Wanita perlu cakna tentang keperluan kulit masing-masing. Ini kerana, krim mata sahaja didatangkan dengan pelbagai tujuan dan fungsi. Sesetengah krim mata diformulasi untuk mengurangkan garis-garis halus dan kedutan, ada pula yang lain membantu mengatasi ‘panda eyes’ dan kantung mata.
Justeru, untuk memudahkan Hijabi menggunakan krim mata yang sesuai mengatasi masalah-masalah di bahagian mata atau zon-T, Hijabista menyenaraikan jenis dan ciri krim mata yang sesuai mengikut usia. Jom semak!
Usia 20-an
Di awal usia 20-an merupakan masa emas buat kulit wanita. Tetapi perlu diingat, keanjalan kulit akan terus menurun dari tahun ke tahun. Oleh itu, gunakan krim yang mengandungi bahan-bahan semulajadi atau botanikal untuk memberikan rasa segar, mencegah dan mengurangkan garis halus akibat dehidrasi pada kulit.
Usia 30-an
Masalah kulit yang sering dihadapi oleh wanita usia 30-an adalah tekstur kulit yang tidak sekata, garis halus yang mula menonjol, dan warna kulit pada kelopak mata yng cenderung menjadi lebih gelap.
Bagi mengatasi masalah ini, Hijabista mengesyorkan agar hijabi menjadikan penggunaan krim mata sebagai rutin atau rejim harian. Tetapi disarankan memnggunakan krim mata yang mengandungi antioksida dan pencerah (brightener) untuk menghalang kemunculan pigmentasi kulit secara berlebihan.
Di usia ini, tanda penuaan kian terlihat jelas. Agar kulit dia area mata tetap tegang dan anjal, anda digalakkan menggunakan serum mata yang teksturnya lebih ringan tetapi lebih efektif daripada krim mata. Pilih serum mata yang mempunyai fungsi memudarkan garis halus dan kaya dengan kolagen untuk merawat keanjalan dan kelembapan kulit.
Dah tau kan bagaimana memilih krim mata sesuai mengikut usia masing-masing? Sebelum membeli produk, amati terlebih dahulu kandungan yang terdapat dalam krim mata. Berikut beberapa bahan yang WAJIB ada dalam krim mata:
Ads
Kafein: Membantu mengecilkan pembuluh darah dan mengurangkan mata bengkak.
Peptides: Membantu meningkatkan kadar kolagen.
Antioksidan: Melindungi kulit dari sinar pancaran Ultraviolet dan mencegah kerosakan kolagen.
Ads
Brightener: Memudarkan kantung mata.
Silicone atau Dimethicone: Menghaluskan permukaan dan tekstur kulit.
Retinoid atau Retin A: Mengatasi kedutan dan kerosakan akibat sinaran matahari.
Setiap wanita tentunya mahu memiliki kulit yang cantik, sihat, ‘glowing’ dan kekal awet muda. Tidak dapat dinafikan bahawa tidak semua bernasib baik untuk memiliki kulit yang mulus dan bersih. Tetapi, dengan penjagaan wajah yang tepat serta pengambilan makanan yang berkhasiat, insyaAllah kulit boleh kekal cantik dan berseri.
Selain mengamalkan penjagaan wajah yang tepat, anda juga perlu menjaga pemakanan untuk memastikan kulit kekal cantik dan terjaga. Jadi, pilih makanan yang terbaik untuk kulit anda ya! Menerusi laman Facebook, seorang wanita bernama Zana Mokhtar telah berkongsi cara untuk kekal awet muda hanya dengan amal minum air campuran nenas dan lemon.
Menurutnya, minuman ini boleh mengelakkan penuaan pada wajah. Malah, kulit yang kusam pun boleh berseri dan anjal. Jika anda amalkan secara konsisten, anda mampu memiliki kulit idaman anda. Malah, kosnya pun murah dan berpatutan. Ayuh baca perkongsian Zana Mokhtar.
Setiap pagi dan sebelum tidur kan, ni lah rutin harian Kekna taw. Ye lah kos dia tak ada lah mahal kot dengan dua bahan ni beli dan nak minum hari-hari pun boleh.
Air ni kan walaupun mungkin nampak macam biasa-biasa je kan bagi korang tapi kalau korang konsistenkan minum, korang boleh elakkan penuaan.
Senang cakap dia anti-aging lah. Kulit korang yang kusam pun boleh berseri-seri dan boleh anjalkan kulit. Sebab tu lah nampak glowing cantik je kan.Tak payah dah nak cucuk botox, minum je lah air ni. Jimat dan sedap gilerr.
Meh Kekna nak tunjuk cara buar air yang sedap ni dengan mudah je pun sangat.
Dua bahan yang mudah sangat korang boleh cari kat pasar tu ha.
Bahan-Bahan:
Senangkan. Siapa cakap nak cantik-cantik kena guna modal besar kan. Minum je lah air jus ni hari-hari.
Seperti yang dinantikan-nantikan peminat setia filem Barbie™ The Movie yang dibintangi oleh Margot Robbie dan Ryan Gosling, malah jenama hijab dUCk Scarve sekali lagi mencipta fenomena kembali berkolabratif kali ketiga bersama Mattel. Ambil masa selama 400 jam untuk siapkan rekaan cetakan tudung, hebat bukan!
Patung Barbie keluaran syarikat Mattel yang telah bertapak sejak 1958 dan menjadi teman untuk kanak-kanak perempuan terkemuka mencipta anak patung pertama memakai hijab pada 2017.
dUCk satu-satunya jenama tempatan yang bekerjasama dengan filem yang sangat dinanti-nantikan, usaha ini mengukuhkan kedudukan dUCk sebagai jenama gaya hidup sederhana terulung negara yang bersandar ke arah kecanggihan yang dan gaya yang tiada tandingan, sama seperti Barbie™.
Ditayangkan secara serentak pada 20 Julai , Jenama ini juga menganjurkan dUCk Movie Night Out (DMNO) pada 18 Julai 2023 untuk Barbie™ The Movie di mana kira-kira 260 dukies bertuah berpeluang menonton movie’s premiere di Pavilion Kuala Lumpur, Jalan Bukit Bintang. Menariknya mereka memiliki bantal khas monogram D.
Mengimbau kembali pada 2019 apabila Pengasas bersama Kumpulan dUCk, Vivy Yusof berkata, jenama ini menjadi syarikat jenama fesyen lokal pertama yang bekerjasama dengan Barbie™.
“Dua kerjasama pertama telah diterima dengan baik tetapi yang ini lebih mengujakan, bertepatan dengan keluaran ‘Barbie™ The Movie’.”
“Selain koleksi barang-barang yang menarik, jalan cerita filem ini mempamerkan cerita dunia sebenar yang kita hadapi, tentang Barbie keluar ke dunia sebenar, bergema dengan pelanggan dan duckies kami,” tambahnya lagi.
Selama 9 tahun jenama ini bertapak di hati pengikutnya sudah pasti bukan mudah untuk mengekalkan kepercayaan mereka terhadap jenama lokal ini. Sudah pasti ada jatuh dan bangunnya!
“Perjalanan mengatasi ketakutan, mencari kekuatan dalam kesusahan, dan meneruskan keberanian dan keyakinan bercakap tentang nilai yang dipegang oleh dUCk, dan kami berharap untuk berkongsi kepositifan dan sokongan itu dengan pelanggan kami,” kata Vivy.
Ketua Produk Pengguna Mattel Asia Selatan Michelle Wan berkata dUCk ialah sebuah rakan kongsi yang luar biasa hebat untuk bekerjasama dan kerjasama ini tidak terkecuali.
“Berkolaborasi dengan dUCk sekali lagi dengan ‘Barbie™ The Movie’ mencapai tahap seterusnya, begitu ideal untuk kedua-dua jenama, mencipta crossover yang unik dan menarik kepada orang ramai yang lebih luas,” katanya.
Saat ini kerja-kerja promosi Barbie The Movie giat dijalankan, fenomena filem ini telah meduniai, seiring dengan itu jenama tudung lokal ini tidak terlepas mempromosikan barisan item ekslusif kolabratif yang ketiga bersama Mattel.
Koleksi Edisi Terhad Barbie™ The Movie x dUCk mempersembahkan barisan yang pelbagai daripada kegemaran jenama ini. Dari selendang ke beg membeli-belah ke pakaian sedia untuk dipakai (RTW), anda akan menemui sesuatu yang diinginkan dengan harga yang berpatutan.
Dengan kerumitan terperinci yang diperlukan untuk mentafsir Barbie™ Land, rekaan yang menakjubkan ini mengambil masa 400 jam (atau 50 hari) untuk diselesaikan. Diilhamkan oleh perjalanan, penemuan diri dan cinta, setiap butiran difikirkan dengan baik dan kudos pasukan reka bentuk dUCk yang berjaya membayangkan ruang berbentuk hati yang dipenuhi dengan elemen-elemen cantik seperti pelangi, trak ais krim, payung pantai dan banyak lagi.
Terletak di tengah-tengah awan merah jambu, ruang fiksyen dihiasi dengan indah dengan kapal terbang dan belon udara panas dengan sepanduk berwarna-warni mengekori di belakang untuk sentuhan pengembaraan dan keterujaan.
Dari biru dan biru ke fuchsia dan merah jambu, hijab koleksi terhad ini mempunyai nama yang mungkin tidak dapat anda lupakan seperti Barbie Dreams, Best Day Ever, Hey Blondie, Let’s Beach, The President and I’m Hanya Ken, hanya berharga RM350 setiap satu. Manakala bagi peminat rekaan minimalis, Barbie™ Newsprint (RM300 setiap satu), reka bentuk yang dikupas berdasarkan kepala akhbar, dipanggil Pink Summer, Real World, Barbie News and He’s Ken Too.
Tudung Barbie™ The Movie x dUCk Edisi Terhad terdapat dalam 10 reka bentuk, selendang dan persegi, diperbuat daripada bahan sutera satin kegemaran peminat dUCk yang eksklusif dan mudah dibentuk.
Santai bergaya walaupun membeli barangan runcit, nah, beg membeli-belah Mini Barbie™ The Movie x dUCk (RM85) untuk membawa barang keperluan harian anda.
Koleksi jumpers ini lebih ‘chic dan pratikal’, koleksi RTW dUCk sememangnya selesa dipakai dan bergaya. The Barbie™ The Movie x dUCk Monogram, BAX Airport and Barbie™ Land Delivery jumpers berharga RM320 setiap satu. Boleh dipadankannya dengan skirt, seluar jeans atau gaun.
Koleksi Barbie™ The Movie x dUCk akan dipamerkan di Kedai dUCk di Pavilion Kuala Lumpur bermula 18 Julai 2023. Anda boleh menempah Koleksi Edisi Terhad ini di tapak web dUCk (www.getducked.com) dan apl bermula pada 20 Julai 2023 (10PM MYT) hingga 28 Julai 2023 dengan hanya kuantiti terhad yang dikeluarkan.
Pesanan akan dihantar sebelum 31 Ogos 2023. Menariknya lagi untuk 500 pelanggan pertama yang membeli sama ada Ready-To-Wear (RTW) dan Beg Beli-belah akan mendapat sama ada Barbie™ The Movie Beach Ball atau Barbie™ The Movie Berus rambut, dengan pembelian minimum RM400. Jangan lepaskan peluang sis!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Biduanita, Salamiah Hassan yang enggan membicarakan tentang perjalanan hijrah yang dimilikinya, sebaik sahaja mengumumkan tentang khabar baik berkenaan, kini mengakui bahawa salah satu faktor dia terbuka hati mengambil keputusan menutup aurat adalah diatas dorongan Allahyarham suaminya, Gery Hughes.
Terdahulu, penyanyi veteran berusia 72 tahun itu telah mendapat hidayah untuk mengenakan hijab dan menutup aurat sepenuhnya sejak Mac lalu.
Tegas Salamiah, keputusan berkenaan dibuat atas kerelaan hatinya sendiri, tanpa sebarang paksaan oleh sesiapa pun.
“Saya berhijab bukan kerana sesiapa tetapi kerana Allah SWT dan arwah pun pernah suruh. Sebelum ini saya sering mewarnakan rambut kerana ingin menutup uban-uban halus yang tumbuh. Apabila melihat situasi itu, arwah bertanya kenapa tidak berhijab untuk menutup uban.
“Imbas kembali perbualan itu, arwah turut memuji anak saudara saya yang bertudung kerana dilihat cantik dan manis. Saya menegaskan kaum wanita bertudung bukan untuk menutup uban sebaliknya atas tuntutan agama.
“Namun arwah menjelaskan kenapa tidak bertudung untuk menutup aurat dan dalam masa yang sama sembunyikan uban,” katanya lapor sebuah akhbar tempatan.
Mengulas berhubung perkembangan terbaharunya, Salamiah berkata, perasaan sedih kehilangan suami masih berbekas dihatinya. Meskipun terpaksa kuat untuk meneruskan kehidupan tanpa suami tercinta dan menerima ketentuan yang maha esa.
“Saya sudah berjanji dengan diri untuk tidak menangis apabila berbicara mengenai arwah. Saya harus kuat dan bangkit meneruskan hidup.
“Jika bercerita mengenai arwah banyak kenangan yang kami kongsikan bersama. Sebagai saudara baru dalam Islam, arwah membaca Al-Quran dan penterjemahan dalam Bahasa Inggeris, malah dia juga turut merujuk kepada saya setiap kali membaca,” kata Salamiah mengimbau kenangan bersama Arwah Gery.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!