Sehingga kini, kes kematian akibat wabak COVID-19 meningkat ke angka 21. Kematian ke-21 (kes ke-1588) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 63 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik. Kes kematian ke 21 ini merupakan peserta perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah memasuki hari yang ke sembilan. Namun masih ada juga di kalangan kita yang masih berdegil, keluar rumah tanpa alasan yang menusabah.
Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April depan. Trend semasa menunjukkan kes positif Covid-19 yang baharu masih berlaku.
Dalam perkongsian di laman Instagramnya, pelakon Zila Bakarin telah berkongsi rakaman video di India selepas Perdana Menteri India, Narendra Modi mengumumkan perintah berkurung.
Ni kat INDIA.. sehari je lockdown dah cenggini.. klu kat m’sia???… kompom byk bunyi… paham tak.. kt ni pun dah mals ddk umah.. org cam sy ni.. tak keje tak de duit… paham la rakyat MALAYSIA
Dalam video tersebut menunjukkan setiap individu yang keluar akan dihambat dengan rotan. Ia dilakukan demi memastikan perintah berkurung yang diwartakan dapat dilaksanakan dengan berjaya bagi mengurangkan penularan wabak Covid-19.
A post shared by Zila Bakarin (@zilabakarinofficial) on
Dalam pada itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemaklumanan pelanjutan tempoh ini dibuat lebih awal supaya rakyat lebih bersedia.
“Trend ini dijangka berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan PKP bagi satu tempoh masa yang lebih lama.
Ads
“(Jadi) anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini. Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana. Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu.
“Pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka lagi. Jika ada perkara penting yang nak diurus dalam tempoh dua tiga minggu yang akan datang, rancanglah dari sekarang bagaimana nak menguruskannya,” katanya pada Perutusan Khas Perdana Menteri di Bangunan Putra Perdana, Putrajaya, semalam.
Tan Sri Muhyiddin berkata, tempoh kuat kuasa perintah ini akan dikaji dari semasa ke semasa. Katanya, ia akan dilanjutkan lagi jika ada keperluan dan beliau akan buat pengumuman mengenainya.
Ads
“Yang penting saya mohon supaya saudara-saudari sentiasa bersedia untuk duduk lebih lama di rumah. Saya juga sudah mengarahkan semua kementerian untuk membuat persiapan yang rapi bagi mengurus keperluan asas anda sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa. Yang penting semua keperluan asas mestilah sentisa tersedia dan mencukupi.
“Ini termasuk bekalan makanan, elektrik dan air, perkhidmatan kutipan sampah dan pembentungan, kemudahan komunikasi dan logistik serta keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.
Sumber kredit: Instagram Zila Bakarin dan
Harian Metro
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelbagai jenama tudung di pasaran, namun dUCk mempunyai tarikan dan strategi tersendiri bertahan sehingga 8 tahun. Sempena menyambut ulangtahun kelapan Kumpulan dUCk kongsi peristiwa menarik sepanjang 8 tahun untuk tontonan umum.
Menariknya kapsul pameran pop timbul ini yang terletak di hadapan Fahrenheit 88, Kuala Lumpur sehingga Ahad, 29 Mei. Aspirasi dUCk untuk terus mengejar impian mengembangkan jenama ini, duckies juga boleh memiliki koleksi hari jadi edisi terhad yang dikenali sebagai, The Infinity dUCk. Pelbagai item dari tudung, baju sedia pakai dan aksesori lain yang patut dimiliki. Setiap pembelian di pameran pop timbul ini akan mendapat potongan 15% sehingga 29 Mei ini.
Mulakan jenama yang kini sentiasa menjadi kegilaan hijabi setiap kali koleksi terbaharu dikeluarkan, Vivy akui bukan detik yang mudah untuk capai ke tahap ini. Vivy juga memanjat kesyukuran dan menzahir rasa kerana dUCk mempunyai satu kumpulan pekerja yang bersama-sama merealisasikan segala perancangan dengan jayanya walaupun pada mula pembukaan jenama ini, hanya memiliki tiga orang pekerja.
“Alhamdulillah, saya rasa rendah diri untuk mengatakan bahawa dUCk telah melangkah jauh sejak keluaran pertama pada 2014. Kami adalah antara beberapa jenama pertama yang memperkenalkan tudung berkualiti dan premium untuk menaikkan gaya hidup wanita moden yang sederhana.
Kini, dUCk ialah jenama gaya hidup global yang menyediakan lebih daripada selendang dan pakaian juga kecantikan, malah hiasan rumah & kediaman dan banyak lagi. Store pertama di Pavilion Bukit Bintang, dUCk kini mempunyai sembilan kedai termasuk Haji Lane, Singapura dan kafe dan Salon dUCk sendiri.
Kami tidak akan dapat mencapai kejayaan ini tanpa sokongan berterusan daripada dUCkies. dUCk sentiasa menjadi jenama yang menyeronokkan, ekspresif dan memberi inspirasi, jadi kami percaya pameran pop timbul dan koleksi The Infinity dUCk adalah cara terbaik untuk meraikan ulang tahun kelapan dUC. InsyaAllah, banyak lagi tawaran yang ditawarkan oleh dUCk. Kami berada dalam misi untuk bertahan dengan fesyen yang akan bertahan hingga ke infiniti dan dengan itu, kami berharap untuk terus menggalakkan komuniti dan pelanggan kami untuk menjalani kehidupan terbaik mereka.” kongsi Vivy Yusof, Pengasas Bersama The dUCk Group.
Pelbagai peristiwa jatuh dan bangun dUCk, namun paling terpalit apabila isu plagiat yang dikaitkan dengan jenama ini. Namun ianya bukan penghalang untuk Vivy dan kumpulan dUCk untuk terus melangkah ke hadapan. Pasti ada kritikan di sebalik pujian, Vivy meletakkan ianya satu cabaran dan misi untuk memperbaikinya dari masa ke semasa. Untuk makluman, jenama dUCk bukan sahaja terkenal di Malaysia malah telah melebarkan sayap hingga ke Singapura, London dan insyallah di negara-negara luar yang lain.
Gaya dan stailnya menjadi ikutan, Vivy akui mulakan jenama ini bukanlah asbab dia berhijab malah berhijab adalah salah satu pintu rezeki yang dibuka olehNya.
Untuk makluman dUCk mengambil alih Kuala Lumpur untuk ulang tahunnya yang kelapan dengan menampilkan kotak dUCk bersaiz sebenar dengan paparan kapsul masa koleksi terhebat dan paling ikonik dUCk selama ini. Rakan-rakan dUCkies dan orang ramai kini boleh membeli-belah, mengenang dan mengembara kembali ke masa lalu dalam perjalanan dUCk sambil mengambil kesempatan OOTD.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kanser merupakan penyakit paling ditakuti setiap wanita, terutamanya kanser payudara. Malah dianggap sebagai pembunuh nombor satu kerana boleh hadir dalam tubuh kita tanpa disedari. Hanya dengan pemeriksaan awal boleh mencegah penyakit ini dari terus merebak hingga menyebabkan pengidapnya menderita. Selain itu kita juga boleh membantu merencatkan sel kanser sebelum ia merebak dalam tubuh badan kita.
Perkongsian dari Dr Malinda Mohd Ali yang memberitahu setiap individu berisiko untuk mendapat kanser, tetapi ada beberapa tip yang boleh membantu merencatkan sel-sel kanser.
Sebelum ia merebak, ayuh berjaga-jaga. Ada beberapa tips yang membantu merencatkan sel-sel kanser :
1) Gula merupakan makanan kepada sel kanser. Dengan berhenti mengambil gula, anda sebenarnya telah menamatkan satu sumber bekalan makanan yang penting untuk sel kanser. Stevia, manisan tanpa kalori boleh digunakan sebagai alternative kepada penggunaan gula.
2) Sel kanser hidup dalam persekitaran yang asidik. Makanan berasaskan daging adalah bersifat asidik juga. Mengurangkan segala makanan yang berdaging terutamanya daging merah adalah pilihan yang bijak. Di kebanyakan ladang ternakan, haiwan-haiwan ternakan disuntik dengan antibiotik dan hormon tumbesaran bagi mempercepatkan kadar penghasilan daging.
3) Kurangkan kekerapan minuman kopi, teh dan coklat yang mengandungi kafein yang tinggi. Teh hijau lebih baik dan mempunyai khasiat dalam melawan sel kanser. Bagi air kosong pula, minumlah minuman yang telah ditapis terlebih dahulu bagi mengelakkan toksin dan logam yang terdapat dalam air paip memasuki tubuh anda.
4) Diet yang terdiri daripada sayur-sayuran yang segar, kekacang dan makan buah-buahan adalah tabiat yang sangat baik kerana makanan-makanan tersebut akan menukarkan badan kepada persekitaran yang lebih berakali.
5) Makanan tambahan seperti antioksida, resveratrol, vitamin dan mineral pula mampu membina sistem imun bagi membolehkan sel pembunuh di dalam badan dapat menghapuskan sel-sel kanser. Vitamin E pula terkenal sebagai pembunuh sel iaitu satu kaedah bagi tubuh untuk menghapuskan sel yang telah rosak atau yang tidak diperlukan secara normal.
6) Senaman secara berkala akan membantu meningkatkan sistem imun dan menggalakkan pengaktifan stem sel dalam badan yang bertindak untuk melawan sel-sel kanser.
Kanser juga merupakan satu penyakit minda, badan dan spiritual. Sikap yang proaktif dan positif dapat membantu melawan penyakit kanser. Sikap seperti pemarah, pendendam dan sering berasa kecewa mampu membuatkan tubuh anda menjadi lebih stress dan dalam keadaan asidik.
Sayangi Diri. Maafkan semua yang lain.
– Dr. Malinda Mohd Ali
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Peranti pintar ini menjadi sebahagian gaya sihat hijabi mejalanani gaya hidup yang sihat. Pernahkah anda terdengar bahawa Rasulullah pernah ditimpa sakit yang teruk? Sebenarnya Rasulullah banyak mencontohkan kepada kita bagaimana baginda menjalani hidup untuk kekal sihat.
Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pahala.
Garmin Venu Sq 2 dan Venu Sq 2 – Edisi Muzik, jam tangan pintar GPS mampu milik yang menampilkan paparan skrin sentuh AMOLED baharu, 25+ aplikasi sukan terbina dalam dan hayat bateri sehingga 12 hari untuk melakukan semuanya.
Tambahan pula, metrik kesihatan popular Garmin berfungsi 24/7 dalam satu caj untuk memberikan pengguna gambaran lengkap tentang Bateri Badan™, skor tidur, tekanan dan tahap aktiviti anda.
Kadar jantung berasaskan pergelangan tangan : Jejaki kadar denyutan jantung anda dan terima makluman kadar denyutan jantung yang tidak normal (tinggi/rendah) apabila badan sedang berehat.
Pemantauan tenaga Bateri Badan: Lihat tahap tenaga semasa untuk mencari masa terbaik untuk aktiviti dan berehat.
Pemantauan tidur dan skor tidur: Penilaian menyeluruh tidur daripada berbilang penderia. Terima skor diperibadikan untuk tidur malam sebelumnya dan lihat pelbagai peringkat tidur, serta data kadar denyutan jantung, tekanan, Pulse Ox dan pernafasan, setiap pagi.
Penjejakan tekanan: Dapatkan cerapan tentang bagaimana hari anda dan terima peringatan yang santai apabila tekanan dikesan. Dengan menjejaki pernafasan, kadar denyutan jantung purata, tahap tekanan, aktiviti pernafasan terbina dalam boleh digunakan untuk menggalakkan pernafasan yang penuh perhatian.
Penjejakan kesihatan wanita: Gunakan aplikasi telefon pintar Garmin Connect™ untuk menjejaki kitaran haid atau kehamilan. Jejaki simptom anda, dapatkan pendidikan senaman dan pemakanan dan banyak lagi. Aplikasi Penjejakan Kesihatan Wanita membolehkan anda melihat dan merekod maklumat terus dari pergelangan tangan.
Gambar Kesihatan: Log sesi 2 minit untuk merekodkan metrik utama seperti kadar denyutan jantung, kebolehubahan kadar denyutan jantung, Pulse Ox, pernafasan dan tekanan. Laporan dengan statistik tersebut boleh diakses pada jam tangan atau dalam apl Garmin Connect.
“Tidak kira apa pun hari anda, siri Venu Sq 2 direka untuk mengikuti gaya hidup anda,” kata En. Scoppen Lin, Penolong Pengurus Besar, Garmin Asia. “Dilengkapi dengan ciri kesihatan dan kesejahteraan yang popular, pemberitahuan pintar dan hayat bateri yang mengagumkan. Semuanya pada harga yang berpatutan siri Venu Sq 2 menjadikannya mudah untuk sentiasa memantau kesihatan anda sepanjang hari.”
Berbalik kepada tajuk asal, bagaimana cara Rasulullah menjaga kesihatan dan bagaimana Garmin siri Venu Sq 2 dapat mengurus gaya hidup sihat hijabi. Mudah sahaja dengan peranti ini hijabi dapat mengurus masa dengan tepat.
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran. Set alarm dengan menggunakan Garmin Venu sebagai di setiap denyut bermakna anda sudah bersedia untuk bangun di subuh hari.
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)
Bagi hijabi juga boleh mengikuti cara hidup ini dengan merapi kuku supaya tidak kelihatan Panjang dan menyusahkan aktiviti harian. Kuman yang terselit di kuku mengundang penyakit dan virus kelak.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
Peranti khas di dalam Garmin Venu dapat mengawal kadar air yang anda minum dalam sehari. Rakam sukatan air untuk memberi panduan bahawa badan kita memerlukan berapa liter air dalam badan. Bijak bukan!
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
Usah runsing dengan adanya peranti bijak ini dapat menolong anda memantau setiap aktiviti sukan mahupun kiraan langkah sehari anda berjalan. Untuk setiap aktiviti riadah yang anda lakukan semuanya boleh dirakam di dalam jam pintar ini mahupun menerusi applikasi connect di dalam telefon.
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Ada terapi yang tepat untukmenahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.