2022 Boleh dikatakan tahun yang penuh dengan musim bunga bagi penyanyi kesayangan ramai ini, Aina Abdul terus mengorak langkah dengan pelbagai kejayaan yang dimilikinya. Penyanyi yang memenangi anugerah ini adalah seorang penghibur yang cemerlang dan juga jurulatih vokal dan mentor yang memberi inspirasi. Dia juga terkenal dengan kostum persembahannya yang bergaya dan sering pelik.
Di sunting beberapa jenama tempatan sebagai duta produk dan terbaharu berkerjasama dengan jenama antarabangsa. Musim bunga, musim permulaan baru. Melayari gelombang harapan dan positif, H&M dengan bangganya mempersembahkan koleksi kapsul Spring terbaharu yang menampilkan nama terhangat Malaysia Aina Abdul, Ain Edruce dan Mimi Lana.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Koleksi Terbaharu H&M Sesuai dengan gaya harian
Dimajlis pelancaran koleksi terbaharu musim bunga H&M, Aina menzahir rasa bertuah menjadi salah seorang yang terpilih dalam kerjasama ini. Akui diri tidak mempunyai figura persis model, dia amat terkejut kerana terpilih mengayakan koleksi ini yang berganding bersama Ain Edruce dan Mimi Lana.
Tambahnya lagi rangkaian koleksi ini bukan sahaja menepati citarasanya malah dia selesa mengayakan setiap helaian.
IKLAN
“Aina dari dahulu hingga sekarang, perkara pertama yang Aina tekankan untuk pemakaian harian adalah longgar dan besar. Ketat-ketat nanti Aina tak selesa” ujar Aina lagi.
Lain pula apabila di pentas, Aina perlukan sesuatu yang berbeza dan sesuai dengan tema dalan jalan cerita lagu. Memandangkan Aina sering mengaitkan lagu dan fesyen jadi pengayaan harian dan bekerja sama sekali berbeza dari dirinya sebenar.
Koleksi H&M memperkasakan wanita
IKLAN
Melihat bagaimana wanita memperkasakan diri dengan setiap helaian, koleksi bermulanya musim bunga ini mendasarkan penerimaan terhadap keperibadian mereka yang dicerminkan melalui pakaian lalu mendapatkan kekuatan dari dalam.
“Fesyen dan mod masih berkait rapat, bagi Aina mewakili wanita di luar yang rasa tiada keyakinan diri untuk bergaya cara Aina mungkin menjadi pada inspirasi pada mereka yang di luar sana”, pendapat anda agar mereka menjadi diri sendiri dengan pelbagai gaya.
Aina memakai baju linen yang segar dengan seluar jeans tinggi lebar koleksi Spring H&M.
Suntingan kepingan dalam kempen ini menyerlahkan fabrik ringan dalam palet segar dan neutral. Koleksi ini menampilkan blaus dan seluar palazzo yang flowy, baju lembut, blazer berstruktur tetapi bersaiz besar, perincian ruffled dengan aksen denim. Kebanyakan pakaian diperbuat daripada 100% kapas organik atau campuran kapas dan linen.
IKLAN
Disusun khas untuk wanita moden yang sederhana dalam fikiran, koleksi ini adalah tentang menyerlahkan kecantikan dalaman anda dan memperkasakan wanita dalam koleksi bergaya ini. Kini tersedia dalam talian di hm.com dan di kedai.
Impian tidak terhenti di sini sahaja, permulaan kerjasama ini Aina juga berharap banyak lagi kerjasama dengan jenama-jenama antarabangsa dan juga tempatan di masa akan datang.
Bukan selebriti kita sahaja satu demi satu berhijab, malah di negara seberang juga tidak terkecuali. Salah seorang adalah isteri kepada pemilik lagu Pencinta Wanita, Irwansyah, iaitu pelakon Zaskia Sungkar, 28 tahun, yang tampil berhijab dan paling penting memenuhi syariat. Bukan sahaja penampilannya lebih santun, malah dia ternyata senang memilih busana yang membolehkannya untuk terus mudah bersolat. Pastinya jadi inspirasi buat hijabi di luar sana.
Malah wanita yang juga meminati bidang fesyen ini turut merealisasikan impiannya memperkenalkan jenama sendiri dengan menjual pelbagai jenis kelengkapan Muslimah.
Menurut pelakon sinetron Bawang Putih Bawang Merah ini juga bukan hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata, tetapi juga menyifatkan sebagai salah satu cara dakwah kepada orang ramai terutama pelanggannya.
Ternyata biarpun sudah bertudung dan dress labuh namun gayanya masih lagi stailo. Dia bijak mix and match busana yang digayakannya.
Batik adalah sesuatu yang indah, setiap karya dibuat dengan teliti yang membuatnya layak dianggap sebagai karya seni. Tradisi yang berusia seratus tahun ini telah dihargai melalui dedikasi, kemahiran dan kepakaran oleh pencipta seni Batik yang sering tidak kelihatan dan tidak didengari.
Merdeka ini, Naelofar meraikan warisan seni Batik Malaysia melalui kerjasama artis Batik Malaysia, Rosliza Muhammad dari Lizza Creations Kelantan, untuk mencipta Koleksi Seindah Batik. Melalui kerjasama ini, Naelofar ingin mengajak para wanita untuk Go Far dan menyemarakkan semangat Anak Malaysia dengan membawa warisan tempatan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi dalam dunia Malaysia.
Koleksi ini menampilkan dua bunga tempatan Malaysia iaitu Kenanga dan Cempaka. Ia merupakan sambutan unik tentang keindahan dan seni Batik yang disatukan dengan seni rekaan fesyen Naelofar, dengan setiap helaian dicipta semula secara digital daripada proses asal penciptaan Batik. Koleksi Batik Seindah diperbuat daripada karya seni reka bentuk yang rumit untuk mempamerkan semangat Malaysia dengan penuh kebanggaan semasa kita menyambut kemerdekaan yang ke-65 tahun bersama-sama.
Seindah Batik Kaftan Dress
Menariknya, Naelofar juga akan turut membuat hadiah percuma Kotak Seindah Batik melalui akaun Instagram @naelofar, @neelofa, @noorkartini dan @athishakhan kepada Naelofar Babes yang bertuah. Kotak Seindah Batik yang terhad untukmenyingkap kisah penciptaan dan koleksi yang hanya boleh didapati melalui acara di Instagram.
Seindah Batik Kaftan Top
Naelofar Babes boleh bersiap sedia dengan Batik Seindah Naelofar untuk menyambut hari kemerdekaan Malaysia. Koleksi penuh boleh didapati melalui laman web rasmi Naelofar, kedai runcit, dan stokis sah mulai 23 Jun 2022.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Terpukau dengan keindahan kota Paris selepas acapkali berkunjung ke sana, selain minat mendalam terhadap industri F&B membuatkan bekas penasihat kewangan berjawatan ketua agensi di salah sebuah syarikat takaful di Malaysia sanggup meninggalkan industri itu demi membina Farine & Sucre.
Café unik berkonsep dan bertemakan hidangan Perancis ini diusahakan pemiliknya, Farah Syuhada binti Shamshul, 28, bersama adiknya, Farra Sofea binti Shamshul, 21, selaku pemilik bersama.
Gabungan duo beradik mulakan perniagaan
Saling melengkapi, gabungan duo beradik ini menyerlah apabila mereka menetapkan hala tuju jelas dalam memperkasakan jenama Farine & Sucre. Ia berteraskan visi, misi dan nilai yang memberi pulangan balik kepada masyarakat.
“Saya seorang graduan Universiti Swasta dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa (International Business). Sebaik tamat pengajian, saya memulakan kerjaya dalam bidang perbankan di salah sebuah bank terkemuka tanah air sebagai Penasihat Kewangan,” kata Farah Syuhada membuka bicara.
Beliau kemudiannya menyertai syarikat Takaful dan menjawat jawatan Ketua Agensi selama dua tahun. Pencapaian tertinggi gadis mesra disapa Farah ini antaranya, MDRT 2019, Top 3 Rising Star & Top 3 Rookie 2019.
“Adik saya Sofea pula, adalah pelajar sepenuh masa di sebuah universiti swasta tempatan dan kini sedang menuntut dalam jurusan perakaunan selama 4 tahun,” jelas Farah sambil menambah, Sofea juga aktif dalam aktiviti yang dianjurkan pihak universiti terutamanya sebagai juruacara dan pengendalian acara.
“Visi kami untuk berkongsi keterujaan para pelanggan melalui makanan yang berkualiti dan perkhidmatan yang terbaik dalam keunikan suasana yang berbeza.
“Sementara misi kami pula, untuk memberikan pelanggan suatu lokasi yang dapat mencipta momen istimewa dengan menawarkan seleksi makanan bertemakan inspirasi Parisian, perkhidmatan dan suasana baharu kepada masyarakat,” katanya.
Peluang terbuka
Bercakap mengenai nilai pula, gadis tinggi lampai ini berharap dapat menyediakan peluang pekerjaan terutamanya kepada graduan lepasan universiti dan mereka yang tiada pengalaman berkerja untuk sama-sama membina jenama Farine & Sucre dan menyokong perniagaan lokal. Sekaligus menyajikan kopi terbaik dalam suasana yang hebat!
Menjawab persoalan mengapa nama ‘Farine & Sucre’ dipilih, jelas wanita yang pernah mencapai tahap Million Ringgit Agency bagi tahun 2020 sebagai Ketua Agensi Takaful itu, secara literalnya, Farine & Sucre bermaksud tepung dan gula dalam bahasa Perancis.
“Ia sangat bersesuaian dengan tema kami, memandangkan kami terinspirasi dengan konsep cafe ala Perancis yang cukup terkenal dengan keenakan pelbagai hidangan pastri. Malah disebalik nama Farine & Sucre terselit nilai sentimental, kerana ia berkait rapat dengan huruf pertama pada nama kami berdua iaitu Farah Syuhada dan Farah Sofea,” tambahnya sambil tersenyum.
Menu terbaik hidangan ala Perancis
Bercakap mengenai hidangan tanda kenal (signature dish), Farine & Sucre memperkenalkan aneka pencuci mulut (dessert) yang sebahagiannya di import khas dari Perancis.
“Kami terdorong untuk menghidangkan makanan dengan kualiti terbaik, harga munasabah yang bersesuaian dengan permintaan di sekitar Shah Alam. Malah, sebahagian daripada dessert yang kami sediakan di kafe diimport khas dari Perancis, seperti macarons, baguettes dan chocolate roll!
“Ini kerana sebahagian pencuci mulut iaitu macarons misalnya, perlu melalui proses pembuatan yang rumit dan kami mahu memastikan hidangan yang disediakan di Farine & Sucre hanya yang terbaik dan berkualiti tinggi,” katanya lagi.
Selain hidangan tanda kenal Macarons yang dibawa khas dari Perancis, Pavlova dan Peach strudels juga menjadi antara daya tarikan utama di kafe ini. Tidak ketinggalan, pelbagai pilihan pastri termasuk French baguette yang dihidangkan bersama 3 jenis sos, French Onion, Cheese Chives dan Sun Dried Tomato selain 3 jenis Pai iaitu Pai Ayam Cendawan, Pai Daging dan Turkey Quiche.
Minuman istimewa yang sering menjadi pilihan pengunjung di sini pula adalah Biscoff Latte, Ferrero Rocher Latte dan 2 daripada 4 jenis minuman penyegar iaitu Snow White’s Nightmare dan Pocahontas Journey. Minuman penyegar atau refreshers ini cukup unik kerana ia diolah berkonsepkan nama watak puteri-puteri Disney.
Istimewa Ramadan
Memahami persekitaran pasaran sekitar Shah Alam yang rata-rata terdiri daripada pelajar dan keluarga, Farah cuba menyeimbangkan hidangan manisan dan juga berbentuk savori. Namun dari segi citarasa, sesetengah pencuci mulut yang disediakan diolah dari segi rupa dan rasa agar sesuai dengan citarasa lokal juga peringkat usia.
Dalam pada itu, bersempena ketibaan Ramadhan, Farine & Sucre tidak ketinggalan menyediakan 2 set juadah berbuka puasa setiap hari iaitu Set Asian dan Set Western. Apa yang menarik, setiap set yang ditawarkan hanya bermula dari RM50.
Antara menu Asian yang disediakan adalah Nasi Beriyani Daging Hitam, Nasi Beryani Ayam Merah, dan Nasi Minyak Ayam Masak Merah, Dalca Sayur dan Acar Timun Nenas manakala menu barat pula, Grilled Chicken Spaghetti, Beef Lasagna, Prawn Spaghetti with Chicken dan Grilled Chicken Macaroni.
Di tanya mengenai persaingan dan risiko dalam industri makanan dan minuman, akuinya F&B adalah satu perniagaan yang penuh persaingannya.
“Sebagai orang baru, kami masih berusaha untuk belajar meraih seberapa banyak pengalaman dalam industri ini. Namun, dalam tempoh masa 5 tahun akan datang, kami berhasrat untuk kekal utuh dengan pilihan menu kami.
“Di samping memulakan pengeluaran kami sendiri dalam skala yang lebih besar sambil mempelbagaikan sasaran pasaran, kami juga berhasrat untuk berkolaborasi dengan perniagaan tempatan lain, di bawah naungan Farine & Sucre demi mengukuhkan lagi jenama kami,” kata Farah.
Bagi anda yang mahu menikmati kopi dan hidangan pastri serta dessert unik dalam suasana dan gaya ala Perancis, jom singgah ke Farine & Sucre Cafe di No 7A, 1, Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor.
Waktu operasi: 12 Tengah hari – 10 malam (Tutup Khamis).
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Perkara berkenaan dimaklumkan Nora menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya, sebagai satu hantaran penghargaan kerana Betty merupakan sahabat yang sering menganjurkan majlis-majlis ilmu.