklusinya, koleksi ‘The Sporty dUCk’ meraikan para wanita di luar sana yang aktif bersukan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat, yang ingin tampil kelihatan bergaya, mewah, moden dan paling penting,  penuh berkeyakinan!,” ulas Mira mengenai keunikan koleksi ini.

IKLAN

Fabrik Dari Bahan Istimewa

Menggunakan sumber kopi sebagai bahan utama dalam penghasilan fabrik bagi koleksi ini, ia menjadikan ia mat istimewa kerana bukan sahaja mampu untuk menghilangkan bau peluh dan busuk ketika atau selepas bersenam, malah ia juga bersifat mudah kering yang memberi keselesaan kepada si pemakai.

Tidak hanya bernokhtah di situ sahaja, tambah Mira lagi, fabrik yang digunakan untuk menghasilkan setiap rekaan dalam koleksi ini mempunyai kuasa untuk melindungi kulit dari sinaran UV yang dapat mengelakkan kulit dari terbakar dan menerima kesan buruk dari pancaran sinaran UV. Secara tidak langsung, ia memberi rasa dingin dan sejuk buat si pemakai untuk terus lincah aktif melakukan senaman harian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)

IKLAN

“Apa yang menjadikan koleksi ini istimewa dan berbeza dari jenama luar ialah kami melakukan kajian yang mendalam untuk memahami masalah dan kekangan kaum wanita berhijab di luar sana untuk melakukan senaman. Oleh itu, selepas proses uji kaji dilakukan, kami yakin bahawa koleksi ‘The Sporty dUCk’ jawapan tepat kepada mereka untuk menjadikan ia sebagai pakaian asas untuk bersenam dan juga melakukan aktiviti harian seperti membeli-belah, keluar berjumpa rakan-rakan dan menariknya, ia juga kelihatan ‘presentable’ untuk anda mengayakan di pejabat.

Oleh itu, saya sarankan untuk kaum wanita di luar sana mencuba dan menyarungkan rekaan eksklusif dari The Sporty dUCk Collection ini bagi merasai keunikan dan perbezaan yang ada pada setiap helaian dan merasai lima elemen utama dalam koleksi ini iaitu stylish, flexibel, cool, functional fabric and premiere!,” kongsi Mira menutupi ruang bicara sesi temu ramah ini.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI