Berbanding menyimpan dalam bentuk wang tunai, adalah lebih baik jika kita membuat simpanan dalam bentuk pelaburan emas. Amalan menabung perlu diterapkan sejak dari awal lagi.

Pilihlah medium yang betul sebagai langkah merancang tabungan untuk masa depan. Sediakan payung sebelum hujan. Pelaburan dalam bentuk emas adalah bersifat pelaburan jangka masa panjang.

Berikut perkongsian bermanfaat daripada Khairul Abdullah

Kenapa perlu simpan emas dan bukannya wang?

Nah, 10 keistimewaan emas berbanding duit kertas ialah:

1. Nilai emas untuk jangka panjang terjamin berbanding nilai duit kertas yang saban tahun semakin jatuh nilainya. Nilai duit kertas RM1000 hari ini tak akan mampu membeli barangan yang sama pada 10 tahun akan datang. Sementara emas pula terbukti dapat mengekalkan nilainya semenjak lebih 1400 tahun dahulu.

2. Emas sebagai “forgotten saving”. Simpanan untuk dilupakan. Emosi kita pada duit ialah selagi kita nampak nombor-nombor di akaun bank, selagi itulah kita akan teringat-ingat untuk berbelanja kepada perkara yang bukan keperluan. Tetapi ini tidak berlaku apabila kita menyimpan emas.

Photo by michael-steinberg from Pexels.

3. Emas sebagai dana kecemasan. 75% rakyat Malaysia pada tahun 2020 tidak mampu menyimpan walau RM1000 pun. Dengan simpanan emas kita lebih mudah menyimpan nilai emas sebanyak sekurang-kurngnya 3 bulan pendapatan sebagai dana kecemasan.

4. Emas sebagai pelaburan jangka panjang. Menurut Tuan Azizi Ali iaitu mentor kewangan Malaysia, sepanjang 20 tahun yang lepas emas telah memberikan pulangan keuntungan sebanyak 600%. Lebih lama kita simpan lebih banyak keuntungan yang boleh diperolehi.

IKLAN

5. Emas sebagai ‘back up’ belanja hangus. Sebagai contoh, smart phone tiba-tiba rosak dan kita perlukan yang baru, kita boleh pajakkan emas untuk mengambil tunai dan beli yang baru dan kemudiannya tebus semula emas tersebut bila tiba masanya. Smart phone baru dapat, emas pun masih ada.

Photo by michael-steinberg from Pexels.

6. Emas sebagai modal pusingan bisnes. Tidak perlu untuk membuat pinjaman bank sebaliknya boleh dapatkan pinjaman di ArRahnu dengan mudah dan menebusnya semula secepat mungkin setelah mendapat keuntungan daripada perniagaan tersebut.

7. Emas senang ditukar kepada tunai. Emas mudah dijual di mana-mana bahkan di luar negara sekali pun.

8. Kekayaan ditangan kita. Selagi emas berada ditangan kita, apa-apa yang berlaku sebagai contoh pergolakan politik atau peperangan, emas boleh menjadi penyelamat. Sejarah pelarian Vietnam semasa peperangan dulu yang sehelai sepinggang tetapi mempunyai emas, dapat memulakan kehidupan baru dinegara lain.

9. Emas aset mudah alih. 1 kilo emas yang berharga lebih kurang RM262,000 pada hari ini mampu kita simpan dan bawa dengan mudah di dalam beg galas sahaja. Rumah, tanah? Bahkan jika nak jual sekalipun, ianya sangat mudah berbanding rumah yang perlukan masa yang lebih lama. Itupun jika sudah ada pembeli.

Photo by michael-steinberg from Pexels.

10. Emas aset fizikal mampu milik. Pada hari ini, dengan hanya RM100 kita sudah boleh memiliki emas. Sebaliknya aset tanah atau rumah perlukan modal yang besar kerana tak boleh dibeli mengikut kaki persegi.

IKLAN

Begitulah antara keistimewaan emas yang patut kita pertimbangkan sebagai simpanan kekayaan pada masa hadapan. Ramai orang yang gagal menyimpan wang tetapi berjaya dengan simpanan emas.

Menyimpan di dalam bentuk duit kertas sama ada di Bank, Tabung Haji, ASB ataupun lain lain memang mudah bocor. Maklumlah boleh pergi korek selalu kan.

Cuba semak semula berapa lama duit simpanan kita boleh bertahan sehingga akhirnya dikeluarkan semula?

Jika kita tidak mampu mengekalkan simpanan pada masa sekarang, bersedialah untuk menghadapi kepayahan pada masa akan datang.

Daripada menyimpan dalam bentuk duit yang selalunya berakhir dengan simpan sikit sikit lama-lama masih sikit, kenapa tidak ubah cara kita kepada simpanan emas fizikal?

IKLAN

Menyimpan dan mengekalkan simpanan bukan persoalan pendapatan besar atau kecil tetapi persoalan membentuk tabiat dan disiplin.

Photo by michael-steinberg from Pexels.

Emas mempunyai auranya yang tersendiri yang akan membuatkan kita sentiasa ingin menambah simpanan emas.

Bermula serendah RM100, kini semua orang mampu menyimpan dalam bentuk emas tanpa rasa emosi untuk berbelanja boros lagi. Duit selamat emas pun dapat.

Bagaimanapun harus diingat, untuk memaksimakan keuntungan, emas yang patut disimpan ialah emas 999.9 dan bukannya emas perhiasan atau barang kemas 916.

Masa terbaik menyimpan emas ialah 10 tahun dahulu atau sekarang. Ye sekarang. Jom alihkan sebahagian pendapatan bulanan anda ke dalam bentuk aset emas hari ini.

Sumber kredit: Khairul Abdullah Top image: Photo by zlatakycz- from Pexels.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/oNhFqV_vqVs

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI