Dia berpindah ke Norway bersama keluarganya pada usia lapan tahun dan meneruskan pendidikan rendahnya.
Ads
Sejak kecil, Rawdah terpaksa berhadapan dengan beberapa isu seperti perkauman, penderaan dan buli oleh rakan sekelasnya di sekolah hanya kerana warna kulit dan bertudung.
Biarpun pernah ditolak untuk bergaya di pentas fesyen Paris, Rawdah mampu berbangga apabila berpeluang melangkah ke karpet merah Festival Filem Cannes baru-baru ini untuk dua tahun berturut-turut.
Glamour dalam gaun keemasan rekaan pereka fesyen kelahiran Lubnan, Nicolas Jebran. Padanan hijab yang ringkas dan senada menyerlahkan lagi sentuhan memukau gaun hebat ini.
Wajah Vogue Arabia dengan gaun dan headpiece ilham daripada Del Core. Manakala perhiasan mewah pula daripada Bibi Van Der Velden dan Van Gelder Jewellery.
Sebagai antara jenama rumah fesyen negara yang terkenal, Rizman Ruzaini cukup sinonim dengan rekaan eksklusif pakaian pengantin. Selama berbelas tahun mengukir nama dalam industri ini, tidak hairanlah apabila rekaan mereka seringkali menjadi pilihan selebriti dan golongan elit untuk disarungkan di hari bahagia mereka.
Sesuai dengan kualiti perincian dan curahan idea tersendiri dalam setiap rekaan yang dihasilkan, kita pasti dapat menjangkakan harga bagi setiap helaian hasilan pereka duo ini boleh sahaja mencecah ribuan ringgit. Ini bagai satu penanda aras bahawasanya hanya ‘pengantin kayangan’ yang mampu menyarungkan helaian Rizman Ruzaini di majlis perkahwinan mereka.
Justeru, demi merealisasikan impain lebih ramai bakal ratu sehari dan melihatkan perkembangan perniagaan yang semakin berdaya saing kini, Rizman Ruzaini muncul dengan segmen perniagaan baharu dalam memastikan jenama ini mampu dimiliki oleh semua golongan melalui rangkaian ‘ready to wear’ (RTW).
Segmen ‘ready to wear’ atau sedia pakai ini dimulakan dengan baju kasual dan kini dilebarkan melalui rekaan baju pengantin. Menerusi RR Bridal RTW 2022/23, sebanyak 14 rekaan diperkenalkan yang termasuklah daripada rekaan klasik dan moden kontemporari.
Berkongsi keistimewaan koleksi kali ini, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rizman Ruzaini, Rizman Nordin, menjadi kebanggaan untuk pihaknya dapat menunaikan impian wanita di luar sana yang selama ini menyimpan impian untuk memilih jenama ini di hari penting mereka.
“Sejak bertapak 17 tahun lalu, pakaian pengantin sememangnya menjadi antara rekaan yang sinonim dengan jenama kami. Malah kebanyakan pelanggan awal kami juga terdiri daripada kalangan bakal pengantin. Walaupun tidak dihasilkan dalam kuantiti yang banyak tetapi pakaian pengantin rekaan Rizman Ruzaini seringkali menjadi pilihan mempelai terutamanya golongan selebriti.
“Tidak dinafikan, apabila melihat golongan selebriti dan orang ternama memilih jenama kami di hari perkahwinan mereka, ada antara orang ramai teringin untuk menyarungkan Rizman Ruzaini. Mereka terinspirasi. Namun, soal harga selalunya menjadi halangan dan kebanyakan mereka akan terus berkata ‘kami tak mampu’. Maka, kerana itulah munculnya RR Bridal RTW 2022/23 sebagai tanda kasih-sayang kami kepada mereka untuk tampil paling menawan pada harga mampu milik di hari bahagia nanti,” katanya.
Walaupun dijual pada harga mampu milik, namun kualiti koleksi ini dikekalkan pada tahap premium. Tambahnya lagi, bagi mereka yang membeli RTW tidak dapat ‘fitting’ ke butik manakala mereka yang ingin layanan yang istimewa dan perincian yang lebih perlu datang ke butik dengan khimat rundingan pereka.
Antara material yang digunakan dalam rekaan ini ialah songket, heavy ghughori, sifon, taffeta, pleated net dan renda. Warna-warna yang dipilih pula hanyalah daripada rona putih, silver dan keunguan untuk mengekalkan ciri-ciri pengantin malar segar, suci dan manis. Kali ini rekaan RR Bridal RTW 2022/23 memudahkan cara, iaitu mempelai tidak sukar untuk bergerak dengan potongan longgar di badan mahupun di tangan. Mudah untuk berdoa!
“Berbeza dengan Rizman Ruzaini, segmen atau jenama RR ini kami peruntukkan untuk pengeluaran yang lebih besar. Harga helaian RR Bridal RTW 2022/23 bermula daripada harga RM699 hingga RM1499. Walaupun berstatus RTW, untuk koleksi ini, pakaian hanya akan disediakan selepas mendapat pengesahan pesanan.
“Tetapi jangan risau, pesanan hanya akan mengambil masa dua minggu sahaja untuk disiapkan dan sampai kepada pelanggan. Tempahan boleh dibuat melalui laman sesawang kami, rizmanruzaini.com,” katanya lagi.
Koleksi ini turut mengenengahkan Raysha Rizrose sebagai ‘muse’ mereka. Ternyata pemilihan ini bukan sesuatu yang mengejutkan, memandangkan jenama ini pernah bekerjasama dengan beberapa selebriti tempatan lainnya seperti Amyra Rosli, Zahirah Macwilson, Nelydia Senrose dan ramai lagi.
Pada majlis pratonton koleksi RR Bridal RTW 2022/23 yang turut dihadiri barisan selebriti wanita popular negara, Rizman berucap, “Saya sangat terharu dengan sokongan rakan selebriti yang selama ini menjadi nadi kepada perniagaan kami. Jadi kali ini, sama seperti tahun sebelumnya, ingin saya memperkenalkan Raysha Rizrose sebagai ‘muse’ RR Bridal RTW 2022/23.”
“Menariknya, semua selebriti wanita yang hadir pada majlis hari ini masih berstatus ‘single’. Siapa tahu melalui pratonton hari ini mereka mendapat idea untuk rekaan pakaian pengantin mereka kelak? Selain itu, antara tetamu istimewa yang hadir pada hari ini juga adalah pelanggan kami yang bertuah sebagai antara yang pertama menyaksikan koleksi ini,” katanya.
Sementara itu, berita baik buat bakal pengantin di luar sana, koleksi RR Bridal RTW 2022/23 ini turut menawarkan diskaun 25 peratus untuk setiap tempahan awal. Tempahan boleh dibuat secara atas talian atau pada majlis hari ini.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Jenama yang lebih dikenali dengan membawakan gagasan fesyen sopan untuk semua golongan status. Dengan tumpuan kepada fesyen sopan untuk wanita kontemporari yang digelar #lilitwoman, keutamaan kepada usaha untuk menunaikan kemahuan dan keperluan mereka yang mahukan kesederhanaan.
LILIT bersedia untuk menaikkan seri penampilan anda dengan fesyen pakaian yang bergaya dan sesuai untuk apa jua acara, baik koleksi klasik mahupun fesyen terkini dengan gaya menarik dan menceriakan. Tidak perlu pilih jenama lain LILIT semuanya ada. Menarik bukan?
Jenama bergaya ini terkenal kerana ia menawarkan penyelesaian yang mudah dan mesra untuk wanita kontemporari. LILIT. memberikan keyakinan diri menerusi pelbagai pilihan gaya yang berlainan. Koleksinya merangkumi pakaian dalam asas, skarf dan pakaian, serta kategori sopan menarik yang diperlukan oleh semua koleksi pakaian untuk ibu mengandung, pakaian aktif serta pakaian renang. Baru-baru ini LILIT. juga berkongsi komitmennya kepada kelestarian alam sekitar dengan memperkenalkan koleksi RE:LIT. yang diperbuat daripada koleksi LILIT. lama yang telah dikembalikan sebagai pakaian kreatif baharu.
Dengan butik dan laman web baharu yang dibuka tahun ini, LILIT. sudah bersedia untuk membolehkan semua wanita mengangkat fesyen sopan tetapi menarik. Dengan LILIT, begitu mudah untuk memperlihatkan gaya tersendiri anda!
Menurut Shasha Sekharan, Pengurus Pemasaran LILIT, selepas 2 tahun, dengan bangganya melancarkan butik ketiga dan meluaskan kehadiran jenama ini sebagai perniagaan fesyen dengan usaha mengukuhkan lagi platform digital serta laman web baharu LILIT (lilitstore.com) pada bulan Julai. Usaha ini diikuti dengan pelancaran aplikasi LILIT. tidak lama lagi. Banyak rancangan yang telah dirancangkan untuk 2022 bila keadaan pulih secara perlahan-lahan.
“Kami menghargai sokongan yang kami terima selama ini dan kami tekad untuk memberi manfaat dan penyelesaian oleh LILIT. yang dikenali selama ini. Dengan itu, kami telah merancangkan perkembangan seterusnya dengan pembukaan butik kami di dalam dan di luar negara.” ujar Pengurus Pemasaran LILIT.
Di butik LILIT., produk dan pakaian dipamerkan mengikut kategori tertentu (dari pakaian untuk ibu mengandung, pakaian aktif, pakaian renang, pakaian dalaman, dan lain-lain) untuk menikmati pengalaman LILIT. yang menyeluruh. Butik ini mempunyai ruangan seperti muzium, di mana orang ramai boleh meneroka setiap sudut dengan mudah.
Dengan menggunakan tiang dan reka bentuk lengkung, butik LILIT. mempertingkatkan ruang dengan mencipta laluan dan aliran yang berbeza, membolehkan anda meneroka butik itu dengan masa anda yang tersendiri.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Gaya fesyen para hijabi kini penuh dengan perincian dan ‘mood’ tersendiri. Ramai yang anggap hijabi hanya bergaya ala feminin sahaja, tidak sama sekali!
Sudah tentu ramai yang ingin juga mencuba gaya lain dari yang lain. Mungkin ada yang sudah bosan untuk menggayakan stail yang lebih kurang sama sahaja setiap hari.
Kini, kami temui seorang selebriti fesyen hijabi dari Indonesia, Vira Tandia, 29, yang banyak menjadi perhatian para hijabi di sana. Dia juga merupakan model yang cukup terkenal.
Apabila melihat gayanya yang sering dikongsikan di akaun Instagram miliknya, memang tidak dinafikan fesyen cukup versatil kena pada dirinya. Jadi ayuh kita tinjau gaya fesyen Vira Tandia yang boleh jadi inspirasi anda!
Vira sering menggayakan dirinya bersama jaket ataupun blazer yang memberikannya aura profesional serta bergaya. Padanan warna rona yang monotone juga tidak menampakkan gayanya itu terlalu menonjol namun tetap menjadi satu fashion statement!
Pilihan corak juga menjadi pilihan dan model ini tidak takut untuk menggayakannnya. Bukan sahaja tertumpu kepada corak, padanan warna hijab, inner, beg tangan, dan aksesori yang lain juga amat penting sepertimana Vira hanya menggunakan aksesori minimalis.
Ha? Maskulin? Bukan berpakaian seperti lelaki malah Vira sering memberikan sedikit gaya maskulin seperti memakai tie atau jaket kulit. Namun, dia memadankan lagi gayanya itu dengan kasut tumit tinggi yang berwarna ‘monotone‘ sebagai pemanis.
Tidak mudah untuk memadankan stail baju bersama aksesori yang pelbagai. Jadi bagi mereka yang ingin tampil simple tetapi lebih stylish, anda boleh ikuti gaya Vira Tandia ini. Ingat, fesyen kena juga patuh syariah compliance!
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.