Begitu banyak hadith yang menerangkan tentang sunnah minyak wangi telah diriwayatkan oleh para Sahabat R.A. Tiada larangan untuk umat islam berwangian-wangian tapi lebih molek jika mengikut sunnah Rasulullah.

Apatah lagi berwangian bagi seorang hijabi yang harus menjaga batas antara mereka yang bukan mahram agar tidak berlaku perkara yang dilarang dari sisi agama.

Hadith berkaitan sunnah minyak wangi dan cara Rasulullah berwangi

Maksudnya: “Ibnu Umar apabila ingin berwangi maka dia akan berwangi dengan kemenyan, tanpa mencampurkan dengan bahan lain atau berwangi dengan kafur atau mencampurkan kafur dan kemenyan. Dia berkata: Beginilah Rasulullah SAW berwangi.” (Riwayat Muslim)

Bukan golongan yang membazir

Dalam satu hadis Rasulullah, bermaksud “sesiapa yang menghabiskan 1/3 dari hartanya untuk wangian, maka dia bukanlah dari golongan yang membazir”.

Allah juga menyukai kebersihan, sesungguhnya Allah menyukai setiap yang berbau harum dan suka pada pakaian yang bagus-bagus. Baginda SAW tidak menolak wangian, malah 3 kesukaan Rasulullah SAW iaitu tiga perkara yang disukai oleh Rasulullah daripada dunia, wanita yang halal, wangian dan rasa seronok dalam solat.

Wangian yang dibenarkan dalam islam

Struktur minyak wangi lelaki dan perempuan berbeza, wangian lelaki apa yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya dan wangian perempuan apa yang tersembunyi baunya dan nyata warnanya. Namun para hijabi wangian yang boleh membawa pada dosa dan zina, apabila mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian dan lalu pada sekumpulan manusia supaya lelaki tadi itu menghidu bau wanginya.

Nota: Untuk pengetahuan lebih lanjut mengenai hukum wangian untuk wanita. Layari laman MuftiWP di sini.

IKLAN

Koleksi Haruman Hanami Aidiladha Ubat Kerinduan Siti Saleha Dalam Drama Bersiri 7 Hari Mencintaimu

Indah sungguh koleksi terbaharu dari Hanami sebagai pemberian indah, sepadan dengan sunah Rasullullah yang menganjurkan kita sentiasa berwangian.

Anas r.a menceritakan :

Ibnu Umar r.a menjelaskan bahawa Rasulullah bersabda :

IKLAN

Maksudnya: “Ada tiga (pemberian ) yang tidak boleh ditolak iaitu bantal,minyak wangi dan susu .” (Riwayat Tirmizi,Abu Syakh dan Baghdam.)

Hanami, Peneraju Tudung Bawal Sarung No.1TM telah melancarkan Koleksi Aidiladha 2022 bertemakan #HarumanHanamiAidiladha2022 bertempat di FourPoints Kuala Lumpur. Acara ini diserikan dengan penampilan istimewa pelakon popular tanahair, Siti Saleha, rakan media serta peminat jenama Hanami. Pelancaran Haruman Hanami Aidiladha ini telah diaktifkan dengan penuh santai tetapi meriah. Apa yang lebih menariknya pasti ramai yang merindui watak Mia Adriana.

Apa Yang Berbeza Dengan #HarumanHanamiAidiladha2022 Tahun ini?

IKLAN

Edisi Aidiladha Haruman Hanami ini dihasilkan dalam kuantiti yang terhad berinspirasikan daripada corak inspirasi Raudhah dan Kota Madinah (Nabawi) dan hadir bersama rekaan istimewa bersama sentuhan moden, turut digayakan dengan tudung sarung bawal dan selendang (shawl). Sasaran Hanami adalah untuk memenuhi pasaran tempatan bersaing hebat dengan mempersembahkan koleksi yang praktikal dan mudah dipakai tetapi masih kekal bergaya di hari raya korban nanti!

Koleksi penuhi permintaan ramai

Koleksi ini diinpirasikan oleh pasukan rekaan Hanami yang mendapati rekaan tradisional bermotifkan flora ditambah dengan sentuhan inspirasi Raudah dan Kota Madinah yang diterap moden menjadi trend pada masa kini. Sebelum rekaan ini dihasilkan, pasukan rekaan Hanami telah membuat kajian dan pembangunan terhadap permintaan pasaran terhadap tudung jenis sedia pakai dan motif corak yang diminati oleh pengguna di luar sana.

Sempena mengiringi tema “Haruman”, Bath & Body Work Malaysia selaku rakan kerjasama menampilkan barangan wangian dari koleksi “Japanese Cherry Blossom”. Turut serta Cycle & Carriage Mutiara Damansara berbesar hati selaku kereta rasmi sebagai sokongan kepada pengaktifan jenama ini. Bersama sama menjayakan lagi rakan kolaberasi FourPoints by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown menaja lokasi acara.

Adakah wangian yang anda gunakan sekarang menepati ciri-ciri Sunnah? Jika ya, anda sungguh beruntung! Kerana anda adalah antara yang terpilih. Sungguh beruntung bagi mereka yang mengamalkan Sunnah di akhir zaman ini yang penuh dengan fitnah dunia. Sebabnya jika anda niatkan semua perkara itu mencontohi sunnah Rasulullah SAW, sudah pasti anda akan mendapat ganjaran pahala.

https://youtu.be/HioBxAQaWRU

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI