Siti Aafiyah boleh dikatakan antara bayi paling popular di negara pada ketika ini. Siapa yang tidak kenal dengan ibunya iaitu penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Apa sahaja yang dilakukannya pasti mencuri tumpuan.
Seperti telatah comelnya baru-baru ini dalam satu video yang dimuatnaik oleh ibunya di laman instagram, Aafiyah dilihat begitu kusyuk sekali melihat wajahnya dalam cermin. Comelnya!
Netizen dan rakan artis juga tidak ketinggalkan meninggalkan ribuan komen di laman instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza. Semuanya tak puas melihat aksi Aafiyah yang begitu comel. Alahai!
Bila seharian membanting tulang, antara perkara yang memang setiap individu nantikan adalah untuk merehatkan badan dikala cuti. Paling best jika bergolek-golek diatas tilam dan bermalas-malasan sepanjang hari. Heaven weh!
Memandangkan tilam menjadi antara elemen terpenting dalam kediaman dan juga kehidupan kita, pernah tak hijabi terfikir macam mana cara nak mencuci tilam kepam anda yang penuh dengan peta dunia tu?
Mudah je sis! Di sini hijabista kongsikan kaedah ‘deep clean’ untuk mencuci tilam kepam anda tu tanpa perlu bersusah payah mengangkatnya! Hanya gunakan tiga bahan mudah ni je sis. Ini caranya:
1. Pertama sekali, anda perlu memulakan proses mencuci tilam secara ‘deep clean’ dengan langkah pertama, iaitu menyedut segala kekotoran dan debu tilam menggunakan penyedut hampagas (Vacuum). Hijabista mencadangkan agar anda menggunakan kepala vacuum berjenis muncung tirus dan bersaiz kecil.
2. Kedua, anda perlu masukkan baking soda ke dalam botol spray. Kemudian campurkan ia bersama hydrogen peroxide.
3. Setelah itu, masukkan pula cecair pencuci dan titisan pewangi. Kacau sehingga kesemua bahan sebati. Pastikan anda tidak menggunakan teknik menggoncang untuk mencampurkan kesemua bahan.
4. Setelah semua bahan sebati, spraykan campuran berkenaan di mana bahagian tilam yang dipenuhi peta. Biarkan dalam tempoh masa 5 hingga 10 minit. Kemudian anda akan menyaksikan keajaibanya, dimana sedikit demi sedikit peta dunia itu akan mulai menghilang dari tilam anda.
5. Sekiranya, terdapat bahagian peta yang degil, adalah digalakkan agar anda spray sekali lagi pada bahagian tersebut. Biarkan seketika sehingga sedikit kering dan ulang langkah sama sehingga peta benar-benar hilang dari radar.
6. Setelah itu jemurkan sahaja tilam anda di dalam bilik. Hanya perlu tingkatkan kelajuan pusingan kipas dan biarkan tilam kering secara semulajadi sepenuhnya.
Sekadar info, tilam yang empuk dan bersih bukan sekadar menjanjikan tidur yang lena, malah ia mampu menghalang bakteria yang menjadi punca penyakit berkaitan kulit.
Kemesraan yang ditunjukkan oleh keluarga Lesti Kejora dan Rizky Billar kembali meraih perhatian ramai. Bakal menyambut kelahiran anak kedua, pasangan yang dikenali sebagai Leslar ini berkongsi detik-detik berharga menerusi satu sesi fotografi istimewa. Dalam muat naik yang dikongsi oleh Rizky Billar di Instagramnya, jelas kelihatan kebahagiaan mereka sekeluarga.
Kehadiran si kecil menambahkan lagi kebahagiaan keluarga kecil ini. Muat naik itu turut mendapat komen positif dan kata-kata sokongan daripada rakan-rakan artis.
Foto yang disiarkan pada 18 Januari 2025 itu turut meraih pujian warga maya. Rizky Billar menyampaikan mesej penuh kasih sayang kepada keluarga kecilnya yang bakal diserikan dengan kehadiran ‘orang baru’ tidak lama lagi.
Lesti Kejora mempamerkan pesona luar biasa dalam sesi fotografi itu dengan mengenakan gaun labuh ringkas, ditambah dengan blazer berbulu. Walaupun temanya sangat minimalis, ia berjaya mencipta kesan yang sangat elegan dan menawan.
Rizky Billar dan anak mereka yang digelar Abang L turut menyempurnakan penampilan mereka dengan mengenakan kemeja putih digabungkan dengan seluar hitam. Kemesraan mereka cukup menyentuh jiwa dan perasaan sekaligus menjadikan foto itu terlihat sangat indah.
Kapsyen yang ditulis hanya dengan emoji hati hati berjaya menyampaikan perasaan cinta mereka tanpa perlu menggunakan kata-kata. Hantaran itu juga berjaya meraih ribuan tanda suka dalam masa yang singkat.
Malah, dengan adanya Abang L dalam sesi fotografi itu memberi nilai tambah kepada hantaran tersebut. Terserlah kegembiraan anak sulung pasangan ini dengan kelahiran adiknya tidak lama lagi.
Dengan kebahagiaan yang terpancar, Lesti Kejora dan Rizky Billar menunjukkan betapa pentingnya ikatan kekeluargaan dalam setiap saat yang berharga.
Biarpun konsep sesi fotografi itu cukup ringkas dan sederhana namun tetap kelihatan menarik dan boleh menjadi sumber inspirasi bagi para keluarga yang ingin meraikan detik istimewa dengan cara yang unik.
Melalui kesederhanaan ini, mereka membuktikan kecantikan tidak semestinya rumit dan megah. Kesederhanaan konsep ini mengajar bahawa kecantikan boleh dicipta daripada perkara yang mudah, asalkan ia dirancang dengan penuh kasih sayang.
Selain ucapan tahniah, warga maya dan selebriti turut mendoakan agar proses bersalin Lesti lancar.
Setiap komen yang ditinggalkan menunjukkan bagaimana orang ramai menantikan kelahiran ahli baharu dalam keluarga ini.
Semua sudah maklum, adik Duke Of Cambridge, Putera William, Putera Harry sudah melangsungkan pertunangannya dengan pelakon Meghan Markle. Nampaknya dalam ribuan gadis, hanya wanita ini berjaya menawan hati anak kedua mendiang Puteri Diana ini. Apa agaknya keistimewaan Megan hingga berjaya disunting sebagai suri hati Putera Harry. Khabarnya juga Megan lebih istimewa berbanding isteri Putera Willian, Duchess Of Cambridge, Kate Middleton. Lebih menariknya Meghan juga menjadi carian tertinggi di GOOGLE sejak 2016
1. Putera Harry dan Megan bertemu buat kali pertama pada Julai 2016 melalui sebuah ‘blind date’ yang dirancang seorang teman. Keduanya mengatakan tidak mengetahui latar belakang masing-masing walaupun keduanya adalah public figure. Ternyata kecantikan Meghan sangat mengagumkan Harry untuk terus menjalin hubungan seterusnya.
2. Hubungan mereka akhirnya diketahui umum hinggalah disahkan sendiri kerajaan Ingegris pada November 2016. Dan Oktober 2017, Harry kemudiannya memperkenalkan Meghan kepada nendanya, Ratu Elizaberth II.
3. Putera Harry dikatakan melamar Megan awal bulan November 2017 lalu. Harry melamar kekasihnya itu ketika mereka berdua sedang menyediakan ayam panggang di Kensington Palace, London, di kediaman Harry. Lamaran itu diterima dengan senang hati oleh Meghan yang menanti Harry menyarung cincin di jari manisnya.
4. Cincin pertunangan ini nanti direka sendiri oleh Harry menggunakan emas berhiasan dua batu berlian milik mendiang ibunya, Ladi Diana. Dan salah satu berlian berasal dari Botswana. Cincin ini nampak sederhana dan klasik tetapi tetap terihat kemewahannya.
5. Putera Harry begitu menyukai Botswana hingga menjadikan negara di Afrika Selatan itu sebagai rumah keduanya. Pertama kali Harry ke sana ketika usianya 13 tahun dan setelah dua bulan kematian Lady Diana. Istimewanya tempat ini membuatkan Harry sanggup menerbangkan kekasih hatinya Megan untuk menyambut hari kelahiran di sini.
6. Meghan sebelum ini pernah berkahwin tetapi bercerai Ogos 2013 yang lalu. Nama penuh artis berusia 36 tahun ini adalah Rachel Meghan Markle merupakan seorang ativis kemanusiaan. Meghan menjadi Duta Dunia di World Vision Artist Collective untuk membantu anak-anak kecil di Rwanda mendapat pendidikan,makanan dan kesihatan yang selayaknya. Selain itu Meghan juga melakukan perjalanan ke Rwanda untuk Clean Water Campaign.
7. Selain itu Meghan juga sebelum ini adalah pembuat kaligrafi. Dia melakukannya untuk menambah punca pendapatan dengan bakatnya dalam bidang kaligrafi.
8. Sebenarnya Meghan lebih berusia tiga tahun dari Putera Harry. Walaupun berbeza usia namun tidak dapat memisahkan cinta antara mereka berdua. Meghan lahir pada Ogos 1981, manakala Harry pula pada 3 September 1984.
9. Selain itu tunangan Putera Harry ini juga turut berkecimpung dalam bidang fesyen. Malah turut melakukan kolaborasi dengan Reitmans sebuah jenama dari Kanada. Pada 2016 koleksi Meghan Merilis diperkenalkan yang mencampukan gaya couture denga sentuhan kasual.
10. Sejak desas-desus hubungannya dengan putera Harry diketahui umum, Meghan menjadi carian tertinggi di Google mengalahkan Angelina Jolie dan Jennifer Lawrence pada 2016.
11. Ia juga memiliki jaringan sosial yang besar dengan 1.1 juta pengikut di Instagram dan lebih 330.000 pengikut di Twitter.
12. Meghan juga adalah seorang anak dari perkahwinan campur ibunya yang mempunya campuran Afrika-Amerika dengan bapanya yang berkulit putih berketurunan Belanda-Ireland.
13. Menamatkan pelajaran di sebuah Perguruan Tinggi Katolik (khusus untuk perempuan) dan kemudiannya mendapat Sarjana Komunikasi di Northwestern University pada tahun 2003.