Sebagai wanita kita tidak pernah lari dari mengalami masalah keputihan. Kadang-kadang keputihan ini buat kita rasa tidak selesa lebih-lebih lagi jika mahu solat.
Jadi ramai yang tertanya-tanya apakah keputihan ini dianggap najis dan bolehkah ia membatalkan wuduk hingga menjejaskan solat kita.
Ini jawapan Ustaz Azhar Idrus berhubung permasalahan ini.
Hukum keputihan yang biasa dialami oleh wanita adalah seperti berikut :
1. Apabila cairan tersebut keluar dari mulut faraj yang zahir maka hukumnya suci. Ia tidak membatalkan wuduk.
2. Apabila cairan tersebut keluar dari dalam faraj tetapi dari kawasan yang dikira zahir, maka hukumnya suci menurut pendapat yang paling sahih. Ia juga tidak membatalkan wuduk.
3. Apabila cairan tersebut keluar dari bahagian batin faraj, maka hukumnya najis dan menyebabkan batalnya wuduk.
Antara punca terjadinya keputihan ialah sebab Menopause, ubat penyubur kehamilan, kesan yang berpunca dari rahim, seluar dalam yang ketat, setengah sabun pembersih vagina dan stress.
Dipetik dari Kitab :
Hasyiyah I’anatut Tholibin & Hasyiyah Al-Jamal Ala Syarah Al-Manhaj
Wallahua’lam
Jenis-jenis keputihan
1. Keputihan kering
Juga dikenali sebagai hari kering, keputihan yang dialami akan bertekstur kering, melekit dan menyukarkan penembusan semasa seks.
Vulva anda akan rasa kering dan ini biasanya berlaku semasa tempoh anda tidak subur iaitu 7 hari sebelum dan selepas kitaran haid anda.
Peluang untuk hamil semasa tempoh ini juga sangat nipis, walaupun tidak menggunakan perancang. Tujuan keputihan kering ini ialah untuk menghalang sperma dari memasuki rahim.
2. Keputihan bak krim
Apabila tahap estrogen dalam badan bertambah, rahim akan menghasilkan keputihan yang lebih cair dan vulva mungkin akan rasa melekit ataupun basah. Anda juga mungkin akan mendapati keputihan yang semakin melekit dan basah pada bibir faraj semasa tempoh ovulasi dan hari kering.
Tempoh ini biasanya di antara hari ke-7 atau hari ke-11, jika anda mempunyai kitaran 28 hari. Keputihan ini lebih nipis dan hanya boleh menghalang sperma lemah dari memasuki rahim.
3. Keputihan seperti putih telur
Apabila semakin dekat dengan tempoh ovulasi, anda akan mengalami keputihan yang licin dan panjang. Ia sering disamakan dengan putih telur.
Anda mungkin merasakan sensasi basah disebabkan keputihan seperti putih telur dan ada yang mungkin keluar bergumpal-gumpal.
Ini adalah tanda ovulasi yang baik dan berlaku antara 12 dan 16 hari dalam kitaran 28 hari. Jika anda sedang berusaha untuk hamil, ini adalah masa yang baik untuk bersama pasangan! Jenis keputihan ini akan memberi laluan mudah untuk sperma berkualiti memasuk rahim.
4. Keputihan warna putih
Ini adalah antara jenis keputihan wanita yang normal dan boleh dilihat pada awal atau akhir kitaran haid bulanan. Walaubagaimanapun, jika teksturnya seperti lendir tebal seakan keju dan ada rasa gatal-gatal, ada kemungkinan ia adalah jangkitan yis. Tanda-tanda jangkitan yang lain termasuklah bau busuk, sakit punggung dan gatal-gatal yang teruk atau tidak selesa.
5. Keputihan yang licin
Beberapa hari sebelum ovulasi, keputihan anda akan berubah menjadi licin. Mukus serviks akan menjadi kurang pekat dan menjadi lebih licin.
Fakta menarik: hari terakhir keputihan normal ini sebenarnya hari anda paling subur dalam bulan itu.
Itu kerana hari terakhir sebelum telur dilepaskan dan keputihan yang dikeluarkan semasa tempoh subur ini sangat kaya dengan kalium.
6. Keputihan jernih dan sangat cair
Antara semua jenis keputihan wanita yang dialami, jenis ini boleh berlaku pada bila-bila masa. Keputihan ini adalah normal dan sering kelihatan selepas anda melakukan senaman yang berat.
7. Keputihan warna perang atau sedikit berdarah
Sebaik saja haid anda berakhir, anda mungkin mengalami keputihan yang berwarna perang. Jangan risau, ia juga antara jenis keputihan wanita yang biasa. Ini adalah cara faraj membersihkan diri selepas datang haid.
Jika anda telah melakukan hubungan seks tanpa perancang dan mengalami keputihan berwarna perang, ini mungkin tanda kehamilan.
Pendarahan yang bukan haid pula maksudnya keguguran. Jika kurang pasti, jumpa pakar wanita anda dengan segera dan dapatkan pemeriksaan lengkap. Tapi untuk wanita yang sudah putus haid ini mungkin tanda kanser serviks. Jadi rajinlah melakukan ujian Pap Smear tahunan untuk mengelak keraguan itu.
8. Keputihan warna kuning
Keputihan yang berwarna kuning mungkin tanda jangkitan. Keputihan kuning ini biasanya tebal dan berbau busuk. Ia juga tanda trichomoniasis, iaitu sejenis penyakit kelamin.
Kebanyakan wanita yang sedang mengalami jangkitan klamidia atau gonorrhea tidak akan menunjukkan tanda-tanda kecuali keputihan berwarna kuning. Jadi dapatkan perhatian pakar jika anda mengalami ini.
9. Keputihan warna hijau
Ini juga antara jenis-jenis keputihan wanita yang tidak normal dan biasanya tanda jangkitan dalaman yang serius. Sekiranya ia disertai dengan bau busuk, ia juga tanda penyakit trichomoniasis.
Anda perlu berjumpa pakar wanita dengan segera jika anda mengalaminya.
Setelah melihat jenis-jenis keputihan wanita yang disenaraikan di sini, kini anda lebih berpengetahuan tentang keputihan yang normal dan yang tidak normal. Jika anda sedang mengalami keputihan yang tidak normal jangan segan untuk berjumpa pakar wanita anda untuk mendapat rawatan,
Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada Penyakit Keputihan?
Faktor Kebersihan
PIC: Body Care
Kebersihan di bahagian sulit wanita (faraj) perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku.
Wanita sentiasa digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual. Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.
2. Faktor Hormon
Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit kuputihan. Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh beberapa perkara yang tersenarai di bawah:
Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.
Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan microorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.
Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkordinasikan penghasilan hormon yang seimbang.
Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah
3. Faktor Gaya Hidup
Gaya hidup seseorang wanita sangat mempengaruhi status kesihatan beliau. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj.
4. Faktor Kesihatan
Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Selain itu wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS,atau barah, atau leukimia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.
Seringkali kita merasa telah mencuci kemaluan kita dengan bersih dan benar. Bersih belum bererti betul. Hal ini penting agar amal ibadah kita diterima.
Banyak orang merasa ibadah mereka bagus, tetapi sebenarnya masih tidak terlepas dari ancaman azab api neraka hanya kerana tidak benar dalam mencuci kemaluannya.
Sayidina Abu Bakar R.A. pernah hendak menyolatkan mayat seorang lelaki, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya seseorang untuk membukanya. Alangkah terkejutnya ada seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.
Khalifah Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba2 berkata:
”Apakah salahku? Karena aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan”
Setelah diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, ternyata dia merupakan orang yang mengabaikan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.
Jadi sebenarnya bagaimana cara membersihkan kemaluan kita dengan benar?
Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan dibasuh sekadarnya dengan air dan asalkan bersih.
WANITA:
Apabila membasuh kemaluannya, hendaklah ia berdehem dan pastikan dicuci bahagian dalamnya dengan memasukan sedikit jari tengah dan diputar-putarkan sewaktu disiram air bersih.
Bukan dengan hanya menyiram air semata-mata, kerana hanya dengan menyiram air saja tidak dapat membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita secara sempurna.
LELAKI:
Selepas membuang air kecil, disunahkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar.
Setelah itu urutlah kemaluan dari pangkal ke ujung beberapa kali, sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.
Kemudian basuhlah dengan air sampai bersih.
SANGAT PENTING
Begitu juga semasa membasuh air besar, sangat penting untuk memasukan satu jari kedalam dubur. Putarkan beberapa kali supaya najis keluar dari dinding dubur, sambil siram dengan air hingga terasa najis benar-benar telah hilang dan bersih.
Betulkah cara membersihkan kemaluan kita selama ini? Kalau belum betul, mari bersama-sama kita betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang sebenar. Ini kerana telah dijanjikan neraka bagi mereka yg tidak istibro’ (menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/hadas besar).
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali sebagai BCL berkata, dia sedih dengan komen yang memalukan badan daripada pengguna media sosial. Selebriti popular itu baru-baru ini melalui media sosial, warga maya membuat spekulasi sama ada dia hamil atau tidak?
Ini selepas video tular BCL membuat persembahan baru-baru ini, menunjukkan ‘benjolan’ di perutnya yang membawa kepada spekulasi. BCL dengan sewajarnya menepuk bahu mereka dengan mengatakan bahawa dia tidak hamil.
BCL yang menganggap komen itu sebagai memalukan dan ‘body shaming’, berkata dia hanya seorang manusia, sambil menambah bahawa perubahan dalam penampilan seseorang tidak perlu dipersoalkan.
“Saya sedih dengan komen yang memalukan tetapi saya tahu tidak semua orang faham kenapa perut saya kelihatan begitu.
“Terdapat beberapa aspek mengenainya (video) termasuk kedudukan badan saya, sudut ia diambil, pencahayaan dan ‘benjolan’ disebabkan oleh haid saya ketika itu.
“Selain itu, saya suka snek pada tengah malam dan saya bukanmuda muda lagi. Saya akan berusia 40 tahun tidak lama lagi, jadi sudah tentu akan ada perubahan dalam penampilan (saya),” katanya.
Selain itu, BCL pada mulanya mengharapkan hasil yang lebih positif daripada orang ramai mengenai penampilannya yang ‘bersemangat’, namun sebaliknya.
“Tiga tahun lalu, saya kurus dan berat badan saya turun walaupun saya makan banyak. Tetapi sekarang, dengan diet yang sama, berat badan saya bertambah.
“Saya berharap orang ramai menyedari bahawa saya lebih sihat dan lebih bertenaga pada masa kini, mungkin kerana tahap kesedihan saya akan berakhir walaupun ia masih jauh. Bagaimanapun, reaksi mereka adalah sebaliknya,” katanya.
Tambahnya, pada masa kini, dia lebih tertumpu untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat dari segi fizikal dan mental.
Selain itu, tersebarnya video TikTok yang menunjukkan BCL beraksi dalam kemeja-T berpotongan putih yang mendedahkan perutnya, turut menyebabkan pengguna media sosial membuat spekulasi bahawa BCL sedang menjalin hubungan dengan penyanyi Indonesia, Ariel.
“Saya dan Ariel adalah kawan baik. Dan kami berkawan baik sejak arwah suami saya, Ashraf masih ada.
“Itu hanya spekulasi pengguna media sosial untuk hiburan mereka sendiri,” katanya.
BCL bertemu dengan media tempatan pada hari Rabu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) semasa sidang media Konsert Intimate BCL Blossom. Dia akan membuat persembahan solo pertamanya di Malaysia pada 27 Januari ini yang berlangsung di Dewan Plenari, KLCC.
BCL juga berkongsi bahawa dia telah berjaya menziarahi perkuburan arwah suaminya, Ashraf Sinclair sejurus sebelum ke Malaysia kerana ia adalah ulang tahun perkahwinan mereka selama 14 tahun.
Sebelum ini, Ashraf dan BCL mengikat tali pertunangan pada November 2008 dan kedua-duanya dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Sinclair, yang berusia 13 tahun. Untuk makluman, terdahulu Ashraf disahkan meninggal dunia pada awal pagi 18 Februari 2020, pada usia 40 tahun selepas mengalami serangan jantung. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Memorial San Diego Hills, Karawang di Jawa Barat.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: VIDEO MEDIA HIBURAN
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Rezeki, jodoh, ajal dan pertemuan semuanya telah ditetapkan oleh Allah Taala sejak kita berada di dalam kandungan lagi. Setiap individu memiliki rezeki yang berbeza-beza, ada yang sedikit dan ada juga yang murah rezekinya. Semua itu sebenarnya berbalik kepada amalan masing-masing.
Namun, perlu anda tahu bahawa meskipun rezeki yang diberi tidak banyak, keberkatan Allah itu lebih penting jika dibandingkan dengan rezeki yang banyak tetapi tidak mendapat keberkatan. Seorang pengguna Twitter bernama Fattin Khani telah berkongsi tip bagaimana untuk merasai rezeki itu sentiasa ada walaupun sebenarnya hanya ada RM1 di dalam dompet.
Rahsianya, hanya amalkan satu doa ini ketika mahu membayar duit untuk membeli barang atau membayar hutang. Dengan izin Allah, anda tentu tidak akan risau dan susah hati dek kerana duit yang semakin berkurangan. Jom kita baca perkongsiannya.
Bila keluarkan duit bayar apa yang dibeli. Bacalah “inna haza larizquna maalahu minnafad” sekali. Then bila dapat duit balance, masa masukkan duit dalam wallet tu boleh baca surah Al-Fatihah.
Rasa lega kannn. Bila selak zip. Bukak wallet. Taaraaaa. Duit sentiasa ada. Tak kisah walau tinggal sekeping RM1 je pun, ucapkan Alhamdulillah. Even tinggal seposen jer pun.
Foto: Twitter Fattin Khani
Boleh try tips ni. Then bayarlah dengan senang hati. Takmo risau duit tak ada. Takmo gelisah duit makin kurang. Pasti Allah bantu.
InsyaAllah. Duit sentiasa ada. Then kita tak rasa gelisah bila duit makin kurang. Setting Mindset yang kita sentiasa ada duit. Walaupun kadang duit memang tak ada. Tak apa. DIA pasti bantu kita.
Ada yang tanya. Betul ke ni? Allah dah cakap beriman dengan kitab. Dalam segala ayat dalam setiap surah kita boleh amalkan. Ni salah satu potongan ayat dalam alquran : surah sad ayat 54. Boleh bukak Al-Quran dan baca.
Trend beratur berjam-jam demi merasa makanan viral, golongan remaja dan orang muda yang berbadan besar di Malaysia lebih cepat alami kerosakan buah pinggang.Segalanya mesti...